It has been almost 3 weeks that SN and I were here in Malaysia. The first 2 weeks here has been quite a bit of disaster for us as we have to adjust ourself with Malaysia lifestyles and environment.
Bukan nak berlagak sebab baru balik dari Jepun ke apa, but this is just a reminder for me supaya lepas ni bila balik Malaysia lagi, I can be more prepared to cope with these situations :-
(1) Malaysian driving 'skills' is to rempit all the way and cilok mencilok is a must!
Hari mula-mula sampai je, I dah sesak2 dada sebab terkejut dengan corak pemanduan driver KL termasuklah hubby I sendiri. Entah berapa kali I urut dada, mengucap dan baca macam2 jenis doa masa mula-mula masuk kereta in the first week tu.
On the 2nd week, I start to drive. Sumpah I bawak sopan sangat e.g. bila I nak change lane I tunggu line betul2 clear baru I masuk, then hubby & SIL tegur kalau macam tu kat KL...3 jam baru I dapat changed lane...fine!.
Now slowly I dah boleh ingat balik gaya rempitan orang Malaysia dan slowly I pun dah mula kembali merempit jugak eheh.
(2) Customer service
I went shopping at Te.sco masa hari mula2 sampai. Everything went well until masa nak bayar kat cashier. I get super annoyed sebab ada few items yang tak dapat di bayar sebab barang tu tak de barcode. Then cashier tu macam malas nak ambil yang lain and insisted that if I nak barang tu, I pergi ambil sendiri.
Lagi best, sambil dia scan barang2 yang I beli tu, dia borak2 dengan cashier kat kaunter sebelah.."Eh, Jah tadi pun ada orang beli towel ni. elok ke ye?'.
What the F ????. EH hello, kalau kau nak borak2..lepas aku dah habis bayar boleh tak?. Dah lah borak2 pasal towel yang aku beli...borak lah pasal benda lain. In a way bunyi nya macam kepochi sangat dengan tuala tu..apa kes?.
OK, I tahu bunyi macam kecik je perkara tu tapi it made me feel super annoyed sebab in a way cashier tu buat I membandingkan dia dengan service kat mall kat Jepun. Jauh punggung dari perut OK.
Cashier kat sana tak ada nya nak borak2 pasal barang yang customer beli tu depan2 customer; lepastu cashier kat sana kalau barang tu tak ada barcode...cashier tu pergi ambil sebab bukan salah customer kalau tak ada barcode..salah pekerja mall tu la yang tak buat kerja dnegan betul2 ye dak?.
(3) Toilet cleanliness
Sebaik sahaja I keluar dari arrival hall, I bergegas cari toilet kat LCCT tu. Serius kotor dan bucuk hancing tak padan dengan status as airport. Even bilik salin diapers pun tak terurus dan busuk. Even SN yang baru umur 2 tahun setengah tu pun rasa geli nak pergi toilet. Itu kat airport, kalau kat tempat lain lagi la hazabedah tahapnya especially kat shopping mall.
Tapi tak semuala kot, hari tu I pergi toilet kat IKEA and Midvalley, cleanliness is quite OK lah.
(4) Food
Yang ini I tak ada masalah lansunglah nak cope sebab the best thing about living in Malaysia is that I tak
payah susah2 nak masak bekal kalau nak keluar jalan2.
Yippeeee....seronoknya menambah lemak di badan ni ehehe.
Tapi for SN memang big problem jugaklah. First 2 weeks in Malaysia ni, memang berperang nak paksa dia makan. Minum tak nak, makan tak nak...vitagen je nak. I dah siap plan nak beli beras jepun dah tapi hubby cakap tunggu dulu, bagi SN try makanan Malaysia dulu.
Awal2 hari tu SN cuma makan yang ada similarity dengan Japanese food la e.g tempura Pizza Hut tu and laksa sebab nak serupa dengan udon. Bila I singgah Sushi King dan belikan sushi kat dia, laju je dia ngap...adoyaiii tak kan hari2 mommy nak kena beli sushi king anak oooiii.
+- muka excited habis dapat makan tempura, adoyaii rabak poket mommy & daddy kalau hari2 nak makan ni -+
Tapi start minggu ni, appetite dia dah OK, semua benda yang di sumbat kat dalam mulut akan di ngap sepantas kilat. Susu pun dia dah start minum walaupun memilih cuma nak minum Friso Gold je..tsk3x. Tak pelah at least legaaaa sikit hati mak ko nak; tak payah beli beras jepun dah.
(5) Safety issue
Masa kat Jepun, kamera tertinggal kat public park pun boleh dapat balik kat lost & found. Tapi masa kat Malaysia ni, selipar croc celup berharga 488yen (~RM 20) yang di beli kat Jepun tu letak depan pintu rumah je pun..lesap sekelip mata. Uwaaaa sedihnya...huhuhuhu.
+- sandal bunga2 kesayangan yang telah selamat di kebas sang pencuri uwaaaaaaaaaa -+
I guess these are 5 of the things that I have to bear in mind everytime I balik Malaysia especially sejak dah duduk Jepun 3 tahun setengah ni. Bukan maksudnya I berlagak, lupa daratan ke apa tapi believe me, kalau korang baru balik dari mana2 tempat pun be it oversea ke undersea ke; u can't help yourself to do comparisons.
I just hope tak ada pulak yang ingat I koya, berangan bagus baru duduk oversea 5-6 tahun dah berlagak macam lahir kat sana. Just in case if you tak tahu macamana suasana di jepun, go read my entry kat The sophisticated-ness of Japanese loo, Customer service di Jepun, Test Lesen Jepun, Lesson Learnt from Japanese people, 5 star cleanliness treat at Nazhan's nursery and Untungnya jadi 'anak Jepun'.
Kalau ada lagi yang tak faham kenapa I nak kena rasa annoying and agak susah nak cope masa mula2 balik Malaysia ni, go read Green Apple's entry here..then u might understand why it took some time for SN & I to adapt dengan cara hidup kat Malaysia again. Somehow we are adapting now and hopefully I wont be feeling easily annoyed at small little things around me after this.
Psssstttttt : lama tak membebel panjang2 kat blog, kalau update pendek2 rasa macam kentut tak puas je...kentut yang panjang dan bunyi menggelegak itulah yang terbaik
.








