CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 1 August 2011

Ramadhan menggamit rindu pada si dia

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif

Alhamdulillah, kita semua masih di panjangkan usia untuk merasai nikmat berpuasa pada 1 Ramadhan 1432H.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOAtlWtrLhOuZojzvCITIa5ZbpHnzWGP70ldTABAjp9B-BjxIe6_d_dcTJe104HcQ9euHVUchvCp3ln_xHcj8lM0AgBPELXfY9oaL7ZPAp6MXWk46OsmobuYgbfqmHOYxW2ZQMbOPfoLQ/s1600/doa-harian-ramadhan-1.jpg


Cabaran berpuasa di Fukuoka pada musim panas bagi tahun ini bermula dengan baik hari ni sebab cuaca agak mendung, Alhamdulillah. Subuh pukul 3:56 pagi dan Maghrib pulak pukul 7:20 so tempoh berpuasa lebih kurang 15 jam pada suhu sekitar 31 deg Celcius.


Right Now Next 36 Hours
Cloudy Tonight Tomorrow Tomorrow Night
Scattered T-Storms Scattered T-Storms Scattered T-Storms
Cloudy Scattered T-Storms Scattered T-Storms Scattered T-Storms
31°C 26° 31° 26°
Feels Like: 34° Low High Low


This year is the 4th Ramadhan for me di perantauan. Kali pertama pada tahun 2006 masa belajar kat Munich, kali ke-2 dan ke-3 ialah di Fukuoka ini lah pada tahun 2009 dan 2010. Besides that, this is also the 3rd Ramadhan for my family and I setelah pemergian arwah Ma seperti yang pernah I ceritakan dalam entry "
Terkenang Ramadhan2 yang telah lalu".



Kehadiran Ramadhan memang I nanti-nanti kan kerana manfaat dan ganjaran besar untuk di rebut di bulan mulia ini. Tetapi kehadiran Ramadhan juga membuatkan rasa rindu pada arwah Ma membuak-buak dalam diri. Terkenang betapa bersemangatnya arwah Ma menyediakan juadah bersahur dan berbuka untuk anak-anak nya seramai 8 orang. Setiap anak pula punya citarasa dan selera tersendiri.



Macam-macam kerenah yang Arwah Ma kena hadapi untuk sediakan juadah buat anak-anaknya.
• Ada anak yang tak suka makan sup daging tapi suka sup perut (Pein);
• ada anak yang tak suka makan sayur (Awin and I);
• ada anak yang tak suka makan pedas (me);
• ada anak yang tak suka mee kuning tapi suka bihun sedangkan abah pulak suka mee kuning jadi kena buat dua-dua sekali mee dan bihun goreng ataupun mee dan bihun sup;
• ada anak yang asyik nak berebut paha ayam (Asul & I) dan berebut kepak ayam (Awin & Epik).


Nasib baik juga Arwah Ma ada anak macam Abe De yang suka berbelanja beli macam-macam jenis kuih muih untuk buka puasa so Arwah Ma tak payah susah-susah buat kuih sebab Abe De dah beli dari hampir semua gerai eheh. Dan untung juga Arwah Ma ada anak macam Eji yang akan offer diri untuk habiskan juadah berbuka lepas balik terawikh supaya tak membazir.



Malam tadi lepas solat tarawih dengan hubby, menitik juga air mata kerinduan buat Arwah Ma. Ingatan pada Arwah Ma juga membuatkan fikiran melayang teringatkan keluarga di Malaysia. Terdetik persoalan, "apa lah agaknya juadah diorang untk hari pertama berpuasa ye?".



Bukan apa, selalunya Arwah Ma memang akan beria-ria untuk sediakan makanan istimewa di hari pertama Ramadhan sebab nak bagi anak-anak bersemangat menghadapi ujian letih dan lapar di hari pertama berpuasa. Terus I terbayangkan abah dan adik beradik kat Malaysia tu. Siapa lah agaknya yang nak penuhi keinginan diorang untuk masakkan makanan kegemaran diorang ye? (T_T). Kalau beli pun, mesti tak kan sesedap air tangan arwah Ma ataupun air tangan I selaku kakak terchomeyl
jelir *perasan*.


Untuk memastikan tradisi memasak masakan istimewa di hari pertama berpuasa (seperti yang selalu Arwah Ma buat semasa hayatnya) , semalam I masak Nasi Komok (a.k.a nasi beriani Thailand; resepi ambik kat sini) sebagai juadah sahur dan berbuka untuk hari ini. I juga dah sediakan dessert untuk juadah berbuka 2-3 hari i.e. puding kastard buah dan simpan dalam peti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcrCOOWbyE9IzDfabDf8pnVt34SrUvDyDTqNQAXv4Emv8zblZN7p4epqV2vJmK5lIqmBXQCvMcNce0Rw5uU7U-lKBZE_AlCyGk0ilh4OeWu2EFHKP-aADC8QJOhexDzbrovBqpE4QRsDc/s1600/puding-kastard.jpg


I memang kena masak untuk bersahur dan berbuka terus sebab tak tahu sampai rumah pukul berapa dan tak pasti sempat ke tak nak masak petang nanti. Lagipun I sengaja masak sekali harung dengan harapan petang tak payah kelam kabut sangat nak siapkan juadah berbuka, boleh lah bertadarus kalau sempat *Insya Allah*.


