CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 5 April 2011

WADEHELL is this?. Jabatan Agama jangan duk ngangaaaa saja, boleh tak?

Dalam Islam kaum wanita dilarang keras takbole memakai pakaian menyerupai kaum lelaki seperti memakai seluar panjang atau pendek, baju yg ketat dan nipis serta menonjolkan bentuk badan. Dan sebaliknya lelaki di larang untuk berpakaian menyerupai perempuan.

Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan (sebab tu walau buat pembedahan plastik macamana sekali pun tetap lah suara tu tak boleh nak di bedah).



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. melaknat wanita-wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki yang berpakaian menyerupai wanita." (Hadith riwayat Bukhari) - sumber: SINI


Sekarang I nak mintak kawan2 yang tengah baca entry ini untuk PLAY video kat bawah ni, and tell me what do you feel about it?




Sebaik sahaja I mula PLAY video ni, terus ada rasa nak termuntah. Tambah2 lagi bila dengar suara MC yang nama Datin Viviana Abdullah Lee tu *apekah???? mengapakah siap ada gelaran DATIN???????*. Siap kepit2 suara dan siap ada intonasi suara nak bagi menarik, paling nak tergelak bila dengar masa sebut "aaa..dua ribu sepuluh". *siap ada sabdu nak bagi bunyi menarik gitu senyumkenyit*.


Lain2 dialog dalam video ni yang buatkan I rasa macam nak mencarut sebut "wadefak" tapi di tukar jadi "wadehell" *supaya I pun kedengaran lebih sopan macam Miss Malaysia Pahang 2010 nih jelir* ialah :-

(1) Sejak bila ada 30 negeri dalam Malaysia ni weh?. adus

(2) "Kelate tokleh pakai lagu ni, dosa deh". --> Taik la kecek mugo lagu tu. Bendo hok mung buat tu terang terangan doh dosa. Nate apo la

(3) "budu demo sedap?" --> apakah ada double meaning yang tersirat pada soalan wadehell ini?

(4) "berasal dari Terengganu Darul IMAN (emphasizing these words)" --> cop cop, mana IMAN ko?

(5) Apa kejadahnya Noraniza Idris tergedik2 nyanyi lagu "♪ Enjut..enjut..enjut ♫" kat situ. Lepas tu siap bagi komen bodoh berbunyi "Dia mempunyai pakej yang menarik keseluruhan. IQ pun ada. First impression masa dia naik ke pentas, mata saya tak berkelip". adus --> bimbo!


(6) Ucapan pemenang : "terima kasih kepada semua kawan2, mak dan ayah, adik beradik saya dan juga SUAMI TERCINTA saya?" --> Oh My Goshhhh are u serious????, dah ada SUAMI????? takbole Bukankah di antara Rukun nikah ialah Pengantin Lelaki dan Pengantin Perempuan?. Mana ada perkahwinan dalam Islam "pengantin lelaki dan pengantin tak-dikenal-pasti-jantinanya?".




Salah satu adzab Allah paling dahsyat yang dikisahkan dalam Al-Quran adalah tentang pemusnahan kaum Nabi Luth. Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim) - sumber: SINI


Hampir keseluruhan kaum Nabi Luth mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi. - sumber: WIKPEDIA


Mungkin ada di kalangan bapok/mak nyah/pondan yang tengah baca ni akan marah kat I. Siap akan cakap, I ni tak berfikiran terbuka, ortodoks, kolot, kampungan dan apa2 lagi lah kot. Whatever it is, jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 sebagai pegangan, maksudnya; "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".


I bukan baik sangat tapi I nak bagitahu yang ialah menjadi satu KESALAHAN kalau kita rasa boleh bertoleransi dan bersikap terbuka dalam perkara yang hukumnya telah di tetapkan HARAM oleh Allah.


+- muka, body, Boobs & Cleavage mengalahkan perempuan asli-+


Untuk bacaan lanjut, sila baca apa yang I letak kat bawah ni dengan teliti dan hati yang terbuka juga ye.

  • Perbuatan menukar jantina, hukum perbuatan itu adalah jelas haram dan tiada satu pendapat ulama pun yg mengharuskannya. Lagikan para ulama bersepakat mengatakan haram org lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya dlm berpakaian, bergaya dan bertingkah laku, inikan pula perbuatan menukar jantina drp lelaki jadi perempuan atau sebaliknya.

  • Ini berdasarkan beberapa buah hadis spt berikut:
  • 1. Drp Ibn Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yg menyerupai atau berlagak spt wanita (al-mukhannathiin / al-mutasyabbihiin bi al-nisa') dan kaum wanita yg menyerupai / berlagak spt lelaki (al-mutarajjilaat / al-mutasyabbihat bi al-rijaal)" (Riwayat al-Bukhari)
  • 2. Drp Abu Hurairah r.a., beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yg memakai pakaian wanita dan wanita yg memakai pakaian lelaki" (Riwayat Abu Dawud dgn sanad sahih) -dipetik drp kitab Riyadhus Salihin.

