CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 12 April 2012

Pernah bodoh..tapi jangan bodoh lama2 sangat

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Petang semalam, masa tengah rilek menunggu calculation siap di kira oleh cik computer; ada sorang kenalan lama masa zaman degree kat US.M dulu buzz dekat FB. Kata nya terjumpa FB I thru FB adik I, dunia ni memang kecik je kan?. So borak2 tanya khabar dan sambil borak2 tu ada la terselit sepatah dua kisah silam zaman dulu.

 +- amekkk kau, tak berpinar mata tengok nombor2 tu semua -+

Kisahnya, member yang tegur kat FB ni ialah best friend kepada scandal I zaman bodoh dulu. Sebab apa I cakap bodoh, sebab dah tahu hubungan tu tak ke mana dan jantan tu tak sesuai untuk I *tapi mungkin dia sesuai untuk orang lain la kot sebab dia pun dah kahwin sekarang ni* tapi, tetap nak melayan hormon gatal masa tu.


Bila baca luahan hati adik I yang kononnya tengah sedih berduka lara dan heartbreak bila putus cinta, I memang tak boleh nak menahan diri dari berleter. U know why, sebab kakak mu ini dan lalui banyakkkk scandal sebelum akhirnya berjodohan dengan incik hubby.


Bila di kenang-kenang balik, memang bodoh ada scandal2 itu semua sebab :-
(i) rugi duit
(ii) rugi masa
(iii) tambah dosa yang dah sedia banyak
(iv) konon2 jiwa terluka bila putus cinta
(v) buang air mata pada tempat yang tak sepatutnya.
(vi) hubungan dengan family pun terjejas sebab lagi banyak habiskan masa dengan scandal
(vii) study pun terabai bila kepala tengah angau mahupun bila gaduh lalu kepala serabut
(viii) bila dah betul2 setia dan niat nakkahwin pun, orang2 sekeliling akan ada yang gatal mulut nak ungkit pasal scandal2 dan kejahilan silam


 +- sumber : transitionculture -+


Adik-adik ku, seriously ada sebab kenapa ada pepatah yang menyatakan "orang tua lebih dulu makan garam", maka sebab itu budak2 kena dengar cakap orang yang lebih tua dari mereka. Sebabnya ialah "we've been there, and we've done that!" dan kami orang2 yang lebih tua tak mahu korang ulangi benda2 bodoh yang kami pernah buat dulu.

putus cinta - Picture Box
 +- sumber : picturepush -+


Trust me, kalau boleh di undur semula masa pasti ada banyak benda yang kita nak perbetulkan kebodohan masa silam kan?. Tapi perkataan "KALAU" itu macam menolak suratan pulak, jadi kisah kebodohan silam ini di jadikan pengajaran untuk ubah diri jadi lebih baik dan juga dalam masa yang sama untuk di jadikan pengajaran kepada adik2 dan anak2.

Salah satu kebodohan waktu otak tak berapa reti berfikir ialah "bercinta sebelum kahwin". Sebab itu I nyatakan sebagai scandal2 saja, sebab masa tu hubungan yang terjalin bukannya niat nak mencari redha Allah sebaliknya sebab tengok orang lain ada boipren, maka aku pun nak..gitu je kekdah nya. Lepas tu bila putus, kononnya aku lah manusia paling sedih di atas muka bumi ini. Then bila jumpa scandal lain, lupa pulak segala rasa sakit itu dan begitulah prosesnya berulang sampai ke sudah huhuhu.


I pernah tulis satu entry waktu 'bodoh' dulu konon2 derita habis la tu, bila baca balik sekarang tergelak dengan 'kebodohan' diri sendiri itu.

+- sumber : thatonerule -+


There's a quote : "If someone you love, hurts you... cry a river, build a bridge, and get over it". It's not the end of the world. Lagipun, cuba timbang balik berapa banyak air mata yang tumpah sebab sedih putus cinta berbanding air mata yang tumpah sebab mengenang dosa-dosa silam?. Muhasabah lah; menangislah karena dosa dosamu terhadap Allah... Bukan menangis karena putus cinta terhadap ciptaanNYA.


Bila I dah sambung master, tiba2 datangnya kekuatan dalam diri ini untuk hentikan segala scandal2 itu. Mungkin sebab masa tu, jauh dari Malaysia so means of communication dengan scandal2 dah berkurangan. I terus buat keputusan drastik, putus dengan scandal2 itu dan bagi kata dua saja kepada mana2 lelaki yang nak berscandal dengan I masa tu i,e "kalau betul2 berkenan, jumpa parents saya dan masuk meminang. Kalau mereka setuju, saya pun setuju".

Alhamdulillah, itulah yang incik hubby lakukan.


A friend of mine; Wani pernah bagitahu, "bila kita ikhlas nak sesuatu perhubungan itu berakhir ke jinjang pelamin, Insya Allah akan dipermudahkan jalan oleh Allah". Dan kata-kata inilah yang I selalu pass kat adik2 ipar I selaku Dr Love tak bertauliah untuk diorang.



Doa saja banyak2 moga di pertemukan jodoh pada masa yang sesuai, dan di beri jodoh yang boleh memipin kita ke jalan Nya. Mungkin kita "nakal" sikit masa muda, tapi kalau dapat suami yang baik, Insya Allah kita juga akan berubah menjadi lebih baik.

 
 +- sumber : Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’ -+



Bebelan panjang lebar hari ini bukan saja untuk adik2 I dan adik2 ipar I, tapi untuk semua adik2 bujang yang lain. Jodoh kita sudah tertulis di Luh Mahfuz, tak perlu menggedik scandal sana sini macam kakak mu ini. Contohi lah Farah Lee yang berkahwin dengan Ally Iskandar berlandaskan cinta sesudah kahwin. Jangan contohi artis2 lain yang bercinta bagai nak rak lepas tu putus dan bila wartawan tanya, bagi jawapan "tiada jodoh antara kami".


