CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 11 April 2011

Baby Car Seat patut di wajibkan di Malaysia, apa kata anda?

"Baby car seat is a must!".

Itu pendapat peribadi I. Tambah2 lagi kalau nak di ambil kira faktor cara pemanduan berbahaya oleh pemandu2 Malaysia dan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia yang sangat2 membimbangkan, I really think Malaysian Government patut buat undang2 mewajibkan penggunaan baby car seat untuk bayi di Malaysia macam yang di buat di US, UK, Europe dan Jepun.


Japan's Car Seat Law stated that : Those who drive a car with a child younger than 6 years old must have a child seat. Failure to do so will result in deduction of 1 driver's license point (same penalty for not wearing a seat belt).
Exceptions:
- A car in which a child seat cannot be installed for structural reasons
- A car in which a child seat cannot be installed because of full capacity of passengers
- When a child is being taken care of (being fed, etc.)
- When riding on public transportation


Sepanjang usia Baby SN 1 tahun 10 bulan ni, dia dah ada 3 car seat. Mentang-mentanglah car seat kat Jepun ni harganya lebih murah untuk yang pre-owned, dengan quality wise macam baru jugak. Itu yang mommy & daddy rasa berbaloi-baloi beli car seat untuk Nazhan tu.

Ini lah di antara koleksi Car seat milik Baby SN setakat ini :-

(1) Aprica Euro Turn Plus Hi deluxe Navy car seat

His first car seat di beli masa umur dia 17 hari. Mula2 mommy & daddy tak plan pun nak beli car seat lagi; tapi lepas kena 'tegur' dengan polis; terus singgah kedai dan beli Aprica Euro Turn Plus Hi deluxe Navy car seat untuk Nazhan.

It is indeed the best choice for my baby as this car seat can be used for a newborn baby up to a 18kg toddler *dasar jimat cermat gatai lalu mengamalkan konsep long usage period*. The seat has six positions, from totally flat for newborns to fully upright for 4-year-old.

Key facts on Aprica Euro Turn Plus Hi deluxe car seat :-

  • "Thermo ventilation system" allowing air to circulate through seat
  • Suitable from birth - 4 years old
  • Soft padded seatLie flat position (adjustable)
  • 3 reclining positions
  • Rearward and forward facing seat with footrest
  • Dual head protection and leg protection




Car seat ni memang terbaik sangat2lah especially untuk newborn sebab kita boleh betul2 baringkan car seat ni 170deg. Tulang bayi kan lembut lagi, so tak sesuai kalau letak kat dalam car seat yang melengkung tu lama2. Sebab tu lah kitorang pilih car seat ni untuk Nazhan.



+- SN masa baby dulu2 -+


Tapi car seat ni I dah bawak balik ke Malaysia masa balik untuk Internship 2 bulan di Bangi; Jun/July tahun lepas. Alang2 dah bawak balik Malaysia, I bagi jer car seat tu kat adik I si Pein yang baru dapat baby girl hujung tahun lepas.


(2) Aprica Fwd Facing Car Seat

Untuk menggantikan car seat yang dah bawak balik Malaysia tu, kami beli pulak Aprica Car Seat jenis forward facing. Memandangkan masa tu, umur Nazhan pun dah 1 tahun so it's OK to buy the forward facing car seat for him.

Key facts on Forward Facing Car Seat
  • Suitable for babies and children from 9 to 18kg.
  • Features adjustable support leg for added stability and a side protection system.
  • Crotch pad hook and belt hooks keep harness out of the way.
  • Easy to adjust headrest and harness
  • Includes buckle pads for extra comfort.
  • 5 point harness.
  • Can also be securely fitted by using a 3-point seat belt.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigxI4bZeInjDjYMATzFHoufkfZRdZ1d0yqB0-BynonQ5nRg4Ly3FqBV8V5E9QoApxYp4VWqeXRrmgwShzg8XXa7qubj9AsEevKDtiYVl009PP9qkbFj0KDc6qy_DCQOnrqjO1j7_8ot9Q/s1600/blog2-2.jpg
+- Nazhan terus test tidur dalam fwd facing car seat yang baru di beli, tak nyempat2 nak pasang dalam kereta pun lagi -+