  • Drp hadis di atas, jelaslah haram hukum lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. Perlu diingat, bila sesuatu larangan dlm nas itu disertai 'laknat' atau azab atau hukuman yg pedih samada di dunia atau akhirat, maka pelakunya adalah berdosa besar dan menjadi fasiq sehinggalah dia bertaubat nasuha.

  • Jika perbuatan 'menyerupai' atau ' berlagak' sahaja pun telah dikira berdosa besar dan dilaknat oleh Nabi s.a.w., apatah lagi perbuatan mengubah sesuatu anggota lelaki menjadi anggota wanita, lebih2 lagilah dosanya. Bahkan perbuatan menukar jantina itu termasuk dlm kategori dosa besar yg lain (tambahan kpd dosa menyerupai wanita), iaitu mengubah ciptaan Allah s.w.t. atas dasar tak puas hati dgn takdir.

  • Alasan naluri jiwa nak jadi perempaun tidak boleh diterima langsung sebagai sebab untuk mengharuskan perbuatan manusia yg dikutuk itu. Kalau begitu, seorang yang suka merompak pun akan berkata naluri jiwanya suka merompak.

  • Puak2 mak nyah yg dilaknat dalam hadis di atas harus ditangani dgn hikmah antara ibu bapa, masyarakat dan kerajaan. Ibu bapa dan keluarga wajib mendidik anak2 supaya menjadi org Islam yg taat dan takut utk melakukan dosa (ini memandangkan majoriti lebih 90% golongan maknyah itu ialah Melayu Islam). Akidah terhadap pembalasan neraka amat berkesan utk membuang amalan jahiliyah ini.


Kalau betul lah event ni di buat di Pahang, apakah tindakan Jabatan Agama Islam Pahang dan MB Pahang dalam menangani masalah ini?.

Apakah agaknya perasaan PM Najib bilamana mengetahui wujud aktiviti sebegini di negeri kelahirannya?.

Siapa yang keluarkan permit untuk bagi acara wadehell macam ini untuk berlansung di Malaysia?.
around *sama2 kita renung-renungkan*

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0R9kyGCcNt7tjAhodHjsFp6p83Ou2GHix1NMXzUCAY7DOqCGSiIcO2XsNnOS5WEFw-LJDfF9Mep-sAKFQqo7UZYNawXWwJXNfSh5I9S1d4LLwgoQK7m5BCwM28L2gfy8ILIUjxBfemJY/s1600/muka_hadapan.jpg


Mari sama2 kita muhasabah diri kita. Apakah sumbangan dan peranan yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah ini?. Kita tidak berhak untuk menjatuhkan hukuman kepada sesiapa melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan. Tetapi kita perlu sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Allah mampu membolak-balikkan hati hamba-Nya . Jom sama2 kita mohon doa agar mereka2 ini di kurniakan hidayah oleh Allah untuk kembali ke jalan yang di redhai oleh Allah. Jangan lupa juga berdoa semoga iman dalam diri kita sentiasa teguh dan semoga kita tergolong di dalam golongan hamba-Nya yang sentiasa di berikan petunjuk. Ameen.


Pssssstttt :
mana pergi mufti2 yang rajin duk keluarkan fatwa bukan2 tu?. Takkan nak ngangaaaa
:takot: saja, tunggu dan tengok Malaysia bertukar jadi macam Thailand kot??????.

39 words of wisdom & comments:

Unknown said...

manusia akhir zaman..tp eh,yg paling kanan tu mcm rozita che wan la..

xeea said...

Serios ni kat Malaysia?
I am so "proud"

p/s : eh, video yg ni, dorang tanak pulak buat siasatan mendalam kan?

Ummi Shira (AshAnas) said...

ya Allah, ingat ke kat luar je ade benda2 cmni... malaysia pun ado????!!!! nauzubillah, dunia hampir kiamat...

Arpiiz said...

alahai, lepas tengok video tu terus gelak guling..haha

tapi sedih la sebab dekat malaysia jadi benda ni..

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

serius tak sangka.. huhuhu..sangat memalukan!!!

aNgAh_aLiFaH said...

sbg org phg jati, angah sangat malu...knape la org2 tu langsung takde perasaan malu. kalau seme org buat tak kesah, mmg lama2 akan berleluasa bende2 bodoh camni.

Allah nak turunkan bala tak kira siapa kan. nti org lain pulak jadi korban..

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

yatie...lemang share this kat fb..

