CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 31 May 2012

Check up Baby SN Jr ~ 17th weeks 5 days. Jom teka SN Jr's gender.


http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
2 weeks ago (16th May 2012); we went for the 3rd check up for our Baby SN Jr (17th weeks 5 days). Kali ini check up kat bangunan baru. Hospital still yang sama i.e Red Cross Hospital tapi facilities semua dah di pindahkan kat bangunan baru kat sebelah bangunan lama. Mula-mula macam jakun sebab cantik sangat hospital dah ala2 hotel; nasib baik petugas2 hospital tolong tunjuk jalan.

Sambil jalan, sambil tengok kiri kanan sampai petugas kat hospital tu pun tanya "kirei desu ne?" (cantik kan?)...agaknya nampak sangat muka I terlebih excited dapat check up kat bangunan baru hehehe ihikhik . Dasar KG dot com. 

+- muka excited dapat check up kat bangunan baru yang cantik -+

+- paksa hubby posing, padahal nak ambik gambar lukisan cantik kat dinding tu -+


Sebab dah ada appointment; bila sampai je terus pergi check blood pressure dan weight measurement kat mesin. Pandai2 sendiri dah tekan button yang ada kat situ tu, bukan susah sangat pun. Typical examination were performed :-
      # weight --> 49.85kg *naik 2kg dari bulan lepas*
      # blood pressure --> 55-101 mmHg *normal*
      # urine test (for sugar and protein) --> normal
      # circumference of abdomen --> 74cm *dah buncit*

+- ambik blood pressure pun nak posing, dasar KG dot com -+

 
Then tunggu kejap sebelum masuk jumpa Dr dengan di temani hubby untuk ultrasound abdominal scan. Hubby yang memahami 'tugas penting' isterinya selaku blogger; siap record video lagi explaination Dr tu kat ipong. Macam biasa lah, mula2 Obst tunjuk baby's arm, head, hip and so on. Then, Dr tanya whether kitorang nak tahu jantina baby ataupun nak secret. Terus I jawab "I want to know" and hubby pun jawab soalan Dr dalam bahasa Jepun "shitai" (nak).

+- 1:33 to 2:00 : Dr is explaining about the baby's sex (hint: Otoko-noko) -+

So, kalau u all tengok video tu..dan faham bahasa Jepun or faham gambaran 2D ultrasound scan; mesti u all pun dah boleh tahu apa jantina Baby SN Jr ni siul


(i) BPD (bi-parietal/head diameter) : This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain. --> 3.9cm
(ii) APTD (anterior posterior thigh diameter) : 3.6cm
(iii) FL (Femur Length) : The femur is the longest bone in the body and measurement of this bone is taken to estimate fetal growth. --> 2.6cm
(iv) AC (Abdominal Circumference) : measures the mother's belly in cross section. --> 10.9cm
(v) FW (Fetal Weight) : 154g

Then dah settle examination dgn obst, mausk pulak bilik consultation dengan midwife. Nasib baik midwife boleh conversed fluently in English; tak de lah I terkial-kial nak suruh hubby translate apa yang I nak tanya ihikhik hehe. Consultation ni just in case kalau kita ada apa2 soalan atau masalah yang nak tanya. Midwife pun sempat ingatkan yang berat cuma boleh naik 10-12kg sehaja sepanjang 40 weeks pregnancy ni; setakat ni progress weight increase I masih OK lagi lah, sebab sebulan boleh naik 1-2kg saja...kalau lebih; nanti diorang suruh jumpa dietitian untuk nasihat pemakanan pulak.


Lepas consulattion dengan midwife tu; turun ke 1st floor untuk urusan pembayaran. Best bangunan baru sebab ada banyak kerusi untuk menunggu, walaupun tak lah lama sangat pun menunggu out processing ni tapi si lembik ni tetaplah kena duduk untuk mengelakkan rasa nak pitam. 

+- gambar tangga pun nak ambik, jakun sangat pompuan ni -+

+- ruang menunggu sebelum pembayaran di buat -+

 +- kaunter no 3 untuk patient out processing -+


Macam biasa, sebab guna voucher diskaun dari national helath insurance, check up kali ni tetap free 0 yen. Ambil resit kat mesin je, dah siap tulis waktu dan nama Dr untuk next appointment... canggih betol kan?.senyumkenyit

 
 +- cash dispenser -+


Pssssttt : Amacam, dapat teka tak apa jantina baby SN Jr lepas tengok video dan gambar 2D ultrasound scan tu?