== Image source: FB Tok Guru
Nik Abdul Aziz Nik Mat ==



Nasib baik juga hubby tak cerewet bab makanan. Tapi bila hubby tak cerewet, ingatan dan rindu pada adik-adik semakin kuat lah mengenangkan segala macam permintaan diorang untuk menu berbuka. Wahai, hati tabah lah dikau menghadapi perpisahan abadi dengan Arwah Ma dan perpisahan sementara dengan keluarga di Malaysia. Allah sentiasa bersamamu, Insya Allah.


Pssssttt: kalau I sebagai kakak pun duk terfikir pasal adik2, mesti mak-mak yang anaknya jauh di mata pun agak resah memikirkan anak mereka kan?. Untuk yang masih ada ibu, telefon lah diorang dan cerita pasal menu bersahur dan berbuka kalian, dengan harapan ia akan menyenangkan hati ibu mu yang sedang gundah gulana.

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh [Nor Haryati Yahaya] dan ditaja oleh Adorable Muslimah


~ Thanks for reading this (^-*) ~


15 words of wisdom & comments:

Eliss said...

terliur pulak kat puding tu , seb baik dah buat dadih mlm tadi utk berbuka petang ni.

@e_da said...

selamat berpuasa di perantauan yatie.. kita dah ada anak kita tau perasaan tu kan.. semoga roh arwah ma tenang di sana.. alfatihah

useryna said...

sob..sob..sedih pulak baca..
Bertuah arwah ada anak sebaik akak..insyaAllah arwah 'gembira' di sana..selamat menyambut Ramadhan! Tak balik raya ke?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sob sob...be strong yatie
bab weather tue alhamdulliah kan x panas sgt...maybe nak rasa sket next week kot...

Oyis said...

slmt berposa yatie n family. sedih plak baca entry ni. mmg smlm ore tepon umah jgk, before maghrib. sayu gitu sbb tgk diorg kelam kabut get ready makan mlm, sbb kemungkinan besar nak start teraweh doh di msia masa tu. ore x start feeling lg, mungkin sbb bendera merah. sian hubby kna sahur awal2 and posa lama2 sorg2 huhu...

transformed housewife said...

Umi masokla kot. Awin pong pandai doh masok tapi maso hr sekoloh dio make di dwn make. Semo besar2 doh, pandai2 doh bawok diri.

AyuArjuna BiGoshh said...

baca posting tibe2 rasa nak nanges....selamat berpose yati dan keluarga :)

yatie chomeyl said...

eliss >> sedaknyo dadih, nk wat jugop la

@eda >> insya Allah, thanks Ida

useryna >> tak la baik mana pun, masa Arwah ada dulu akak nakal jugak. bila dah xde, nyesal pun dh x guna

yatie chomeyl said...

lady ayu >> tu la, harap2 smp hjg puada pun cuaca nice macam ni je lah..redup je rasa

oyis >> tu la, kalu tepon maso femili tgh kalut mesti sayu key sbb terbayang kalu kito di msia..leh join kekalutan itu deh

yatie chomeyl said...

k/nur >> meme la make di dewe tp sekalo hjg mingu adik2 akan request nok make sedak2. umi masokkk???? u sure? :p

ayu arjuna >> alala dear jgn nangis, nanti I nangis sekali. slmt posa utk u sekeluarga jugak

Affieza said...

Selamat berpuasa di perantauan utk tahun ke-4...

Mama Ammar @ Nor Haryati Yahaya said...

Waa...Yatie chomeyl..mu g la wat salam perantauan...sahdunye baca entry awok nih....musti kuat semangat, kuat iman, kuat bagai la dok tempat org ye..Mujur ada insan2 tercinta menemani nun disana..tersentuh jiwa membaca ni..ni belum baca entry2 yang lain ni..hehehe...
Wish u all the best and may Allah bless you wherever u r..(chewah speaking london taw..jgn mare)

yatie chomeyl said...

Affieza >> mekaceh :)

Mama Ammar >> wat doh salm perantau, tunggu di siarkan je ni eheh

Syigim said...

bestnye entri ni. saya pun rindu arwah mak bila bc ni.....

semoga arwah mak2 kita dirahmati Allah dan dibenarkan pulang menjenguk anak2 yg mendoakan mereka :)

yatie chomeyl said...

Syigim >> Insya Allah, sama2 kita doa kan ..Ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...