CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 29 June 2012

Kepimpinan melalui tauladan



Walaupun dah duduk sini 3tahun lebih, tapi jarang2 benar I tengok dan baca berita2 Jepun ini. Bila ada berita2 besar baru ambil tahu. Tapi minggu lepas rasa tertarik pula bila membaca petikan berita ini tentang Fukuoka City Mayor. 

Minggu lepas, Fukuoka City Mayor iaitu Soichiro Takashima mengumumkan yang dia tak akan mengambil gaji bulan July atas rasa bertanggungjawab terhadap masalah drunk driving and other crimes committed by Fukuoka City staff recently. Korang bayangkan eh, bukan dia pun yang buat salah dan bukan ada siapa2 yang suruh, tapi Mayor sendiri yang sukarela berbuat demikian atas rasa tanggungjawab sebab staff dia yang buat salah. 

Bacaan lanjut boleh baca di SINI -->  Soichiro Takashima, Fukuoka City Mayor, announced on June 19, that he will not receive his salary for the month of July. He’s doing this to take partial responsibility for the drunk driving and other crimes committed by Fukuoka City staff recently. The three Deputy Mayors will take a 30% salary cut for the same month. These are all self-appointed punishment. Source: http://www.nishinippon.co.jp/nnp/item/308423 
 


Bila baca berita ini, teringat pulak kat MB negeri tanah tumpah kelahiran I. Semenjak dulu lagi, Tuan Guru Nik Aziz memang hidup serba sederhana despite his status as MB :-

1. Rumah kediaman dan pakaiannya jelas tidak berubah, malah beliau menjadikan kediaman rasminya untuk kegunaan rakyat yang memerlukan , seperti rakyat yang dilanda bah.

2. Keengganan jiwanya untuk menjadi Menteri Besar sehingga terpaksa dipujuk dan akhirnya beliau menerima dengan penuh tanggungjawab dan menganggap jawatan itu sebagai "kesengsaraan di dunia dan penyesalan di akhirat" dan seringkali pula mengingatkan rakyat supaya "tolong sebut kepada saya, di manakah yang tidak sesuai dengan Islam selama saya memimpin Kelantan ?"

3. Memotong elaun Menteri Besar baginya sehingga 40% untuk Tabung Serambi Mekah, dan 5% untuk "derma kepada partinya".

4. Menghapuskan peruntukan kepada menteri Besar bagi elaun berbuka puasa dan sambutan hari raya.

5. Meneruskan kegiatan kuliah subuh dan kuliah mingguan yang menjadi amalannya sebelum menjadi Menteri Besar. Ikuti kuliah Jumaat bersama TGNA di Kelantan TV.



Terbaru pulak, ramai yang mengagumi kepimpinan baru yang menerajui Mesir iaitu Dr Mursi. Walaupun ada yang skeptical menyatakan ini cuma permulaan, tetapi bukankah "kejayaan yang besar itu bermula dari langkah yang kecil?".


Semoga lebih ramai pemipin yang bertindak mendahulukan kepentingan rakyat berbading kepentingan mereka sendiri. Pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang baik, Insya Allah.

Pssssttt : Ini bukan entry politik, sebarang komen berbau negatif akan di tapis.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

7 words of wisdom & comments:

transformed housewife said...

kito pakat doa spy pilihanrayo nanti akan byk lg pemimpin hok betul2 nok belo rakyat hok mene.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Nihonjin mmg gituew
Ai rasa kan if jpn negara Islam pasti best
Sbb benda yg baik dh ader dlm diri
Cuma beza theyols x de agama
Tetiba tgk pic TGNA tu mcm sedap jer dia dok mkn...br tahu dh lunch hour x mkn lg ngeeee!!!

Aleyn said...

Tak sabar nak tgk syria bertukar peminpin....sedih pikirkan nasib rakyat di sana

Nadiah Sidek said...

kagum dengan pemimpin sebegini

yatie chomeyl said...

kak nur : Insya Allah, Ameen

Lady Ayu : yup, nihon jin klu masuk Islam mmg akan jadi Islam yang baik

yatie chomeyl said...

Aleyn : sama2 kita doakan

nadiah : yup, klu lagi ramai pemimpin macam ni...lagi aman damai bumi ni

Unknown said...

tetiba teringat cerita change yg kimutaku berlakon jadi PM japan tu... waiii..best gila dapat PM muda bergaya kakkoii lagi bagus kan..wakaka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...