CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 29 September 2011

Customer service di Jepun sangat tip top

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Two days ago I went to open a new bank account.Urusan nya senang dan agak cepat sebab officer tu boleh cakap English. Urusan isi borang pun semua di buat menggunakan komputer je, so tak perlu I susah payah nak berdebar-debar bila di minta tulis alamat dengan tulisan kanji tu *dah 3 tahun duduk jepun pun tak pass2 lagi tulis alamat guna tulisan kanji ni, haisyyy*. Alhamdulillah urusan berjalan lancar dan dapatlah I bawak balik kad ATM warna pink yang I pilih dari berpuluh-puluh lagi warna lain yang ada sebagai pilihan.

+- kad ATM warna pink yang sungguh chomeyl -+


Bila I check kad tu, ada kesilapan dari segi ejaan nama I tapi I ingat kesilapan tu OK je sebab diorang ikut ejaan untuk tulisan katakana. Contohnya kalau ikut ejaan Romaji (English), nama I ialah --> Yatie Chomeyl tapi kalau ikut ejaan katakana, nama I akan jadi --> ヤテイ チョメル (Yati Comeru). Yang di print atas kad tu kiranya yang nama "Yati Comeru" dan bukannya " Yatie Chomeyl". So I assume tak ada masalah lah ikut ejaan mana-mana pun as long as boleh guna kad tu. Alih-alih bila I dah kat lab, I dapat call dari orang bank mintak I ke bank semula untuk tukar kad.


Since I dah ada kat lab, I malas lah nak patah balik ke bank terus. I pergi semula ke bank sebelum diorang kunci pintu. Actually, I sampai depan pintu bank tu pukul 5.01 ptg; diorang dah kunci pun pintu tapi tetap I dapat masuk sebab officer tengah tunggu I.

Sebaik sahaja I masuk, dua orang officer kat bank tu tertunduk-tunduk minta maf sebab terpaksa susahkan I kena datang semula ke bank. Diorang uruskan kad baru untuk I dan sepanjang proses tu diorang tak berhenti-henti minta maaf di atas kesilapan diorang.

http://pochp.files.wordpress.com/2009/11/japanese-bow1.jpg
 +- Japanese bow. Source: here -+


Apa yang I kagum pasal customer service di Jepun ini ialah diorang sangat-sangat mementingkan keselesan pelanggan. Bukan setakat di bank, mana-mana kedai pun layanan kepada pelanggan ialah tip top. Tak kira lah kat kedai hadiah ke, kedai pakaian ke, kedai handbag ke, kedai makan Eating ke malahan kedai runcit sekalipun. Diorang tak ada nak pilih bulu based on pakaian ke, kereta ke atau apa-apa lah. 


Secara am nya, layanan tip top kepada pelanggan di Jepun ini ialah :-

(1) Welcoming gestures
• bila ada pelanggan masuk kat kedai, pekerja-pekerja akan mengucapkan いらっしゃいませ~ "Irasshaimase" (welcome) kuat-kuat untuk mengalukan kehadiran pelanggan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP3HfMSMMPqRv8Yk92lFJd2kzoN6LdhK6JYPu3RZu96RAyOILkPESCY-MZWV4uUpAoELCDgtV_S_f164jcLMDQzsSWsGCzaTxJoAgHcyq62qhmAy8uNIs1EvGcD6ByY3-TpPOeuzFvCUkj/s1600/%E3%81%84%E3%82%89%E3%81%A3%E3%81%97%E3%82%83%E3%81%84%E3%81%BE%E3%81%9B.jpg
+- senyum manis sambil tundukkn kepala. source: here -+


(2) Service
• biasanya kalau masa shopping, diorang tak akan berdiri kat tepi pelanggan yang akan membuatkan pelanggan rasa rimas nak membelek. Diorang akan datang hanya bila di panggil.
• kalau minta tolong untuk cari kan barang, pekerja kedai akan membantu dengan bersungguh-sungguh walaupun barang yang nak di beli tu murah saja harganya.
• kalau masuk kedai mahal dengan berpakaian selekeh sekalipun diorang tetap layan sama macam pelanggan yang lain. Tak kisah lah pakai selipar toilet dengan t-shirt lusuh pun, tetap boleh masuk pusing-pusing dalam butik Burberry ataupun Just Cavalli dengan sempoinya.
• bila sampai ke kaunter untuk buat pembayaran, cashier akan cakap "sorry for keeping you waiting" tak kira lah kita beratur lama atau kejap, tetap diorang akan cakap gitu.
• pekedai juga menghargai pelanggan yang setia dengan barangan yang di jual. Contohnya macam kalau kita masuk butik Coach sambil pakai beg Coach, mereka akan cakap "terima kasih sebab membeli barangan kami" sambil tunjuk kat bag yang tengah kita pakai tu. *rasa seronok la sebab rasa di hargai walaupun masuk kedai setakat untuk window shopping je pun*

http://blog.masslive.com/breakingnews/2009/07/Coach.jpg 
+-  senyuman akak ni buat pelanggan rasa nak masuk butik Coach hari-hari *untuk window shopping*. Source: here -+



