CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 22 June 2012

Rindu yang tak pernah padam

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Rindu yang tak pernah padam buat Arwah Ma berkunjung lagi. Biasanya kalau tengah stress dengan study, rindu itu semakin membuak-buak sebab selama ini Arwah Ma lah penguat semangat untuk terus berjuang dan mencapai kejayaan. Semangat yang Arwah Ma beri kadang2 bukan sahaja melalui kata2 pendorong tapi jugak paling penting dari segi doa yang tak pernah putus. *refer entry yang ditulis pada tahun 2007 sewaktu di Germany: MA---I LOVE you*

Lagi satu penambah semangat ialah bila I bayangkan kegembiraan di wajah dia setiap kali anaknya ini bercerita tentang kejayaan I dalam pelajaran. Terpampar jelas kegembiraan di wajahnya, dan kemudian berita gembira itu akan Arwah Ma kongsi dengan mak2 saudara dan mak2 sepupu yang menjadi teman borak di waktu petang. Priceless..bukan sebab dapat bagi Arwah Ma modal untuk membanggakan diri, tetapi seronok melihat Arwah Ma mahu ibu2 yang lain turut sama berusaha gigih dalam mendorong kejayaan pelajaran seorang anak.


Jujur, ada ketikanya dalam perjalanan yang hampir ke penghujung ini dugaan dan cubaan yang datang seakan terlalu menghimpit. Saat itu, rindu pada Arwah Ma memang tidak terbendung. Mujur Allah kurniakan suami yang selalu berfikiran positif dan selalu mengangkat diri ini tatkala terjatuh.

Sebagai pengubat rindu buat Arwah Ma, cuma Al-Fatihah dan doa sahaja yang mampu di berikan. Moga Allah temukan kami di syurgaNya kelak dan moga Allah kurniakan lebih kekuatan pada diri ini untuk mengharungi semua ujian yang mendatang dengan lebih kesabaran dan ketabahan, Ameen.



Psssttt : sesekali entry "mendung" menjengah blog, biasalah mak buyong kan tak stabil dari segi emosi. Kejap sedih, kejap gembira..layankan je lah labu.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

19 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Al fatihah buat arwah ibu u
of coz la ibu cuma ada sorang ni dok jauh still blh jumpa...if sudah PERGI hanya doa pengikat rindu....uwaaaa sebak plak teringat kat my umi

Zaila Mohamad said...

al fatihah buat arwah mak Yatie..bersabarlah deh..thanks sebab buat entry ni, at least aku pon teringat dekat mak aku, kalu tidok gak..dok sibuk dengan keje je sapa xingat orang tua d kampung:(

transformed housewife said...

sikit jah lg nok siap kijo Tie. Ingat cito2 Muloh Ma nok tengok Tie dpt phd. Knur sokmo doa ko Tie.

love live good life said...

sabar ye babe.kuatkan semangat :)

Unknown said...

moga arwah ma kak yatie tenang di sana..tabahkan hatimu kak..abg solah ade meneman..

Teratak Hami said...

al-fatihah ...

akak bersyukur dapat duduk "dibawah ketiak" ibu akak semula, di Melaka. Dah lama merantau di luar dan dalam negara. Kami terpaksa tolak tawaran utk berhijrah ke Jepun semata-mata nak berada di Malaysia. Wlpn masa tu kerja di Selangor, asalkan di M'sia. Anything happened, dkt skit.

Mak buyong mmg selalu emo :(

♥MAMASYAZA♥ said...

alfatihah buat arwah ma yatie. mmg la pengalaman menjadi mak buyong, mmg camtu, emosi kejap ok, kejap ko...hehehehe

Ezna Khalili said...

faham sangat yatie. i pon dah takde mama!!! mama-lah segala galanya :-)

nieda said...

Alfatihah...semoga arwah mama yatie ditempatkn dikalangan org2beriman...amin
Kuatkan semangat yer

Nur-nba said...

Sedih bila membaca entri Yatie ni.. Al-Fatihah untuk arwah ibu Yatie, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Oyis said...

insoff dgn entry yatie ni. bila umi jauh, rindu dgn dia. ni dia duk dkt (dia mari rumah ni) ada jg termerajuk / terbuat riak muka stress pada dia (penangan tulis tesis). astaghfirullah al azim... Alhamdulillah catitan ni berupa peringatan buat ore

Nadiah Sidek said...

semoga doa yatie adik-beradik sampai pada arwah..ameen..

Mak Wardah said...

Alfatihah untuk mama Yatie. Salam kenal, InsyaAllah segala doa Yatie akan sampai kepada arwah. Semoga segalanya di permudahkan Allah.

Mak Wardah said...

Alfatihah untuk mama Yatie. Salam kenal, InsyaAllah segala doa Yatie akan sampai kepada arwah. Semoga segalanya di permudahkan Allah.

Asmara said...

Al-Fatihah.. moga doa kita sampai pada nya. InsyaAllah..

*psst.. yatie punya pasal, 2 hari ni akk melayan masterchef selebriti tu tau! x sabo nak tgk mlm ni sape yg keluar. hihi.. baru start tgk ep. 16, terus melompat tgk dr yg satu. ngee..

ddfirdaus said...

U tabah Yatie. Can see it from the way u write bout ur journey there in Jepang. My mom slalu ckp kalau die teringat kat anak2 die dia akan baca yaasin sedekahkan kat setiap anak2nya..kite ni anak2 kadang2 terlupa nk sedekahkan doa2 untuk kesejahteraan mereka. Btol kata u at least yang senang sedekahkan al-fatihah..T care mommy..

Aleyn said...

Semoga Arwah sentiasa mendapat hadiah doa dari anak2 tersayang...

Affieza said...

Be strong sis...ckit je lg tu...

yatie chomeyl said...

Thanks semua untuk kata2 semangat. Lebiu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...