CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 1 July 2011

Katakan TIDAK kepada LEGGING & JEGGING

Assalamualaikum,

Salam pagi Jumaat buat semua yang sudi menjengah blog ini. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kita masih di panjangkan umur untuk terus bernafas di bumi ini dan terus beribadat kepada Allah.



Hari ini rasa terpanggil pulak untuk berkongsi gambar-gambar yang di ambil dari
blog LeggingSeksi (
http://leggingseksi.blogspot.com/) yang memperjuangkan Kempen Anti Pemakaian Legging di kalangan Wanita Islam.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil9WwHcof7-3dELuuR9CRliSLjVFoolnFqUxh0eKkkvw2Na_zOtKKWpQyxms2mwv2zMFqOV5vETHknv8jL5N9qjpZVk1YUjHvyDeGfgtFPwZTyW_0BAn2_KV6IDcNMVjcpjPcI4ZGrGsA/s400/budaya+memakai+legging.png







Beautiful Sunset









Sejujurnya usaha ini memang patut di beri perhatian sewajarnya oleh kita kalau kita rasa diri kita ini tergolong dalam golongan orang Islam. Mungkin ada ada yang mempertikaikan teguran yang agak keras di dalam gambar-gambar tersebut tetapi kita harus juga menyedari hakikat yang tidak semua orang 'makan' nasihat yang lembut.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs780.ash1/167034_1703232794977_1662714463_1591139_6947852_n.jpg


Masih ramai wanita Islam pemakai legging di luar sana adalah kategori tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat yang terlalu berlembut yang dilambakkan kepada mereka ? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini semakin menjadi-jadi ? Mungkin kerana pihak sekeliling terlalu berlembut.





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtcVj7Lyo851ycNz7iwXEwrAWo168nCccNwzUfgQog7u-rw63Bu0O2VinWfuQLa65XYZg2WwZEW1KzgORwp143ZMqaip16rgQqRjMBs4ATAWDEn3DtpHQTKLEBRunQGf_wM5Zoj1ThYBUH/s400/wanita+melayu+seksi.png


Memetik dari isi kandungan blog tersebut, pemilik blog menyarankan kepada kita agar jangan mudah terpedaya dengan alasan-alasan yang sering dilontarkan segelintir individu yang kononnya menggambarkan bahawa mereka setuju dengan kepentingan memelihara aurat, tetapi alasan-alasan tersebut adalah agar supaya masyarakat sekeliling menghalalkan pakaian-pakaian seksi untuk satu tempoh masa tertentu kononnya sebelum mereka benar-benar berubah. Di antara alasan-alasan yang sering di berikan ialah :-
1. Pakai penuh tutup aurat belum tentu masuk syurga pun.
2. Pakai legging, tetapi hati baik, OKlah tu..nobody's perfect..

3. Pakai legging suka-suka sahaja...bila sampai masa nanti berubahlah..

4. Tiada manusia yang sempurna...semua manusia lakukan kesilapan..

5. Legging...? Biasalah fesyen orang muda..nanti bila tua insaflah..
6. Legging..? Bukan tak mahu tutup aurat sepenuhnya...belum bersedia..nanti Insyaallah..
7. Jangan kutuk orang pakai legging nanti dapat dosa...kamu itu baik sangatkah..?
8. Pakai legging nak nampak cantik...biasalah perempuan suka berhias..

9. Biasalah fesyen...lama-lama nanti hilanglah..







Tahukah anda, apabila wanita-wanita pemakai legging membaca post yang mengkritik pedas fesyen legging mereka, mereka ini akan terasa pedih di hati. Siapa makan cili dia rasa pedas. Mereka akan terasa bahawa legging yang dipakai mereka sangat dipandang keji oleh masyarakat. Akibat datangnya 1,2,3 komen yang secara 50% membantah trend legging dan secara 50% pula memenangkan @ mem"back-up" wanita-wanita pemakai legging, akhirnya mereka ini termotivasi semula untuk kembali memakai legging kerana menyedari ada pihak yang masih sudi bertoleransi dengan mereka.









