CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 8 July 2011

Biografi: KELAHIRAN blog Sushi Cicah Budu



Aku di lahirkan 29 Disember 2006 dan nama yang tertera di dalam surat beranak ialah Blog Yatie Chomeyl. Kelahiran daku di sambut dengan entry pertama yang terhasil setelah tuan aku merasa terinspirasi dengan hasil tulisan dalam blog Afdlin Shauki, Nizam Zakaria, Allahyarham Yasmin Ahmad dan Patrick Teoh sehingga terhasillah entry Orang2 hebat sebagai entry pertama tanda kelahiran aku ke dunia blog.


Tuan aku semakin consistent dalam menghasilkan penulisan nya ke atas diri ku pada 2008 dan semenjak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi * eh, toleh jugak ke belakang bila ada orang panggil dari arah belakang. kalau tak toleh nanti orang kata beliau sombong pulak jelir *


Gaya penulisan tuan ku ke atas diri ini pada mulanya agak cacamerba. Dahulu beliau cuma menulis tatkala hati di serang rasa gundah. Tapi semenjak kebelakangan ini, aku perhatikan gaya penulisan tuan aku sudah semakin matang; isi kandungan blog juga semakin matang. Lalu beliau bertekad untuk menukar gelaran pada diri aku dengan memanggilku Blog Yatie Chomeyl : Sushi cicah budu.
Barangkali kerana tuan aku tidak mahu aku terlalu hanyut dibuai dengan arus kemodenan di bumi Jepun ini lalu beliau mengukuhkan ingatan ku pada kampung halaman ku yang tercinta di Kelantan.


Secara am nya, isi kandungan pada diri aku selaku sebuah blog Sushi Cicah Budu di bahagikan kepada beberapa segmen utama iaitu:-
1) Segmen Travel & Living : Sedaya mungkin berkongsi pengalaman dan pegetahuan yang di kutip sepanjang berkelana di bumi asing seperti Germany, Spain, Italy, Portugal, Perancis dan Jepun supaya dapat di jadikan panduan kepada sesiapa yang sudi mengunjugi aku.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHwrT8tX6aidTlm1WwEY3j6bvoebM7zzC21eludjtoeYBxj-sv7zDom2EOANbZSjad59VPxRpM23lEZiYe7ol1m-BxiP6xAoooAp7r7bXbhvUyWB_Nd-aDEyyJVKwsmxU9Gz-I5wEMS6w/s1600/Fullscreen+capture+782011+62444+PM.bmp.jpg



2) Segmen Nursery:
kekaguman terhadap Early Childhood Education di Jepun di kongsi dengan semua ibu bapa yang sudi membaca; supaya dapat jadikan sebagai contoh dalam memilih nursery yang terbaik untuk anak-anak mereka.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0TqqIsPoY_2Zk3lbcuSsS-ZUEigjeRfO6efQNojEFjQoHI8-g6thuQ99HRqyOWO8-VYpe3xMpCZDUS8NtYCh6VAoH5H-wmgw_X89LfTI8PNJC1jNCUweuYafBQXaPerheNdE2lc5yEtQ/s1600/Fullscreen+capture+782011+113254+AM.bmp.jpg

3) Segmen Parenthood : perkongsian tips dalam parenthood berdasarkan apa yang di aplikasi kepada anak beliau sendiri. Bukan berniat membangga diri dan perasan diri ini ialah ibu yang hebat, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada ibubapa lain juga.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCNYYIDFJGxsoiO36nnwejtBaiiv9mt2mXcE-8TYwYk_REarb_I_aTXYrESQNDnqL3jmQYBQslQl4y6qehCxQddUwMFlV0SwqOBZkJHrNytniiLHukv8GLAx0p_0eO80zS1ZIHLCNhyphenhyphenII/s1600/Fullscreen+capture+782011+112941+AM.bmp.jpg


4) Segmen
news & Information : perkongsian berita-berita menarik yang menggemparkan serta perkongsian informasi terkini dengan cepat dan tepat serta telus.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0ykqMk2GkMxcZ-P5QNYsIv7a_GMXylWOmwYdnsXQE65udXghO4bkqeyG5B44PN9pTKcFMIRxuaDs_DF3vSlqOq_QNx5mEzWbA5GA8uhgA4riDMZ0EqyoIfLmwwMtyEG53nRERoGWS0ws/s1600/Fullscreen+capture+782011+112621+AM.bmp.jpg

5) Segmen charity : perkongsian kisah suka duka insan yang di duga dengan ujian berat dan memerlukan bantuan sesama insan. Melalu segmen ini, pemilik blog berharap agar ada insan yang prihatin yang sudi tampil memberi bantuan dari segi material dan juga doa yang tidak putus-putus.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNxktcKSOasDIU1IF2Q-DPFCFe7PFnFlGneGv5UGF-oZK1dl3en_45jWYMuIZjBEt4mya-NpKz672Xtst6XmwkeBt1ht1h3lUjuq94VYyUrZ0-Ki9IasqtE29EZMr2t0dTyffTtlQsLPU/s1600/Fullscreen+capture+782011+112609+AM.bmp.jpg


Selebihnya isi kandungan pada diri aku ialah lebih kurang sama seperti blog personal lain juga. Ada ketikanya tuan aku akan meluahkan perasan sedihnya, ada ketikanya beliau akan berkongsi kegembiraan bila teruja, ada masanya beliau akan bercerita tentang dua orang lelaki kesayangan beliau iaitu hubby & baby SN.

