Sedar tak sedar hari ini dah pun masuk 26 Rejab. Hari Ahad ini pula (17 Jun 2012 = 27 Rejab 1433H) ialah tarikh penting dalam Islam di mana berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita
secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W
bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua
fasa.
- Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
- Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
+- Sumber : mutiara islam -+
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi
(ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat
tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah
diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
- Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi
gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan
peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
(1) Kaum yang sedang bertanam dan terus
menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru
keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. --> Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum
yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak
700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
(2) Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
(2) Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
(3) Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh
kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
--> Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala
mereka untuk sujud (sembahyang).
(4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. --> Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
(5) Satu kaum, lelaki dan perempuan,
yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di
sisi mereka. --> Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan
zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri/suami.
(6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
(7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. --> Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
(8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
(9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
(10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
(11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. --> Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
(12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
(13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. --> Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat
dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
(14) Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang
berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. -->
Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu
dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
+- Sumber : mutiara islam -+
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah
S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu
langit dunia (pintu Hafzhah).
(1) Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail
masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian
dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan
melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan
buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
(2) Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
(3) Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
(4) Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
(5) Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
(6) Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
(7) Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan
Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur
ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
(8) Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
(9) Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
(10) Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya berkenaan kewajipan solat 50 waktu buat umat Nabi Muhammad.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S.
kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W
merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah
waktu sembahyang itu. Selepas 9x merayu, (setiap kali
dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
+- Sumber : sini -+
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke
Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada
malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa
peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu
berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum
hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id:iluvislam)
+- Sumber : mutiara islam -+
Sebagai perkongsian bersama, berikut adalah Kalendar Islam 2012 di
Malaysia. Kalendar ini termasuklah tarikh-tarikh penting dalam islam
antaranya awal muharam, maulidur Rasul, Isra’ Mikraj, Nisfu Syaaban,
Nuzul Quran, Tarikh Puasa 2012, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
Aidiladha dan sebagainya. Kalendar ni sebagai panduan kepada umat Islam
di Malaysia.
*Sila Klik Pada Imej Untuk Paparan Lebih Jelas*
JazakAllah Khayr (جزاك اللهُ خيراً) = "May God reward you with goodness."
Pssssttt : “Jumu’ah Mubarak!” to all of you...may this Friday brings barakah in your life..Ameen
14 words of wisdom & comments:
tersangat bagus entry nih!! thanks for sharing Yatie ;)
thanks for sharing (^o^)
good entry :)
Nice sharing uols
Sometime teralpa ngan NIKMAT dunia
Sbgi manusia Wajib kiter ingatkan pd yg lain juga (~_~;)
Nice entry...sama2kita muhasabah diri
astaghfirullah alazim...seriously terlupa!
Terima kasih kerana berkongsi info.
Penuh informasi....it refreshes my knowledge of Israk Mikraj....
Thanks for sharing
jazakallahu khair yatie atas peringatan..
terima kasih kerana mengingatkan. Terasa malu sendiri sbb utk 17hb june ni duk ingat kat bday Aisyah and father's day sahaja di UK huhu..
Terima kasih kerana mengingatkan daku #muhasabah diri
Terima kasih kerana mengingatkan daku #muhasabah diri
Selamat menyambut israk ,ikraj dan sama2 kita berusaha ambil iktibar peristiwa ini :)
Salam...
Mintak izan copy ye... TQ
Post a Comment