CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label tutorial blog. Show all posts
Showing posts with label tutorial blog. Show all posts

Tuesday, 27 September 2011

Nuffnang earnings for blog Yatiechomeyl

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Dah dekat 2 tahun lebih dah blog Yatie Chomeyl ini di temani oleh iklan dari Nuffnang. Terlintas niat nak share pasal Nuffnang ni bila ada kawan-kawan I kat sini yang baca blog I *lambai2 tangan kat diorang* yang tanya pasal iklan Nuffnang ni. 

Untuk yang baru nak berkecimpung dengan Nuffnang kat blog diorang sepatutnya kena tahu pasal :-
1) Para Blogger akan mula menjana pendapatan apabila iklan disiarkan daripada pihak Advertiser di Nuffnang. 

2) Secara umumnya terdapat dua jenis iklan berbayar: CPC (Cost Per Click) dan mCPM (Metered Cost Per Impression).
• Bayaran untuk iklan CPC akan diberi berdasarkan jumlah klik unik terkumpul daripada setiap iklan CPC yang disiarkan.
• Kempen mCPM membenarkan pihak Advertiser memilih senarai blog yang akan memaparkan iklan mereka.  Klik tidak diperlukan untuk menjana pendapatan, tetapi anda boleh mendapat bonus sekiranya markah CTR (click through ratio) anda tinggi.
 
3) Perkara yang amat dilarang bagi setiap ahli Nuffnang ialah melakukan aktiviti click fraud. Click fraud didefinisikan sebagai perlakuan memanipulasi bilangan klik yang diterima unit iklan di dalam blog (contoh: klik unit iklan di dalam blog secara berulang-ulang, menukar alamat IP komputer sendiri, atau meminta pihak lain melakukannya). 
• Anda dibenarkan untuk klik pada unit iklan sendiri sekiranya berminat dalam produk/perkhidmatan yang disiarkan, tetapi ia adalah satu kesalahan sekiranya anda ingin memanipulasi bilangan klik kerana ini melanggar terma perkhidmatan Nuffnang. (maksudnya klik sekali pun dah cukup, tak perlu klik banyak-banyak kali konon-konon nak cepat-cepat tambah duit Nuffnang tu).

4) Setelah pendapatan anda mencapai minimum RM50, anda boleh memilih untuk mengeluarkannya ke dalam bentuk cek bayaran.


So, I harap penjelesan ini dapat menjawab persoalan yang bersarang di minda kawan-kawan I. If kawan-kawan yang tengah baca blog I ini berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan yang di siarkan di blog I ini, sudi-sudikanlah klik kat banner area Commercial Break di sidebar blog ini.



Setakat ini I belum lagi cash out earnings terkumpul hasil iklan yang tersiar kat blog ini. Masa mula-mula I letakkan Nuffnang kat blog I, hubby gelakkan je tengok earnings I RM 0.25. Sekarang ini, Alhamdulillah dah menjejak ke tiga angka lah earnings yang I kumpul tu.

+- current earnings untuk blog Yatie Chomeyl -+


I pernah bagitahu hubby I akan cash out bila earnings I dah sampai RM1000 *saja nak bagi motivation untuk diri sendiri*. Agak-agak korang bila lah earnings Nuffnang I nak sampai 1K ni?.


Pssssttt : I always remind myself that my first intention to write in this blog is to share my thoughts and experiences. Tapi dah alang-alang ada orang nak bayar iklan, apa salahnya I grab the opportunity ye tak?.


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Thursday, 21 July 2011

Tutorial: Scrollbar dalam entry



Hai kawan-kawan, bertemu lagi dalam segmen Tutorial Blog bersama Yatie Chomeyl. Kali ini I nak featured request dari
Anum-chan dan juga Kak Pija Sitisifir yang tanya macamana nak letak scrollbar di dalam entry.


Sebenarnya dari minggu lepas lagi diorang tanya tapi I perasan macam sibuk sangat sampai tak sempat nak buat entry untuk soalan diorang tu. Memang pun minggu ni dengan minggu depan agak sibuk, tapi tetaplah gedik nak update blog, tak sedar diri banyak dateline kerja yang nak di kejar.

OK, fine..cukup dah melalut membebel pasal konon-konon busy tu..sila fokus ke matlamat asal entry ini ditulis..*pangggggg, lempang diri sendiri untuk kembali kan diri ke objektif asal*.



Tujuan letak scrollbar dalam entry ialah kalau-kalau nak letak related article ataupun text yang panjang berjela. Kadang-kadang ada orang tak suka baca entry panjang sangat, nak-nak lagi kalau tulisan tu cuma sebagai rujukan kepada ulasan entry contohnya macam berita, penerangan dan sebagainya.

