Walaupun dah stay kat Japan ni 3 tahun lebih, but hubby and I still prefer watching drama/TV show from Malaysia. TV kat rumah kitorang ni bukak waktu pagi je dari kul 7.30 - 8.30 pg untuk kejutkan SN dari tidur dan bagi dia layan children show sambil breakfast sebelum ke nursery.
So malam2 kitorang biasanya dipenuhi dengan menonton drama/TV Show dari Malaysia. Sekarang ini tengah rancak layan drama "Dejavu di Kinabalu" (melalui online TV Streaming); lakonan Tiz Zaqyah & Aqasha sambil makan malam pukul 8. Lepas tu layan video MasterChef Selebriti Malaysia yang di download atau pun tengok directly kat you.tube.
Program realiti MasterChef Selebriti Malaysia ,Astro Ria
(saluran 104) yang di siarkan setiap Sabtu - Selasa jam 9 malam ini menggunakan konsep yang serupa
dengan konsep MasterChef Malaysia. Antara selebriti yang terlibat
ialah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek,
Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak,
Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan
Louisa Chong.
Sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia ini diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrial Park, Shah Alam. Then ada jugak cabaran sajian luar di mana diorang akan di bawa ke beberapa lokasi luar untuk memasak secara berkumpulan.
Setakat ini, rancangan ini dah pun masuk Episod ke 16; korang tengok tak?. Yang dah tersingkir ialah Dr Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi dan Karl Shafeq. So sekarang ni dah tinggal top 9 lah.
Walaupun macam ramai yang menyampah kat gelagat Azwan Ali, tapi personally I rasa banyak sisi positif Azwan yang kita tak nampak selama ini terserlah dalam rancangan ini. Walaupun tiap2 minggu Azwan ni menangis bila ada yang tersingkir, tapi I tak rasa its a crocodile tears sebab nampak dia memang sedih betul. Plus, kalau tak de Azwan, mesti boring rancangan ini..kurang drama kurang menyengat lah TV Show eheh.
My favorite contestant is Fazley sebab dia sangat berkebolehan memasak dan jugak sangat gentleman, selalu je tolong kawan2 yang lain. Lansung tak berlagak walaupun hebat..dah lah hensem pulak tu ngeee. Selain tu Soo Wincci pun I suka sebab dia ala2 Master of Dessert gitu. Plus, Jehan pun hebat dari segi penyediaan macam2 jenis sos. Paling tak sangka, Tomok yang macam tak tahu masak dan selalu masuk pusingan penyingkiran (5x) tu still terselamat sampai sekarang dan semakin hebat dari segi memasak dan plating. SUka tengok muka Tomok yang gelabah masa masak, tapi end up terselamat dari di singkirkan.
Dek kerana penangan menonton MSM ni jugaklah, tiba2 datang angin nak buat plating jugak untuk menu makanan yang I masak. Of course lah lansung tak selawa diorang; tapi mak buyong tetap feeling happy bila konon2 ambik inspirasi dari rancangan ni untuk plating.
(1) Goreng pisah cicah susu pekat manis ~ gedik sangat potong pisang kecik2 dan bubuh susu dalam mangkuk kecik letak tengah2.
+- kalau masuk pertandingan kompem tersingkir minggu 1st, pisang di goreng terlebih well-done -+
(2) Bihun goreng bersama telur dadar hijau dan air cuka lada hijau ~ siap letak keropok kat tepi2 pinggan bajet bihun di bawah lindungan gitu.
+- siap tema hijau lagi, over tak mak? -+
Paling over ialah bila I tiba2 terasa nak makan something untuk dinner, I main order je kat hubby. Since I sampai rumah around 7.30 malam setiap hari so during the weekdays memang hubbylah yang akan prepare dinner sebab dinnertime paling lewat pun is at 8p.m sebab by 10 p.m dah kena tidurkan SN. Ada satu hari tu, dengan gediknya I order nak makan sup daging + telur dadar sosej ber-cheese, so I order thru Fb dari lab. Siap bagi instruction step by step kat hubby *bajet Masterchef sangat kan?*.
Nasib baik lah hubby ikutkan je permintaan wife yang banyak songeh ni. Sedap wooo makan telur + sosej + cheese di cicah dengan budu perah limau. Perghhhhh, memang terangkat lah. Thanks to my boo boo darling Chef yang hensem kacak bergaya kat rumah tu *amboi puji tak agak2, mentang2 dapat makan sedap*.
+- chef di samping hasil masakan yang sungguh menyelerakan -+
So kalau korang pun layan MSM ni dan berminat nak try resipi2 yang selebriti dah masak, bolehlah tengok kat website ASTRO (klik SINI). Memang best2 resipi yang diorang share, tapi I kena tunggu weekend lah baru dapat try masak resipi2 retis ni, baru lah mak buyong pun boleh feeling retisss jugak lalalala.
