CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 9 March 2009

antara keperitan NORA DANISH, ABBY ABADI dan IBU2 lain

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOnX0eXxro-YKFap8sv_1INa1njCiy7jzHtqFpPuMO0LEEhSm1BN7BES6drHvowLUqvpxsi-vv2VLNCLmAx5OrR0H08LHRcwDVaBGoDwwjCAL66S5X14mCLR3uIl44m0vxvjck2a5n_do/s400/Selawat+1.jpg

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam dan Selamat Hari Wanita buat wanita2 seantero dunia. Hari ini 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430H merupakan sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan kebetulan juga sambutan Women's Day peringkat dunia. Lantas menggerakkan naluri aku untuk berbicara tentang kehidupan wanita atau lebih spesifik lagi tentang kehidupan wanita bergelar ibu.


Rata-rata rakyat Malaysia merasa simpati dengan Nora Danish apabila di ceraikan talak dua sewaktu hamil 3bulan. Malah kalangan wartawan menzahirkan rasa simpati mereka dengan artikel2 menyokong Nora Danish dan tidak aku nafikan, aku juga tergolong dalam sebilangan besar orang2 yang merasa simpati dengan dia. cry
Selang beberapa bulan selepas itu, akhbar2 + majalah2 hiburan di Malaysia di hiasi pula dengan berita pergolakan rumahtangga Abby Abadi sehinggakan Norman Hakim di beritakan tidak berada di sisinya sewaktu melahirkan anak mereka yang ke3, Maria Danisha Hakim. Sokongan padu diterima oleh Abby dari kalangan isteri2 dan ibu2 (ye, aku mengaku aku juga termasuk dalam golongan ini) sehinggakan wujud game untuk menendang NH sesuka hati kalian..silakan lol

Nyatanya kedua2 cerita ini menceritakan penderitaan wanita & ibu yang heboh di perkatakan. Tapi aku mau membawa kalian menyelusuri cerita2 yang barangkali tidak pernah kalian dengar namun jauh lebih meruntun hati berbanding kisah kedua2 artis tersebut.

(1) Kisah Kak N exclaim

Kisah ini di ceritakan sendiri oleh Kak N pada aku sewaktu kami chatting dan kisah ini menjadi sebahagian dari inspirasi buat aku dalam menyelusuri perjalan hidup ini. Wanita berusia 29thn ini sudah 3kali bersalin tetapi Allah lebih menyayangi dua anak terdahulu yang dilahirkannya. Sewaktu di dalam kandungan, Dr mengesahkan bayinya sihat dan tiada sebarang komplikasi. Malah sewaktu di lahirkan, kedua2 bayinya sempurna, cukup sifat dan dia juga mengharungi kesakitan melahirkan seperti ibu2 lain. Namun ternyata Allah lebih menyayangi kedua2 anaknya apabila mereka meninggal dunia sewaktu masih bayi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1LymfJ2K8DgTFoBNwcgglym3cHuf39U2Cl8CL_4lgTPeDNy5WyL3u7KzEPvcWtZC7mYm-K2eziuuMomc_KErHpbMDVarXk54Mf0xW-cecboeG_VQqim3u930xaMySU4kZjjKP8bJe8Sbh/s1600-r/Mother+&+son.jpg
(tiada gambar Kak N dan anaknya kerana beliau mahu identitinya dirahsiakan)

Sekarang ini Kak N & suami sedang berbahagia membesarkan anak ke3 yang dilahirkannya. Bait kata yang paling mengesankan yang aku terima dari Kak N ialah :"bila akak lost 2 baby then akak sedar anak itu anugerah dan juga hanya pinjaman. bila2 masa DIA boleh ambik semula............sama ler jugak dgn suami " sad


(2) Kisah Mak Ngah
Mak Ngah aku hamil anak ke 9 pada usia awal 40an. Kelahiran bayi perempuannya yang pra-matang membuatkan jangka hayat bayi itu cuma seminggu di dunia ini. Aku yakin ada beberapa lagi ibu2 lain yang mengalami kisah seperti mak ngah contohnya mama YNT, ayu dan ada juga ibu2 yang beruntung seperti jiey mien, kerasma dan mommy lyna. (sekadar memberi beberapa contoh yang aku temui sewaktu surf internet)

Apapun, mak ngah sudah di beri ganti oleh Allah dengan kelahiran anaknya yang ke-10 dan sekarang sedang bertungkus lumus membesarkan sembilan anaknya yang nakal2 tetapi selalu menghiburkan petang hari aku sewaktu di kampung.


love 4ever
(mak ngah,ayah ngah dan 9 anak mereka)

(3) Kisah arwah Ma dan Abe De

Abang kandungku Mohd Rashdan iaitu anak ke2 dalam adik beradik kami menghidap penyakit kuning ataupun demam jaundis sewaktu bayi. Menurut cerita arwah ma, kerana sedikit terlewat menghantar Abe De ke hospital untuk rawatan susulan, Abe De membesar sedikit berbeza berbanding anak2 ma yang lain. Di pandangan mata kasar, Abe De kelihatan normal seperti insan2 lain tetapi hakikatnya bicara nya kurang jelas dan sukar di fahami (bagi orang2 yang baru pertama kali berbual dengannya), pemikirannya tidak secerdas anak2 ma yang lain (Abe De cuma bersekolah sampai tingkatan 3), gerak langkah juga agak cuai malah perbuatannya kadang2 tidak berpadanan dengan usianya.