~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday 30 May 2012

(WW25) : Pengisian rohani sangat! *mata ke atas, tangan di bahu*

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif




+- berita tentang persembahan artis J-Pop AKB48 di Himpunan Jutaan Belia 2012; Putrajaya yang di siarkan di TV Jepun -+

+- penjelasan menteri terbabit tentang kepentingan hiburan -+


Perhimpunan Belia kali ini menampilkan slogan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini”. Apakah hiburan yang melampau, memberi lesen kepada belia untuk menjadikan hiburan pada hari esok lebih melampau dari hari ini?. Ada otak pakai, fikir-fikirkanlah..renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Pssssttt : Perhimpunan semacam ini 'HALAL' kah fatwanya wahai tok mufti sekalian?

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Monday 28 May 2012

SN's 3 y/o birthday celebration

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
My darling son Shafiq Nazhan turns 3 years old last Saturday (26th May 2012). Since daddy kerja tengahari tu; so buat simple celebration je dulu 3 beranak. Bawak Nazhan pergi makan his favourite food apalagi kalau bukan udon kat Restoran Ichiban Udon. 

+- showing 3 fingers for being 3 years old -+

+- birthday card from Sensei -+


Walaupun masih selsema & batuk yang teruk; mommy gagahkan juga diri untuk buat small birthday party untuk Nazhan di petang Ahad semalam. Lagipun Nazhan pun nampak boring sangat bila duk rumah je weekend, bila mommy bagitahu nak buat birthday party dan ajak kawan2 dia....muka seronok bukan main. Awal2 pagi dah bangun bersiap2.


+- senyuman manis dari anak teruna 3 tahun -+

+- birthday theme : farm animals/jungle safari -+


Decoration untuk majlis tu I buat sikit2. Sebenarnya memang plan sebulan lebih awal nak buat birthday party untuk Nazhan. So dari bulan lepas lagi mommy dah merancang birthday theme dan sibuk mencari party favors; balloons, streamers, edible image deco for cake and such. Since Nazhan obsessed dengan animals; mommy pun pilih la birthday theme : farm animals/jungle safari.

+- preparation phase -+ 

 +- party streamers + balloons + banners -+ 


Pening jugak kepala nak mencari foil balloon for the party. Nasib baik Zaila dari Your Party Solution sudi sponsor 5 balloon Upin dan 5 balloon Ben 10 untuk birthday Nazhan tepuktangan  .Oh ya, semalam masa birthday party ni ada member yang tanya berapa harga balloon tu. Harga Ben10 Balloons (Large) dan Upin Baloons (Large) tu RM2.50/pc including stick. Kalau you all pun berminat nak balloons ni untuk birthday party anak2; bolehlah email tanya sendiri kat tuan punya badan at zailamohamad@yahoo.com.

+- balloons sponsored by Your Party Solution -+


Edible image pulak I order dari LeaOven. Di pos dari Malaysia dan sampai dalam keadaan baik ke Jepun. Konon-kononnya mommy gigih nak bake sendiri la kek untuk birthday Nazhan; bajet sentimental value gitu. Memanglah tak sesedap macam kek kat kedai ataupun kek dari kawan2 yang pakar buat kek yang selalu mommy tempah tu; tapi mommy rasa seronok la sebab masa buat kek ni Nazhan excited sangat duk tunggu kek dia siap. Tapi kesian lah jugak kat tetamu2 sebab terkulat2 nak makan kek yang mommy buat tu huhuhuh.

+- deco untuk edible image -+

+- birthday cake Shafiq Nazhan -+


Untuk mengurangkan rasa bersalah sebab kek tu tak sedap sangat, I tried my best to prepare main menu yang boleh di terima tekak lah. Dalam duk selsema dan batuk tak henti2 tu; Alhamdulillah berjaya jugak I siapkan menu Nasi 3 warna + ayam goreng berempah + sambal + dalca sayur + keropok dan Laksa Penang untuk tetamu hari tu.Goodie bag untuk tetamu2 pulak berisi homemade chocolate chip cookies resepi dari Lady Ayu.

+- meja untuk letak menu utama -+


Laksa Penang masak hari Sabtu malam. Ayam goreng pun perap hari Sabtu malam tu. Daddy tolong gorengkan ayam & keropok pagi Ahad tu sebab mommy tak larat nak berdiri lama2 nak menggoreng. So, hari Ahad tu mommy cuma siapkan deco untuk cake + cupcakes; masak nasi dan dalca sayur. Nasik baik Kak Nura datang awal dan tolong mommy prepare sebelum jamuan tu mula.

