CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 1 November 2010

(Eksklusif): Yatie Chomeyl Berjaya tangkap gambar HANTU JEPUN !

Menurut Wikipedia: ~ Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.

Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.


Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya. Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera. Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain. (sumber: Wikipedia) *gigih tu I googled-copy-paste*


Kali pertama mendengar istilah "HANTU JEPUN" ialah melalui filem Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P.Ramlee. Dalam bak P Ramlee membaca mantera di kubur, lepas tu tiba2 muncul lah rombongan hantu gigi dan hantu jepun memberi "cooooooooobaaaaaan" buat beliau. Untuk yang tak ingat, boleh PLAY video kat bawah ni .





Setelah hampir 2 tahun berada di bumi Jepun ini, tanpa di sangka kami sekeluarga terserempak dengan hantu2 jepun. Nasib baik di tangan kami sentiasa bersedia dengan kamera, maka dapatlah mengabadikan gambar2 eksklusif siul hantu jepun untuk tatapan semua.

Untuk yang ada penyakit lemah semangat, anda di sarankan untuk tidak meneruskan pembacaan. Sebarang risiko yang di ambil untuk melihat gambar2 ini ialah di bawah tanggungan mata dan jantung anda sendiri. Yatie Chomeyl tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komplikasi hati & perasaan yang timbul selepas melihat gambar2 ini.

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x


=- left pic: the real hantu jepun sebab pakai pakaian tradisional jepun -=
=- right pic: hantu badan berjahit2? -=


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEyQKnxY_7GPK9Ek1XDf26IyN0zy0anTn0GuADrclmS-umON7yljLEIXiZ0Uv-X2Tc-5Gw2a8WmUWUL-708qnFST54HACU7V-HjC4-MDdJ3HB1vAhMuiAKOL78ow7r-LAe7bDJJRTaBrHa/s1600/DSC_0129.JPG
=- baby SN jakun tengok mumia -=


=- baby SN jakun tengok hantu kepala besar -=


=- hantu mekap over -=



Haaaaaaaaaaaaaaaaaa, amacam seram tak gambar hantu2 tu? Jangan maraaaaa aaa, kalau marah, nanti kena jual jelir. Kan I dah cakap "Yatie Chomeyl tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komplikasi hati & perasaan yang timbul selepas melihat gambar2 ini".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6y-HkVZlaiUkcN3IWV_W6OzWft5d_lfBX5WnSRQ8MTLLDg0dUFOf0JpE4OXG-bQc4bBOl36ZCggrkqAKUD3YTlK0hEE85zAIi7Hqod5a3vfKgu-qn6kM54thIkaouOaaie7j6uPkLLMG9/s1600/DSC_0044.JPG
=- hantu main muzik macam dalam cite p.ramlee -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinVq07yoskkzu467m6cHvauzkWHF-9oll6i9ZatQ6UigsxEzqJjWeotBDeWsG5thqV-QJD5jLvk0ZGhhkdsZcl3AphadQ4tyx6gS4XzYm_oi6g_fAQ0gNVRsqSeQmLQbMfz6eoG9V09P7g/s1600/DSC_0053.JPG
=- hantu dracula yang handsome *wink wink* ~ anak2 gadis kalau jumpa hantu ni, terus sukarela di 'kacau' oleh hantu ini~ siul ngeeeee-=


=- left pic: hantu GIGI tolak stroller; right pic: hantu tengkorak macam dlm citer p.ramlee -=


Ngeeeeeeeee. Mesti ada yang nampak tajuk terus excited gi klik sebab nak tengok gambar hantu jepun kan? Betul lah ni; itulah antara HANTU2 orang JEPUN yang kami sekeluarga temui di Canal City, Hakata sempena Halloween Parade yang berlansung pada 31st October.


=- left pic: hantu BIBIR botox gatai ; right pic: witch -=


=- hantu aksesori penuh satu badan -=

Halloween parade di sini berbeza dari negara lain sebab orang2 Jepun ni sebenarnya tengah bertanding untuk memenagi anugerah best costume. Parade ni bermula dari jam 2ptg - 3.30 ptg dari Riverain dan berakhir di Canal City. Kiorang pulak on the way nak menziarah ke rumah other Malaysian yang baru dapat baby; sambil2 tu singgah kejap kat mall untuk layan posing dengan HANTU2 JEPUN yang tengah meriah berarak ni.


