CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Sunday, 4 September 2011

Cerita ceriti Syawal 1432H : 1 Syawal

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Yeay, start minggu ini dah kembali meriah dunia blog yang suram sejak seminggu yang lepas. Mesti kawan-kawan blogger sekalian tengah gigih nak update entry beraya ye tak?. So I would like to join the crowd jugaklah, nak bercerita pasal sambutan raya kami di perantauan bagi tahun ini.

 +- Family portrait : 1 Syawal 1432H -+


Macam biasa pagi 1 Syawal kami akan ke Masjid Fukuoka untuk solat sunat Aidilfitri dengan warga Islam yang lain. Alhamdulillah, saban tahun makin meriah komuniti Muslim di Fukuoka ni. Tahun ini ramai sampaikan jemaah lelaki terpaksa solat di dua tingkat yang berlainan, sebab ruang solat di tingkat 1 tak muat dah untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.

 
+- sebahagian komuniti Muslim di Fukuoka -+

+- sewaktu khutbah raya di baca-+

 +- muslimin bergambar kenang-kenangan dengan Imam dari Mesir -+


Macam-macam bangsa dari seluruh dunia berkumpul di masjid atas nama saudara seagama. Alhamdulillah, terbukti di sini yang warna kulit, negara asal, status diri, pangkat dan nama tidak di beza-beza kan dalam Islam. Yang penting ialah keimanan kita kepada Allah s.w.t.


+- Mommy & SN dalam masjid, lepas solat. ceria je muka budak kecik tu kan? -+




Ada persembahan bacaan Al-Quran dari anak-anak kecil dari pelbagai negara kat masjid lepas selesai solat sunat Aidilfitri tu. Lepas tu pulak, ada sessi penyampaian hadiah untuk para peserta yang join kuiz mengenai Al-Quran sepanjang Ramadhan hari itu. Seronok tengok budak-budak kecil tu fasih baca surah dari Al-Quran. 

 

+- comel-comel je semua -+


Macam biasa jugak, aktiviti wajib ialah bergambar depan Masjid Fukuoka selepas solat sunat itu. Tahun ni tema kami sekeluarga ialah warna biru. Baju I tu sepatutnya baju kurung moden yang ada potongan kecil di pinggang tapi tak nampak sangat shape nya walaupun lepas di alter sebab I memang nak longgar sikit untuk ruang pengembangan perut sewaktu menikmati juadah beraya jelir .

+- kuat jugak angin masa ni, tapi sengih tetap sengih mrgreen -+


  
+- yang ni pulak pose orang sakit pinggang jelir  -+


Dari masjid, kitorang bergerak ke rumah Abg Azli & Kak Ida yang join venture dengan Aimi & Wan untuk open house pertama. Ada macam-macam juadah raya yang tak sempat nak snap gambar properly sebab kalut nak mentekdarah tak pandang kiri kanan dah. Yang I ingat ada nasi impit + kuah kacang, mihun sup dan nasi minyak. Tak lupa jugak ada red velvet cake yang sungguh lazat sampaikan Firas-kun makan sehingga menjilat dahi mrgreen eheh.
 

+- penuh rumah dengan tetamu -+

+- makan-makan sambil borak-borak -+

 +- tu dia, icing sampai atas dahi Firas dah mrgreen -+


Dengan perut yang masih kenyang, kami berjalan kaki pulak ke rumah Abg Hafizal & Kak Sofiah yang join venture dengan Linda & Huzaimy pulak untuk meneruskan misi menambah ketinggian kebuncitan perut. Ada menu lemang + nasi impit + kuah kacang + satay dan ada kek-yang-dah-lupa-nama. Kat sini lansung tak ambil gambar sebab sibuk nak isi perut je, buruk lantak kan?.

 
+- Abg Hafizal yang pakai baju melayu purple tu -+

+-Kak Sofiah yang pakai tudung purple tu -+



Sesi penutup untuk upacara pembuncitan perut pada 1 Syawal di akhiri di rumah Abg Nuri & Kak Pora. Ada pulut kuning + kari ayam + rendang + nasi impit + lontong. Bertambah meriah sebab siap ada tayangan cerita Hantu Kak Limah kat rumah diorang. Betul-betul rasa macam beraya kat Malaysia!. Lepak kat rumah diorang lama jugak sebab syok makan di bawah hembusan angin air-cond yang dingin, sampai ada yang siap tertidur kat rumah Abg Nuri & Kak Pora tu.

+- menu yang sungguh meliurkan dan menggiurkan -+

+- tertidur kepenatan dah, penat beraya -+


Sampai rumah dah pun Maghrib, sakan beraya dari pagi sampai ke malam kat 3 buah rumah. Bila transfer gambar, tengok ada sikit je gambar I. Terus request hubby buat special photoshoot sebelum basuh baju raya itu. Budak kecik tu tak peduli sangat kegedikan mommy nak posing, yang dia tahu nak makan kuih raya je. So mommy angkut sekali kuih raya masuk untuk sesi photo shoot.


+- peace dulu, lepas tu makannnnnnnnnnn -+

  
+- angkut bakul kuih raya takut mommy ambik -+


Haruslah mommy over nak posing okeh, kalu tak sia-sia lah mak mertua pos baju raya idaman hati menantu hantu nya ini kalau tak ambil gambar banyak-banyak untuk tatapan keluarga tercinta di tanah air ye tak?.

