CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday 12 September 2011

Rumah di buka

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 I pelik la kenapa orang bagi istilah rumah "terbuka" sedangkan perkataan "ter" itu merujuk kepada perbuatan tidak sengaja. Sedangkan memang rumah sengaja di buka untuk ajak tetamu datang makan, jadi sepatutnya istilah "rumah terbuka" di tukar kepada "rumah di buka"; betul tak?. *pandai2 je nak tukar istilah, padahal "terbuka" itu merujuk kepada "terbuka" untuk semua tetamu, bukan "ter-tak sengaja -buka" jelir*.


Entry hari ini ialah tentang jamuan makan-makan yang di buat sewaktu rumah kami di buka pada hari Sabtu 3 September 2011 yang lalu. Jemputan yang hadir ialah seramai 30 orang terdiri dari kalangan warga Malaysia Fukuoka ini. Untuk tahun ini, Kak Yati & Abg Zainuri join venture untuk turut sama sediakan juadah "rumah di buka" kat rumah kami pada hari itu.


Menu "rumah di buka" pada hari itu ialah Satay Ayam, Roti Jala (yang sekejap je dah habis, so ganti dengan roti manis); Kuzi Ayam (untuk cicah dengan roti jala); Ketupat nasi; Lemang, Rendang Daging, Serunding Daging, Kuah Kacang, Nasi minyak dan Spagetti. 



Tidak di lupakan ada bermacam jenis biskut raya yang turut di gandingkan dengan pulut tapai dan puding buah sebagai pencuci mulut. Manakala untuk minuman penghilang dahaga pula ialah air bluberry lassi dan sirap.



I start masak rendang, kuzi, roti jala, kuah kacang dan perap satay ayam dengan rempah lepas balik dari kampus hari Jumaat itu around pukul 8 malam sampailah 2.30 pagi. Satay pulak hubby bakar lepas Subuh around pukul 4.30 pagi gitu. Pagi Sabtu tu I sambung masak ketupat nasi, lemang dan nasi minyak. Spagetti pulak Kak Yati yang masak; di bawa sekali dengan air lassi yang enak berkrim itu. 



Tetamu pertama tiba pada jam 11 pagi, dan sambil-sambil tunggu tetamu lain sampai anak-anak di bawa ke bilik toys SN dulu. Nasib baik mood SN OK je hari tu, tak kedekut macam selalunya. Dia redha je tengok kakak-kakak dan abang-abang main dengan toys dia. 

 


Around pukul 12 majlis makan-makan pun bermula. Selalunya kalau I pergi beraya kat rumah orang, I yang makan paling banyak. Tapi dah hari itu jamuan kat rumah sendiri, takkan lah mak nak over makan beria-ria sangat pulak, Mesti lah I selaku tuan rumah busy nak layan tetamu, borak-borak, ngumpat-ngumpat sikit *habis pahala puasa Ramadhan jelir aiyarkkk*, tak lupa juga sekali-sekala I bangun panaskan kuah dan lauk supaya sedap orang makan panas-panas.

 



Alhamdulillah, seronok tengok tetamu makan bertambah-tambah tapi tak tahu lah diorang tambah makan sebab sedap ataupun sebab lapar. Alhamdulillah juga makanan mencukupi sampai ke tetamu yang terakhir untuk petang itu iaitu kawan-kawan Malaysia yang non-muslim datang juga. 





 
Malam itu bermula lah aktiviti mengemas pulak bila semua tetamu dah pulang. Bila dah basuh bekas-bekas yang dah di guna untuk masak hari tu, dah rasa macam kenduri kat Malaysia pulak. Itu pun nasib baik guna disposable plate, disposable cups dan disposable spoon je. Bila dah siap kemas rumah dan basuh segala kitchen utensils, terus rasa lenguh-lenguh satu badan. 



Malam itu terpaksa mintak tolong hubby sapukan minyak kat seluruh badan, dari tengkuk kek bahu sampailah ke tapak kaki. Siap demam-demam lagi mommy & SN; tu la padahnya bila masak tak sedar diri. Agaknya sebab banyak berdiri masa memasak tu kot, tu yang lenguh-lenguh badan.Tiba-tiba ras amalu dengan diri sendiri, baru masak sikit dah demam. Arwah Mama dulu rilek je masak untuk beratus-ratus orang makan, tak ada dia demam pun.


