CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 10 April 2012

Experiencing Nighttime Cherry Blossom Illumination at Maizuru Park

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Yosh, nak sambung cerita jalan2 mencari sakura hari Sabtu lepas. Lepas balik dari hanami kat Kasuga Park tu, SN & mommy tidur bergolek2 ~konon2 letih masaklah. Daddy keluar ada kerja sikit. Bila dah petang, tiba2 terbit idea kat kepala otak geliga yang suka berjalan ni so I request darling hubby to bring us for a nighttime hanami pulak.

The 1st time that we experience nighttime cherry blossoms viewing was 3 years ago, masa tu tengah pregnantkan SN lagi, ada I ceritakan kat dalam entry Santapan di Taman Nishi pada malam hari. So untuk tahun ni, kenalah bawak SN tengok sakura di waktu malam *alasan je, padahal mommy yang tergedik2 nak pergi*.


After maghrib we went to Maizuru Park, which is a large park with lots of space for picnics, with the remains of Fukuoka Castle as a backdrop. It is located near to Ohorikoen Station (Kuko Subway Line); about 7~10 min walk. 

+- cantik kan?. yang bangunan putih kat belakang tu ruins of Fukuoka Castle -+ 

 +- nice reflection of the sakura trees on the water surface -+


Walaupun dah spring, tapi suhu masih sejuk tambah dengan angin kuat. So we decided to keep SN in his stroller, bungkus rapi dengan the attachable lightweight fleece stroller blanket which can be use with stroller, baby carrier, and infant car seats. Selesa agaknya dia duk dalam tu, bila mommy ofer nak dukung pun tak nak..terus bagitahu kat mommy "nak duduk dalam blanket je".

+- mendaki bukit tu, tertonggek2 mommy tolak stroller. sempat stop untuk posing -+

 +- SN angkat tangan buat peace pun tak nampak sebab jari tersorok dalam glove -+

+- mommy & daddy melentok2 kepala, SN pulak lentok la sorang2 dalam stroller -+


There were ~1,000 Number of Cherry Trees there. Nasib baik kitorang sempat join this special cherry blossom event which was being held in the interior courtyard of the Fukuoka Castle ruins from March 28 to April 8, 2012, during which time the blossoming cherry trees are illuminated for nighttime viewing. 

 +- pejam mata bukan sebab ngantuk, tapi silau kena speed-lite -+

Tengah syok jalan2 tu, we bumped into SN's teacher who happen to go there with her family members.Sempat lah borak2 sikit2 *nak borak lebih2 kang tak reti pulak* and posing sedas dua. SN dah mengantuk masa tu, so tak layan sangat sensei dia, kesian sensei beria-ria excited tengok SN tapi dia buat derkk jer.


+- Sensei SN yang duduk kat sebelah dia tu, SN nampak kepala je sebab tripod tinggi sangat -+


Dalam tengah jalan2 tu, ada terbit sedikit rasa risau di hati I sebab masa SN baby dulu, kitorang pernah bawak dia jalan2 kat sini. Then bila balik rumah, terus SN melalak tak hengat dunia macam yang pernah I ceritakan dalam entry Baby SN dan 'sesuatu' ...jeng jeng jeng (seram mode). Tapi cepat2 sedapkan hati sendiri dan doa banyak2 so that tak ada yang 'menegur'  lagi lah. Lagipun bila tengok bunga2 sakura tu, terus hilang rasa risau...terbuai-buai je perasaan.


 +- pink sakura -+

+- penaja event -+


Bukan setakat lampu kuning je yang di pasang for the illumination, tapi ada lampu biru, pink, purple dan hijau. Ikut nasib la, masa posing tu lampu warna apa yang dapat di capture.


+- yellow and blue illumination -+

+- green illumination -+

+- yellow illumination -+

+- yellow illumination, sampai muka pun jadi kuning jugak *bukan sebab jaundis ye* -+

+- purple and light pink illumination -+

Mula-mula kitorang jalan kat free area je i.e the illuminated trees in front parts of Maizuru Park. Then sampai kat courtyard, kena bayar admission fee to the courtyard viewing area i.e 300 yen (the price includes a sakura mochi). Last admission to the courtyard is at 9:45 p.m.

+- kaunter tiket dan sakura mochi yang diterima bila dah bayar tiket -+

 
+- courtyard area, guna low shutter speed terus gambar jadi cerah terang benderang macam siang -+


Masa masuk kat courtyard ni, SN dahpun selamat tidur dalam stroller dia. Siap golek2 tidur tertonggeng macam kat atas katil. So, "terpaksa" lah mommy & daddy posing konon2 romantik berdua-duaan je. Auwwwww, terus rasa romantika di amor gitu...feeling2 pengantin baru jelir *gatal*.

+- lentok kepala dah macam Ella -+


There were seats available to sit and enjoy the trees and the starry sky above. Visitors are allowed to bring in food and drinks, so ramai lah yang duduk dan makan2 kat situ walaunpun dalam cuaca sejuk. Kitorang pun join sekaki untuk duduk kat seat tu dan merenung bintang sambil terkenang zaman honeymoon dulu2 *dalam hati siap nyanyi lagu Terukir Di Bintang*. 