+- salam dulu, baru boleh makan kuih raya -+

+- pose ni nama dia 'fasha-letih-fasha-nak-sandar' mrgreen -+


Alhamdulillah, tahun ini I tak menangis pun di hari raya macam tahun-tahun yang lepas. Barangkali dah semakin lali dengan perasaan beraya di perantauan, barangkali juga sebab kemeriahan beraya di perantauan sama meriahnya dengan raya di tanahair. Rasa rindu pada keluarga tetap membuak-buak tapi at least I tahu Kak Nur ada untuk sediakan juadah enak-enak untuk adik-adik, so tak risau sangat pasal adik-adik dah. 

Barangkali juga rasa sedih itu dah tertimbus dengan lemak-lemak yang semakin menebal di perut I ini ngeeeee mrgreen.

+- nak duit raya boleh? mrgreen -+

 +- Selamat Hari Rayo! dari Keluarga SN di Fukuoka -+

Pssssttt : muntah darah tak tengok gambar banyak gila ni? jelir. Dah macam raya di perantauan lagi meriah dari raya di Malaysia pulak, ye dak?.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 


24 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bestnyer ramai Mesian kat sana...meriah giler...
OMG uols sangat slim hocay...manyak jelez ooo tgk body uols ngeee

e.l.i.z.@ said...

selamat hari raya yatie!
wat mano baju rayo tu? beli siap ko tepoh jahit jgk?

mama tisya said...

meriah gk walau kt perantauan...eh bj lain2 ke yg kt masjid tu mcm terang skit biru..yg gmbr 1st tu birunye mcm dark skit..ke editing color

Unknown said...

cantik kaler biru ni kak :)

3740Journal said...

selamat hari raya yatiey. maaf zahir & batin

cantek baju raya. sedondon. hehe

Ezna Khalili said...

selamat hari raya yatie..wah fukuoka ada masjid yer....ramai jugak muslim kawasan ni yer?...

Asmara said...

isk2. ni yg seronok bila ramai komuniti muslim. terasa betul suasana tu kan! makan2 dan makan.. hehe.. best betul dpt gi open house. dpt merasa pelbagai juadah. kami kat sini tengok gambar je mampu. uhuhu..;D Selamat hari raya buat Yatie n family.
*Yatie akk ada sms kat no phone yatie, tak tau smpai ke tak kat yatie. ;D

Unknown said...

lawa la tema biru tahun ni.. hehe..

ramai muslim kat fukuoka ek.. kami sini tak ada masjid yang proper lagi utk solat beramai2 tu

anumuchan said...

meriahnya di fukuoka..masjid besar..komuniti islam ramai..memang super meriahh..huhuu..cantik pic raya fmly akak..biru gituu..huhuuu..makanan pn dh la byk sedap2 tu..bestnyeeee

*∽ IZAN ∽* said...

selamat hari raya yatie..! maaf zahir batin yekk..

tema kaler lebih kurang je kita tahun nih.. biru..! eheheheh

wah meriah nye raya korang kat sanaa...! tak larat i tag line fasha letih fasha nak sandar.. ada2 je nko ni tauu!!

sya said...

lain plak muka ah kak...heheh

Oyis said...

huih meriahnya yatie weh. lebih drpd raya di msia dah ni. lapar plak tgk gmbr2 mknan raya ni huhu

mazni_azis said...

amboi raya sakan jugak lah yer...best tgk ramai muslim kat Fukuoka tu...

transformed housewife said...

sini alhamdulillah knur & mokcik bertungkus lumus masok utk puok2 kito. make nyedar jugok. hehe

nieda said...

Meriah tu walaupun beraya di perantauan..cantik baju warna biru

Unknown said...

sakan posing! hehehe..meriahnya fukuoka..kitorg pun tak dan nak pegi open house banyak2 lagi..hehehe..

Almiraz said...

Selamat hari raya yatie!!! Maaf zahir batin..

Tema biru, cantik and comey baju u...beraya di perantauan mmg meriah sbb it keeps uolls close together...seronok

yatie chomeyl said...

lady ayu : slim sgt pun xbest, pakai baju semua jd gedoboh terlebih

eliza : baju mitok tulom MIl beli di kelate, pos ko jepun hehe

mam tisya : gmbr mulo2 tu settin glain kt camera, kaler sebenar macam yg gmbr kat depan masjid tu

yatie chomeyl said...

huda : pilih biru sbb nk matching dgn baju melayu SN

azza : selamat hr raya untuk u jugak :)

ummi dania yasmine : ramai muslim kat sini , masjid pun mcm dh x muat

yatie chomeyl said...

Kak As : ada dpt sms tp x tau tu no akak, sbb tu x reply eheh. thanks akak :)

kak mas : mekace puji baju kami lawa eheh

anum : mmg mkn puas btul raya pertama, smp rumah terus pengsan kekenyangan :p

yatie chomeyl said...

kak izan : tagline haruslh over, macam x kenal yatie lg kan eheh

mrs sya : lain kenapa? makin chomeyl eh kui3x

oyis : hari tu jah la, pastu hr rayo kedua masuk lab semula doh huhuhu

yatie chomeyl said...

Angah : tu la, kalau angah dtg sini lagi best

Kak nur : nyedar ko nyadar? :p

nieda : x kira beraya kat man, yg pntg makn ttp meriah eheh

yatie chomeyl said...

Rai : kitorg hr raya pertama je sakan, lepas tu hari raya kedua dh start gi univ. sadis x?

Almirza : meriah sbb ramai Msian kat sini. dulu I raya kat germany, x meriah sgt..sedih je lebih uwaaaa

Ummi Salsabila said...

Meriahnya Dan cerianya rasa di sana! Juadah bukan main meriah lagi. Cantik baju raya u! Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...