Car seat ni kitorang letak kat dalam kereta daddy dia. Nazhan memang di wajibkan duduk dalam car seat tak kira nak pergi dekat ke jauh. Nazhan sendiri pun memang dah di latih dari kecik, setiap kali naik kereta untuk duduk diam2 kat dalam car seat dia tu. Walaupun susah jugak nak suruh dia duduk diam2 *bila angin dia tak berapa elok*; so kitorang cari alternatif lain dan pasang DVD untuk dia tengok.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxvNjTTHiHU1IuuSCzMTiERCcdqQnN4GITXE0tyhC71dvqY5g_kHim-JRp_aeTq_-6suAF_d0qbu1yCmS1sLndxO9OlVhmyuP3b7_nNYzb6ZqlYOd9QGcup5fqqKOvxsOt3xQoA6jgnks/s1600/DSCN6624.JPG
+- kusyuk tengok DVD sambil duduk diam2 dalam car seat sepanjang perjalanan -+


Dengan cara ini, dia boleh duduk diam2 tak kira berapa lama pun di dalam perjalanan dan jugak dalam masa yang sama; dia tetap boleh belajar dari educational DVD sepanjang perjalanan. Nak tidur pun selesa walaupun perjalanan 13 jam macam Tokyo-Fukuoka hari tu. Plus, mommy pun tak lah lenguh nak riba dia; boleh la mommy pun tidur dengan syoknya dalam kereta ehehehe.


(3) Combi Toddler-to-Booster Car Seat


Booster car seat ni lebih sesuai untuk anak yang dah besar. We decided to buy this booster car seat dan letak kat dalam kereta I supaya senang I nak ambik Nazhan balik dari nursery. Jenis car seat macam ni lebih ringan; sesuai untuk mommy nak angkat dan pindah sama ada nak bagi Nazhan duduk front seat ataupun duduk kat back seat.

Key facts on Booster Car Seat :-
  • For children from 2 years up to approx 12years l Weight: 15 up to 36kg l
  • Can be position forward facing on either the back or front seat
  • Fitting with the car' s 3-points' belt with or without unroll-device
  • Have enhanced side impact protection, thanks to wings on each side of the car seat in the head, shoulder and hip areas.
  • It uses the vehicle's safety belts to restrain its passenger.
  • The combination of shoulder and armrest guides provides a comfortable fit for children
  • At about 10 pounds, this Combi booster car seat is easy to manage.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqcqGuD5AaE260yye8CnQosMLyD8FUrP73ugUPKbRAOAaLo65B5NTwitUJpIitDdinAWuaaN6ET_drzMmtOeXbVsCqVrRzmwnrFS_wwBm6b2jBuyxS7DmS_9U-m02nHBmPhJ9zZ7tFx20/s1600/blog2-1.jpg
+- budak kecik perasan dah besar, sesuai duduk dalam booster car seat -+


Setakat ni kitorang cuma guna car seat ni untuk perjalanan dekat sahaja iaitu dari rumah ke nursery Nazhan (~500m) ataupun nak pergi beli groceries kat kedai dekat2 je. Sebabnya car seat macam ni tak boleh nak di baringkan; jadi agak tak berapa sesuai untuk perjalanan jauh sebab kesian tengok kepala dia terlentok2. Walaupun untuk perjalanan dekat, tapi I tetap nak Nazhan duduk dalam car seat dia sebab nak biasakan dia an jugak untuk keselamatan dia sendiri.


