Memandangkan I ni peminat setia drama2 dan filem2 melayu, I terpanggil untuk menulis tentang adegan2 yang I rasa agak annoying menjengkelkan yang terdapat dalam cerita2 Melayu. Hopefully kalau ada penggiat drama & filem Malaysia terbaca entry ini, diorang akan tahu apa yang penonton2 tak suka ye tak?...ecececcece..*I ni komplen je tau,ingat senang ke nak produce drama or filem*
1) Babak : baru bangun dari tidur
Occay, I sangat2 hairan *
lebih kepada jeles sebenarnya*, macamana pelakon wanita tu boleh bangun dari tidur dengan muka bermekap lengkap, berbedak siap blusher dan tak lupa eye shadow berkaler2 tertepek di muka tanpa setitik pun air liur basi di pipi
..kan...kan..kan?.
2) 90% dari babak2 dalam drama atau filem Melayu ialah di meja makan
isk3x.... Apakah ini menunjukkan rakyat Malaysia memang kuat makan ataupun cuma waktu makan je waktu yang sesuai untuk berbincang? ... *
tak tahu ke tak elok bercakap masa makan* hehehe.
3) Babak : bos dalam ofis
"Awak tak nampak ke saya sibuk ni?", kata bos dengan garangnya. Tapi kan, keadaan meja & skrin komputer langsung tak menunjukkan bos tu sibuk. Meja kemas je..
fail bersusun elok kat almari belakang meja. Skrin komputer cuma tunjuk wallpaper desktop je...ceh..kot ye pon, tunjuklah paparan Microsoft Project ke, nampak la ala2 buat kerja sikit kan kan kan?
4) Ayat2 yang di guna kan tu skema gila2 sampai teringat masa belajar BM time SPM dulu. Kalau lah di praktikkan betul2, sure leh dapat A1
hehehe.
Contoh ayat :- "
Kenapa awak sanggup mempermainkan perasaaan dan cinta suci saya selama ini?. Tidak cukupkah pengorbanan dan kesetiaan saya selama ini terhadap awak?. Mengapakah madu yang saya beri, racun yang awak beri sebagai balasan?."...ceh padahal kalau kat real life, tak sempat lah nak fikir ayat skema camni time gaduh kan..kan..kan?
5) Bagi menunjukkan kekayaan seseorang itu, setiap cerita mesti kena ada orang pangkat Dato, Datin, Tan Sri segala lah. Padahal ramai je orang2 kaya di luar sana yang tak berpangkat cenggitu malahan kadang2 orang2 yang takde gelaran ni lagi kaya dari the so-called dato tu..kan..kan..kan?
6) Kadang2 bunyi persekitaran ataupun soundtrack music lagi kuat dari suara pelakon2. Macamana nak menghayati cerita tu kalau bunyi2 tu dah menenggelamkan suara...potong stim btol..kan..kan..kan?
7) Annoying sangat bila mendengar pelakon yang cuba2 bercakap dalam loghat yang mereka kurang mahir cam loghat utara ataupun loghat qelate.
Sila la practice betul2 sebelum nak guna loghat2 tu kan..jadi takder lah nampak canggung sangat..kan..kan...kan?
8) Rumah semua mewah yang amat walaupun kerja jadi salesgirl je. Interior design ala2 casa impian gitu..pastu rumah pulak kat kawasan elit je.
Tak leh ke kalau berlakon kat rumah flat ataupun rumah teres biasa, real sikit...kan..kan..kan?
9) Babak : dalam bilik tidur
Sebelum tidur, si suami mesti pegang buku dan baca kat atas katil. I tak tahu lah family orang lain, tapi incik hubby I memang tak pernah baca buku atas katil sebelum tidur.
Banyak lagi benda lain leh wat contohnya surf internet ke...kan..kan...kan?
(gambar hiasan semata2 ekekeke) 10) Untuk babak masa makan, makanan & lauk pauk mesti 5-6jenis sampai penuh meja walaupun untuk 2 orang makan je. Tapi bila perhatikan betul2, kat dalam pinggan pelakon tu cuma ada nasi putih dengan lauk sikit je. ..uiks, produser kedekut ke tak bagi sentuh lauk2 tu?
kui..kui..kui.
Bukan semua cerita melayu ada perkara2 annoying macam ni sebab dah banyak penggiat drama & filem Melayu yang berfikiran luas dan teliti dalam menghasilkan karya mereka. contohnya macam cerita2 Afdlin Shauki, Yasmin Ahmad, Mamat Khalid. Ini cuma sebahagian perkara2 yang I perasan dan rasa mengganggu sewaktu menonton cerita2 melayu...apapun, I tetap enjoy tengok cerita2 tu sebab dapat memenuhi masa terluang I dan dalam masa yang sama menjadikan I orang yang kritis untuk mengkritik hehehe.
Psssssttt: Doakan yang terbaik untuk kesihatan Yasmin Ahmad, pengarah filem & iklan yang selalu berfikir out of the box walaupun karyanya kadangkala kontroversi.Pssssssttt lagi : Have you watched blogger boy?. I rasa blogger2 tegar sekalian akan enjoy watching blogger boy tu kan? hehehe.