CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 6 September 2011

Kuih Muih Chomeyl

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Masih lagi dalam mood untuk bercerita pasal kisah raya 1432H ~ 2011. Entry hari ini ialah pasal kuih muih raya yang I sediakan sendiri kat sini. Dah jadi macam tradisi bagi diri sendiri untuk buat sendiri kuih raya. I guess it runs in my blood already sebab Arwah Ma dah trained I untuk buat kuih raya dari I kecik-kecik lagi. Kuih raya wajib untuk keluarga kami ialah Cornflakes madu, Tat Nenas, Chocolate Chip, Biskut Gajus, London Almond dan Kek Chocolate Moist. 

+- Kek Chocolate Moist resipi turun temurun Arwah Ma yang di hias comot -+


Kerahan tenaga adik-adik di perlukan masa nak suruh sapu mentega kat dulang pembakar dan juga untuk tabur chocolate rice/ceri sebagai hiasan topping atas biskut itu. Biasanya I akan buat dalam 200 - 300 biji untuk setiap jenis sebab menambil kira bilangan ahli keluarga yang ramai, adik berdik pulak semua hantu biskut, mak sedara dengan pak sedara yang beraya sekali dengan kitorang dan tak lupa juga untuk bagi-bagi kat nenek, tok sedara dan mak sepupu kat kampung.
Nasib baik stove oven kat kampung besar dan ada 2 lapis, at least cepatlah jugak proses membkar tu. Masa mula-mula start proses membakar itu aidk-adik tolonglah lagi, tapi dah last-last semua terbongkang tidur depan TV sebab tak tahan tergoda dengan bau biskut yang dah masak tu, cittt.
http://pics.adoos.ca/93edc5e64220057c7b11b281039ccce4-1-3-stoveovens-for-sale.jpg  
+- macam ini lah lebih kurang stove oven milik Arwah Ma. pic credit: adoos -+


Walaupun beraya di perantauan, dan mak mertua dah poskan beberapa jenis kuih raya untuk santapan anak, menantu dan cucunya ini; tetaplah ada semangat membara dalam hati untuk buat sendiri biskut raya. The main reason kenapa I nak jugak buat sendiri biskut raya ialah sebab setiap kali I buat biskut raya, I akan terkenangkan momen manis yang pernah I lalui dengan Arwah Ma masa kami sama-sama buat kuih raya dulu. 


Terbayang lagi betapa bangganya Arwah Ma bila kek chocolate moist yang I buat masa umur 15 tahun di puji sedap oleh kawan-kawan dia; betapa gembiranya Arwah Ma bila kuih-kuih raya yang I bagi kat nenek di sorok dalam almari *sebab tak nak bagi orang lain makan, nenek cuma hidangkan biskut raya yang beli je kat tetamu* eheh. Terkenang jugak resipi yang di guna setiap tahun itu dari buku resipi yang dah koyak rabak, tapi memang Arwah Ma tak suka guna resipi baru yang tak tentu sedap ke tak..so stick to the old one yang memenuhi selera tekak kami sekeluarga.


Tu dia, kalau dah start mengenang memori memang panjang berjela lah entry ini. Back to the main topic, tahun ini I buat 3 jenis kuih untuk raya dan jugak bulan ini dalam sejarah ialah bilamana I berjaya buat pulut tapai sendiri.



(1) Chocolate chip

Sebab terlupa nak salin resipi turun temurun dari arwah Ma tu, so I icilok resepi kat my resipi .Alhamdulillah, turn out OK dari segi rasa dan rupa. Tak keras sangat dan tak rapuh sangat, just nice. Lupa pulak nak ambil gambar close-up chocolate chip ni, nanti kalau dah ambil gambar I letak sini.

+- chcolate chip dalam balang di temani rakan-rakan seperjuangan menunggu di ngap -+ 


(2) Cornflakes Madu Gergasi

Sekali lagi resipi ambil kat my resipi. Senang je buat biskut ni kan, tapi kali ini I tak guna madu, tapi guna golden syrup sebab madu yang ada kat rumah dah macam tak best bau dia. Dah la tu tak ada hiasan untuk topping pun tak berapa warna warni, campak je yang mana ada. Plus jadi cornflakes madu GERGASI sebab isi dalam bekas muffin, cup kecik kat rumah dah habis, malas nak turun dari tingkat 5 semata-mata nak beli cup je hahaha. 