Masa ini lah scrollbar datang bersedia berkhidmat menjadi penyelamat...ceeewahhh.

<div style="border: 1px solid rgb(238, 238, 238); padding: 10px; overflow: auto; width: 550px; height: 200px;">


ISI LAH APA2 TULISAN YANG PANJANG BERJELA KAT SINI SUPAYA TAK MENYEMAKKAN SANGAT ENTRY DAN MEMBUATKAN ENTRY JADI PANJANG BERJUTA BATU JAUHNYAAA...shalalalalala....

</div>


Dengan menggunakan code yang di BOLD kan itu; akan terhasil lah scrollbar seperti kat bawah ini.

*width dan height boleh di tukar mengikut sesedap rasa, bergantung pada lebar dan tinggi kotak scrollbar yang anda inginkan*

ISI LAH APA2 TULISAN YANG PANJANG BERJELA KAT SINI SUPAYA TAK MENYEMAKKAN SANGAT ENTRY DAN MEMBUATKAN ENTRY JADI PANJANG BERJUTA BATU JAUHNYAAA...shalalalalala....

seperti contohnya lirik lagu
Berjuta Batu-Alleycats

Berjuta batu jauhnya
Akanku tinggalkan cinta dan rindu
Padamu kasih
Aku berjanji
Akan tetap setia selalu

Berjuta batu jauhnya
Akan kutinggalkan dirimu
Lautan akan kulintasi
Demi suatu pengorbanan

Bunga-bunga berguguran di sinar bulan
Akan kubawa untukmu segalanya
Taburkanlah bunga di pusaraku
Andai tiada kupulang

Cintamu tetapku kenangi
Walaupun hingga akhir nanti

Amacam, senang je kan?.

Lepas ini kalau rasa nak share related information dan paste terus ke dalam entry tanpa perlu pembaca blog anda bukak link lain, boleh lah gunakan HTML code untuk buat scrollbrabar ini ye.



Selamat mencuba *buat2 posing chomeyl dan lambai2 ala Chef di akhir rancangan memasak dengan harapan penonton akan mencuba resepi yang dikongsi itu*.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9yYapjX0MfBpaCozZdYLK7_fhLxoD5Y4WkIykfZDtZArDRwc739ywtb3XBprkd6FLNtgg0lX3S-N2bBypGMXaoP6iwi1UW8OujtnJjP-UZfnl-J_IM05M4vDMPpv-uCa8_e-f50P05pU/s400/ganbatte.bmp https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEim3dUYjIKWEtaIuL-ILfCqKpxXm8L_S2MDOlCUSDFc7M1eQQI3yVOTiQm4S-jv3LTa98yXifhmoKF-9QxOoFfUQrkpEc02Jn4u3uJ0CqwqPgz_Wufhq_LRzUckrWO1W9O_Tk2LlWSRRvc/s400/ganbatte33.jpg
+- pic source: here and here -+

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Tuesday, 12 July 2011

Drop-down Menu Bar Widget


Ke hadapan pembaca blog yang di sayangi sekalian. *wah, ayat skema macam Hang Buah tulis surat kat Hang Kesum zaman dulu kala*.

Kali ini I nak berkongsi tutorial bagaimana membuat drop down menu bar widget di sidebar seperti yang telah di minta oleh Momma Mia tempoh hari.





Selamat mencuba dan kalau dah berjaya, jangan lupa bagitahu kat I ye.


Macam biasa, bukak blogger dashboard --> design --> page elements --> Add a gadget --> HTML/JavaScript

Lepas tu copy-paste code kat bawah ini dalam box tu.



<select onchange="window.open(this.options[this.selectedIndex].value,'_blank')" style="width:190px" name="menu" size="1"><option selected value="0"/><span style="font-weight:bold;">Info2 Chomeyl Ibu Hamil</span>;

<option value="http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/02/doa2-untuk-ibu-hamil.html"/>Doa2 utk Ibu yg hamil

<option value="http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/02/surah2-bacaan-ketika-mengandung.html"/>Surah2 Bacaan ketika mengandung

</select>



Yang font warna merah tu ialah tajuk pada dropdown menu itu, font warna biru pula ialah link kepada entry/post tersebut, dan font warna purple ialah tajuk untuk link/entry tersebut.

Width juga boleh di tukar mengikut kesesuaian sesedap rasa anda. I set width 190px sebab my sidebar kecil je, kalau korang nak lagi lebar list tu, pandai2 lah ubah sendiri width tu ye.

Untuk setiap link baru, copy paste sahaja baris yang ada option value tu *leceh sikit la kerjanya, tapi hasilnya agak menyenangkan usaha pembaca blog korang lah.

