CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 2 August 2011

Upah dari hubby kalau I puasa penuh

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif

Menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita untuk memberi upah kepada anak kecil yang tengah belajar berpuasa. Walaupun ia bukanlah sebagai kewajipan, tetapi bagi I cara sebegitu memang bagus untuk memberi galakan kepada anak, tapi janganlah bagi upah yang terlampau luamayan sampai budak tu berpuasa semata-mata kerana nak upah saja. Jangan lupa untuk sentiasa mengingatkan anak kita tentang pahala dan ganjaran yang lebih besar menanti di akhirat untuk orang-orang yang berpuasa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA9X_X7Nr6kiR0oAsN4WxeMIGwf_2SaJZ07gv_fQvp2NloB1dlM_039bHJ6_z2juLYnFGD13dZRqAgQeyGKcdpO-VEJ-m_I6C3T7ySq5Xys7lqlP-O9lKJTmoCujb2ymGKYb2tLxNnwGo/s1600/Fullscreen+capture+822011+105247+AM.bmp.jpg
+- typo: *dad = dari -+


Masa kecik-kecik dulu abah & Arwah Ma akan bagi upah RM1 untuk setiap hari yang dapat puasa penuh. Kalau puasa separuh hari tak boleh dapat diskaun untuk dapat RM0.50; syaratnya mesti puasa penuh baru boleh dapat RM1 sehari. Gigihlah kami adik beradik berlumba-lumba untuk tengok siapa yang boleh dapat RM30 pada hari raya nanti.


Bila dah berganjak dewasa ni, memang tak dapatlah upah pun kalau puasa penuh. Alih-alih 2 malam lepas masa menunggu pengumuman puasa, tiba-tiba ada parcel delivery ke rumah. I tak suspect apa-apa bila hubby hulur parcel tu kat I, ambil gunting dan buka je sebab ingat hubby minta I tolong buka.
Bila I bulak kotak tu, terkejutlah hah diri ini bila ternampak jam tangan dari jenama feveret I, hadiah dari hubby yang hensem, beriman, bertaqwa, pemurah lagi budiman *puji melangit sebab baru dapat hadiah sengihnampakgigi *.


Semalam pulak masa I baru sampai rumah lepas ambil SN dari nursery, ada parcel delivery lagi. Memandangkan hubby tak balik lagi masa tu, I pun buka je kotak tu on behalf of hubby. Sebaik sahaja di buka, ada satu kotak panjang pulak kat dalam tu. Bila di tarik je kotak panjang tu, terserlahlah isi perutnya yang sebenar iaitu bracelets watch dari jenama feveret yang sama dengan jam tangan tadi. Rasa nak melompat-lompat je kat situ, tapi risau pulak takut jiran tingkat 4 datang marah I
gatai.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxXwMo5gVBpQycJFI5v4ePpO3BSaUAGdyN7LyqDWdj_w3q0OFB4r2rJkBmWUPJCdFic_BaZa5LtG42gtSJBhndU4BlfX8UxtuFzUqaqDa4BeYIXItv6m1mcCVoDBMb8IyUlBtw9q9G27I/s1600/blog.jpg
+- 2 jam tangan hadiah di awal Ramadhan peace -+


Bila I tanya ini hadiah untuk apa, hubby jawab "sebagai dorongan untuk berpuasa tahun ini" *ceh, macam budak2 nak kena bagi sogokan dulu*.gile Eheh, takkan lah macam tu kot. Alhamdulillah, I anggap hadiah dari hubby ini sebagai rezeki dari Allah sempena nak menyambut Ramadhan. Tapi I rasa ada 3 teori lain yang boleh di buat setelah menerima hadiah dari 2 jam tangan dari hubby ini :-

(i) Kesian kat isteri
• I rasa hubby kesian tengok jam tangan I masa hantaran kahwin (~ almost 3 tahun lepas) dah rosak. Knowing me, I memang suka pakai jam tangan dan rasa janggal bila tangan ni kosong je. So hubby belikan jam baru sebagai menggantikan jam lama yang dah rosak.
• yang bracelet watch tu pulak hubby bagi mungkin sebab kesian tengok gelang hantaran kahwin dah tercabut cangkuk nya, so sementara tunggu nak balik repair kat Malaysia nanti I memang tak dapat pakai lagi gelang tu.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


(ii) Menghargai penat lelah si isteri
• Mungkin hubby ingin menghargai isterinya yang tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukan kerana isteri melakukannya atas dasar “cinta tanpa syarat”.
love Intense love does not measure, it just gives. *memanglah I tak pernah merungut buat kerja rumah sebab most of it hubby yang buat ngeeee*

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiplrSkc0WXNm2yR5jEOtlydtkATDFZi1YEUzlmk7WvJovVOh-KQIGOWaCkt2SljgtNtCejSkXtSinyQys9UC5tfilUZB4LuV73Q2JsCEfYzKWCDppxNheGxSg5q5zlxNIJqWC2o-ehmx4s/s1600/31510_393034611373_704046373_4258169_2047867_n.jpg

