CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 7 April 2011

Perkatan Kelantan di gunakan di Jepun ~hebakkk dop?

Lepas balik jalan2 dan posing sakan dengan bunga sakura hari Ahad lepas, kami sekeluarga singgah kat shopping mall yang baru di buka berdekatan dengan rumah kami.

Sambil jalan towards the shop, mata kami terperasan perkataan dalam Bahasa Kelantan yang terpampang sebesar-besar alam kat kedai tu. Selaku anak jati Kelantan yang sekarang ni mencari ilmu di bumi Jepun; rasa bangga membuak-buak timbul dalam diri hubby and I.



(1) Seria = RM1 = 100yen

Kedai
Seria ni merupakan kedai yang jual barangan pada harga 100 yen sahaja. Kira nya macam kedai RM5 kat Malaysia tu lah.

Ironi nya
Seria yang di gunakan pada nama kedai ini membawa maksud RM1 ataupun dalam konteks matawang Jepun ialah 100 yen.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeCN19efO9K07ilYqs8zR_15DCIpo8fWqRVEO3oe76shkv-BUi9S7rG7nZHPhbXgElEMH-mVV-VDrwFtnmR54vzTJ8ttRtwwSYFvAAvKYp-TxZPlGw7rcApL43SzzVmyGS7tP4T5T3Zw4/s1600/DSC_0138.JPG
+- Nazhan and I ready untuk membeli (lepas tu blah dan suruh daddy bayar) gatai at the Seria shop -+


Agaknya pemilik kedai ini dapat idea nak menamakan kedai ini Seria setelah mendapat inspirasi dari cerita datuk nenek moyang dia yang kayuh basikal untuk memasuki Tanah melayu melalui Kota Bharu masa zaman penjajahan Jepun di Tanah melayu dulu-dulu kot gatai eheh.


Sedikit petikan dari Wikipedia untuk mungkin yang tahu sejarah : "Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941".


(2) Gu = kawan baik = pasangan

Gu dalam bahasa Kelantan membawa maksud "kawan paling kamceng". Contoh penggunaan perkataan Gu dalam bahasa Kelantan berbunyi seperti: "Dio tu gu kawe tu tu. Lamo doh saing". (Dia tu kawan baik saya. Dah lama kami kawan).

Gu dalam bahasa Kelantan juga membawa maksud pasangan. Contoh ayat ialah seperti "Hok tu ko gu demo?". (Dia itu kah pasangan awak?).


Kedai
G.u ini merupakan cawangan di bawah Fast Retailing company; yang merupakan pemilik kepada Uniqlo yang terkenal itu. Beza antara Uniqlo dan G.u ialah : “Uniqlo offers top-notch quality at affordable prices, while G.u. provides so-so quality at the lowest possible prices.”



+- Left pic: Yatie Chomeyl in front of the G.u. shop -+

+- Right pic: Japanese actress Kaori Manabe (C) with comedians Eri Kuwabata (L) and Masako Obara (R) display clothes from Japanese casual brand ‘g.u’, an affiliated brand of Japan’s apparel giant Uniqlo. Pic source: daily times



Memang sesuai sekali nama kedai ini di beri dengan nama G.u. sebab bila berada kat dalam tu rasa seronok macam sewaktu hang-out dengan kawan baik sendiri lah.

Rasa selesa dan bahagia sepanjang berada kat dalam kedai tu ibaratnya macam tengah dating dengan pasangan sendiri gitu.

Dah lah tu, pakaian kat situ memang up to date dan harga pun affordable. Terus I rasa macam nak angkut bawak balik rumah; kata pasangan sendiri kan takkan lah tak boleh nak bawak balik ke rumah kot
gatai ekekeke.


(3) Te(手) = tangan (bahasa Melayu) = memukul dengan tangan (bahasa Kelantan)

Selain itu juga, bahasa Kelantan bukan setakat di gunakan sebagai nama kedai. Tetapi ia juga di gunakan dalam perkataan seharian. Te dalam bahasa Jepun membawa maksud tangan.

http://www.j-tokkyo.com/wp-content/uploads/2007/07/image01642.jpg
+- Te(手) = tangan. Pic source:jtokkyo -+

Yang menariknya ialah, dalam bahasa Kelantan pula, perkataan Te itu merujuk kepada perbuatan memukul dengan tangan. Jadi kalau sebut perkataan "Te" di kelantan, secara automatik ia merujuk kepada tangan lah jugak kan?.
Hok ni hok buat ambo banggo jadi ore Qelate ni. Bahaso Qelate buke setakat di guno di Qelate; tapi di Jepung ni pong ado jugop ore guno bahase Qelate. Hebakkk dop Qelate?. Takbir!

Erm setakat ini itulah 3 perkataan Kelantan yang hampir sama maksud nya dengan bahasa Jepun. Nanti kalau ada lagi, I akan share lagi ye dengan korang.

