CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 4 December 2009

Korean Food

Hai Puan2 dan cik2 semua. Selamat hari Jumaat..penghulu segala hari, hari yang di nanti2 oleh semua untuk bercuti eheh. Hari ni Chef Yatie Chomeyl nak share resipi makanan korea pulak, kot2 ada yang berminat nak cuba masak pada hujung minggu ini untuk mengikat perut yang tersayang dan pada masa yang sama mengikat hati si dia. :inlove:.ceewah.Kata orang, air tangan isteri boleh menambat hati suami, ye tak?.

Menu 1 : Jijimi

Bahan2 :-
  • 3 biji telur
  • 1 cawan tepung pancake (mix flour)
  • 1 cawan tepung gandum
  • lobak merah (carrot)
  • bawang besar
  • sayur kucai
  • udang
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menggoreng





Cara2 :-
1) Campurkan kesemua bahan dalam bekas besar dan gaul sekata.

2) Goreng adunan tadi macam nak goreng telur dadar. Bila dah masak, potong 4segi dan boleh di ngap ngeeee.


*sebenarnya macam cucur udang je, cuma bentuk je berbeza hik3x*


(rupa Jijimi selepas siap, yang kaler merah tu sbb letak kimchi)


Menu 2: Gimbab
Bahan2 :-
  • seaweed saiz besar
  • pelapik sushi (boleh di beli di kedai 100yen), kalau takde guna kertas keras pon boleh kot
  • crab meat
  • sayur bayam
  • carrot
  • sosej
  • telur
  • jeruk lobak putih
  • beras sushi bijan
  • minyak bijan
  • garam

Cara2 :-
1) goreng telur nipis2 macam telur dadar jugak (jgn lupa letak sedikit garam), lepas tu potong panjang2

2) masak nasi sedikit lembik

3) rebus bayam + crab meat seketika

4) goreng sosej kemudian potong panjang2 jugak

5) lapik seaweed di atas tempat pelapik sushi--> letak nasi di atasnya (tekan padat2, jgn tebal2 sgt) --> susun telur + spinach + sosej + crab meat panjang2 --> gulung seaweed tu --> gulung dan padatkan guna pelapik sushi --> sapu minyak bijan di sekeliling luar seaweed




6) potong dari sisi supaya dapat bentuk bulat2 tu --> tabur bijan di atasnya




*Gimbab yang dah siap berbungkus*


Menu 3 : Jap Chae

Bahan2 :-
  • bihun
  • lada capsicum
  • cendawan
  • fish cakes
  • sayur bayam
  • kicap
  • bijan
  • lada hitam
  • minyak bijan
  • gula
  • bawang besar + putih

Cara2 :-
1) tumis bawang besar +putih sampai naik bau




2) rebus bayam --> perahkan sebanyak air yg boleh dari bayam tu --> gaulkan dgn garam + minyak bijan + bijan
3) rebus bihun --> bihun yang telah si rebus di goreng sekejap sahaja dgn letakkan kicap + minyak bijan
4) goreng mushroom + lada capsicum --> masukkan kicap + minyak bijan sikit

5 ) masukkan semua bahan dalam kuali besar dan gaul bersama2
6) dah masak taburkan bijan + gula di atas hidangan




*Jap Chae yang menyihatkan*


Mesti ada yang hairan bin ajaib binti pelik apsal I tiba2 share resipi Korea padahal duk kat Jepun..sengihnampakgigi, ngeee. Sebenarnya I belajar masak makanan Korea ni dari jiran2 I masa Korean Cooking Class yang di adakan pada Sabtu 28/11/09 yang lalu. Kelas ni di anjurkan secara percuma oleh management apartment kitorang ni. Semua alatan memasak di beli baru jadi tiada keraguan dari segi penggunaan alatan. Alhamdulillah, kenyang perut hari Sabtu tu..takyah masak untuk lunch, I buzz je hubby turun bawah bila masakan dah siap..ngap kenyang2 sengihnampakgigi, ngeeee.



* Hasil masakan Ana & I sengihnampakgigi, eheh *


Pssssttt: lebih kurang je masakan diorang dengan masakan kita kan? cuma cara memasak tu lebih menyihatkan sebab diorang guna minyak bijan, bau pun wangiii woooo.