+- Cornflakes madu gergasi hanya terdapat di rumah kami sahaja -+


(3) French Macaroons

Percubaan pertama dulu, macaroons yag I buat retak seribu kat atas. Alhamdulillah, kali ini macaroons I lebih berseni berbanding masa mula-mula buat hari itu. *refer entry: Yatie Chomeyl mencomotkan Macaroons*. However macaroons kali ini tak ada feet la pulak, adoyaiii tak apa cuba lagi lepas ini sampai berjaya. 
+- the making of French Macaroons -+ 

 
Resepinya I ambil kat youtube. Lepas itu, I tambahkan step hempas tray atas meja dulu bagi batter tu tak ada angin, to avoid crack. Plus, I letak bawah hembusan air cond dalam 15-20 minit sebelum bakar. Tips ini semua I dapat kat you tube la, so I combine je suka hati hehe. Ada yang nak share tips lain lagi tak?. OK la tu, at least ada rupa macaron dah la kan?.

+- yang ini saiz besar, sekali ngap kenyang 3 hari -+



(4) Tapai pulut

Selalunya pulut tapai kitorang dapat dari tok sedara kat kampung yang memang pakar, tapi dah jauh di perantauan ini nampaknya buat sendiri je lah. Nasib baik dapat ragi dari kenalan baru yang sudi poskan untuk I. Dapatlah I makan tapai pulut di hari raya kali ini.

Cara2 buat Tapai Pulut:

1)rendam beras pulut tu sekurang2nya sejam..jgn lama sangat sampai semalaman,takut beras kembang sngt ,

2) buang air, kukus beras pulut sampai berwap


3)angkat , ratakan atas dulang besar...renjis2 air @ gaul sket ngan air supaya beras tu serap air sekejap- jgn bnyk sngt...dlm 1 gelas air jah


4)kukus kali ke-2 smpai beruap... tengok beras pulut tu dah masak ke tak...kalau tak masak lagi,kukus sampai masak


5)angkat...ratakan atas dulang besar...


6)biarkan sejuk ...baru renjis2 ragi ke setiap permukaan beras pulut tu... renjis2 jugak gula ke setiap permukaan tu...jangan bnyk sngt , nanti bila tapai dah masak akan manis sendiri


7)balik kan permukaan atas ke bawah beras pulut yg dah di renjis ragi tu (untuk renjis ragi di permukaan bawah beras pulut tu plak)


8)
renjis ragi ,gula ke permukaan bawah yg dah di balikkan seperti no.6

9)boleh masukkan ke dlm bekas2 kecik utk disimpan

10)simpan tempat panas @ balut dgn kain besar/pelikat/sarung utk bagi dia panas...

11) estimate dlm 2-3hari tapai masak la...boleh test kalu dah nampak berair dlm bekas tu...




+- the making of tapai pulut -+

+- tapai pulut warna warni aidlifitri -+


I siap buat warna warni hijau + putih + pink lagi untuk tapai pulut I tu. Alhamdulillah habis semua tapai pulut yang I buat masa open house rumah kami Sabtu lepas sampaikan tuan rumah pun tak sempat rasa. Ragi ada lagi ni, Insya Allah kalau rajin malam ini nak buat lagi; boleh makan untuk jamuan raya dengan Geng Fukuoka hujung minggu ini pulak.


Pssssttt: bila kat perantauan ini macam-macam teringin nak makan. Tapi masa kat Malaysia, gedik pulak cari makanan Western/Japanese untuk tekak ini, dunia duniaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

21 words of wisdom & comments:

Fazlinil Irma said...