I dapat idea nak share pasal car seat Nazhan ni lepas di minta oleh Ida. Baru2 ini Ida ada bercerita yang dia terpaksa memandu sendiri dengan Mika untuk balik kampung dari KL-Johor. Sepanjang perjalanan tu Mika di letakkan kat tempat duduk penumpang yang biasa sebab Mika tak nak duduk dalam car seat bayi tu. So, Ida minta I share gambar booster car seat Nazhan untuk di jadikan rujukan.


I nak cadangkan untuk Ida dan juga parents yang lain juga, dapatkan Booster Car Seat untuk anak yang umur 2-6 tahun. Jenis car seat ni ringan dan mudah nak di alihkan. Plus, baby pun dapat tengok pemandangan sekeliling sebabnya tempat duduk tu agak tinggi. At least, kita dapat buckle safety belt tu dengan lebih ketat berbanding kalau dia duduk di seat penumpang yang biasa sahaja.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6NBVz7_rvN2ie-LTvUkRSTvWh_PTGZ6dFh74tNiLJi5Hlo_pxoEqks_8LGS5R7nUgekCFfL8bX-J219IDg7XWVec-8t2V0lgssKQmGr3MFeHKUeg-c89-93XB8MicjaALYVRkmQk8TfA/s1600/blog2.jpg
+- bila dah buckle dgn seat-belt, dia takleh nak gerak2 sangat. so duduk diam2 pegang plush toys sambil tengok jalanraya -+


Bila membaca kisah2 bayi tercampak keluar dari kereta di dada akhbar, I rasa dah sampai masanya juga untuk JPJ dan Jabatan Trafik PDRM untuk menguatkuasakan undang-undang pengunaan child car seat di Malaysia. Sampai bila kita nak memperjudikan nyawa anak kita di jalan raya?.

Mungkin ada ibubapa yang tak berapa setuju dengan cadangan I ni. Tapi cuba korang baca dulu link sebahagian dari berita2 kemalangan yang membabitkan kejadian bayi tercampak dari kenderaan ini, dan kemudian fikir semasak-masaknya "Patut atau tidak penggunaan child car seat di wajibkan di Malaysia?".

Berita2 --> Pekebun lihat bayi tercampak, anak tercampak keluar dari kereta, bayi umur setahun maut selepas terhumban dari kereta, bayi 6 bulan tercampak keluar dari kereta, bayi umur 26 hari maut tercampak dari kereta, dan bayi 1 tahun maut tercampak dari kereta.


Memang benar, ajal dan maut itu kuasa dan takdir Allah. Tapi sekurang-kurangnya kita kena mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan keselamatan diri anak2 kita. Tidak kira kalau kita dah berhati-hati sewaktu memandu, kadang2 kemalangan juga berlaku di sebabkan oleh kecuaian pemandu yang lain juga.

Jadi apa kata ibubapa lain di luar sana?. Korang sendiri memang guna car seat untuk anak korang ke tak?. Patut atau tidak penggunaan child car seat di wajibkan di Malaysia?. Jom sama2 share pengalaman dan pendapat korang kat komen entry ni.


Psssssttt : tak semestinya nak kena beli yang mahal, yang penting ianya berfungsi dengan baik untuk memastikan keselamatan anak2 kita, ye tak?

Link

27 words of wisdom & comments:

Ina said...

sgt setuju. maybe kena consider bli booster seat ni plak. ihsan makin bsr xnk dok dlm carseat. bergelut nk ltk dia dlm tu. tambah2 br blk msia ritu jrg guna carseat so lagila dia xsuka carseat. even ada bli carseat kt msia ritu tp guna kereta org lain so susah nk strict dgn prinsip sndiri. nak2 plak org lain xpk mcm kiter kan.

Unknown said...

mmg patut wajib pun kak..tp tu la, bukan semua nak ikut benda2 yg safety ni..

AA said...

kat Australia pun sama diwajibkan car seat ni...mmg bgus la tqh rasa...keselamatan semua phk..