Tuan aku juga turut berkongsi kisah suka duka keluarga beliau dengan diri ku. Terkadang jua tuan aku itu akan menulis entry menghentam orang lain *mungkin beliau beranggapan diri beliau itu dah bagus sangat sibuk2 nak hentam kesalahan orang lain...opppsss termengumpat tuan sendiri pulak*.
siul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVW28bkut-8Epsksr6oNuo_TJ60TljfM06aIHQYL63OZw7wCSB3e4DxeePnPg7VpXbdFwqcNN5Rvimhx81sXs2_ThXWNhY_pDlsGiRVOLYeNL0jLoT76DSiBRNt69ScmWZ3zuJshku8wM/s1600/Fullscreen+capture+782011+112612+AM.bmp.jpg




Apa yang aku kurang berkenan dengan tuan aku ini kadang-kadang beliau suka menulis entry semata-mata untuk menunjuk-nunjuk barang yang baru di beli, *mungkin kerana beliau perasan barang yang di beli itu macam bagus sangat* (ooppsss sekali lagi termengumpat tuan sendiri
siul). Lalu aku bertindak nekad untuk menasihatkan tuan aku itu tidak sepatutnya ada sifat riak di dalam hatinya jika beliau ingin berkongsi kisah tentang barang tersebut ke atas diri aku selaku sebuah blog. Semoga tuan aku sudi mendengar nasihat ikhlas dari ku itu.


Aku sentiasa mengharapkan agar tuan aku mampu mengambil iktibar dari pesanan Imam Shafie yang boleh di jadikan peringatan bersama.


Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie


Aku ingin tuan aku mengguna pakai pesanan yang di titipkan oleh Benjami franklin yang berbunyi "If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing".


Aku mahu melihat hasil tulisan tuan aku ke atas diri aku sebuah blog meninggalkan impak yang besar kepada sesiapa yang mebaca tulisan beliau. Mungkin impak itu tidak menjadi sebesar impak The Last Lecture dari Randy Pausch.


Mungkin juga impak itu tidak sehebat impak yang terkesan di hati selepas membaca hasil tulisan Nick Vujicic di dalam buku nya Life Without Limits: Inspiration for a Ridiculously Good Life!.
Tapi sekurang-kurangnya, besarlah harapn di hati aku ini untuk melihat hasil buah fikiran tuan aku yang di persembahkan dalam bentuk tulisan pada badan aku ini mampu memberi manfaat kecil buat yang membaca tulisan itu.


Semoga dengan penulisan yang ikhlas dan bermanfaat itu akan membantu beliau di akhirat kelak. Insya Allah.



Oh ya, seperkara lagi aku turut mengharapkan agar percubaan tuan aku dengan menghantar penyertaan demi penyertaan dalam usaha beliau merebut tempat di dalam cabaran untuk memenagi iPad2 tajaan MSK itu akan tercapai.


~ Sekian dahulu riwayat hidup aku sebuah blog dari detik kelahiran sehinggalah berusia 4 tahun 7 bulan ini. Semoga Allah panjangkan usia tuan aku dalam hidup yang berkat supaya aku dapat terus berkhidmat untuk beliau sehingga ke akhir hayatku. ~


jadi ahli shaklee




Pssssttt: “Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh fazya nisa’

~ Thanks for reading this (^-*) ~

9 words of wisdom & comments:

zahidah seran said...

tetiba macam teringat karangan zaman sekolah rendah "aku sebuah peti televisyen" =)

keep on blogging =)

♥MAMASYAZA♥ said...

sushi cicah budu...memang best ayat tu

anumuchan said...

wah dah nak 5 tahun dah..lama tu.. ;)

Umie said...

yatie.. gambare ne! mana tau ada rezeki dpt ipad tu kan...;-)

Hanis MY said...

memey blogger tegar ni! goodluck! rezeki tak ke mana

Ummi Hanie said...

hehe...menarik .. ;) gudluck ek

transformed housewife said...

bravo2x good luck.

Unknown said...

Tie memang kreatif & penuh dgn idea.. gud luck.. ;)

nur said...

MRS REDZUAN- TERINGAT JUGA.. TAJUK NI: AKU SEBUAH BLOG..

BEST NI YATIEY!! DAH SENIOR DALAM DUNIA BLOG NI YE..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...