 +- a pose inspired by Bollywood movies -+


Tiba-tiba angin sejuk menerpa muka...wosssshh..terus hilang lenyap segala lagu romantik. Terus tersedar diri dan teringat kat anak yang dalam stroller kat belakang kitorang tu. Kesian tengok SN dah tergolek-golek dalam tu cepat2 gerak ke kereta dan balik. Elok je sampai rumah, SN mula merengek-rengek dan menangis. Dah sudah.....kenapa pulak ni?.

Eh, SN bukan menangis sebab ada yang 'menegur' atau 'mengikut balik' tapi rupa-rupanya SN demam, agaknya dia tak tahan kena angin sejuk dari siang sampai ke malam. Hari ahad lepas, duduk je lah diam2 kat rumah sebab tak nak SN kena angin sejuk lagi dan demamnya makin melarat.

+- budak demam, merah2 muka masa tidur di petang Ahad -+


Semalam pun SN tak pergi sekolah sebab still demam lagi. Bawak pergi klinik dan Dr put him on nebuliser and run some test for Influenza. Alhamdulillah SN cuma demam + batuk + selsema biasa je, bukannya sebab Influenza or anything.

+- on nebuliser pun sempat peace lagi budak kecik ni, pantang nampak kamera -+

+- pose masa nak ambil ubat. muka tak bermaya tapi tetap ceria -+

Alhamdulillah, hari ni SN dah OK dan dah boleh pergi nursery semula walaupun still batuk + selsema dan panas sikit2 lagi badan dia. Pengajaran jugak untuk mommy & daddy, jangan nak bawak anak berembun sangat walaupun anak tu dah tak berapa baby lagi, tapi still budak kecik memang tak tahan sejuk walaupun dah di bungkus rapi huhuhu.


Pssssttt : bila demam ni, tidur malam pun tak nak lepas tangan mommy, nak terkenc*ng pun ku tahan jebat..demi anakanda tercinta.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

15 words of wisdom & comments:

Fazlinil Irma said...

wpun SN demam lepas tgok sakura. apa yg sy nampak berbaloi..! hehe. sian SN. :)

cantik sangat gambar yg dikongsi.. thanks yatie.

Irfa said...

cantiknya ciptaan Allah ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x pernah lagik tgk sakura illumination kat sini ngeeee...cian SN demam tue...mmg musim la nak tukar new season ni...weather kejap ok kejap x

♥MAMASYAZA♥ said...

sronok tengok gambar yg cantik2.
semoga baby SN cepat sembuh. kesian bila tgk budak2 demam

Hanis MY said...

coman sungguh...berimbun bungo sakura gerey plok tgk... handbag pon coman jugok hehe...matching dgn kala sakura

Unknown said...

banyak jugak yang dah tumbuh daun ek..tak nampak pulak nihonjin bernomikai bawah pohon sakura.. hehe..

sian SN..lain kali nak keluar malam kena hati2 la kan.. org dewasa pun boleh demam..lagi la budak2 lagi.

Asmara said...

odaijini SN kun! kireii.. kami belum berksempatan tengok sakura. InsyaAllah Mei nnti baru berkembang kat sini. :D

Cikpid said...

Lawa lawa nye laa gambo.. seronok tengok. thanks yati chomeyl sebab suka kongsi tmpt2 best n gambar2 menarik kat sana. tak dapat pegi, dapat tengok pon dah happy :)
tapi kesian pulak dekat abg ensem tu demam plak.

Oyis said...

cantik la tmpt dia yatie. x takut langsung gi mlm2. sayang di plymouth or dkt2 xde buat illumination gini, kalo x bst jgk tubik posing mlm2.

budak2 beso dah, jln mlm/ jln kuat sket gak, demam lah. aisyah baru2 ni balik London demam gak 4-5 hari. ni Alhamdulillah dah segar semula. masa demam tu, duk mintak nak berdukungggg jah, supo la dia umur 6 bulan baru, padahal berat dah 16 kilo. aiyooo...

Nadiah Sidek said...

huu..jeles! sini takde tempat secantik macam kat sana tu!

yatie chomeyl said...

irma : berbaloi bila tgk blk gmbr2 ni, tp mmg kesian kat si kecik tu :(

Irfa : yup, cantik sgt2

yatie chomeyl said...

lady ayu : i pergi ni pun 2nd last day dah..nasib baik sempat hehe

Mama syaza : tu la, bila demam mengada-ngada nya pun lg over...kesian jugak lah kat mommy & daddy hehe

yatie chomeyl said...

Hanis : auw, sharpnyo mato demo..siap napok pah ko henbeg oghe hehe

Rai : ramai je nihon jin..tp i capture x nampak diorg sgt la..fokus kat muka sendiri je, boleh gitu? ahahha

yatie chomeyl said...

Kak As : wah lambat gak kan, sini sakura dh jadi daun dah minggu ni

Cik Pid : u r most welcome. thanks bb sudi jenguk gmbr2 kat blog ni ;)

yatie chomeyl said...

Oyis : meme xtakut sbb ramai gilo orang, cumo x napok sgt dlm gmbr sbb fous ko muko tuan blog jah dlm gambar hahaha

nadiah : meh la sini, leh posing gak ngeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...