Dah lama pulak rasa nya tak membebel pot pet pot pet secara tidak berfaedah kat blog ini. Kalau dulu, bila ada rasa bengang sikit terus cepat-cepat taip mengadu kat blog, sekarang ini macam dah tak sempat nak mengadu apa-apa melainkan cerita pasal jalan-jalan dan cerita pasal si kenit tu je. Bukan setakat tak sempat nak mengadu kat blog, dengan laki sendiri pun tak sempat nak mengadu. Maka hari ini terima lah sedikit bebelan untuk tatapan mata korang sebelum korang bersuka ria berjimba di hujung minggu.
Tema untuk bebelan hari ini ialah : Apa yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga
Bila I perasan busy ? Sepanjang mingu lepas dan minggu ini, I agak sibuk. Bukan nak cakap selalu nya tak sibuk, tapi biasanya sempat lagi lah gilir-gilir dengan hubby untuk ambik SN dari nursery. Minggu lepas I kena siapkan assignment untuk kelas Theory of Environmental System Analysis tu, termasuklah dengan calculation dan slide presentation sekali. So, tanggungjawab untuk ambil SN dari nursery serah bulat2 kat hubby, cuma hari Jumaat minggu lepas je I sempat ambik SN.
+- budak kecik nak bawa sendiri bag,jalan terkedek-kedek balik dari nursery -+
Yang best nya, segala keringat I mengerahkan seluruh jiwa raga untuk presentation tu macam tak lah berbaloi sangat sebab masa kelas tu tak cukup masa untuk semua student present sebab sensei ada kerja lain pulak lepas habis kelas tu. End up, I tak payah present pun. Markah akan di beri berdasarkan slide yang I buat tu je. Best tak?
*kalau tahu tak payah present, tak lah I poyo-poyo practice* hohohoho.
+- salah satu nota untuk kelas tu -+
Minggu ini pulak ada progress report presentation tentang research yang I buat depan labmate, supervisor dan juga technician kat lab. Supervisor I manjangggg je busy dengan segala mak nenek projek luar, jadi selalunya kalau I buat calculation apa-apa dan bagi result kat dia, akan ambil masa berhari-hari untuk dia verify calculation tu betul atau tak. Sambil-sambil tunggu Sensei bagi next task, sedap lah berjimba-jimba update blog dan BW kat blog lain kan.
Tapi bila tau je ada progress report presentation depan semua labmate, supervisor dan juga technician terus lah rasa kelam kabut kalut dah. Mula lah gelabah habis sampai kan bubuh je result-result calculation tu dalam slide presentation walaupun result tak betul ke apa, lantak lah bubuh jugak *janji nampak macam banyak dah calculation di buat*
ekekekeke.
Jadi nya minggu ini pun, I tak sempat lah nak fetch SN dari nursery. Hubby pun busy jugak minggu ni sebab minggu depan dia punya Viva sebelum layak bergelar Dr. Tapi sebab kesiankan bini, maka hubby ambil SN dan jaga SN kat rumah sambil dia sambung wat kerja kat rumah.
Daddy pulak bila dah busy ni, dia pun terpaksa sogokkan SN dengan bagi main iPhone je sambil dia siapkan kerja sementara menanti mommy balik. Padahal sebelum ni both hubby and I dah setuju untuk bagi iPhone kat SN on weekends je sebab nampak SN macam dah addicted dengan iPhone + youtube, tu yang kitorang nak had kan. Tapi tu lah terpaksa guna iPhone as last resort untuk alih perhatian dia instead of let him play with his educational toys kat rumah. Walaupun kami tahu tak elok sangat untuk perkembangan minda anak kalau dia ralit dengan dunia nya dan gadget je, tapi keadaan memaksa dan kami dah memasuki zon terdesak masa itu.
+- Masa free, daddy memang suka melayan kerenah SN -+
Sepanjang minggu lepas juga I bertukar jadi mommy yang tak berapa mithali *ceh, macam lah sebelum ni mithali sangat pun*. Untuk memastikan boleh sambung buat kerja kat rumah, maka paksa SN cepat-cepat tidur so that mommy & daddy boleh sambung buat kerja. Tapi SN pulak mengada sikit tak nak bagi kerjasama, so mommy terpaksa guna pendekatan psikologi. Buat bunyi hantu dan cakap "
eeeee,kowaiiii" (*kowaii = scary = takut*).