Secara peribadinya, I sendiri pernah mempunyai keinginan untuk memakai legging seperti yang pernah I nyatakan dalam entry I am not that "Jangok" = Stylo - anymore. Nasib baik incik suami bertindak menyedarkan isterinya agar tidak terlalu obses mengikut peredaran fesyen sehingga membelakangkan larangan agama.


Entry ini bukan berniat untuk tunjuk alim-macam bagus sangat sibuk nak
tegur pakaian orang lain tetapi sebagai teguran dan peringatan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan tersayang. Kadang-kadang kita tak suka bila orang sibuk-sibuk nak tegur kita depan-depan. Jadi harapan tulus ikhlas di hati ini ialah semoga akan terbuka hati sesiapa yang membaca entry ini untuk berubah menjadi muslimah yang tidak lagi memakai legging kerana pemakaian legging tidaklah terlihat cantik sangat pun di mata orang lain.


"Tegur bukan kerana marah, teguran itu tandanya sayang"


Pssssttt:
semoga hari ini lebih baik dari semalam, Insya Allah.


~ Thanks for reading this (^-*) ~


36 words of wisdom & comments:

Liz said...

yatie, sangatlah setuju dengan kempen tu. mmg ramai je yg pakai mcm tu. lengging tu bkn menutup aurat tapi membalut aurat.

tiada org yang sempurna tapi jika kita cuba berubah setelah dinasihati, itu adalah sesuatu yang bagus

Pija Madzlan said...

Sebenarnya ramai org tak sedar dik weh bahawasanya dengan menutup aurat, kita akan lebih berjaya mengawal tingkah laku dan yang paling penting, adalah mengawal hati....andailah semua orang sedar akan hal ini (insap ko diri)

Nanak said...

sokong..!!

@e_da said...

sokong kempen ni.... pakai ketat mcm telanjang... camanala depa ni pakai tanpa segan silu.. huhuh harap2 ada la perubahan dengan adanya kempen ni kan..

Coffee Mama said...

Sama2 saling ingat mengingati, kadang2 sebab terlalu nak berfesyen memang boleh lupa diri gak (ops)...

anumuchan said...

seriyes rasa tak cantik pun depa pakai mcm dekat atas ni..isk2..

CIK NANA said...

Agreed.. harap sume org baca dgn hati yg terbuka.. tegur-menegur kan baik.. ;P

tiey said...

jegging ni mcmana ek..skinny jeans tu ke?

Fiza Rahman said...

Sokong ngan kempen nih. Ada gak dpt email pasal nih. Tapi masih ada lagi yg pakai mcm nih. Memang nampak buruk bebenor fesyenya. Atas tutup...bawah ketat nak mamp**
...haihhhh....

munira said...

yatie..ingat legging for kids tu hehehehe..
ohh dis legging campaign ni tak silap i started dengan facebook, sipa diorang ada upload satu youtube hitler marah pompuan yang pakai legging *sooo funny*
dan saya menyokong kempen ini di jalankan berterusan!
nampak tak sesuai *and huduh* lor bila pompuan pakai camni :)

Unknown said...

nampak tak semenggah sgt pakai legging nih, kan...

sangat tak mnjaga imej muslimah...

zahidah seran said...

terasa sesak nafas kalau pakai legging nih....

Booty Martinez said...

tak pernah lagi pakai legging terang-terangan...selalu pakai bila pakai jubah jer...

dulu teringin jugak pakai..tp tunang awal2 dah sound tak bagi...pakai jean ketat2 pun dia dah sound..

entry ni menyedarkan saya..tapi sebenarna pakai inner tu pun tak boleh jugakkan ..sebab ia macam membalut aurat jugak..slalu pakai innier ni kalau luar tu pakai baju kurung/baju jarang..wallahualam...

Min Aina Ila Aina said...

nak pakai leging depan suami pun cari baju yg sampai ke lutut...segan la.

NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...

sangat sokong ini kempen thumps up ^O^
saya ada legging juga tapi pakai d'rumah saja encik suami kata comel la hahahhahah kt luar x comel malu rasalaaa...

Oyis said...

pernah teringin nak pakai leggings dgn dress pastu pakai high boots, tp bila hati terdetik mcm x betul je, terus x jd.. sarung jelah jeans gobos semula dgn dress tu, Alhamdulillah...

nieda said...

byk lagi cara nk bergaya..kdg2 terdetik juga nk pakai tapi bila rasa betul2 nmpk sexy terus cancel.pkai kt rumah je.hik

Almiraz said...