=- hantu bawak anak hantu pun ada -=



Kalau selalumya baby SN akan takut dan menangis bila tengok orang2 yang pakai costume --> (*refer: Menjenguk Kawah Gunung Berapi di Aso Kuju National Park, Sesi meng-"FIRE" Ultraman); untuk kali ni nampaknya Baby SN berjaya mengawal darjah ke'macho'an nya di depan khalayak dan tidak menangis . siul Bravo *clap2* to my little baby!.


=- RAKSASA dalam citer ultraman pun dah jadi hantu, lepas kena FIRE dgn ultraman ngeee -=


Mungkin sekali penyebab utama ialah cotume2 yang di peragakan tak berapa nak menakutkan pun, in fact I tak rasa diorang ikut tema Halloween sangat pun. Banyak lagi yang pakai costume chomeyl2 dan cute2 macam Pooh, Tiggy, Super Mario, Robot, Cow, dan Princess.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9CRblfa3DzY_Gm3SH9WTWMLW2O10vXwNoSocS7_puVR3vV3Eqtif04U4diSswQljYQS8N2UfOe8oySb5GgqBm85dnUwsHdUT9unkqB6DS_kySQFWcKl9nQfcJaXzj3UdgoWYwKWcGngLZ/s1600/blog7.jpg
=- Super Mario -=


=- Old McDonald had a farm ~ COW -=


=- left pic: ayam berkepak2; right pic: robot senget benget -=


=- hantu PRINCESS -=



Mungkin jugak baby SN tak takut pun sebab baby SN tengok pumpkin macam yang mommy tanam kat FarmVille gatai je kat mana2, so it is kind of learning process for him; sebab selalu nya tengok pumpkin dalam gambar; kali ni dapat pegang the real big pumpkin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbM1SWjuPjjehePdz91_fj6yfGabYbbDGUGWOOXYz5PYxgSwaRHbRJOa1bJVzK-Rh2lqslzh1_4387ZmeazghIB447nX95tfCOj_BpELLy2YQejJ8ggqViU0sqTDuq3xn5syn1_9pm6kQE/s1600/DSC_0015.JPG
=- hantu pumpkin tidur -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqgHuSqqaSZ2z-4-eL4-zS4zOGCQ4ZqiHIQGpjFmH8I_i5ZMmqkv6BIdpsG0C4ATRNnN9iSzV3RP0r117yKu1uOnZhczIJuE2YLUmvmxF0Sa05OJ0-ZLgUideritdFyotO47xUNQb4_mkr/s1600/DSC_0022.JPG
=- hantu pumpkin jelmaan cleaner -=


=- saiz pumpkin ialah separuh dari saiz baby SN -=


Ataupun besar kemungkinan baby SN tak takut dengan hantu2 JEPUN ni sebab baby SN dah banyak kali agaknya ternampak the real hantu jepun (refer: Bulan puasa hantu semua kena ikat kan? kan? kan?; Baby SN dan 'sesuatu' ...jeng jeng jeng (seram mode). Tapi I rasa sebab utama nya ialah kerana Baby SN di 'rasuah' oleh hantu2 itu...kui3x. gatai Hantu2 JEPUN tu bagi 'trick or treat' pack berisi chocolate + biscuit + marshmallow kat baby SN sebab tu dia dah tak takut. Tapi I tak bagi pun lah baby SN makan food2 tuh since takde ingredient label, so I tak tahu boleh makan ke tak. Jalan selamat, bagi je kat budak2 Jepun yang kat area rumah kitorang tu.


=- left pic: Baby SN pegang je bungkusan "trick or treat" yang hantu2 jepun bagi -=


Jumpa hantu chomeyl2 dan lawa2, memanglah tak takut lansung kan?. Berlagak!. Cuba kalau betul2 nampak lembaga hantu yang hitam, besar, darah meleleh2 macam dalam movie tuh....agak2 sanggup dan sempat ke korang nak grab kamera dan ajak posing sakan so that boleh update bahan cerita tu kat blog????.