Salam Aidilfitri utk yatie sekeluarga.

ni ada sy sertakan link ttg macarons. moga ada manfaat. selamat mencuba lagi. :)


http://zachoes.blogspot.com/2011/08/resepi-french-macarons-dan-basic-step.html

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

curlasttt gitew
rajinnyer uols buat...ai x pernah buat kueh raya sendiri selalu tolong umi ai buat jer...buat since kat nihon mmg semua bikin sndri

isabelle said...

humang aiii..rajinnya u masak mcm2.
tetiba cuak pikir kalo tpaksa beraya kat negara org nanti..nak msk apa?

p/s: kalo i pi umah u, cornflakes madu gergasi pun i tibai byk2, sbb sukaaa sgt

Coffee Mama said...

Amboiii..Macam2 kuih ada! Memang nampak meriah dari kita2 yg kat Msia ni :-P

Selamat Hari Raya utk Yati sekeluarga ye :-)

hairan189 said...

wah semua nampak sedap.paling mengancam cornflakes madu gergasi tu..ihihihi

Juwita Jamaludin said...

salam yatie... rajin buat kuih raya.. macaron pun ada..

Oyis said...

ooo sama la kita, bangsa gergasi jgk ni. sbb nya: bekas muffin jah hok ado hehe...guno jah la, elak pembaziran. tetamu mkn pon kenyang sket hehe

gedebe la yatie, buat tapai pulut tu! respek2... eh ragi lebih tu bole rendam kacang soya wat tempe (kalu berahi la)

transformed housewife said...

knur wat 2 jenih jah; cornflake & coklat chip sbb thn lps wat balik sekut hancur lebur sbb kotak keno tohok ko ore2 angkat bare. huhu

Unknown said...

mcm dorayaki doraemon pun ada..hehehe
Work in progress

Ummi Salsabila said...

Rajinnya! Macaron pun ada..bila sempat buat ni? Busy2 pun byk kuihnya!;)

Unknown said...

klu huda pandai tunjuk je la kak :) hehehe

Diana @ BKKC said...

bnyak betul menu beraya cik puan kita ni..Nway....pos kuih raye dari mesia tu tak rosak ke? dulu my cousin..mak dia pos kuih ke jepun..habis jd serdak

♥MAMASYAZA♥ said...

kat umah akak, cornflakes madu yg cepat habis

yatie chomeyl said...

fazlinil irma : thanks a lot, i dh terjah..nanti next time leh cuba tips dr u pulak :)

lady ayu : tp ok la tu, at least u punye kueh cantek2, i punya rupa nya C- eheh

isabelle : x yah cuak, automatik u akan terus pandai punye lah kui3x

yatie chomeyl said...

coffee mama : ni namanya gigih nk beraya tp cuti raya pun xde kat sini hehe

hairan189 : mengancam ke? gedabak saiz gergasi dah tu eheh

juwita : rain sbb teringin nk makan byk22 tu yg terpaksa merajinkan diri yg malas ini

yatie chomeyl said...

oyis : ore xbrehi mano tempe, kalu tapey tu hadap sore 10 bekas pun habis hehe

kak nur : semula2 bawok on board la, baru x hancur

abah khalisha : dorayaki doraemon inti kacang, lagi senang nak buat dr macaroon ni

yatie chomeyl said...

US : i buat hujung minggu, pulun satu hari buat 3 jenis terus ..hehe

huda : kat sini payah nk tunjuk..tu yg akak buat gak tu :p

yatie chomeyl said...

dian : my MIL pos guna airmail, kalu guna surface hancur kot..ni pun siap balut dgn bubbles kat keliling balang biskut raya tu

mama syaza : kat umah ni byk lg yg gergasi, nak tak? eheh

Unknown said...

nk kasik sedap lg, letak tapai dlm fridge. tunggu sejuk skit. pas2 makan,adoiii sedapnya.

tingat2 tapai yg nenek huda wat..sedapnya

Idayu said...

*step hempas tray ats meja
fuhhh ganas btol bunyi nya..
sugoii, ghajin btol yea. sy pon x penah buat macaron lagi...

nieda said...

tapai pulut warna warni menarik perhatian..i pun tgh fikir nak masak jamu kwn2 cuma belum ada date jer lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...