I tak suka leggings sbb kaki i keding, lagipun rasa rimas sbb melekat...pakai spanx pun bila rajin je...i setuju legging/jegging sungguh tak sesuai utk muslimah...pakai palazzo atau skirt kn lagi feminin...

transformed housewife said...

meme sokong kempen ni.

Farah said...

legging memang tak pakai..but then pernah pakai jegging..now dah stop dan kembali semula ke pangkal jalan sebab husband pon dah tegur takyah pakai.

btul tu..org tegur tanda sayang kan.

reitak said...

Actually I pnah tpikir jugak, legging tu macam tak kena when org bertudung pakai. Tapi I didn't divulge further because I'm not an expert.

Memang weird esp when nampak the elderly pakai.

thanks for sharing!

Unknown said...

Apa nak diherankan, sistem kerajaan BN dipilih sebagai sistem kehidupan, tuan guru nik aziz dan ulama lain dikeji, sistem islam atau kepimpinan ulama ditolak, kalau tak setuju sekalipun, apa hak anda untuk melarang mereka? lagipun masa israk dan mikraj nabi tengok wanita lebih ramai jadi isi neraka, kalau tak pakai macam tu, macam mana nak join neraka, betul tak?

atoyissan said...

legging hanyalah untuk tatapan suami..skinny jeans mmg telah diharamkan sejak sekian lama..burukkan pakai jeans ketat2 cam tu..jadi marilah kita mulakan kempen ini

Ezna Khalili said...

sokong!!!..nak tutup aurat bukan tutup 1/2 je...semua kena tutup!!!

yatie chomeyl said...

Liz Rohaizat : betul2, kena mabil +ve setiap teguran & nasihat tu kan

kak pijah : tu la, yatie sendiri pun selalu terlupa. tu yg tulis entry utk sedarkan diri sendiri ni

nanak : hehe sokong jgn x sokong! :)

yatie chomeyl said...

@eda : insya Allah, sama2 kita usaha & doa

coffee mama : yup, same goes to me..Astaghfirullah hal azim

Anum : tp fashionista ckp cantik, tu yg ramai gi pakai tu

yatie chomeyl said...

cik nana : yup, harap2nya gitu lah

tiey : ho, skinny jeans tu jegging la

fiza : sama2 kita menyebarkan kempen ni jom

yatie chomeyl said...

munira : for kids legging tu comey, for adult ni yg x berap ank chomeyl eheh

k/yong : tu la pasal, sama2 kita sebarkan kempen ni jom

mrs redzuan : aah, nak bergerak pun payah eheh

yatie chomeyl said...

booty martinez : kalau pakai dalam jubah labuh ke kaki, mmg x nampak, so takpe lah kan

aina : hehe, btol3x. lg satu nk terkencing pun seksa kui3x

aien : kalau incik suami suka, ken ala selalu paka legging kat rumah, depan dia hehe

yatie chomeyl said...

oyis : tu la, ore pong..tp hubby maroh. terus cancel eheh

nieda : yup, pakai sexy2 depan suami..lg cun ;)

almiraz : yup, palazzo sgt lah sesuai sbb nampak ayu gitu

yatie chomeyl said...

k/nur : meh kito pakat2 promote kempen ni

farah : yup, kalau org tak tegur tu tandanya org dh x syg sbb dh x peduli apa yg kita buat

reitak : u r most welcome dear :)

yatie chomeyl said...

unknown : sbb tu kita sama2 kena tegur menegur, betulkan yg mana salah.

atoyis : jom3x, mari pakat2 promote kempen ini

Ummi Dania Yasmine : yup, ingatan kepada diri I jugak ni

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

setuju memang tak sesuai!

zara zaman said...

Yatie... sokong sgt2... x suke dgn leggings...

Idayu said...

he3..thanks for sharing

yatie chomeyl said...

mya >> wah bersemangat steuju, I like! eheh

zara zaman >> yup, lepa sni kita pakat2 promote kempen ni ye :)

idayu >> u r most welcome dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...