Sekianlah dahulu kelas bahasa Kelantan kita untuk kali ini ye murid- murid. Semoga berjumpa lagi di kelas lain pulak lepas ini.

Kalau ada soalan tentang bahasa Kelantan, bolehlah tingalkan komen kat entry ini; nanti Cikgu Yatie Chomeyl akan cuba menjawabnya
jelir.


Pssssttt :
masa posing kat depan kedai tu, orang2 Jepun tengok I dengan pandangan pelik je sebab tak pernah dibuat oleh orang2 diorang, posing depan signboard kedai
gatai ekekeke.

23 words of wisdom & comments:

nurulzia said...

Wah..tak sangka kan? Hebat and sy impress!;)

Confession of a Coffeeholic Momma said...

dah jepun turun tanah melayu mula kat kelantan dulu, mestilah ada pick here & there tu. :P

Eliss said...

hebakkkkk lah..terbaekkk lagu nih..takbirrr..muahahaha

banggo seh, sebab ada darah kelantan yang mengalir dlm tubuh ni jugokkk..

atoyissan said...

hebakk..hebakkk..tebaik cik yatie ni buak research deh..

kew_chop said...

hihi idup kelate (^o^)

Aleyn said...

Hebak...Hebak......

I pun pernah masuk Seria shop...hehhe..tapi yg kat Kameyama nama nyer still Hyaku Yen Shop...ahaks...

syayassir said...

wah...
glamer kelantan...
international gitu... :D

transformed housewife said...

hebakk....jadi idea molek pulok bilo banding BHS Jepun & BHS Kelate. hehe

Oyis said...

kemah molek bahaso kito, pah ke jepung pong turut guno :)

kalo dari segi ore putih pon, ore klate kuat guno jgk sehari2an dih (keno wi cotoh ore putih la, ambo duk plymouth gak). cth:

mu gi stret (straight), x soh konar2 (corner), pah tu teng (turn) kane, pah tu sapa la kedai jual bok (book) hok mu nok tu.

guano? not bad dop?
hehehe....

yatie chomeyl said...

nurul >> yup, mula2 tgk; i pun impressed jugak :)

mama miya >> tu la, tp xsure siapa yg tiru siapa hehe

eliss >> banggo key? :D

yatie chomeyl said...

atoyis >. xbuat reserach pon, kebetulan ternampak masa jalan2 terus terdetik di fikiran ceewwah

murni >. takbir! ekekkeke

Aleyn >> i first time masuk yg Seria ni. selalunya gi Daiso je. sbb yg ni baru bukak kat sini

yatie chomeyl said...

Sya >> tu la, smp ke jepun bhs qelate :)

k/nur >> meme maso napok tu, terus semangat nok amik gmbr hahahha

oyis >. ore kelate meme terer bab2 bhs ore putis nih ehehehe

Unknown said...

Rasanya nenek-moyang depa bawa balik dr Kelantan tu.... hohoooo... bangga ehhh...

yatie chomeyl said...

k/yong >> aah rasa2nya gitu la kot eheh

Ummi Shira (AshAnas) said...

tingat ms dok kelantan dulu, ssh nk fhm dialek org klntn nih, hehe...

Fid said...

saisyoha GU jankenpon bla bla

org kg ai pun sebut GU juga tauu...tak dak gu...tak dak pasangan

juju ayin said...

salam..
couldnt say more..sgt bangga la kak! hehe..

btw, ad satu tempat kat brisbane nama tanah merah..tergedik2 everytime lalu tempat ni..haha

yatie chomeyl said...

shira >> brp lama duk kelate? ssh ye nak faham? hehe

ahkak fid >> biasanya pktaan baling kan lebih kurang gdn kelantan ;)

juju auin >> nama dia red sand eh? best3x eheh

juju ayin said...

bukan red sand but kat signboard tu mmg state 'tanah merah'..i wish i can show you the pic..bukti..hehehe..

yatie chomeyl said...

juju ayin >> try la amik gmbr..nok tgk retep..mesti banggo hehe

Toshiro Taufik said...

Saya secara jujur percaya yg penaklukan Jepun di Malaysia lebih banyak pro drpd kontra.

Jepun menanamkan sifat jati diri terhadap org Asia, dan sepanjang Jepun menjajah Malaysia, tiada 1 sen pun harta/sumber alam yang diambil & tiada halangan beragama Islam.

British & Portugis mengaut/mencuri sumber alam Malaysia dan memperbodohkan org melayu secara halus. Alim ulama semua dibuang negara.

Kawe orghe Kelate tulen dan berharap dapat melawat Jepun even once in my lifetime.
Jepun adalah idola saya.

yatie chomeyl said...

Toshiro Taufik >> jolo doh, at least jepun ajar ore pasal pertanian dan dasar pandang ke timur. harap2 impian demo nk melawat jepun tu tercapai la nanti

Toshiro Taufik said...

yatie chomeyl :
Mungkin lg 5 tahun blh g jepon dgn bining. tapi x binning lg mslhnye :-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...