Eliss said...

my nuha Alhamdulillah, pakai car seat dari umur 2 bulan sampai skang ni.tapi dah besar ni, dia nak duk depan plak.tapi still kena ikat jugak laa..tp dengan abah dia, memang tak berani tak duduk dlm carseat...hehehe

@e_da said...

yatie.. tq so much.. carseat yg masa baby tu sangat bagus.. sebab kat Malaysia punya kan semua yg melengkung tu kan.. mana elok untuk tulang baby... yg besar tu ada.. patutnya kat malaysia kena prihatin gak dgn carseat yg baby leh baring terus tu... tq sgt info ni k.. muahhh tuk nazhan

syayassir said...

betul tu yatie...
disebabkan husband sangat2 cerewet bab keselamatan dalam kereta ni, kitorang memang guna carseat dari dia baby lagi. ramai orang kata, susah nak ajar anak duduk dalam carseat. tak susah sebenaranya kalau kita ajar dari dia kecik. jangan dah besar baru ajar.

kadang, kat sini orang perli2 ingatkan kita malas pegang anak, sebab tu beli carseat. padahal, diorang tak fikirkan tentang keselamatan dalam kereta.

kejap lagi, tambah dua orang, ada dua la carseat dalam keta tu. orang lain dah takleh tumpang... hehehe...

Suhana Shahril said...

Mmg lah setuju.Tp kalo rega dia yg hampir cecah ribu raban, jenuhlah org yg mcm I ni.huhu..keja k'jaan pun x mampu, iyolah..kalo setakat sorang,bolehlah lg nk tampung tp kalo dah beranak 3,4,5,6...yg rata2 umo x cecah 7 thn lagi..camno?Kalo 1 car seat, katalah dlm RM300...kalo anak 5?Jenuh jgk tu?Kalo kat luar negara keta pun murah,kat M'sia ni, yg gaji kecik setakat pakai kancil, myvy..pendek kata x mampu nak bli mpv,penuh lah keta dgn car seat jer sbb anak ramai,tiap2 anak kena pakai car seat..camno eh?Lainlah kalo kjaan, lettak rega keta mpv murah, jual car seat dlm rega x sampai seratus, lepaslah kot. Byk kena pikir kalau nak wajibkan menda ni.

transformed housewife said...

maso kat NZ dulu pun car seat ni wajib sampai umur 7 thn! TIni & Fizah pun biasa duduk. Tapi bilo balik msia ni, tok berapo muat nok letok sebutir pun sbb dle Kancil kecik. NOk beli MPV tok de duit sbb baru dok beli rumoh.

Nadiah Sidek said...

mmg bagus pun pasang car seat..utk keselamatan anak2 juga

Ummi Salsabila said...

kami ada car seat utk baby je..yg fwd facing tu xbeli.

mmg bagus utk safety anak2.pastu kn biasakan dr baby duk dlm car seat mcm nazhan.sbb aufa dan adam skang mmg xmoh dah.nak bebas.huhu

familisihat said...

salam
agak2..k.yatie nak jual online tak carseat ni? hehe..mcm berminat utk bakal baby ni..tp survey2 mahal la kat M'sia ni

mun said...

mirza alhamdulillah dari umur 3 bulan sudah letak dlm car seat sp lah sekarang..even nak pegi kedai dekat sekejap nak beli brg pon mun ltk dlm car seat.....bahaya kan kalau takde car seat nie...

MyKhalish Journey said...

sgt SETUJU...kami invest utk beli 3carseat utk pakai turun temurun. skrg seat blkg keta ada 2carseat. duk situ diam2 yer anak2. nmpknye 2jela anak aii... kena cr mpv, kalu tmbh tmbh anak. hahahhaha...

yatie chomeyl said...

Ina >> yup, kdg2 kalau x sama prinsip susah kita nak fahamkan org lain kan

huda >> aah, wpun benda tu penting sbnrnya

T-qah >> tu la, byk negara dah wajibkan pun

yatie chomeyl said...