<option value="http:sukahati-lah-letak-link-apa-pun.blogspot.com"/>klik lah link ini


Kalau nak letak drop down menu untuk category yang lain pulak, ulang semula untuk dropdown menu seterusnya macam tadi.

<select onchange="window.open(this.options[this.selectedIndex].value,'_blank')" style="width:190px" name="menu" size="1"><option selected value="0"/><span style="font-weight:bold;">Yatie Chomeyl's Pregnancy</span>


<select onchange="window.open(this.options[this.selectedIndex].value,'_blank')" style="width:190px" name="menu" size="1"><option selected value="0"/><span style="font-weight:bold;">Nursery in Japan</span>

<option value="http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/02/5-star-cleanliness-treat-at-nazhans.html"/> 5 star cleanliness treat at SN's nursery

<option value="http://yatiechomeyl.blogspot.com/2010/11/sistem-pendidikan-di-nursery-jepun-yang.html"/> Sistem Pendidikan Nursery di Jepun

</select>


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXYEkHOpokKCCtVlVRJRQd_7MXIV-hP9s5yJkRPSroxqoOCXzhd_4sByU5QUjpc9wboakfQ1os17Z_on8QRa4C6vroo_nSNABnfcccCKsxHgflXVpSf-Duaw7X_2kXyEsrgWpk5KSIJJFx/s1600/nursery.jpg


Harap faham dan berjaya lah dalam usaha nak buat dropdown menu widget kat sidebar seperti yang di inginkan itu. Senang je nak buat kan?.

Let me know kalau ada yang dah try ye.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Friday, 8 July 2011

Biografi: KELAHIRAN blog Sushi Cicah Budu



Aku di lahirkan 29 Disember 2006 dan nama yang tertera di dalam surat beranak ialah Blog Yatie Chomeyl. Kelahiran daku di sambut dengan entry pertama yang terhasil setelah tuan aku merasa terinspirasi dengan hasil tulisan dalam blog Afdlin Shauki, Nizam Zakaria, Allahyarham Yasmin Ahmad dan Patrick Teoh sehingga terhasillah entry Orang2 hebat sebagai entry pertama tanda kelahiran aku ke dunia blog.


Tuan aku semakin consistent dalam menghasilkan penulisan nya ke atas diri ku pada 2008 dan semenjak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi * eh, toleh jugak ke belakang bila ada orang panggil dari arah belakang. kalau tak toleh nanti orang kata beliau sombong pulak jelir *


Gaya penulisan tuan ku ke atas diri ini pada mulanya agak cacamerba. Dahulu beliau cuma menulis tatkala hati di serang rasa gundah. Tapi semenjak kebelakangan ini, aku perhatikan gaya penulisan tuan aku sudah semakin matang; isi kandungan blog juga semakin matang. Lalu beliau bertekad untuk menukar gelaran pada diri aku dengan memanggilku Blog Yatie Chomeyl : Sushi cicah budu.
Barangkali kerana tuan aku tidak mahu aku terlalu hanyut dibuai dengan arus kemodenan di bumi Jepun ini lalu beliau mengukuhkan ingatan ku pada kampung halaman ku yang tercinta di Kelantan.


Secara am nya, isi kandungan pada diri aku selaku sebuah blog Sushi Cicah Budu di bahagikan kepada beberapa segmen utama iaitu:-
1) Segmen Travel & Living : Sedaya mungkin berkongsi pengalaman dan pegetahuan yang di kutip sepanjang berkelana di bumi asing seperti Germany, Spain, Italy, Portugal, Perancis dan Jepun supaya dapat di jadikan panduan kepada sesiapa yang sudi mengunjugi aku.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHwrT8tX6aidTlm1WwEY3j6bvoebM7zzC21eludjtoeYBxj-sv7zDom2EOANbZSjad59VPxRpM23lEZiYe7ol1m-BxiP6xAoooAp7r7bXbhvUyWB_Nd-aDEyyJVKwsmxU9Gz-I5wEMS6w/s1600/Fullscreen+capture+782011+62444+PM.bmp.jpg



2) Segmen Nursery:
kekaguman terhadap Early Childhood Education di Jepun di kongsi dengan semua ibu bapa yang sudi membaca; supaya dapat jadikan sebagai contoh dalam memilih nursery yang terbaik untuk anak-anak mereka.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0TqqIsPoY_2Zk3lbcuSsS-ZUEigjeRfO6efQNojEFjQoHI8-g6thuQ99HRqyOWO8-VYpe3xMpCZDUS8NtYCh6VAoH5H-wmgw_X89LfTI8PNJC1jNCUweuYafBQXaPerheNdE2lc5yEtQ/s1600/Fullscreen+capture+782011+113254+AM.bmp.jpg

