Semalam pergi medical check-up kat nursery baru baby SN yang dekat dengan rumah I ni. Bawak Fahmi
*student undergraduate* untuk tolong jadi translator bagi kami. Lepas siap medical check-up, kami pergi kat pejabat nursery ni untuk berjumpa dengan pihak pengurusan dan bagitau apa makanan yang baby SN tak boleh makan.
Seorang makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global menyambut kedatangan kami. Bila kami ceritakan tentang larangan2 makanan yang tidak boleh di makan oleh baby SN, dia macam terkejut dan bingung. Kami bagitau yang baby SN tak boleh makan apa2 makanan yang ada daging dan alkohol sebab dia orang Islam. Lepas tu, I bagitau kalau pihak nursery tak boleh sediakan makanan tu takpe, sebab I boleh buat makanan baby SN sendiri tiap2 hari macam yang I buat kat nursery sekarang ni.
Makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global itu kemudian nya bertanya kenapa kami tak hantar sahaja baby kami ke nursery yang di sediakan di Universiti. Mungkin makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global itu tak tahu yang nursery yang di sediakan di universiti itu ialah nursery swasta yang bayarannya mencecah 50000¥ = RM 2000 sebulan sedangkan nursery ini ialah nursery kerajaan di mana sebagai pelajar, kami tidak perlu membayar apa2 yuran bulanan untuk menghantar anak ke sini.
*nampak sangat makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global macam rasa susah nak sediakan makanan pastu secara tak langsung macam nak halau kami suruh pergi nursery lain huhuhuhu*.
Kami cuba sedaya upaya untuk menerangkan berkali-kali yang kami boleh menyediakan sendiri makanan untuk baby SN dan pihak nursery tidak perlu risau tentang hal ini. tetapi prosedur yang di tetapkan kerjaan ialah pihak nursery harus menyediakan makanan untuk pelajar2 di nursery ini. Oleh itu makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global berjanji untuk membawa perkara ini ke dalam mesyuarat dengan cikgu2 lain di nursery tersebut.
Sebelum kami melangkah keluar dari bilik itu, tiba2 makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu memegang tudung I dan bertanyakan tentang tudung yang terletak chomeyl di kepala I. Dengan jujurnya I jawab ini ialah Scarf dan Fahmi pula bertindak menerangkan kepada makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tentang kewajipan menutup aurat yang di kenakan keatas perempuan Islam yang cukup umur. Kemudian makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global mengeluarkan ayat yang begitu mengguris kalbu I -->
"saya rasa pakai tudung tu bodoh dan tidak global".
I tak faham masa dia cakap tu, tapi I dapat nampak muka Fahmi & hubby tiba2 berubah jadi merah padam. Apa yang I dengar cuma dia cakap perkataan "global" dan "baka( ばか)= bodoh" je. I tak tahu pulak dia mengata tudung I masa tu. Bila dah keluar dari pejabat tu, baru Fahmi dan hubby explain kat I. Berdesup telinga + berapi kepala + menggelegak otak
masa mula2 dengar tu.
Okeh, serius cakap kalau I faham apa yang makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global cakap masa tu, I akan jawab terus kat dia guna bahasa Melayu dan English.
♣ Kalau makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu global sangat dari I, dia mesti boleh faham English memandangkan English ialah bahasa yang di gunakan di peringkat global.
♣ Kalau I ni tak global I takkan mampu merantau mencari ilmu di beberapa negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Entah2 makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu tak pernah pun keluar dari negara dia ni huhu.
♣ Kalau I ni tak global, kenapa negara makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global sudi terima I jadi pelajar kat universiti diorang
Lepas dah lama I duduk + bertenang untuk menghilangkan marah, I dapat berfikir dengan tenang dan terkenang kan beberapa peristiwa global yang berlaku dalam hidup Yatie-Tak-Global sebelum ini.
Sejujurnya I tak pernah berdepan dengan orang sekolot ini seumur hidup I merantau keseluruh dunia sebelum ini.
♦ Di
Germany --> walaupun negara mereka murah dengan beer dan setiap majlis makan2 di Technical University of Munich di sediakan beer...mereka menghormati I dengan menyediakan jus buah untuk I
♦ Di
Spain --> rakan sekuliah memahami bila I minta untuk sediakan makanan bagi jamuan supaya I boleh guna daging halal untuk memasak
♦ Di
Paris --> sewaktu bersolat di Disnelyand, beberapa orang mengambil gambar I & kawan I sebab mereka tak pernah nampak sebelum ini tetapi tiada yang menghina
♦ Di
Jepun sendiri--> dah beberapa kali, orang memuji yang tudung2 yang I pakai tu cantik dan siap ada yang nak bergambar dengan I (*read: click
here*). malah sewaktu I pergi interview baru2 ini, (read:
Dear Ms Luck,...please be with me today!) kerana menghormati makanan yang I tak boleh makan...kesemua panel of interviewer seramai 20 orang tu cuma makan seafood sahaja. Prof I pulak siap sediakan bilik khas untuk solat dan pam susu huhuhu *
Prof I pun kiranya tak global gak la erk?*Apabila I luahkan kemarahan ni kat FB, kawan2 I tolong buat beberapa kesimpulan sendiri tentang makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global dan sedikit sebanyak kesimpulan yang kawan2 I buat ni menenangkan perasaan I.
• makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu dah nyanyuk , maafkan saja dia
• makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu sakit hati sebab selipar jepun cuma di pakai ke jamban sahaja di Malaysia
wakakakaka
• doakan lah makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu dapat hidayah dan pakai tudung jugak suatu hari nanti ..*amin*
Di permulaan entry ni I ada cakap I sekarang dah tak marah kat makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global tu lagi. Sebabnya bila I baca kisah *
penemuduga yang kolot* (klik
sini) yang terjadi di Malaysia sendiri, buat I rasa yang benda ni kecik je. Kalau orang Islam di Malaysia sendiri boleh berfikiran kolot begini, jadi I kena berlapang dada dan maafkan makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global atas kekhilafan dia menuturkan perkataan yang mengguris hati I.
Apa yang I risaukan cuma kalau2 makcik tua-berambut pendek-berkaca mata-berumur separuh abad-yang perasan global memandang enteng sahaja larangan2 yang I bagitau tu dan sesuka hati je bagi baby SN makan makanan tak halal di nursery nanti. Baby SN akan I hantar ke nursery ini bermula hujung bulan ni dan I akan pantau tindakan cikgu2 di nursery ini dulu. Kalau I rasa was-was jugak,
I akan stop dan hantar baby SN ke nursery swasta yang sekarang semula. I rela mengusung baby SN naik turun keretapi setiap hari daripada membenarkan makanan tak halal memasuki sistem tubuh dia huhuhu. I sanggup bergolok bergadai cari duit untuk bayar mahal tiap2 bulan asalkan baby SN terpelihara dari perkara2 yang tidak di ingini. *Semoga Allah melindungi iman kami sekeluarga...
amin*
*baby SN posing dengan barang2 yang kena beli untuk masuk nursery baru* # Lawak terbaru hubby & I kat rumah sekarang :-
Yatie Chomeyl sudah bertukar jadi
Yatie Tak GLOBAL..
harap maklum #
Pssssttt : puas hati dapat tulis panjang2 melepas perasaan. sekrang dah boleh kembali senyum dan sambung kerja2 terbengkalai yang menimbun-nimbun ni hehehe.