Alhamdulillah, pagi ini bangun tidur disambut dengan pemandangan indah hamparan salji yang memutih di bumbung kat rumah jiran2 dan juga halaman kat bawah. Patutlah malam tadi sejuk betul, terpaksa on heater sepanjang malam *jenuh nak bayar bil letrik bulan ni aiyarkkk*.
+- salji mula menutupi halaman depan rumah -+
Pelik juga sebab selalunya salji turun hjg bulan Dec dan bulan Jan je, alih2 tahun ni bulan Feb pun ada salji kat Fukuoka ni. Kira nya rezeki untuk Awin la, dapat gak posing sedas dua dengan salji. SN pun sibuk2 nak ikut mommy go to school hari ini sebab nak main salji. Last2 kena temankan SN & Cik Lin dia posing dulu dengan salji, baru mommy boleh gerak ke kampus hari ni.
+- Cik Lin's 1st experience with snow and SN's 3rd year experience with snow -+
Perjalanan ke kampus hari ni pulak makan masa 2jam, selalunya 1 jam je. Bad traffic congestion as expressway being closed due to snow & typhoon. Boleh tahan lenguh jugak la kaki tekan brake pedal tu.
Alih2 masa tengah stuck dalam traffic jam tu, I nampak ada sorang mamat jepun tergelincir jatuh dari motosikal. Agaknya sebab jalanraya licin bila salji tu mencair. Poor guy, lepas tu I tengok dia tolak je motor tu .. dah tak berani agaknya nak naik.
+- jatuh motor, terpaksa tolak..kesian dia -+
Sampai kampus hari ni dekat2 pukul 11pg dah, hari ini dalam sejarah lah bagi I datang lambat. Tengok2 lab pun kosong lagi, mesti budak2 lab yang lain tengah syok tidur melayan kehangatan duvet. Sambil2 tunggu diorang datang lab, sempatlah I update blog barang seketul dua ayat eheh.
+- tempat parking kereta dah di penuhi salji, pukul 11pg pun masih kosong lagi, biasanya dah full -+
Kalau ikut weather forecast, salji akan turun sampai ke petang ni je. Tenghari ni tengok2 mentari dah pun keluar memunculkan diri. Cair la balik salji2 tu nampak gayanya. Nasib baik Cik Lin & SN dah keluar pagi2 lagi untuk posing dengan salji, ada jugak lah kenangan untuk Cik Lin bawak balik ke Malaysia nanti ye dak? . Agaknya petang nanti salji sambung lagi lah turun selebat-lebatnya...burrrrrrrrrrrr sejuk oooii.
Psssttt : Arkib ceritera salji tahun2 lepas --> Demam salji @Demam cinta? (^-*); 1st experience with snow for Baby SN-ow (^-*); ♪ ♫ ♪ Let it SNow..Let it SNow ♪ ♫ ♪; Hop on a Gondola at Beppu Ropeway; and Skiing at Kokonoe Ski Resort ####.
13 words of wisdom & comments:
Alhamdulillah.. sempat jugak merasa yuki utk tahun ni kan! rezeki tetamu yg datang tu. hehe.. hati2 jln licin, byk la yg jatuh bila yuki jadi ais. ;)
bestnye main snow..lastyear time p london dh akhir winter tp tkde doh snow..hehehe
rezeki cik lin yg dtg dr jauh tu....
Meme rezeki Awinla bulih main snow metar.
Ala..miss japan snow festival kat sapporo..soba, sashimi yg hanya lalu nk mkn di jpn dan masih gagal di msia dan bento yg sgt fresh...;-(
Cik ti, tau tak kat mana ada bento best kat kl? Yg ada lunch box kita lauk dia comel2 tu dgn radish ke ginger yg rangup2 masam tu..huhu tibe3 mengidam..(tnpa mengandung)
wa best SN kecik2 dh merasa yuki.kita dlu kecik2 merasa pasir je.heeee
sejuk-sejuk memang malas nak mandi tapi setakat ni belum pernah miss mandi lagi. ehe..
Suami kak jie dah balik M'sia for good.... kesian pula tengok kedut2 jari dia...org lelaki bukan dia heran nak bercream bagai tu.
Mujur dah keluar pagi2...sempatlah posing sambil main salji...hehe
Kak As : tu la..hr tu pun sensei suruh blk awal sbb jln licin..abunaii katanya
mama tisya : best mmg best tp sejuk tu yg x menahannn
Nza : aah, rezeki dia la tu hehe
kak nur : suko la dio, ado gmbr dgn snow utk berlagak hahaha
dbalkis : meh la dtg sini lagi ;)
anum : tu la, mommy dh tua bangka br merasa yuki hehe
Nadiah : sekali sekala je miss mandi ni :p
kujie : tu la,klu xpakia lotion tgn mmg kedut 1000..terus jd 10 thn lebih tua dr umur sebenar huhuhu
affieza : aah btol3x, sblh ptg nya dh cair salji2 tu sume
Post a Comment