Nuruljannah BadrulHisham said...

kak ti...!!! sumpah geli... terus kite pause xnk tgk dah.. tolong la.. ape nk jadi ntah.. agak2 sape penganjur lahanat ni eh?

munira said...

eee geli nyah! :)
yatie, tu belum baca kes birthday party erma fatima ada tarian separuh bogel pondan!oooohhhh dunia sudah akhir zaman!

syayassir said...

errr,
pahang?
adoi, malu.....
hmm, sape lah yang menyokong benda2 tak senonoh macam ni...

Aina said...

adoooiiiii.laaaa:(

Cool said...

creeepy!!!!!!!!!!!!

3740Journal said...

ya allah yati. nauzubillah. i tak tau pun pasal ni sampai u letak kat blog.

dah nampak tanda2 akhir zaman. :( manusia macam dah kembali ke zaman jahiliah dan tiada org yang melarang.

Farah said...

rase nak penampor muka sorang2 dalam video tu..yang noraniza idris lagi bangang bagi komen paling bodoh.pakai tudung je lebih.

Zaila Mohamad said...

entah apolah nk jadi dgn Malaysia ni..isu2 seks jadi muka depan akhbar & berita, pahtu benda2 macam ni boleh bebas xde halangan..dunia akhir zaman dah kot..

Yati, zaila xpos pon lg hadiah gieaway tu..xdan lg..insya allah, zaila akan cari masa g pos secepat mgkn ya;)

mygoldpen said...

macam ni ke negara Islam 'sederhana'? jgn kekgi pok2 ni mitok kesamaan hak pulop *istighfar

Fid said...

dah lama x baca sok kabar

erkkk jantan ke betina nih?

Nadiah Sidek said...

tak tahu la apa nak jadi dgn malaysia skrg ni :(

Bibi Intan Suraya said...

Moga2 Allah berikan hidayahNya pada mereka-mereka ini..

Bagi aku, kdgkala kita tak bule pandang seorang pada mereka, dalam hadith pun ada disebut (golongan lelaki/perempuan yg tiada sifat tabii). Ada sebab kenapa mereka jadi begini, dan jalan terbaik ialah mereka dikawal oleh org2 disekeliling mereka atau persekitaran yang baik (aku pernah ckp dgn nada gurau2 kt one of my student aku yg lembut, jgn jadi pondan pulak lepas nii) sbb bagi aku persekitaran yg baik atau persekitaran yg dikawal insyaallah bule merubah sikap beria-beria nk 'bertukar jantina tu.

Yang bule jadi sebegini buruk (sampai siap ada pertandningan ratu cantik) apabila kluarga dah tak ambil peduli dan sentiasa mendapat sokongan padu drp geng seangkatan. Begitu juga dgn masyarakat yang makin tidak ambil peduli tentang apa org tu nak jadi, tak kisahlah samada dia tu jiran ke, kawan ke, atau sedara mara ke...cuba kita pikir...kalo la org di dalam video tu ialah kawan baik kita masa kita sekolah kecik2 dulu...apa yg bule kita cakap pd dia? atau cara bagaimana kita nak cakap pd dia?

bab jabatan agama malas nak cakap..aku pernah telepon jbtn agama perlis 2x buat laporan org tak posa makan minum di khalayak ramai dan org yg bersekedudukan tanpa nikah sekian lama...langsung takde tindakan pun.....so ..paham2 la bila kejadian maksiat makin berleluasa....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..
perkara ini sebenarnya bukan baru, pada awal 90an dah ujud pertandingan ratu cantik di kalangan mak nyah, diadakan di hotel terkemuka dan yang selalu menang ratu fotogenik salah seorang kawan akak. Sama-sama bekerja di bank.(lama tak jumpa dia). Kebanyakkan yang masuk pertandingan ini mempunyai sifat semula jadi seorang lelaki tulen.
Mereka sebenarnya terpengaruh untuk menjadi cantik dan persekitran menyebabkan mereka terjerumus ke arah begini.
Anehnya pertandingan yang diadakan mendapat sokongan ibu bapa peserta. Apa perasaan mereka ya sebagai ibu bapa? Seronok?. Dulu puas menasihati kawan tersebut tetapi kata dia mudah, satu masa nanti dia akan jadi lelaki semula, bila hatinya terbuka..moga ALLAH bagi mereka hidayah.. Doa-doakan mereka.

nurulzia said...

Yati: dorg mmg amek mudah je bende ni kt sini..naik menyampah!

mazni_azis said...

nayzubillah hi min zalik

yatie chomeyl said...

azni >> tu la pasal, pengsan RCW kalau tgk ni huhu

xeea >> i'm "proud" for being Malaysian too :p

shira >> yup, tanda2 kiamat semakin dekat

yatie chomeyl said...