(3)Leaving gestures
• sebelum melangkah keluar je dari pintu mereka akan jerit kuat-kuat ありがとう ございます "Arigatou Gozaimasu" (thank you) untuk menghargai pelanggan yang telah sudi masuk ke kedai mereka. Tak kira lah kita shopping ke tak, mereka tetap ucapkan terima kasih walaupun setakat masuk jenguk-jenguk window shopping je Very Happy *macam yang I selalu buat*.

http://www.original-towel.jp/image/info/guest-thank-you.jpg
+- ecewah, makcik ni siap lambai-lambai tangan lagi kat customer dia. source: here -+


(4) Apologizing gestures
• bila berlaku kesulitan atau kesilapan yang menyusahkan pelanggan, mereka akan minta maaf banyak kali sambil menundukkan badan dan kepala.
• kalau proses untuk mengatasi kesulitan itu agak lama, mereka akan sediakan drinks untuk di minum masa menunggu.
• kalau kesilapan itu agak besar, mereka akan berikan goodies sebagai tanda maaf dan juga untuk mengambil hati pelanggan semula *macam kesulitan yang I hadapi masa nak register iPhone sampai I diberi tiket menonton Softball percuma --> entry Watching a Baseball Game at Fukuoka Yahoo Dome sehingga hampir tertidur

+- kenangan tengok baseball match di Fukuoka Yahoo Dome hasil ihsan tiket free dari Softbank sebagai tanda minta maaf sebab urusan register iPhone ambil masa agak lama untuk di selesaikan -+


Niat I share pengalaman ini bukannya nak merendah-rendahkan mutu khidmat pelanggan oleh pekedai di Malaysia tapi sebagai perkongsian. Moga-moga ada yang akan ambil positif perkara tentang layanan pelanggan ini dan memperbaiki khidmat yang di sediakan.


Pssstttt : layanan tip top ini bukan setakat di kedai, malah di pejabat dan klinik pun macam ni jugak. Sebab tu I tak takut nak pergi klinik gigi kat sini, sebab nurse dan Dr nya Nurse baik dan sopan santun. Kalau klinik gigi kat Malaysia, ya ampunnnnnnnnn...tengok muka orang yang jaga kaunter tu pun I dah rasa nak terkencing ketakutan Creep.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

30 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bukan nak puji kan babe...mmg realitinyer begituew... customer di layan bab raja gituew....cara layan sama jer semua even ramai yg menanti...kalo kat mesia...muka dah tarik muncung 14...sometimes geram tgk even casher kat tesco pow buat muka....lepas tue mmg ai sound direct *kalo x reti nak senyum jgn keja costumer service* lepas tue ai jln ala2 perempuan sombong...sebab GERAM...over sangat ngan ai...hambik kau tgk over ai plak....dush fengsan mesti dibenci nnt...feeling ala2 retis fofuler uols ngeee

Soo Hae Daa said...

yes..btol2...bgusnya kalau Malaysia pon amalkan mcm ni..ni tak, double standard..lagi, lau nk shoppping tu..lau msuk butik mhl2 pakai selekeh je..mula lah pandang atas bawah...isk2...tiba2 emo lak kt sini..sory kak...soronok bc cite akak ni =))

Umie said...

yatie...aii nak like entry nie sejuta kali...hehehe

sangat2x betul diorang punye cust. service tak kira kat memane pun adalah sangat3x tip top.. aii selalu pikir.. Malaysia kalau nak maju mcm jepun x semestinya advance dlm teknologi...paling2x utama kalau dpt provide good service mcm jepun pun dah cukup bagus kan...tapi sayangnya paham2x sendiri lah..;-)

Ijah EmoTemo said...

wow! mmg tip top nya layanan dkt sana! hmmm klu dkt malaysia mcm yg akak tulis tu la , sibuk nk ke hulu ke hilir dgn kita time kita sibuk nk pilih barang mcm kita ni nk mencuri aje gaya nya. lps tu rmi betul pekerja dkt malaysia pilih bulu. klu kita beli brg yg mahal baru nk senyum choii sgt kan? itu belum lg yg suka tarik muka segala , mmg bikin panas hati aje -___-'

eh terbebel plk dkt sini ekekekek

Unknown said...

setuju kak..org kite ni kurang budi bahasa agaknye..

NER said...

Wah..bestnya orang Jepun mmg sopan. Dulu time skolah menengah ada seoran Sensei dari Jepun datang mengajar 2thn. Sopan je dia.

anumuchan said...

setuju2..layanan diorg dekat customer memang tip top kan..huhuu

Irfa said...

og gitu..

dah macam masuk kedai Hari Hari kat malaysia la pulak..

TERIMA KASIH..DATANG LAGI..

lama2 dengar aku pun malu nak masuk..sbb masuk je tapi tak beli pun

tingin nak gi jepun ..entah bila

nieda said...