3) Segmen Parenthood : perkongsian tips dalam parenthood berdasarkan apa yang di aplikasi kepada anak beliau sendiri. Bukan berniat membangga diri dan perasan diri ini ialah ibu yang hebat, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada ibubapa lain juga.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCNYYIDFJGxsoiO36nnwejtBaiiv9mt2mXcE-8TYwYk_REarb_I_aTXYrESQNDnqL3jmQYBQslQl4y6qehCxQddUwMFlV0SwqOBZkJHrNytniiLHukv8GLAx0p_0eO80zS1ZIHLCNhyphenhyphenII/s1600/Fullscreen+capture+782011+112941+AM.bmp.jpg


4) Segmen
news & Information : perkongsian berita-berita menarik yang menggemparkan serta perkongsian informasi terkini dengan cepat dan tepat serta telus.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0ykqMk2GkMxcZ-P5QNYsIv7a_GMXylWOmwYdnsXQE65udXghO4bkqeyG5B44PN9pTKcFMIRxuaDs_DF3vSlqOq_QNx5mEzWbA5GA8uhgA4riDMZ0EqyoIfLmwwMtyEG53nRERoGWS0ws/s1600/Fullscreen+capture+782011+112621+AM.bmp.jpg

5) Segmen charity : perkongsian kisah suka duka insan yang di duga dengan ujian berat dan memerlukan bantuan sesama insan. Melalu segmen ini, pemilik blog berharap agar ada insan yang prihatin yang sudi tampil memberi bantuan dari segi material dan juga doa yang tidak putus-putus.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNxktcKSOasDIU1IF2Q-DPFCFe7PFnFlGneGv5UGF-oZK1dl3en_45jWYMuIZjBEt4mya-NpKz672Xtst6XmwkeBt1ht1h3lUjuq94VYyUrZ0-Ki9IasqtE29EZMr2t0dTyffTtlQsLPU/s1600/Fullscreen+capture+782011+112609+AM.bmp.jpg


Selebihnya isi kandungan pada diri aku ialah lebih kurang sama seperti blog personal lain juga. Ada ketikanya tuan aku akan meluahkan perasan sedihnya, ada ketikanya beliau akan berkongsi kegembiraan bila teruja, ada masanya beliau akan bercerita tentang dua orang lelaki kesayangan beliau iaitu hubby & baby SN.

Tuan aku juga turut berkongsi kisah suka duka keluarga beliau dengan diri ku. Terkadang jua tuan aku itu akan menulis entry menghentam orang lain *mungkin beliau beranggapan diri beliau itu dah bagus sangat sibuk2 nak hentam kesalahan orang lain...opppsss termengumpat tuan sendiri pulak*.
siul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVW28bkut-8Epsksr6oNuo_TJ60TljfM06aIHQYL63OZw7wCSB3e4DxeePnPg7VpXbdFwqcNN5Rvimhx81sXs2_ThXWNhY_pDlsGiRVOLYeNL0jLoT76DSiBRNt69ScmWZ3zuJshku8wM/s1600/Fullscreen+capture+782011+112612+AM.bmp.jpg




Apa yang aku kurang berkenan dengan tuan aku ini kadang-kadang beliau suka menulis entry semata-mata untuk menunjuk-nunjuk barang yang baru di beli, *mungkin kerana beliau perasan barang yang di beli itu macam bagus sangat* (ooppsss sekali lagi termengumpat tuan sendiri
siul). Lalu aku bertindak nekad untuk menasihatkan tuan aku itu tidak sepatutnya ada sifat riak di dalam hatinya jika beliau ingin berkongsi kisah tentang barang tersebut ke atas diri aku selaku sebuah blog. Semoga tuan aku sudi mendengar nasihat ikhlas dari ku itu.


Aku sentiasa mengharapkan agar tuan aku mampu mengambil iktibar dari pesanan Imam Shafie yang boleh di jadikan peringatan bersama.


Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie


Aku ingin tuan aku mengguna pakai pesanan yang di titipkan oleh Benjami franklin yang berbunyi "If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing".


Aku mahu melihat hasil tulisan tuan aku ke atas diri aku sebuah blog meninggalkan impak yang besar kepada sesiapa yang mebaca tulisan beliau. Mungkin impak itu tidak menjadi sebesar impak The Last Lecture dari Randy Pausch.


Mungkin juga impak itu tidak sehebat impak yang terkesan di hati selepas membaca hasil tulisan Nick Vujicic di dalam buku nya Life Without Limits: Inspiration for a Ridiculously Good Life!.
Tapi sekurang-kurangnya, besarlah harapn di hati aku ini untuk melihat hasil buah fikiran tuan aku yang di persembahkan dalam bentuk tulisan pada badan aku ini mampu memberi manfaat kecil buat yang membaca tulisan itu.


