CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Saturday, 4 April 2009

Malam Pertama Solah & Yatie

Muahahahaha...tajuk macam apa jer kan?

Sebenarnya nak cerita tentang pengalaman malam pertama yang kami lalui dirumah sewa baru kami iaitu di RYUGAKUSEI KAIKAN (INTERNATIONAL HOUSE) yang terletak di Imajuku, Fukuoka, Kyushu, Japan.




Urusan pemindahan rumah di bantu oleh pemuda2 harapan bangsa seramai 8 orang (4 org junior *kohai*, ijat, senget, amir *selaku translator*, syamim) dan keluarga Kak Yati yang ramah mesra, telah berganding bahu memerah keringat dan kudrat untuk mengangkut barang2 kami yang agak banyak dan membantu mempercepatkan urusan perpindahan.


( full view bangunan 5 tingkat )


Ketibaan kami jam 1ptg di sambut oleh pegawai2 dan engineer2 yang menyelenggara bangunan ini. Selepas penerangan lengkap tentang penggunaan alatan2 high-tech di rumah ini, kemudahan2 yang di sediakan, lagkah2 keselamatan semasa kecemasan, proses menandatangani dokumen2 bla bla bla pok pek pok pek ... maka jam 3ptg semua pon beransur meninggalkan kami berdua-duaan.


Sambil mengemas barang2 dari kotak2 & beg2 ke dalam almari2 (yang sungguh cantik & moden), tiba2 ayat berbau arahan ini meluncur laju daripada bibir tak mongel incik hubby --> "male ni kito ajok budok2 mari make di rumoh kito la, sekali dengan baco yassin & semaye hajat!".
Owh alangkah terkejutnya rasa hati...mau membantah tapi tak mahu menjadi isteri yang degil *wink...wink*, maka bersetujulah diri ini dengan cadangan bernas incik hubby itu. Upacara berkemas di lakukan dengan kadar superSolah & superYatie-Boyot dan hasilnya dalam masa 2jam, semua barang telah siap di kemas dan aktiviti memasak pon bermula.

(upacara memasak di dapur yang sungguh moden)


SuperSolah memecut untuk membeli belah barang2 keperluan untuk rumah & jamuan manakala SuperYatieBoyot memulakan aktiviti memasak dengan kadar kelajuan menyamai speed of sound in dry air dan hampir2 mencecah kelajuan hypersonic dengan mach number > 5.0! (arh amik...kuar habis semua equation yang dah berkarat dalam paler)




( view parking lot dari tingkap rumah )


Despite the short notice and without prior announcement, warga bujang, anak2 dara bergetah, keluarga Kak Yati dan Abg Shoiful *selaku pak imam* sudi menghadiri majlis bacaan Yassin dan sembahyang hajat untuk kediaman baru kami dan tidak di lupakan juga untuk mendoakan keselamatan & kesihatan baby SN (kira upacara 3 in 1). Seramai hampir 20 orang memenuhi ruangan rumah dan mereka di hidangkan dengan hidangan tom yam ayam & telur dadar *masakan express rakyat dari superYatie-Boyot* + ikan masin & ayam pedas kacang peas *ihsan dari warga bujang* + buah limau *pencuci mulut*. Seronok sangat2 rasa dalam hati sebab ini kali pertama dapat buat jamuan makan di rumah.


( view jalanraya & train station kat tepi rumah)


Walaupun cuma hidangan ringkas, tapi sekurang2nya kami berdua merasa lebih selesa untuk menjalani malam pertama di kediaman baru kami ini. Alhamdulillah, tiada apa2 yang tidak di ingini berlaku walaupun cuma kami berdua sahaja yang mendiami bangunan 5 tingkat ini dalam minggu ini. Mungkin pada minggu depan, akan ada penyewa2 lain memenuhi bangunan ini. Tak sabar nak dapat jiran baru, sekurang2nya akan ada teman mengumpat berbual sambil menunggu incik hubby balik.


( terdampar kedugonganletihan lepas semua orang dah balik )


Psssttt: rasa ralat juga sebab tak snap gamba masa majlis ni, tapi sebab kalut sangat tak terfikir pula, bila semua orang dah balik baru teringat isk3x..akan update next entry bila semua perabot rumah dah lengkap nanti.




VOTE FOR ME!! just by clicking on this image!
Photobucket

9 words of wisdom & comments:

Nani~~{@ said...

salam Yati..

alhamdulillah, selesai semuanya urusan perpindahan U..

take care n salam ukhwah

Bibi Intan Suraya said...

hai yati...rajin betol memasak..takpa bila kita buat jamuan makan tu i'allah Allah murahkan rezki kita lagi...

eh pasal jerawat tu kan..yati dh scan ker? baby boy ek? hmmm..dulu my sis pun naik jerawat byk jgk, tp dia kat leher la..pun dpt baby boy jgk...hmm bb blum scan lagi...tak kesah la anak apa pun tp yg penting skrg ni...camna nak ilangkan bijik2 jerawat ni yerrr..;)

tgcare yati!

yatie chomeyl said...

salam padnani, time kaseh ;)

bibi >> sbb xde wat apa2, tu yg jd tlebih rajin nk memasak :)

psl jerawat tu, mmg dh scan pon last week...mmg baby boy. tp xde la kulit jd jerawat sgt cuma kering dan ada bintik2.lama2 hilang kot...x letak ubat apa2 pon

kliza said...

dh selesai semenya yea?.. semoga selesa di umah br.. yatie weyyy.. gmbr yg last 2 daring you.. nmpk muka solah jer!.. ngan sape 2?!... heeee...

yatie chomeyl said...

kliza, tajuk pon dah daring...gmbr mesti la mau daring jugak :p

senang2 meh la dtg jln2 kat umah,jgn lupe bwk kek sekali ekekekek

umi nuha said...

yg paling tak tahan tu equation hypersonic tu..kalu blh ingin ku lupakan ia....wuahahha

Unknown said...

salam yatie chomeyl

wah wah.. bagus la makbuyung, dah ler penat berkemas, sempat lagi masak2... nanti dah bersalin & langsing semula mesti lagi ligat...

kakyong tertunggu gak, dah scroll sampai bwh.. ish tak kuor rupernya lauk hidangan nyer.. :D. apa2 pun, rasa lega kan bila dpt buat jamuan utk kwn2 walaupun hanya hidangan & lauk ringkas2...

mazni_azis said...

kat jepun tak der kot "makhluk2" sbb teknologi dia canggih sgt...dia dok dlm kawasan hutan2 sikit...:P

yatie chomeyl said...

umi nuha >> mana leh lupe...lecturer yg ajar ut ensem :p

kak yong >> orang kata kalau time preggy ni kita byk bergerak nanti sng nak bsalin kan? tu yg bersungguh2 bergerak ni hik hik hik

angah >> aah setakat ni mmg xde. lagipon hantu jepun sume tertinggal kat msia masa diorg migrate time zapan jepun dulu2 :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...