Eliss >> kalau nk duduk depan, kena cari booster car seat jugaklah utk Nuha :)

@eda >> u r most welcome. hope it helps untuk u cari car seat yg Mika suka :)

sya >> ada jugak eh yg perli? peliknya lah diorg tu kan..x tahu ke keselamtan anak2 tu lg penting huhuhu

yatie chomeyl said...

suhana >> mmg betul apa yg Su cakap tu. mungkin utk Msia , kjaan boleh tetapkan utk anak smp usia 3 thn. tak lah smp usia 6 thn mcm kat sini kot.

k/nur >> kalu tini & fizah buleh duduk diam2 kat belake; pakai seat belt..should be OK kot :)

nadiah >> yup, sgt2 penting kan?

yatie chomeyl said...

US >> yup, kena latih dr baby dan kena disiplin..baru diorg faham kan :)

fawwaz >> hihihi..susah sikit nk jual online sbb brg berat. if nak balik msia, boleh lah kirim kot :)

mun >> aah sgt bahay sbnrnya, nak2 lagi org msia semua bwk keta laju2 mermepit huhuuhuh

nieda said...

sebenarnya mmg patut ada car seat utk keselamatan.. TAPi tulah budak2 ni bukannya senang nk duduk diam dlm car seat. Mcm Humaira bila dah umur sethn jgn harap dia nk duduk dlm car seat, dalam stroller pun taknak.

yatie chomeyl said...

mykhalish >> kalau tambah anak lagi..kena beli keta besar lg la jawabnye ye :)

nieda >> mmg bila dh besar diorg susah sikit nak duduk . tu yg kita kena bertegas sikit tu :)

nurulzia said...

Yatie, mmg penting pun..yatie nk Tanya car seat aprica tu beli kt japan yek coz I saw once dlm blog yatie then cari2 kt sini xde..I sooo want that car seat..bole kirin tak? How much yek? Reply kt nurulzia@gmail.com
Tq so much yatie..

yatie chomeyl said...

Nurul >> kat sini mmg byk car seat mcm tu. nanti I e-mail u ye

Ummi Shira (AshAnas) said...

memang patot! anas pun ada 2 jenis car seat... klu shira kt jepun, sure rembat byk2 mcm kak yatie... hehe... best la car seat yg first tu... mcm nak je...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kalau dari lahir sehingga 2 atau 3 tahun okaylah. Kalau sampai 6 tahun, rasanya budak-budak pun dungu jadinya. Apatah lagi kalau perjalanan ambil masa berjam-jam. Mcm Qaisara dia lebih suka berbaring di lantai (kalau trajet luas) kami letak comforter di situ.

yatie chomeyl said...

SHira >> kat Msia takde jual rasanya, kat Jepun dgn US je ada kalau x silap

kak NB >> erm tu la, mungkin patut di wajibkan bagi baby sbb diorang kecik lg xle nak pakai seat belt sendiri kan

Unknown said...

masa ade fikri kami guna carseat.. la ni dah 3.. huhuu..

tp kan tak boleh juga kata, mak ayah tak sayang anak sbb tak bg anak dok dlm carseat.. mcm kakyong ni nak beli baju baru pun dah 3 tahun tak mandang... ini kan pulak nak sediakan carseat utk anak2...

menitik air mata bila org kata mcm tu... tak semua org byk duit & hidup tak berhutang....

Rozita Ceritaita said...

salam kenal,

kalau anak2 ramai car seat ni makan space.. mungkin sbb tu kerajaan malaysia x boleh nak wajibkan lagi.. tak ramai mampu pakai MPV..

Farha IbuCergas said...

hebatnya car seat Aprica Euro Turn Plus Hi deluxe tu, tp kalau brek mengejut, ababy ok x? dalam tu ikat tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...