Semoga dengan penulisan yang ikhlas dan bermanfaat itu akan membantu beliau di akhirat kelak. Insya Allah.



Oh ya, seperkara lagi aku turut mengharapkan agar percubaan tuan aku dengan menghantar penyertaan demi penyertaan dalam usaha beliau merebut tempat di dalam cabaran untuk memenagi iPad2 tajaan MSK itu akan tercapai.


~ Sekian dahulu riwayat hidup aku sebuah blog dari detik kelahiran sehinggalah berusia 4 tahun 7 bulan ini. Semoga Allah panjangkan usia tuan aku dalam hidup yang berkat supaya aku dapat terus berkhidmat untuk beliau sehingga ke akhir hayatku. ~


jadi ahli shaklee




Pssssttt: “Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh fazya nisa’”

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Tuesday, 11 January 2011

Rezeki awal tahun untuk Mommy & Nazhan

Alhamdulillah rezeki untuk contest muncul lagi di awal tahun baru ni. Permulaan yang baik untuk Baby SN and I. Our latest winning prizes are for :-

(1)
2nd prize winner for Cute Baby Contest by PMZ


(2) 1st prize Winner for CONTEST SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA MAINAN KEGEMARANNYA


FIRST PLACE
Prize: GAP Pyjamas + RM10 Shopping Voucher + Free Gift


(3)Winners of UNICEF T-Shirt

For my support on the Get on Board Campaign to stop child abuse -->
http://yatiechomeyl.blogspot.com/2010/12/stop-child-abuse.html
Baby-T women size M



I am definitely feels overwhelmed with all these winnings and it surely made me go crazy and crazy about participating in lots and lots of contest in the blogsphere. I usually allocate few minutes of my time during weekends by entering as many contests as possible. Sebab tu kadang2 terlepas jugak dateline untuk beberapa contests yang best, sebab I tunggu hujung minggu baru nak join segala mak nenek contests yang ada hehe.


Apapun, I am so happy dapat menang hadiah banyak2 through online contest. MIL pun dah faham my passion in contest, every week she will informed me about those prizes yang dah selamat sampai kat rumah hehehe, so sweeeeeeeeeeeet of her.


Oh, by the way..my elder sister: Kak Nur has just launched My Hardworking Child/Children Contest. Contest ni obviously I takleh nak join, so u guys out there yang ada gambar best yang memenuhi ciri2 untuk join contest tu, leh la pakat2 join.




Pssssttt : tak rugi join contest thru blog ni, hanya perlukan MODEL dan bukannya MODAL! eheh.

Sunday, 2 January 2011

Busy ke?


"Balance is so important in our lives. In our busy world, we can give ourselves balance between thinking and feeling. "~Yakov Smirnoff
I guess Japanese people truly understand Yakov's advice and took it seriously every year as here in Japan we would have holiday starting from 28th Dec until 3rd Jan. Pretty much about 1 week holiday, as in my case pulak lab cuti sampai 4th Jan. So hari ni lah baru masuk lab, terkontang kanting terpinga pinga agak blur tak tahu nak start buat kerja yang mana. Plus, kawan2 lab pun tak de lagi ni nak ajak borak2,agak boring so I decided to update blog kejap lah eheh.

There are lots of things that I wanted to blog about as we spent every single day of that 1 week holiday going to lots of interesting places. Both hubby and I took the new year holiday as the perfect time to spent "we" time together and to make up on those Saturdays yang I kena attend classes. Sebab tu lah kami pulun habis-habisan cuti kali ni, gi sana sini sampai kereta tu dah takde rupa kereta sebab asyik duk kutip debu sepanjang perjalanan hehe.

Sepanjang cuti new year kali ni, SN's family :-

• Main salji kat few places nearby to our home i.e Noke and Saga •
• Visit Branded Outlet dan shopping mall lalu mengempiskan ketebalan wallet
gatai sempena year end clearance sale & new year's happy bag •
• Tengok ikan & persembahan dolphin kat Marine World Uminonakamichi
•
• Mandi manda hot spring (onsen) kat Oita Beppu
•
• Naik ropeway dan main salji kat atas gunung di Beppu
•
• Join makan2 Temaki Sushi sempena new year kat rumah hubby's Sensei
•



=- Cik Dina mandi salji sepanjang cuti new year -=


So, nanti2 lah eh I update pasal cerita jalan2 tu semua. In fact cerita jalan2 kat Disneyland Tokyo pun x update2 lagik huhuhu. In my previous post, I update pasal Disneysea Tokyo tapi ada yang salah faham ingatkan Disneysea tu sama dengan Disneyland. Actually, these two themed park is situated next to each other tapi memang taman yang lain2, so I hope with this explanation it clears things up.