Masih segar di ingatan aku saat2 arwah ma membela Abe de yang di hina 'cacat' oleh sesetengah orang yang kurang mengerti perkataan 'kurang cerdas' dalam kamus hidup mereka. Di hina si penjual roti canai (kononya Abe De tak punya cukup wang untuk membayar), di beri hadiah ular oleh pemuda kampung (yang cemburu dengan perbuatan Abe De berbaik2 dengan gadis pujaan hati nya), di tipu tokey kedai sembur cat kereta tempat Abe De pernah bekerja ---> arwah ma lah orang yang tetap berdiri teguh membela Abe De di sebalik semua kejadian2 ini.


Sepanjang 30tahun usia Abe De, arwah ma tetap tabah membesarkan Abe De sama seperti anak2nya yang lain. Malah aku kira arwah ma sudah boleh berbangga kerana berkat didikannya Abe De sudah mampu menunggang motosikal sendiri (walaupun perlu menduduki ujian L hampir 6x), mampu bekerja sendiri (ajen pembayar road tax dan insurans utk org2 sekitar Tumpat) dan punya pendapatan yang agak mewah sehingga mampu membantu arwah ma & abah dalam perbelanjaan harian.


*aku pernah bercerita tentang Abe De di entry arrow ~belajar untuk melepaskan (part 2)~.

(4) Kisah ibu Amir Yusuf
Bloggers2 tegar barangkali sudah sedia maklum perkhabaran duka tentang amir yusuf. Anak kecil yang berjuang hidup selama hampir 9bulan akhirnya di jemput malaikat maut untuk meninggalkan bumi fana ini. Pasangan suami isteri yang sedang menyambung PhD di Glasgow ini di beri ujian berat tetapi aku benar2 kagum dengan ketabahan dan keteguhan hati mereka sewaktu berusaha memberikan yang terbaik buat arwah Amir Yusuf.

Membaca blog ini membuatkan diri ini terasa lemah menerima dugaan2 bergelar bakal ibu apabila aku kadangkala mengadu sakit2 pinggang pada hubby, merengek2 apabila berasa letih berdiri atau berjalan, malah menangis cengeng apabila aura merajuk menyerang di tengah2 malam. Terasa kerdil diri ini berbanding mereka berdua yang bicaranya sentiasa tenang dan tabah dalam mengharungi ujian dariNya.

Memetik sebahagian kata2 ayah Amir Yusuf : "Sesungguhnya, Amir Yusuf bukanlah milik kami. Seperti juga kita sebagai hamba-Nya. Dia adalah hak Allah. Amanah ini, kami sambut dengan penuh rasa kesyukuran biarpun dengan air mata. Sebagai ayah dan ibu, kami sekadar memberi yang terbaik dan berusaha sedaya upaya." neutral

ed12
(gambar di ambil dari blog fajar)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesemua anak-anak dalam kisah-kisah ku ini dan moga anak-anak ini akan dapat menjadi saksi bagi membantu ibu dan ayahnya memasuki syurga di hadapan Allah kelak.


"Ya Allah, peliharalah anak Yatie Chomeyl  selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawarMu Ya Allah lahirkanlah dari kandungan ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anak ini sihat, sempurna, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w"



Pstttt: Tidak sedikitpun terlintas niat di hati ini ingin membandingkan penderitaan atau ujian setiap ibu2 ini dengan artis2 itu. Aku kira ini sebahagian dari muhasabah diri sendiri yang aku lakukan untuk menghalau rasa sedih di tinggalkan sendirian oleh hubby kerana urusan field trip study selama 2hari 1malam minggu ini dan 3hari 2malam untuk minggu depan.
Duhai hati tabahlah dikau, jadikanlah kisah wanita2 di atas ini sebagai pembakar semangatmu!
cool

8 words of wisdom & comments:

mazni_azis said...

sedih baca entry kali ni...Melalui kisah2 pendek disini terbukti wanita adalah manusia yang hebat dan kuat..selamat hari wanita sedunia!!!Dok rmh molek2 malam ni ucu..tak dok sapo nk pujuk klu majuk...:P

mazni_azis said...

Lupa nak cakap...dah main pun game NH tu..puas hati..ekekeke

yatie chomeyl said...

kalau dok sorang2, x majuk la angah hihihihi

puas hati yer main game tendang NH? dpt pecah rekod x? :p

tiey said...

oh..akak pon bc gak ek blog ayah amir yusof tu..sedih kan..tiap kali bc entry br ayah arwah mesti nangis..huhu

cik osh said...

ore doakan woghih selamat bersalin. dan semoga Allah sentiasa melindungi woghih serta memudahkan woghih melahirkan seorang lagi ummat Muhammad s.a.w ke muka bumi Allah Taala ini...Amiiin... :)

cik osh said...

sedih betul blog ayah arwah amir yusuf tu. tak sedar ngalir air mata ore woghih... :'(

yatie chomeyl said...

aah, ramai org baca blog ayah arwah konpom nangis :(

Anonymous said...

setiap yg blaku ada hikmah di sebaliknya.. ingat sentiasa : hanya DIA yg tahu mn tbaik utk kita..
kalo yatie nk recipe okonomiyaki dll, leh tgk blog hana & aishah yg akak link kat blog akak 2... amik dr c2 jer seme..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...