Psssstt : bagus jugak rancangan macam ni, sekurang-kurangnya rasa semangat sikit nak masak dan makan *eh tang makan tu memang bersemangat sentiasa je pon* .
~ Thanks for reading this (^-*) ~
28 words of wisdom & comments:
x pa depa boley request mcm2 ada somi tlg masakan...jelezzzz
bertuah la ada somi serajin tue
MCS ni x sempat nk tgk2 pun...nnt ai carik la kat blog drama melayu tue
xde can nak tengok.. asik berebut tv ngan anak jerk
i yg kat malaysia ni pun tak tengok..tv takde astro.. hehe..
i yg kat malaysia ni pun tak tengok..tv takde astro.. hehe..
walla mmg syok kita ada masterchef di rumah kan.. hubby ida pun suka masak.. tp kdg2 kalau rasa pelik tu telan je la.. hehehe
kak. aunty louisa pun dah terkeluar :) suka layan..mmg x miss..suka gak dato fazley..dia pandai masak kan..hehe..
ai pon rajin msk2 in 45mins bajet MCM tu. hahaha!
*nak tiru repi telo dadar sosej tu le. :-)
senyum memanjang saya baca entri ni. sweet!
walaupun vi duduk malaysia, tapi blm pernah layan lagi masterchef selebriti ni...sb terlupa n sibuk bersembang bagai dgn mr.hubby. hehehehehe...siang tak jumpa, jadi malam la utk vi n hubby stori mori selalu =)
Salam
Selalu aje singgah sini tapi baru hari ni nak tinggal jejak sebab katanya, kalau tinggal jejak akan menjadi semakin chomeyl (^__-)
Sama la, kite pun suka tgk masterchef ni, suka fazley, tomok & jehan sbb diorang cool lah (^o^)
Tak tahan betul baca instruction suh buat sup daging tu, hahaha
Take care ye!
lor mmg tak pernah tengok pun rancangan ni, yg mng apa taun lepas tu pun x pernah sekali pun tengok. isk2.. ketinggalan betul. baca review yatie ni mcm teringin lak nak tengok. hehe..
harus tgk..tak tinggal
akak,sya request kat hubby mcm gitu ari tu, simple gile,suh dia masak bubur dlm rice cooker, pastu bako ikan caru dlm fridge,dah basuh siap...
pastu kawe balik smpi umah dari course, tengok2 dia dah siap2 dgn kunci kete, jgn bukak tudung dulu, jom mkn bubur kat kedai...
erk,harus gitu??
Akak tertgk jugak MasterChef Celebrity tu.
Akak dah jarang masak. Selalu tapau dari rumah mak.
best layan masterchef..i siap rakam
knur pun tgk sokmo except maso dok spital maso beranok & Husna keno kuning tu.
Memang suka sangat tengok.. Mereka memang kreatif.. Jangan sangka Tomok tak pandai masak.. Minat dengan Soo Wincci.. Suka berbahasa Melayu dan maintain ayu gitu... :)
sy pon gian tgk MSM tu..sronok tgk 'drama' dorg..hehe
Fazley ngn wife dia mmg sama2 suka masak. Cuba akak tgk rcgn Siapa Di Rumah kt Astro Ria episod ngn Fazley
lady ayu : bukan nya selalu, kadang2 je la eheh
Mrs K : I tgk kat you.tube je pun hehe
Rai : I pun tgk kat you.tube je :D
@eda : hubby yatie xsuka sgt masak tp tpaksa hahaha
Huda : aaah dh update, terlupa pulak nk tulis hehe
blog-tips-kurus : sila2 tiru resipi mengarut tu ehehe
ViviLim : wah so romantic u olls ;)
3uriani : instruction tu ken abagi takut kang xjadi sup nye hehehe
Kak As ; Selamat menonton ye :D
Hunny Kitty : best kan?
Mrs Sya : hahha xpe la sbb kat Msia senang nak beli..kat sini mana mau beli ehehe
Teratak Hami : bestnya leh tapau dr umah mak, lagi sedap :D
nieda : wah rajinnya siap rakam..minat betul ni nampaknya hehe
kak nur : xpo, astro kan sokmo ado ulangan hehe
Nur-nba : aah soo winci tu cuba sedaya upaya nak cakap melayu..kdg2 lawak dgr
aleya : sbb drama tu yg jd seronok layan kan?
Affieza : kalau ada org share kat you.tube leh la tgk rancangan tu
seb baik jenis chef layan :p kalu hubby kita, tangan ke dada mata keatas jer la :p
As-salam..jumpa blog ni kononnya nk cari blog cupcake wife dato fazley..
entry menarik..suka :)
Post a Comment