By the way, ada yang tanya macamana I boleh ada masa untuk update blog dengan penuh details & facts despite my busy schedule a s a student + wife + mommy. Ermmm, I guess the things about so called 'blogger tegar' ialah kalau tak update blog boleh rasa menggigil macam nak demam, gatai macam ada benda yang tak lengkap untuk hari tu.


=- coping with Nazhan's extra hardworking act *tolong sepahkan tisu* pun dah cukup buat mommy & daddy busy hohoho -=

In my case, I update blog sebab family I yang jauh di tanahair nun bukannya boleh online tiap2 hari. I ni kan banyak cakap , suka bercerita..so the only way yang I nak cerita aktiviti kami sekeluarga jalan2 kat sini to our family is thru my blog. I put every single details and facts that I could so that kalau ada siapa2 yang nak pergi tempat tu jugak nanti, senang diorang leh refer to my blog entry sahaja. Sebab tu, kalau entry jalan2 je memang panjang berjela2 I taip. Hubby pun dah faham sangat peel I ni, so tiap kali kami gi jalan2 hubby akan kutip brochure/pamphlet in English untuk I guna as a source nak update blog gatai ehehehe.

Pasal masa update pulak, I biasanya taip cerita2 tu sebelah malam bila Nazhan dah tidur. Sekarang ni Nazhan tidur around pukul 10malam, so I ada 2 jam untuk update blog sebelum I pon tidur jugak. Also, kalau hari Sabtu yang I ada kelas tu kan kitorang tak jalan2 ke mana, so I akan tulis dulu dan buat schedule post untuk 2-3hari in advanced. Kadang2 kalau terlebih rajin, I boleh siapkan entry untuk seminggu in advanced jelir kui3x.

Tu yang I punya entry kebanyakannya publish pagi2, not that I rajin gila bangun pagi taip entry...tapi sebenarnya entry tu kebanyakannya scheduled post.
I admit kalau I kat Malaysia, susah sikit nak update blog regularly dengan internet connection yang tak stabil dan jugak banyak masa spent on TV. Kat sini I memang tak tengok TV pun, layan cerita2 yang di download pun masa dinner gitu je. Lepas tu both hubby & I ngadap laptop masing2, Nazhan pulak whether main toys dia ataupun tengok kartun Pocoyo. So this gives mommy ample time to update blog gatai ehehehe.

I rasa, no matter busy macamana pun kita setiap hari..we always has to find something to cheer our day. For me, updating my blog will cheer me up and dapat kurangkan stress yang duk bertenggek dalam kepala otak nih. Plus, writing and sharing story has been my passion ever-since I don't know when.

"A strong passion for any object will ensure success, for the desire of the end will point out the means" ~ William Hazlitt

Ramai lagi blogger lain yang regularly update their blog and they are of course 100 times busier than me. Vivy from the blog
proudduck, is waaaayyyy too busy than I am coz she had to deal with office work, at the same time managing her online shopping blog FV.net and no tot forget to spend wise and quality time with her family and friends. But she managed to find something nice to write an update her blog regularly and I believe it's the passion of writing and sharing story that keeps her going.
Aidid Muaddib, Malaysia's own version of CSI agent Horatio Caine update his blog with tonnes of facts and info that he gathered for the sake of helping innocent people out there from being fooled by those fraudulent MLM business scheme. I'm pretty sure the passion of memberi kesedaran to the public keeps him writing regularly in his blog.

Not to forget, few of our famous writer in Malaysia i.e
Dr Faisal Tehrani and Kak Norhayati Berahim. Diorang ni mesti lah berganda2 sibuk, what with the publishing dateline and memerah otak untuk their next masterpiece. But still, diorang tetap ada masa unuk bercerita di blog masing2 for the sake of keeping their passion as nothing great in the world has been accomplished without passion.


The point here is, write something out of your passion. Dont just simply write anything for the sake of updating your blog je. I believe if you follow your passion, and success will follow you. Semua orang ada 24jam to spent everyday, the important issue is that how do you spend your time so that it would be enough as it is to everyone else?.

Psssssttt:
entry ni bukan scheduled post, tapi freshly di taip pagi ni masa mula2 duduk kat kerusi dalam lab ni
kenyit ngeeee.

Tuesday, 22 June 2010

Nak Watermark yang chomeyl tak?

Hari tu kat entry Bertindak segera bila gambar/entry anda dicuri, I ada bebel2 pasal kemestian untuk letak watermark kat gambar2 yang upload kat internet kan?. I noticed that most of the bloggers nowadays have put watermark on their picture. Dulu2 I Cuma letak watermark font: “yatiechomeyl.blogspot.com” yang I simply create at Picassa je to my pictures. But for my previous entry, I’m pretty sure that most of you have noticed my new watermark design that I’ve been using on my pictures. menari Chomeyl kan?