Arpiiz >> hahaha mmg nak tergelak dgr suara diorg kepit2 kan..sedaya upaya nk bg bunyi lemah lembut gitu

lemnagcute >> yup, mmg x disangka2 tp inilah kenyataannya

angah >> yup, diorg x malu..tp kita yg tgk ni rasa malu kan

yatie chomeyl said...

lemang >> sila lah share :)

nurool >> hahaha apsal pause? rugi woo x tgk diorg smp habis..terus leh muntah hijau berbaldi3x

munira >> auww.w..mak pun geli bila tgk ni nyah!

yatie chomeyl said...

sya >> entah lah, sapa lah yg luluskan event mcm ni kan?

aina >> rasa sakit jiwa kan nengok bidio neh?

jiji >> creepier than any other horror movie that we have ever watched in our life!

yatie chomeyl said...

Azza >> i pun tau bila ada kwn share lin kat FB; tu yg I share kat blog ni

farah >> aah paling BIMBO dlm semua2 kat dlm bidio tu ialah Nuraniza Idris tu!

zaila >> takpo2x, nti2 bilo smpt pos lah :)

yatie chomeyl said...

mygoldenpen >> ni lah namo dio negara Islam jame lo ni huhuhuhu

ahkak fid >> jantan nak jadi betina.

nadiah >> yup, xleh nk imagine apa yg anak2 kita kena hadapi spnjg membesar kat msia nanti huhuhu

yatie chomeyl said...

Bibi >> great POV!. tang yg hg tepon jbtn agama depa x buat apa2 tu mmg sengal sungguh lah depa tu. isk3x

Kak NB >> Aaahhh, sama2 kita doa kan.

nurul >> yup, benda yg x penting tu lah yg diorg duk sibuk2 besar2 kan

yatie chomeyl said...

angah >> Nauzubillah hal2 macam ni jadi kat keluarga kita kan..Nauzubillah 44x

AKUOKU said...

salam.
yatie diorg ni saja nak tempah bala.... nauzubillahiminzaliq...

kak sham copy kat fb ya..bagus entry ni. semoga bermanafaat pada yg lain dan boleh buka mata pada yg tak sedar2 lagi...

yatie chomeyl said...

kaka sham >> sila2x, share biar semakin ramai org tahu pasal ni :)

mun said...

yatie..izin share entry nie di blog mun

yatie chomeyl said...

Mun >> sila2x share :)

Unknown said...

adoi lah... camno leh ade event cam ni nih.... ish ish...

yatie chomeyl said...

k/yong >> entah lah.. x tahu nk salahkan siapa

Lissa Ahmad said...

ada suamiii??!!

rostina76 said...

Ya Allah!!serius ingat miss Malaysia betina2 rupa2nye makhluk 2 alam. nauzubillah, jauhkan la bala ke atas Malaysia. Semoga mereka sempat bertaubat.btw kros nak share gak ye @FB

Unknown said...

Selamat sejahtera semua. Masa saya sekolah menengah dulu ada tiga orang kawan Cina dan seorang kawan Melayu lembut. Mereka ini selalu diejek dan dibuli di sekolah sebab sekolah saya sekolah st anthony pure lelaki. Baju mereka selalu diselak dan seluar juga ditanggalkan. Masa time PJ mereka ni hanya duduk di tepi padang kerana lembut sangat nak bertarung dengan lelaki sejati macam saya. 20 tahun berlalu. Bila saya terserempak dengan kawan lama dan bertanyakan keadaan empat orang kawan Cina tersebut, jawapan yang saya dapat ialah: seorang sudah normal balik dan mendirikan rumah tangga. seorang lagi tak kahwin-kahwin dan masih rupa lelaki. seorang lagi hilang entah ke mana. Yang Melayu itu pula sudah ada "buah dada". Kawan nampak dia di pasar malam. yang hilang itu muncul kemudian baru-baru ini dan declare dirinya gay selepas USA "merestui perkahwinan sejenis" dan ramai juga pemimpin2 yang back up golongan GLBT. Persoalan di sini: kenapakah golongan maknyah ini 99% Melayu. Adakah Melayu sendiri "merestui" perbuatan sedemikian. Masyarakat Cina biarpun lembut tapi jarang-jarang jadi maknyah. Bukan soal malu tak malu, faktor persekitaran dan pendidikan keluarga yang menyumbang kepada permasalahan ini. Saya percaya dan yakin bahawa, persekitaran dan nasihat orang terdekat BOLEH mengubah golongan lembut yang beria-ria nak tukar jantina ini. Roh terperangkap dalam tubuh lelaki ke perempuan ke itu cuma alasan sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...