I rasa sebab utama SN & I demam hari tu most probably jugak kerana hari itu seluruh jepun di landa taufan menyebabkan 20 terbunuh dan lebih 50 orang di laporkan hilang di kawasan barat jepun. Nasib baik kat Fukuoka ini tak ada kes kehilangan nyawa, tapi angin memang kuat sangat masa itu, cuaca pun tiba-tiba je jadi sejuk sebab angin kuat sangat. Mungkin sebab itu lah I demam kot * taknak mengaku yang badan ni dah tak cergas macam dulu, jelir tanda-tanda diri dah semakin tua*. 

Pssstttt: sabtu minggu ini pun ada majlis jamuan raya lagi, burpppp Alhamdulillah mrgreen .


~ Thanks for reading this (^-*) ~

 
 

22 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

awat ai x di jemput ponggg???
kecik haty...hukhukhuk
kalo jemput mcm ai leh terjah sana khen
lempang pp sendiri ngeeee
teringin nak makan kuzi ayam itew yummyyyyyyyy

Mama Hanim said...

aloss meriah molek weh rumah dibuka di jepun..

menu pun nmpk sedak blako tu.. terliur ambo tgk..hehe..

Teratak Hami said...

Rajinnya memasak untuk orang ramai. Next year buat potluck, so takde diri sendiri sampai lenguh2 satu badan.

Unknown said...

meriahnye kak :) makanan enak2 :)

Asmara said...

seronok ramai2. kawan2 yg ada tu lah jd sedara mara kan! mmg penat masak2 byk, lepas tu mmg betul kita pun kdg tak lalu mkn. lepsa semua balik baru la ada hati nak makan. hihi..

Oyis said...

masih beraya lg ye di jepun? di plymouth x de dah open house, so mmg x de feeling raya/syawal lg :(

Hamizah said...

x ajak pon kita..

CuTeMiUt78 said...

wah.. sgt2 seronok.. makan2 time..
eemmmm selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin ya

Ijah EmoTemo said...

wah! byk gila mknn. sume nmpk sedap! hihi.

Nanak said...

wah, meriah sungguh!..i pun suka roti jala tu.,.

Juwita Jamaludin said...

best buat makan2 macam tu tambah kalau semua makanan habis dan kawan2 puas hati masak pun jadi hilang letihnya... meriah ye raya sana ramai kawan2 ..:)

transformed housewife said...

knur & Abe Ariff wat ala BBQ marin kat KJ. tok panggil ramai pon. Panggil anok beranok Abe Ariff. EPit & Asul pun mari.

anumuchan said...

byknya makanan..kalau dekat..dah lamaa terjah tau.heee

cikgunurulizza said...

yatie, nampak kat gambar tu macam macaron je.betul ke?hehe

Unknown said...

spegeti sesat di hari raya.. hehe.. meriahnya raya.. seb baik jauh beribu batu..kalau tak memang kita dah terjah dah...hehe..

yatie chomeyl said...

lady ayu : thn depan i buat, i jemput u....wajibalghunnah dtg :p

mama hanim : napok jah supo sedap, tp x sedap mano pong hehe

teratak hami: selalunya mmg buat poluck, tp kalau open house ni..mmg nk suruh tetamu dtg makan je..tp diorg pun bwk gak food buat top up ;)

yatie chomeyl said...

Huda : mana tau enak? eheheh

kak as : btol3x, lepas tu pengsan keletihan dan kekenyangan eheh

oyis : hujung minggu jah berayo..stended la rayo sebulan key :p

yatie chomeyl said...

k/ hamizah : open house kat sano pun byk lg, tu x ajok kak tu :p

cutemiut : slmt hr raya 2 u jugak :)

ijah : nmpk je mcm sedap, jgn tertipu dgn gambar

yatie chomeyl said...

nanak : tp penat gilo nk buat dia huhuhu

juwita : aah sini ramai, tu yg meriah tu

kak nur : nanti ti kelik, wat sekali lagi deh

yatie chomeyl said...

Anum : thn depan plan awal2, dtg terjah ye hehe

thenunu : btol3x, gigih i buat sbb nk makan hehe

rai : spegeti tu utk org2 yg dh boring menu raya :)

♥MAMASYAZA♥ said...

bestnya bila ramai2 dtg makan camtukan. bila ramai2 n kelam kabut kita tak rasa sgt letih tu, tp bila selesai majlis,perrgggg mmg lenguh badan

Ezna Khalili said...

masak sakan, layan tetamu, tak berapa nak rehat...maunya x demam.....uihhhh gigihnya masak tu...sedap nampaknya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...