Serious chomeyl watermark tu sebab watermark tu ada mini-me Yatie Chomeyl yang Jiji design untuk I dulu. Bila orang tengok je watermark tu, mesti orang teringat kat badge & banner untuk blog yatie chomeyl….terus orang tak jadi nak copy sebab takut kena siku dengan yatie chomeyl hohoho.


Lepas tu, kalau ada yang gatal tangan copy gambar2 I and simply paste it without my permission; mesti ada my friend/readers of this blog yang boleh inform kat I memandangkan watermark blog I terpampang dengan jelas dan nyata pada gambar2 I tu kan kan kan.


Plus, kalau ada yang rasa mula2 ada niat nak guna gambar I mesti tak jadi nak copy sebab susah nak crop watermark tu dari gambar I; that’s the reason why I sengaja letak watermark tu besar gedabak muahahahahah gatai *gelak jahat*.


So for those of you who are also interested in getting your own custom made watermark for your blog/website, you can now get your own watermark from only RM4! *murah kan?*. Kindly contact Lieza from Incredible Design to book and place your order now. Lieza is the one who created the new look for the watermark of my blog; you can find the details about the design and its price here . Beside watermark service, she also offers blog design service and blog header service at affordable rate of price.


Apa tunggu lagi weh? Cepat2 contact Lieza ; karang kalau kena beratur tunggu turn untuk order korang tu, jangan salahkan I pulak ye eheh. Okeh, sekarang pergi sini dan order lah watermark tu ..lepas tu bolehlah sama2 kita menunjuk2 siul watermark baru di gambar masing2. *eh, tapi kalau ada sebesar zarah sifat riak dalam diri..tak leh masuk syurga pulak*. Insaf balik, betulkan niat semula. Bukan niat nak menunjuk2, cuma ini ialah satu usaha menyelamatkan gambar peribadi dari di salahguna di internet. Karang kalau orang salah guna gambar2 peribadi u all, mula lah nak buat statement :”eh tu gambar super impose tu, bukan gambar I” gataiekekekekeke.


----# To advertise your product; kindly contact me at dasar_chomeyl@yahoo.com for advert job encem #------

Friday, 4 June 2010

Bertindak segera bila gambar/entry anda dicuri

Pagi tadi masa I bukak blog, I terkejut bila dapat komen daripada Maisarah pasal penyalahgunaan gambar I di sebuah forum. I pun kelam kabut lah bukak forum tu dan ternyata ada gambar I yang tengah tersengih di sisi Loius Koo dalam entry bertemu Louis Koo..pelakon pujaan hati ku (^_*) telah dengan sesuka hati di curi gigil dan di tepek di forum tersebut.


Mula2 I gi bukak forum tu, serius I rasa marah nak meletup berapi2 sebab gambar I di gunakan sesuka hati tanpa kebenaran I. Dah lah tu, topik yang di bincangkan tu pun takde kaitan lansung dengan gambar I.
merajuk Lepas tu pulak komen2 yang menyusul selepas itu ada yang menjurus kepada rasa sakit hati pada diri I.

So, kat sini I nak share lah macamana cara untuk bertindak bila terjadi perkara macam ni kepada gambar/material milik peribadi yang kita publish di internet.

~LANGKAH2 PENCEGAHAN :-
1) WATERMARK gambar yang di muat naik ke internet

• pastikan watermark diletakkan di tempat yang tidak boleh di CROP contohnya berhampiran dengan muka.
• biarlah serabut sikit pun gambar asalkan kalau ada pihak nak salahguna gambar, u all masih ada bukti yang gambar tersebut memang milik peribadi u all

• Cara2 meletak trademark ™ watermark atau copyright pada gambar

2) Letak DISCLAIMER tentang isi kandungan blog pada mana2 bahagian pada blog
• macam blog ni, I letak DISCLAIMER kat bawah sekali blog I
• pastikan u all mention about copyright reseved pada gambar2 peribadi u all dan juga pada entry yang u all susah payah perah otak

• boleh refer kat
website ni untuk tips apa nak tulis dalam blog disclaimer u all tu

3) Gantung banner COPYSCAPE kat blog u all
•
Protected by Copyscape Plagiarism Software


~TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL BILA GAMBAR/ENTRY DI CURI :-
  1. Cari contact details pada website yang curi gambar anda tu dan segera hantar polite message untuk mintak diorang removed material milik peribadi anda. Kalau takde contact details, try email kat webmaster@ domain website tersebut.
  2. Guna kan Whois service untuk mengetahui pemilik wesbite itu. U all akana dpaat senarai nama pemilik, no telefon dan u all boleh lah hubungi diorang dengan kadar segera. Masukkan je nama domain website tersebut kat search box tu, nanti berduyun2 information pasal website tersebut akan di paparkan.
  3. Hubungi adacall pencuri material anda itu,pemilik website itu dan webmaster website itu dan maklumkan tentang hak milik peribadi anda yang telah di cerobohi (customer's abuse).
  4. Tulis surat rasmi 'Cease and Desist' untuk menyatakan yang pihak tersebut harus segera mengeluarkan material yang dicuri dari anda itu. takbole Nanti kat bawah entry ni, I letakkan sample ayat yang I guna untuk hantar surat "Cease and Desist" kepada pihak terbabit.

  5. Kalau tuntutan anda masih tidak di beri perhatian sewajarnya, ketukmeje file a notice of Digital Millenium Copyright Act (DMCA) infringement denagn search engines macam Google untuk mengeluarkan website tersebut di keluarkan dari search results.
  6. Kalau u all nak kan bukti kan material tersebut memang milik asal u all, boleh lah gunakan Internet Archive yang boleh menunjukkan bahawa content itu memang ada di blog u all pada tarikh sebelum ia dikeluarkan pada website yang mencuri itu.
* prosedure2 ni I belajar dari copyscape* nerd


Kat sini I sertakan contoh surat CEASE & DESIST yang I hantar kat pencuri gambar I tu dan juga pada pemilik website tersebut serta pada webmaster yang menjaga forum itu. Sila scroll untuk isi penuh surat tersebut.
I am the owner of the picture that you claimed to be "gambar hiasan semata2". Kindly removed the picture as I had never give any permission to you to use my personal picture in this forum.

Please refer to the disclaimer that I've put in my blog --> "
This blog is intended to provide a semi-permanent point in time snapshot and manifestation of the various memories running around my brain that require long term synthesis. I'm not here to brag on but to keep the memories alive. Feel free to browse through it and read the contents written here BUT feel free also to notify me if you want to use my writings or my pictures at some other places (copyright reserved)."

As I've stated in the disclaimer, you have to notify me first if you want to use the picture in my blog. As you simply used it without getting any permission from me, I have the rights to take further action provided if you didn't removed the picture immediately from this post.

Furthermore, all contents in my blog is protected by COPYSCAPE. Therefore, you cant simply copy or use any items from my blogs without permission.

Once again, I want to make a nice request from you to remove my personal picture from this forum as I have nothing to do with this issue at all.
Thank you


Selepas beberapa jam I berusaha to fight for my right,
tensionakhirnya gambar I yang di curi telah di buang dari website tersebut dan I mendapat feedback menerusi e-mail dari webmaster forum terbabit untuk mengesahkan bahawa tuntutan I telah pun di penuhi.
Dear Member:

thanks for reporting, the problematic thread has been deleted, please login and check ,
if still got any problem, please give us message.
thanks and have a nice day.

-webmaster-

Jadi, I nak menyeru sangat2 kat kawan2 blogger semua untuk mengambil langkah2 pencegahan pada gambar2 milik peribadi yang kita publish di internet. Kita juga kena ambil tahu apa hak kita sebagai pemilik gambar2 tersebut supaya orang tak boleh sewenang2nya menyalahgunakan gambar kita.


Contohlah kan, kalau orang curi gambar kita pastu gi letak kat website dia konon2 nak promote MLM ke ... diorang leh simply curi gambar kita dan tulis testimonial yang konon2nya kita dah berjaya dapat beribu2 seminggu hasil MLM tersebut..sedangkan kita tak tahu menahu pasal gambar kita dah di salah gunakan itu.
men Kalau kita letak watermark pada gambar kita, dan watermark tu pada tempat yang susah nak di CROP kebarangkalian untuk gambar kita dicri sesuka hati lebih rendah berbanding dengan gambar yang takde watermark lansung. Tu I bagi satu contoh je lah, banyak lagi contoh2 penyalahgunaan lain yang boleh berlaku pada gambar2 yang kita publish di internet ni.


SO, ambil langkah berjaga2 macam yang I sarankan kat atas tu untuk mengelakkan perkara2 negatif berlaku.
By the way, for those who wish to copy my entry on Bertindak segera bila gambar/entry anda dicuri you can copy and paste it in your blog; but kindly inform it to me by leaving comments at this particular entry and also please put permalink to my blog.


Pssssttt :
mula2 jadi macam ni tadi I ingat nak private kan blog tp bila fikir2 balik, kalau I privatekan blog nanti lagi susah silent reader nak inform apa2 kat I kan.As for now,I rest my case!
xpasti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...