(T____________T) Tidak!!! Naaaaa mungkin....nehi he.....*lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii*.



Psssssttt : hati2 jangan sampai terpesong aqidah pulak dalam hal berkenaan sambutan Halloween ni --> my sis's point of view regarding to Halloween (HERE).

22 words of wisdom & comments:

Anonymous said...

ni semua antu matsalleh kacukan jepun ni. ingatkan hantu traditional..hahah... yg rupa payung tu ke...yg mata melayang2 tu ke...tak pun rupa hantu dlm citer ju-on ke..

Hanz Jamaludin said...

Cheese burger! ingat betul2 X-Files tadi...hehehe..real sungguh costume diaorang..

Normaliza said...

memula dah saspen tapi...haha!! yang hantu dracula tu kalau menjelma setiap masa pun saya rela..hehe..

Pija Madzlan said...

Uh...kalau nampak betul2 dae 3-4 hari tak bangun :P silap2 kamera hancur time nak tangkap gambo :PP

alinalan said...

uihhh seronoknya.
bersepah2 hantu jepun ek kat jalan raya.. ingat real daaa :)

Affieza said...

Alahai kak..byknya jenis hantu dpt jmpa kt JEPUN ni..hehe

eRiNsZ said...

klo cumill gni i pon rela... d kacau hantu hahahahhahah

nieda said...

huk...ingatkan yg real punya..apa2 pun nic pic..

psst...SN mcm berani jer

nieda said...

huk...ingatkan yg real punya..apa2 pun nic pic..

psst...SN mcm berani jer

firahadifa said...

babe , kat dubai, negara arab nie pon diorang sambut halowwen gak... adeii

firahadifa said...

babe , kat dubai, negara arab nie pon diorang sambut halowwen gak... adeii

Atiqah said...

pergghh meriah org jepun sambut Halloween. tp sepnjg yg tiqah perhati zaman moden ni..Halloween dah mcm costume party je..

PSO said...
This comment has been removed by the author.
Nadiah Sidek said...

hehe..dah agak dah mesti psl halloween. budak2 kat sini ada la dtg semalam kutip candy :D

Hamizah said...

kami kat cni byk juga jumpa hantu merayau kat tepi jln..

transformed housewife said...

Tu hantu2 comei lote jah :P. FYI, my Arab students, some of them were so uncomfortable last Friday when they (the committee members) proceeded with the Halloween theme. *SIGH*

Oyis said...

amboi... habis tubik hantu2 sempena halloween, kalah hantu british di sini hehehe

yatie chomeyl said...

mama miya >> ada 1 tu je hantu jepun, yg pakai tanduk + terompah tu je

hanz >> ekeke, tertipu kah?

normaliza >> kannnn? hensem cenggitu, sume org pun suka je jumpa hantu hehe

ct sifir >> btol3x, silap2 hantu tu yg amik gmbr kita terkejut hehehe

yatie chomeyl said...

momma mia >> hantu jepun yg x taku nih ngeee

affieza >> tu la pasal, ada kat mall je ;)

erinsz >> tu la kan...silap2 kita yg kacau hantu tu kui3x

nieda >> baby SN mmg berani hr tu, x nangis pon..agaknya dia anggap mcm kartun je kot hehe

yatie chomeyl said...

firahadifa >> ooo san apun sambu gak eh? isk3x

atiqah >> tu la, tp still org Islam takleh sambut party ni

knisa >> ade je I ras akat msia sbb i perasan ada kat blog2 org duk tyg gmbr

nadiah >> diorg dtg umah nadiah jugak ke?

yatie chomeyl said...

k.hamizah >> bakpo x igat buh dal ebotol nye? ngeeee

k.nur >> jenis x tau hjg pangkal nok organize, wat nyanyor ko ore laing belako

oyis >> tu lah, mujur hantu hensem2..klu huduh, malas nok ambik gambar eh

saywho said...

bestnya akak! semua tempat dah pgi!!! huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...