CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 12 April 2011

Damailah engkau di sana di sisi penciptamu

Beberapa hari lepas adik bongsu I; Awin bagitahu yang salah seorang cikgu kesayangan I iaitu Cikgu Wahab masuk ICU. Untung jugak ada adik yang sekolah sama dengan I, sekurang-kurangnya boleh tahu juga perkembangan cikgu2 walaupun dah lama meninggalkan bangku sekolah.

Cikgu Wahab ngajar Matematik Moden masa I form 4. Bila I dah naik Form 5, cikgu lain yang ajar Math Mod tapi tetap jugak malam2 I join tuition yang Cikgu Wahab buat. Awin dan Abah dah pergi melawat Cikgu Wahab masa kat ICU, tapi tak dibenarkan masuk untuk tengok. Cuma ahli keluarga terdekat beliau je yang di benarkan masuk. Alih2 malam tadi I dapat message dari kawan2 yang menyatakan Cikgu Wahab telah kembali ke rahmatullah.

http://hizbut-tahrir.or.id/wp-content/uploads/2009/04/beritaduka1.jpg

He was diagnosed having diabetes before this. Kawan I bagitahu dia kena tibi, dan terus di masukkan ke ICU. Semalam pukul 11 dia telah di jemput oleh penciptanya. Ajal dan maut itu memang ketentuan di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua, kita tetap akan dijemput-Nya. Tidak tercepat atau terlewat walaupun sesaat.

Mendengar berita sedih ini buat I teringat kembali kenangan masa jadi student arwah tahun 1998-1999 dulu. Arwah suka tepuk meja nak bagi budak2 terkejut, so that takde siapa yang akan tidur dalam kelas dia. Arwah Cikgu Wahab juga suka buat lawak; kelas dia memang penuh dengan gelak ketawa je.

Perkataan keramat yang Cikgu Wahab suka sebut tiap2 kali dia mengajar ialah "Bele2 berok jah" ~ yang kalau directly translated akan membawa maksud "sambil2 berak je". Sebenarnya arwah nak menunjukkan yang Matematik tu mudah je dan tak lah susah snagat macam yang budak2 selalu fikir. Itu yang arah buat perumpaan, ibaratnya tengah berak pun boleh selesaikan soalan kira2 tu semua. Di sebabkan arwah suka sebut macam tu lah, secara psikologi nya ia telah membantu membuang tanggapan bahawa matematik itu susah dalam diri I.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOaRhEb3iyCLXQScD0inPqS9yW7dVAJhXdk7JqQ5dOZmut0MNBq4HFc_idIRjjfvNGzIB9gojY1Fsf4-7StRskiAYdADrmRG65r0CCXq_SQ6NhyphenhyphenjluZfTXBwU4f_NmLm6GHPtW9WXPhI8/s1600/57933_155504401140191_100000418967547_395277_3889540_n.jpg
+- Arwah Cikgu Wahab (dalam bulatan merah) dan guru2 SMKIP ; gambar dari Majalah Persadapetra 1999 -+


Hanya iringan doa yang dapat di kirimkan buat Cikgu Wahab. Segala jasa cikgu mendidik saya takkan saya lupa sampai bila2. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Allahyarham Cikgu Wahab dan semoga beliau di tempatkan di kalangan hamba2-Nya yang soleh. Ameen.


Psssstt : kenangan bersama arwah Cikgu Wahab juga di kongsi oleh pelajar2nya yang lain di
SINI dan SINI.

10 words of wisdom & comments:

cik osh said...

Al-Fatihah... semoga ALLAH menempatkan arwah di sisi hamba2 yang beriman dan disayangiNYA...

nieda said...

Alfatihah untuk arwah cikgu Wahab. Takziah pada keluarganya. Setiap yang hidup, pasti akan pergi. Itu janji Allah tak pernah lewat walau sesaat pun. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. AMin

nurulzia said...

Al-Fatihah..moga roh arwah dicucuri rahmat..

transformed housewife said...

Al-fatihah. Muloh CIkgu Wahab ni sempat ngajar sampai ko Awin deh. Maknonyo dio ajar Ti, Pein, Aeji,Asul & Awin?

*∽ IZAN ∽* said...

alfatihah...

ain revival said...

i miss him a lot...
da best teacher that i ever had..:(

smoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang y beriman..amin

Unknown said...

al fatihah...

Nadiah Sidek said...

inna lillah wa inna ilayhi roji'un. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan yg beriman & beramal soleh..ameen..

isabelle said...

inna lillah wa inna ilaihi roji'un.
alfatihah....

Ummi Shira (AshAnas) said...

innalillahi wainna ilaihi rajiun... al-fatihah... cikgu2 sekolah shira pun dh ramai yg meninggal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...