23 words of wisdom & comments:

Aleyn said...

Wah...sedapnyer...dah lama tak pekena japanese food

MiJa said...

ermmm.mnarik..rasa mcm nk try jugak nnt..hihi (bila tah!)

kew_chop said...

behnyo masak memasak. leh try resepi ni. waa rindunya idup di kaikan..

Pija Madzlan said...

minyak bijan tu akak selalu gak aa guna tai nape ntah budak2 ni tak suka..wangi mmang wangi...

Zaila Mohamad said...

jijimi tu mace cholek malas di Kelate jah;P

transformed housewife said...

hari tu knur gi belajar buat gembab tu. ingatkan sushi. sbb rupo samo. meme letok telur dadar dgn sayur lobak masin.

nadnye said...

menarik nie.. resipi nampak mudah tapi tak tahu la depa makan ker tak..

Cool said...

MUAHAHAH JIJIMI@!~

boleh komersialkan kat mesia tu!!

nak royalti tau!

Jiey^Mien said...

fuhhh.. terror mokcik tiey neh..

Eliss said...

makanan jepun aku tak tertelan, korea ni mcm ok sket rasanya..hiks

Farah . 5577 said...

wow.. nampak menarik! yumyums..
nak post ke msia tak? huhu..

take care.. have a nice weekend!!

Mummy Aqil said...

woo..nmpk menarik je mknan tuh. kat sni, ku tak berani try mknan korea lgk.. maybe leh mula dgn try resepi dikau.. hehhehe...

Nadiah Sidek said...

kite kalau tgk mknn jepun/korea terasa kembang tekak. tak tau knp. ehe. sedap ke korean foods?

firahadifa said...

wahhhh.. mesti cuba nih.. Thanks yati3!!

firahadifa said...

wahhhh.. mesti cuba nih.. Thanks yati3!!

Atiqah said...

wow nmpk simple..dh lme observe nk try msk mskn korea...tp x tau crenye..simple je.ingredients leh diubah suai ikut tekak org melayu ops bukan ikut tekak tiqah hehe...thanks kak yatie

pelapik sushi tu mcm tikar buluh kat umah tiqah je..nnt nk gunting la tikar tu..hehehe..abihla umi tiqah mengamuk nnt..

fasham said...

hai....cik yatie...hmm saya suker gak try2 makanan luar nie saya ader try makan mi ramen aritu...mm makanan diorg mmg sihat ...n nanti saya nak try gak ler msakan diatas tue n thanks for sharing...hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

aunty yatie kita dah jadik chef nampak...mesti sedap menu yg no. 3 tu

yatie chomeyl said...

Aleyn >> ni korean food plak hehe

mija >> try jgn x try

murni >> tu la best duk kaikan ;)

siti sifir >> wangi kan? tp agaknya bdk2 x biasa bau dia kot

zaila >> jolor doh, meme colek malas pong hik3x

yatie chomeyl said...

k.nur >> aah, rupo dio mace sushi

nadye >> try la dulu, kot2 kena dgn selera diorang :)

jiji >> ekekke, baru perasan daaa guna nama ko ekeke

jiey >> x terer pong, g nguca ore masok jah ngeee

eliss >> mknan jepun pun best gak woo

yatie chomeyl said...

5577 >> klu pos, nti smp msia dh berkulat beralga bagai hik3x

mummy aqil >> aa try jgn x try..sesekali tukar selera sket ;)

nadiah >> sedap gak..lebih kurang food msia gak

firahadifa >> ur wel-chomeyl ;)

yatie chomeyl said...

atiqah >> nti klu umi tiqah marah, jgn cari akak aaaa ngeeeee

faye >> u r most wel-chomeyl eheh..slmt mencuba

mama syaza >> konon2 je jadi chef, padahal org lain yg masak..yatie tukang sibuk jer ngeeee

NM said...

salam...bloghopp dr babyibu..
hai..bestnye ada resipi makanan korea ni..bolehla saya try kt rumah..

sya add blog awk ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...