CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 21 May 2010

FUKU(3)M Family Day 2010

KEYA BEACH, 16 MEI 2010 - Persatuan Fukuoka Melayu-Muslim-Malaysia a.k.a FUKU(3)M telah mengadakan sambutan hari keluarga bagi tahun 2010. Aktiviti tahunan ini telah berlansung dengan jayanya tepuktangan di Pantai Keya; yang merupakan tempat yang sama di mana berlansungnya acara itu pada tahun lalu *refer:A nice and splendid Family Day!*.




Berbagai juadah yang enak di sediakan secara 'pot-luck' oleh ahli2 persatuan. Di antara juadah2 yang di sediakan ialah ayam BBQ, sosej BBQ, satay, kambing panggang, nasi dagang, nasi beriani, nasi lemak, kuey teow goreng basah, mee goreng, bihun sup, macaroni, cheese cake, berbagai jenis puding dan agar2, keropok, kek tiramisu dan banyak lagi. Juadah2 tersebut telah berjaya meninggikan lagi amplitude kebuncitan perut ahli2 persatuan FUKU(3)M ihikhik eheh.






Di samping itu juga, Hari Keluarga FUKU(3)M 2010 turut di serikan dengan berbagai aktiviti sukan dan aktiviti bersama keluarga. Aktiviti2 tersebut telah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli di samping membantu sedikit sebanyak menurunkan kembali kadar kalori dan kolestrol yang terkumpul di dalam badan setelah menikmati juadah2 yang enak sebentar tadi gatai hohoho.


Di antara aktiviti sukan dan permainan yang di adakan ialah :-

(1) Bola Sepak Pantai

• pertandingan 3 penjuru di antara team bujang, team bapak2 Ito dan juga team bapak2 Hakozaki.



• team bujang berjaya mengungguli acara ini, di sebabkan para bapa menghadapi kesukaran untuk menggelecek bola sambil menyeimbangkan perut masing2 ihikhik kui3x.

• walaubagaimanapun, pujian turut di berikan kepada pasukan sorak untuk team bapak2 Ito yang terdiri dari para isteri solehah yang bersungguh2 memberikan sokongan padu kepada suami masing2. benarlah kata pepatah :"di sebalik kejayaan seorang lelaki itu ialah kerana sokongan dari wanita".siul




*pasukan sorak Imajuku tengah berbincang strategi siul eheh*


(2) Bawa bola menggunakan sudu
• acara ini khusus untuk kanak2 di mana peserta di minta untuk membawa bola menggunakan sudu sehingga ke garisan penamat

• taktik bijak di gunakan oleh peserta untuk memenangi acara ini di antaranya ialah dengan merapatkan bola ke dada supaya bola tidak terjatuh sewaktu berjalan dengan laju ihikhik ekekeke




(3) Isi air dalam botol
• acara ini juga di khususkan untuk kanak2

• peserta di beri span dan sebaldi air pada tapak permulaan, dan peserta di minta memerah span tersebut di dalam botol yang diletakkan di garisan penamat




(4) Lari dengan kaki di ikat-berpasangan
• Acara ini merupakan acara yang paling mendapat sambutan kerana peserta nya terdiri daripada pasangan suami isteri



• Pasangan akan di ikat kaki dengan menggunakan sellotape dan berlari dalam keadaan kaki di ikat.



• Jika sellotape terputus di pertengahan jalan, suami di minta mendukung/menggendong isteri sehingga ke garisan penamat



• Bermacam peristiwa menarik yang berlaku sewaktu acara ini antaranya :- suami mencampak isteri *sebab lari laju sgt sambil dokong isteri, sampai tersadung kat pasir*; suami menggendong isteri *sampai isteri tak nak turun dari kendongan walupun dah sampai garisan penamat sebab si isteri dah lama tak di kendong* dan juga kontroversi pasangan sejenis yang turut bertanding gatai muahahahaha.

(5) Baling belon berisi air
• peserta di bahagikan kepada 3 pasukan iaitu team bujang, team Hakozaki dan team Ito.

• team bujang berjaya memenangi acara ini oleh itu kemenangan mereka di raikan dengan membaling belon2 berisi air tersebut kepada mereka gatai ekekekeke.




(6) Cabutan bertuah
• beberapa beg hadiah telah di sediakan oleh pihak penganjur untuk acara ini

• kebanyakan yang memenangi cabutan bertuah ini ialah peserta2 yang tidak berjaya memenangi acara2 permainan sebelum ini
*ayat cover kekecewaan sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah* ihikhik eheh.




Sambutan Hari Keluarga FUKU(3)M 2010 yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 6 petang. Acara bergambar beramai-ramai menutup sambutan tersebut. Secara keseluruhanya, ahli2 berpuashati kenyit dengan penganjuran hari keluarga pada tahun ini walaupun terdapat sedikit kekurangan yang boleh di perbaiki di masa hadapan. Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dan semoga ukhuwah ini berpanjangan.
~nerd laporan dari bilik berita Imajuku : oleh Yatie Chomeyl~


*ibu2, isteri2, anak dara dan anak2 kecil*


*bapa2, suami2 dan anak2 kecil*


*budak2 bujang*



*warga Malaysia encem di Fukuoka*


Pssssstttt : sesekali I nak jugak berangan tulis berita ala2 wartawan
ihikhik ekekekeke.
#pictures are the courtesy of : Yatie Chomeyl, Dymi Syamim, Paan, Fahmi, Hafizal, Azli

12 words of wisdom & comments:

safinah said...

main sukaneka... best best.. :)

Mommyyus said...

seronoknye.. hehe, ibu2 ngan anak2 masing2. cam cute je..

syayassir said...

kih kih kih...
bab gendong2 tu yang tak tahan tu...
kalau suami saya, sah dia angkat tangan surrender... :P

meriahkan... seronoknyaa... :D

nieda said...

bestnya yatie, rasa akrab sgt masa tu..kelakarlah kena kendong bini..hehe..cantik gambar2..mknan pun sodap

*∽ IZAN ∽* said...

wahahahaha.. seronoknyerr tengok korang bergather... meriah banget!! Tu lah best duk negara sorang ni semua close mcm family sendiri hu hu

Nadiah Sidek said...

hahaha...lawak betul baca psl acara lari ikat kaki tu. yatie tak kena kendong ke? eheh. bestnya korang siap blh buat family day lg. sini brp kerat je melayu. balik2 muka yg sama je la :p

faye said...

hai marilah join giveaway ni:

http://fasham87.blogspot.com/2010/05/1st-giveaway-of-fasham87-blog.html

temp. housewife said...

ada tokoh jd wartawan. hehehe. Ti tak dok mene gapo2 acara ko?

yatie chomeyl said...

safinah >> tu la, lm x main..best gak lah

mommyus >> anak2 ken adgr ibu pot pet hik3x

sya >> mmg meriah, sesekali berkumpul ramai2..;)

yatie chomeyl said...

nieda >> mknn mmg marvelous, kenyang smp sendat perut mlm tu

k.izan >> yup btul tu, bila dh jauh gini..kwn senegara kira famili la

nadiah >> x kena kendong sbb tali x putus eheh

yatie chomeyl said...

faye >> insya Allah kalau smpt, nti akk join

k.nur >> x pong..tie mene sorak jah hahaha

~Eila @ Along~ said...

syoknye...
time together2 ni la dpt kukuhkan silaturahim kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...