Jepun memang terkenal dengan rasa hormat dekat pelanggan. Malaysia pun byk juga improve tp tak sehebat Jepun lagi..Kalau compare dgn negara Arab rasanya Malaysia much more better.

Cool said...

macam langit dengan bumi kita dgn jepun!!

ehem yati comeru.. Atashi wa naruru haji wa.

e.l.i.z.@ said...

tu la, tgk cara jepun meme gitu..cara kita? adeiii meme pilih bulu.siap pakej muko masam cetum lg.kalu xse beli, lagi la masam

Hanis MY said...

sangat2 stuju i likeee...

Asmara said...

gitulah kan. best kat sini. tp apakan daya hujan emas di negeri orang hujan batu.. sambung la sendiri. hehe..
*act. org mesia ni mmg la berbudi bahasa dan bersopan santun tp sangat la bertempat. betul la tu pilih kasih. :D

Unknown said...

diorg bagi duit pun takde nak campak2 siap pakai pinggan lagi..

teringat zaman aku jadi customer service..kalau mintak maaf tu siap tertunduk2 walau pun cakap dalam telefon..cam bengong pun ada.. huhu..

Juwita Jamaludin said...

betul2.. suka customer servis sini.. walaupun rumah kami tingkat 4 tak de lif selalu angkatkan barang baticron yang berat tu.. muka still senyum lagi walaupun tgk termengah2 diorang...

transformed housewife said...

byk lg org2 Msia keno belajar dr ore2 Jepun.

Almiraz said...

Iyer setuju sangat2 apa yang Yati tulis ni. I ingat lagi dulu isi minyak kt petrol station dia, pastu bila dh habis isi, org kt situ tak henti2 tunduk sampai ke luar2 jalan...pergh!! Masa tu I mcm impress gila. Diorang ni memang take pride in everything and anything that they do.

Kita org Melayu pun berbudi bahasa cuma tak sampai tahap tu kot. Haha kalau mat saleh pulak customer service pun ok, cuma diorang suka kutuk2 lps sesuatu kejadian berlaku. Mcm2 kan, tp mmg byk contoh baik yg kita patut belajar dr org Jepunla

Affieza said...

Wow pink colour your atm card...I like...hehe

Ezna Khalili said...

layanan sebegini patut dicontohi di malaysia juga. Kalau pakai selekeh masuk kedai canggih agak agak they all nak layan ke?....ehm....

Nadiah Sidek said...

suka tengok cara orang jepun kat dalam tv. memang bagus sangat cara diorang

yatie chomeyl said...

lady ayu : wah kellas u siap sound balik. kalau I, lawan muncung je tp x pernah lawan balik hehe

soo hae da : kat sana camne lak layanan? citela gak nanti kat blog awak :)

umie : yup, kalau layanan best kita nak shopping pun syok kan?

yatie chomeyl said...

ijah emo temo : akak pun pernha kena marah kat amoi kat kedai baju kat msia sbb akak x beli lepas belek2. siot kan?

huda : ada budi bahas atp dgn org kaya je kot :P

eekmi : ada gak yg kurg sopan tp at least yg kat kedai kebanyakannya sopan la layan pelanggan

yatie chomeyl said...

Anum : yup, terbaik!

happyirfa : bagusnya kedai hari-hari tu. nanti blk msi anak gi kedai hari-hari lah eheh

nieda : oooo org arab lg kasar eh?

yatie chomeyl said...

jiji : kalau name glemer ko ni senang la nk eja sbb ada huruf "ji" tu dalam katakana hehe

eliza : kalu xsey beli, siap keno ngumpat lagi *pengalame peribadi oghe*

hanis : i like jugop sbb u like entry i ngeeeeeeeeeee

yatie chomeyl said...

Kak As : tu la, kalau kat msia layanan best mcm kat sini...kan bestttttttttt :)

Rai : ehehe, sbb mcm dh otomatik tunduk2 bila mintak maaf ye dak?

juwita : rumah kami tingkat 5 pun diorg rilek je hntr brg berat2 eheh

yatie chomeyl said...

kak nur : meme la, sbb tu tulis entry ni..nk bagi ore kito belajar

almiraz : yup, diorg mmg tunduk2 smp kereta kita hilang d rpandnagan. kagum betul kan?

yatie chomeyl said...

Ummi Dania Yasmine : kalau kat Msia, kedai2 kat KLCC tu i pun x berani lansung nak masuk

Nadiah : dr segi customer service mmg 5 star la diorg

Aleyn said...

Bagusnyer...paling tak suka biler pembantu kedai dok ngekor kita dekat2....tak selesa...pasal diorang lah customer cepat keluar...

ummuabdullahsyaakir said...

Seronknya kak kalau nak bershopinng pun rsa selesa,kan?Memang berbeza betul kak cara layanan jepun dgn cara layanan org arab kat sini...lagi2org2 arab ada juga double standard sebab kami ni pelajar asing...huhu

yatie chomeyl said...

Aleyn : aa, i pun rimas kat org yg suka mengekor. kalau mengekor tolong takpe gak, ni mengekor smbil mulut masam je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...