Pssssttt : ni baru membebel kat adik2, cuba korang bayangkan bila I membebel kat SN nanti. Jenuhlah SN nak tahan telinga bila mommy meroyan if dia bawak balik awek kat rumah nanti ihikhik ngeh3x. 


Psssstt lagi : sekian bebelan hari ini, nak sambung calculation pulak sebelum SV pulak membebel kat I ngeee.
 

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

16 words of wisdom & comments:

Hanis MY said...

banyoknyo scandal... takpo belajar dr pengalamey buleh turun ilmu ko adik2...

Asmara said...

bercinta lepas kawin yg paling best. sentiasa berdoa bertemu jodoh dgn org yg baik, beriman dan mencintai kita kerana Allah. paras rupa tak penting, org kata baik kita InsyaAllah baik jugaklah jodoh kita. InsyaAllah... ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hukhuk ai pow sama uols
rasa rugi sgt khen
dah la scandal byk plak...mati la hahaha...

シャイマ said...

so true! tapi kdg2 mmg kita rasa overprotective dgn adik2 kita.

tapi nak ckp lebih2 pun kita tau tak gunanya, sbb if we were to be them, mesti masuk telinga kiri keluar telinga kanan, mesti rasa mcm let me experience it myself boleh tak. haha.
but its true mmg tjawab kita untuk menegur. lepas tu doa2 jela byk2 diorg denga.

transformed housewife said...

knur teringat perbuatan bodo knur maso ado sedaro nok gi tgk knur maso rayo tu. hehhehehe. knur pakai baju & skirt soyok.

Nida Mohd said...

Yup..sy pn pnh melalui zaman 'bodoh' ni.. Bagi sy mungkin kita mmg sengaja dipertemukan dengan org yg salah sebelum kita jmp org yg btl2 ikhlas dgn kita..sekurang2nya ada pengalaman zaman bodoh ni.. Apa2 pun mmg cinta lps kawin yg terbaik...:-)

Oyis said...

ore x dan nak berskandal lah mano, tp sblm berjumpo cik hubby, dan la jgk kapel sekali, pastu serik sbb rasa buat tambah dosa and buang maso. Alhamdulillah maso betul2 ready Allah wat mari tok laki hok lo ni... hehe.. btw, nak share link ni, xtahu la yatie / blogger lain dah tgk ke belum, tp sbb sweet share jgkk... kemanisan tidak bercinta sblm berkahwin. meleleh2 jgk la air mata & idung tgk ... hhehehe http://www.youtube.com/watch?v=3k75QdqW9Yk

Affieza said...

Sgt2 suka entry ni...thanks kak. Mengimpikan cinta slps kahwin jgk..hehe

yatie chomeyl said...

Hanis : banyok la jugop hehe

Kak As : Insya Allah..gitulah harapannya

yatie chomeyl said...

lady ayu : sama lah kita *lariiiiikkkk*

Syaima : aah, xpe la at least dah lepas part tegur. nak dgr ke x, gasak korang lah :D

yatie chomeyl said...

kak nur : tu perbuatan lucu buke bodoh hahahaha

Nida : sbb tu kita kena ingatkan adik2 kita jgn ulangi kesilapan bodoh kita dulu2 :)

yatie chomeyl said...

Oyis : aah oghe rajin tgk doh sblm ni, meme sweet :)

Affieza : Insya Allah, kena selalu doa :)

Kamalia said...

saya penah melalui jugak zaman bodo tu..bila ingat balik,rasa nak padamkan je sume memories tu..hehe
tapi,betul,pengalaman yg mengajar kita menjadi orangg yang lebih berguna..so,memang dah terbayang Amni akan kena bebel2 bila dah meningkat remaja nanti..:)

Nuruljannah BadrulHisham said...

terima kasih kak ti.. post kali ni banyak membantu.. sebenarnya ada berita gembira nk share ngan akk.. 31 mac hrtu dah ada yg dtng merisik kt, n abah terima.. insyaallah kami nak usahakan menikah June tahun depan.. kak ti doakan saya ye..

Zaila Mohamad said...

aku masa zaman sekolah adolah minat2 budak jate tp sedih cinta tak berbalas..hehehe

masuk U tahun 1 tu terus ada gewe *gatal* sapa ko result sem 1 & 2 jatuh teruk..meme bodo sangat masa ni..kemaruk nga gewe..

masa praktikal aku putus nga gewe aku ni..tp aku kenal oghe lain..dok kemaruk ko oghe lain..masa tu aku rajin juga semayang sunat mohon petunjuk dari Allah, mohon dikurniakan suami yang baik..tp masa tu xjupo sapa2 pon lg sampailah aku praktikal & jumpa husben aku

lepas je aku oyak i do ko dio..terus dio suruh MIL dtg rumah..kami xtunang pon habis ngaji terus nikoh..punyalah semangat nak nikoh..hahaha

Alhamdulillah, Allah kurniakan suami yang baik..pengajaran buat adik2..mintalah suami yang baik dengan Allah:) banyakkan buat sembahyang sunat, menangislah dengan Allah..insya Allah kita tidak akan rugi:))

yatie chomeyl said...

Kamalia : sbb tu kena bebel2 habis-habisan bg anak2 kita xlalui zaman bodoh mcm kita tu :)

nurool : wah, tahniah adikku. bila majlisnya?

zaila : btol2x, kalu niat kito betul..insya Allah meme cepat n mudoh jah jale tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...