Hari Jumaat lepas (05/06/09) , incik hubby has performed a haircut to our little prince hair. Keseluruhan kepala baby SN di cukur licin oleh daddynya. Mencukur rambut bayi merupakan sunah Mu’akkad, baik untuk bayi laki-laki maupun bayi perempuan yang pelaksanaannya dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran dan lebih baik jika dilaksanakan bersama dengan aqiqah. Tetapi memandangkan mana nak cari kambing untuk aqiqah kat sini kan...jadi kami ambil keputusan untuk mencukur dulu rambut baby SN dan aqiqah insya Allah kalau berkesempatan akan di lakukan bila kami pulang ke Malaysia nanti.
Rasulullah SAW bersabda: “Setiap yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya dan dicukur rambutnya serta diberi nama" (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
Mengenai faedah dari mencukur rambut bayi tersebut, Ibnu Al-Qoyyim berkata: “Mencukur rambut adalah pelaksanaan perintah Rasulullah SAW untuk menghilangkan kotoran. Dengan hal tersebut kita membuang rambut yang lemah dengan rambut yang kuat dan lebih bermanfaat bagi kepala dan lebih meringankan untuk si bayi. Dan hal tersebut berguna untuk membuka lubang pori-pori yang ada di kepala supaya gelombang panas boleh keluar melaluinya dengan mudah dimana hal tersebut sangat bermanfaat untuk menguatkan penglihatan, deria bau dan pendengaran si bayi".
Rambut tadi dikumpulkan, ditimbang, dan kita disunahkan untuk bersedekah (biasanya orang bagi beras) dengan nilai perak atau emas (mengikut kemampuan) sesuai dengan berat timbangan rambut bayi tersebut. Lepas cukur rambut baby SN, hubby wat2 timbang dengan penimbang tepung tu pastu simply cakap "10gm" dengan konfidennya! Tapi bila umi cakap, "1g emas = RM300", terus dia packing rambut baby SN elok2 dan suruh umi bawak balik gi timbang kat Malaysia dengan penimbang yang betul. muahhahah, tau takut... ngeh3x ..... *padahal tak sampai 2g pon rambut baby SN kui3x*.
Ini sesuai dengan perintah Rasulullah SAW kepada puterinya fatimah RA : “Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak sesuai dengan berat timbangan rambutnya kepada fakir miskin (HR Tirmidzi 1519 dan Al-Hakim 4/237)
Owh ya, sedikit peringatan untuk parents yang nak stylokan rambut baby mereka .... dalam pelaksanaan mencukur rambut, perlu diperhatikan larangan Rasulullah SAW untuk melakukan Al-Qaz’u, iaitu mencukur sebahagian rambut dan membiarkan yang lainnya (HR. Bukhari Muslim). Gaya mencukur rambut yang termasuk Al-Qaz’u tersebut :
b. Mencukur rambut bahagian tengahnya saja dan membiarkan rambut di sisi kepalanya.
c. Mencukur rambut bahagian sisi kepala dan membiarkan bahagian tengahnya
d. Mencukur rambut bahagian depan dan membiarkan bahagian belakang atau sebaliknya.
Pssssttt: Demikianlah tuntutan Rasulullah SAW dalam hal mencukur rambut bayi yang baru lahir, mudah-mudahan kita semua diberi hidayah oleh Allah SWT untuk terus menghidupkan sunah Rasulullah SAW tersebut. Amin.
18 words of wisdom & comments:
haha..macho dh baby SN..kalah ke"castello"an ayah dia ritu..haha
comelnyer baby SN...
paan >> hehe meme lah macho dr daddy dio ;)
mama aqil >> baby SN cakap..mekaceh ;)
Lagi super chomeyl lah cukur rambut castello ni... duhh tak sabar nak tunggu yang didalam ini melihat dunia... :p
comel je baby nya ..
lalalaaalaa
dyna >> sabar2x... ada few months lg kan? ;)
anis >> mekaceh2x :d
huhuhhuuh.. sgt2 aktif ibu yg sdg pantang ini.. muahahaha.. cam x pantang je.. dia update..blognye....
sgt encem.. bile udah boootak ala-ala catello babY SN...
alaaaa da takde rambut!
tapi tetap nampk ensem hehehe..
braninye daddy dia cukur .
incik somi kite takut giler nk cukur rmbut anak
comel la bb SN lps kn cukur.
makin hensem baby SN selepas dicukur..:)
lebat gak rambut baby SN..patutla daddy dia cakap 10g..rupa2nya tak sampai 2g pun...pandai timbang tak daddy dia tu...ekekeke
wahh..terer ayahnya mencukur...baby lembut lagi...dok diam je..cayalah..pasni sure rambut lebat gituuu
lisa >> dlm pantang maksudnya duk diam2 ngadap lappy :p
munira >> sbb dah tpaksa incik hubby pon beranikan dulu lah hehehe
ayubak >> tenkiu2x ;)
angah >> ntah daddy dia timbang camne la smp jd 10g tuh hik3x
eila >> tu pon mmg terkial2 nak siap 'licin'kan rambut dak kecik nih
Anis blom bercukur tp dah aqigah. Ingat lepas ni boleh la kot cukur.. tp selamat ke dah melompat lompat neh@!~
baby SN dah macho!
berani hubby Yatiey cukur..bagus!=)
Hafiy my mom yang cukurkan..buat aqiqah Hafiy pun kat msia masa tu umur dia dah dekat 3 bulan=)
ishh..shomelnye la baby SN nih..mmuuaahs
P/S: Yatiey, Jepun bg nationality kat org luar ke..camne?
jiji >> susah gak kan bila anak dah besar, dah reti lari2 gerak2...masa kecik ni susah nak pegang je
nani >> terpaksa incik hubby cukur sendiri sbb dia je yg berani hehehe
pasal nationality tu rasanya terpulang pada parents nak pilih samada japan or msian utk anak...tp x sure gak, ni ikut apa yg myhubby bgtau la :)
alahai.. comeinya baby SN bila dah tak de rambut!
wa..ensemla shafiq..
aufa dulu pun abi die cukur sendiri.
hari ke 7 gak.
aqiqah pun abi smgat nak wat hari ke 7.
lyn jelah..;p
myhasla >> klu camtu kene selalu cukrlah rmbut baby SN hehe
US >> tu la, sini x de kambing..tpaksa la hold dulu aqiqah bila blk msia nanti
Post a Comment