Jadi budak kecil yang tak berdosa tu akan menangis sebab takut, peluk mommy erat-erat, letak muka bawah ketiak wangi mommy dan sembamkan muka kat atas tilam. Macamana pulak menakutkan anak boleh mempercepatkan proses tidur?. Macam ni ye puan-puan, bila dalam keadaan takut, dia mesti pejam mata kan?, bila dah pejam mata cepat sikit proses mengantuk tu datang maka dapatlah SN di tidurkan lebih awal. Please don't try this at home, tak elok untuk perkembangan minda anak-anak. Ini kira last resort lah sebab kalau tak paksa budak kecik tidur awal, memang tak siap lah kerja kami jawabnya.
+- masa mommy x busy, main masak2 sambil berangan jadi chef kat TV dengan SN pun mommy sanggup -+
Maka nya minggu ini, di umumkan juga bahawasanya makanan rasmi setiap hari ialah segala jenis lauk bergoreng sahaja, senang cepat dan ringkas ye puan2
. Beli saja
ebi (udang) frozen kat
supa (supermarket), then goreng buat bekal lauk pergi sekolah.
Hari Rabu malam hari tu hubby and I duk gigih siapkan slide masing-masing sebab kebetulan dua-dua pun ada presentation semalam (Khamis) depan sensei masing-masing. Sambil buat presentation, tiba-tiba ngantuk pulak maka I pasang THR Gegar online streaming sebab rindu nak dengar lagu-lagu Malaysia. Terus teringat kenangan masa undergrad dulu. I suka study atau buat assignment tengah2 malam bertemankan segmen cinta siaran DJ Naz dari THR Gegar ataupun segmen Citra Cinta Red Fm bertemankan DJ Lin.
Perrghhh masa muda2 dulu tu layan jiwang, siap tulis balik la madah-madah jiwang yang DJ tu baca kat dalam diari. Nak lagi best, kadang-kadang dapat ilham untuk tulis sendiri madah pujangga berunsur cinta siap untuk di hantar kat segmen tu jugak dengan harapan DJ akan baca ngeeeeee. Sambil dengar radio jugak, my friend and I akan tumpang simpati dengan kisah cinta yang sedih tak kesampaian yang di share oleh pendengar radio.
Sekarang ni bila dengar orang share kisah cinta kat radio, hubby and I boleh bantai gelak-gelak tahan nak tercirit je
kui3x *kuangajo kan, penat je orang tu cerita kat radio dengan nada sedih kitorang boleh duk gelak2*.
By the way, I memang jenis yang lebih efisyen bila stay up, tak kira lah untuk study ataupun siapkan assignment. Mungkin sebab bila suasana sunyi ilham senang datang, mungkin juga sebab I perform best under pressure (nak -nak lagi bila dah esok nya ialah dateline) ataupun mungkin sebab orang semua dah tidur jadi tak de orang nak ajak nyembang maka I fokus on siapkan kerja *dasar perempuan banyak mulut*
keh3x.
Ooohhoi, dah jauh menyimpang pulak entry ini.
Berbalik kepada cerita asal, bila I tak dapat ambil SN dari nursery dan spent masa dengan dia sebelah malam *ye la I sampai rumah dah dekat kul 10, tu yang terus paksa dia tidur je*; SN pun request supaya I hantar dia ke nursery lah. Tiba-tiba mengada-ngada tak nak naik kereta dengan daddy, nak naik kereta dengan mommy. Nak mommy hantar gi nursery, mungkin sebab dia tau mommy balik lambat lagi so minggu ini memang nak ke nursery dengan mommy jelah.
Pagi tadi masa hantar dia, nangis pulak tak nak dengan sensei dia, siap tak nak bukak kasut dan nak ikut mommy gi kampus aiyarkkk. Terus rasa bersalah membuak-buak dalam hati mommy sebab macam dah abaikan perasaan dia minggu ini. Petang ni I nak balik awal sikti dari lab dan decide nak ambil SN awal sikit lah dari nursery, then bawak dia pergi temankan mommy shopping baju-baju GAP buat raya tu. Lepas tu kita makan aiskrim BR ambik 3 scoop punya, nyummm nyummm slurpppp.
+- gelagat SN makan 3 scoop icecram BR sorang2 sambil tunggu daddy shopping -+
Maka begitulah serba sebanyak luahan hati perasaan orang yang perasan busy ni ye puan-puan. Hari ini orang yang perasan busy ini tengah tunggu sensei bagi task lain kat dia, so sementara tunggu sensei suruh itu ini maka terima lah bebelan tak bermotif dari mak budak ini. Terima kasih lah buat yang sudi baca bebelan tak bermotif ni dari ayat pertama sampai lah ayat terakhir ni *ada ke yang suka baca pasal orang membebel tak tentu hala ni?*
.
Happy weekends to all. Tata titi tutu toto.
~ Thanks for reading this (^-*) ~