+- menu utama : Nasi 3 warna + ayam goreng berempah + sambal + dalca sayur + keropok dan Laksa Penang -+


Desserts pulak daddy buat puding anggur & oren, letak dalam gelas kecik2 bagi senang budak2 nak makan. Kawan2 pun ada bawak cheese tart, puding kastard and mee goreng.  Gambar makanan yang dah siap susun masa majis lupa nak snap sebab daddy busy layan tetamu, mommy pulak sejak2 dah boyot ni..kalau dah duduk bersila; rasa malas nak bangun2 dah. Kat every food section, mommy letak label farmers market; konon2 kreatif la tu ihikhik eheh.

+- meja desserts -+

Party sepatutnya start pukul 2 petang; tapi start lambat sikit sebab pagi tu daddy tolong angkat barang kawan2 Malaysia yang pindah rumah. Even masa tetamu pertama sampai pun, daddy baru on the way nak balik rumah. Nazhan sampai dah boring tunggu daddy & kawan2 dia datang..muka yang ceria dari pagi pun dah monyok. Eh tapi bila dengar bunyi bell kat pintu dan nampak je kawan2 dah sampai; terus menyengih sampai telinga.

+- happy di temani kawan2 -+


Around 3 p.m barulah birthday boy duduk kat meja utama yang dah siap berhias dengan kek + cupcakes dan binatang2 peliharaan dia. Bila orang nyanyi2 lagu kat dia; buat muka terpisat2 malu kat situ. We dint lit up the candles sebab Nazhan takut nak tiup lilin tu..so, letak sebagai hiasan je la.

+- muka malu2 bila ramai orang tengah nyanyikan lagu "Happy Birthday" -+

+- mommy nak menyelit jugak -+


Sempat jugak buat 2 games untuk budak2 main. 1st game : matching the cards with the animals. Game ke-2 pulak: guessing the drawing. Tapi sebab ruang bilik tu sempit sikit, so susah sikit nak control budak2 yang tengah excited tu. Last2 Cik Ti pun dah tersepit sampai ke dinding sebab kena serbu dengan budak2 tu semua; nasib baik tak penyek kui3x ihikhik .

+- games for the kids -+


Alhamdulillah; tercapai jugak hasrat mommy nak buat makan2 sempena birthday Nazhan. Rasa macam dah lama tak berkumpul dengan kawan2 Malaysian untuk acara makan2. Kalau ikutkan daddy, dia nak celebrate 3 beranak je sebab kesiankan si isteri yang tak larat nak masak *dan kesiankan diri dia sendiri yang nak kena mengemas ihikhik  hihihi*. 

+- tetamu2 yang sudi memriahkan majlis yang tak seberapa -+


Nasib baik Daddy termakan jugak pujukan *eh ke bebelan* banyakckpmommy  untuk buat jamuan tu sebab mommy kenangkan betapa happynya masa kecik2 dulu bila Arwah Mama celebrate birthday kitorang dengan meriah. Memang mommy tak mampu lah nak ajak ramai2 lagi tetamu tapi sekurang-kurangnya nampak Nazhan happy sangat dapat celebrate dengan kawan2 Malaysian boy kat sini. Bila anak happy, mommy pun happy jugak.

+- Mommy, SN and daddy with the birthday presents -+

 +- terus tayang dan guna all the birthday presents -+


Thanks to everyone yang sudi datang semalam dan thanks for the birthday presents. Sorry ye kek tu tak sedap; tapi harapnya nasi dan laksa tu sedap la ye siul. Bila semua tetamu dah balik, daddy lah yang sibuk kemas rumah. Daddy memang sangat cekap dan pantas bab2 mengemas ni; so mommy tolong tengok je lah hehe.

 +- Mommy & Daddy ♥ Shafiq Nazhan -+


Dear Shafiq Nazhan;
Watching you grow has been the delight of our life. 
We look at you and wonder what dreams you will dream, what mountains you will climb, what joys you will have. 
We know there will be tears and struggles as well, but our daily prayer is that you will grow into the man you are meant to be. 

A beautiful person, has a beautiful life. And, so shall you. 
May you sail through all the obstacles and challenges that come in your way to success. 
Mommy & Daddy wish you a very happy Birthday. Allah bless you. 
Very few parents in the world are blessed with sons like you. 
You rock our world, son. Happy Birthday!

 +- moga jadi anak soleh yang mampu mendoakan mommy & daddy kelak, Ameen -+


Pssssttt : kenangan manis setiap kali Arwah Mama celebrate birthday anak2 dia memang tak akan I lupakan sampai bila2. I harap Nazhan pun akan ingat kenangan manis ni sampai bila2 senyumkenyit.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...