(iii) Berusaha menggembirakan isteri

• mungkin hubby baru sahaja membaca artikel tentang cara-cara untuk membahagiakan isteri. Mungkin hubby sedia maklum tentang hakikat bahawa isteri yang gembira akan pasti menggembirakan suami dan keluarganya. Salah satu dari cara menggembirakan isteri ialah "Rajin-rajinlah beri dia hadiah. Tak perlulah yg mahal. Cukup sebagai tanda ingatan anda padanya". Kalau nak baca cara-cara lain membahagiakan isteri, klik SINI.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgueY9DgdYS9PtLMHssjfAVNtikwV-Ffz_VibOX1C0x6qFeVTe6o4AeJN9-0xlsA7XGRqTsh9-Wf-nKuugfmAZZlF52SIYiQfFeVpDY5Wm20BH-4Ik2ycTBaKN_S8aAxFpaP6r7TCmamVdy/s1600/motivator99c9423d620bf44480d670390a1d34f0ea1925a7.jpg


Tapi kot ya pun hubby nak memenuhi ketiga-tiga teori tersebut, tak kan lah sampai bagi hadiah jam dua hari berturut-turut kot. Ke, hubby nak bagi upah untuk setiap hari berpuasa?. Jadi maksudnya by the end of Ramadhan, I akan dapat 30 jam tangan kah? soal Kui3x..berangan je lah Yatie oiiii.


Whatever it is, hadiah tersebut terus membuatkan I jadi isteri yang bersuara dengan penuh lemah lembut gitu. Bukan sebab I mengharapkan hadiah ke apa, tapi sebab terharu dengan suprise dari hubby ini. He might not be as romantic as I wish him to be (macam yang pernah I ceritakan dalam entry INI dulu) but he surely know the best way on how to win my heart and I'm thankful to Allah for that.


Sambil memanjatkan rasa syukur itu, dengan tamaknya I tanya hubby "kalau puasa penuh tahun ni, dapat hadiah tak?". Dengan pantas dan muka yang agak nakal hubby jawab "memang dapat hadiah la kalau puasa penuh, tapi lepas 9 bulan".duit Haisyyyyy, ke situ pulak pergi nya.


Psssssttt : 2008 puasa penuh sebab preggy, 2009 dan 2010 puasa penuh sebab masih fully BF SN..puasa tahun ini tak pasti lah penuh ke tak jelir.




~ Thanks for reading this (^-*) ~

21 words of wisdom & comments:

Hanis MY said...

wow wii bestnyaaa siap dpt 2 lg jam tangan berjenama C pulok tu bukey caley2... tupey happy jugok, moga2 poso penuh dpt hadioh lagi... wink...

selamat berpuasa to u, hubby n SN...

Teratak Hami said...

Salam perkenalan,
Seronoknya dapat 2 hadiahs. Tu baru 2 hari pose. Rezeki di bulan ramadan.

Unknown said...

bestnye kak :) murah rezeki hubby akak suka gembirakan wifenye :) moga bahagia selamanya..insyaAllah

isabelle said...

kalo dpt 30 utas jam, meniaga la tang sana.hehehe
tapi baguih gak kalo dpt hadiah lps 9bulan tu.teeheee

munira said...

wah, rezeki ramadhan!
jeles lor :) hehehehehe

nieda said...

wow bestnya dpt present..
3 thn berturut2 dpt puasa penuh..walauoun i bf humaira tapi bendera merah tetap dtg

Affieza said...

Wow...nice watch and it can make u feel gorgeous...hehe...

Coffee Mama said...

Alololo...suwwiitttnyer...:-P

*∽ IZAN ∽* said...

waaa weeeeeee.. bestnyee dapat hadiahh.. suprise plak tuhhhhhhhhhh!!

nope nope nope... ada lagi satu cara nak puasa penuh tuh... tambah adik SN kotttttttttttttttt eheheheheheheh

Nanak said...

wah, bestnya dpt 2jam sekaligus..
..sy pon suka pakai jam tangan..hihi

Oyis said...

hubby dah hint2 tu yatie. dio nak abis doh tu ngaji tu, mungkin kahhhh... hehehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

wow...cantik jam!! sweetnya surpises:)

transformed housewife said...

bestnyor. knur dok pakai jam muloh ma sbb knur saye ko jae tu. jae knur ado tapi tok bekki.

yatie chomeyl said...

Hanis >> dah blur jenamo pun leh teko jugop ko? hehe

Hami >> Alhamdulillah, rezeki Ramadhan :)

Huda >> insya Allah, Ameen

yatie chomeyl said...

Isabelle >> kalau betul2 dpt 30 jam, nanti i buat GA kat blog kui3x

munira >> i jeles dgn perut u yg semakin comel ;)

nieda >> tu la, tahun ni SN dah x bf..x pasti la dpt puasa penuh ke x

yatie chomeyl said...

Affieza >> x la gorgeous mana pun, tetap comot mcm selalu hehe

coffee mama >> so sweeeeettt :p

k/izan >> itu lah yg hubby suggets tu..tu pasal dpt hadiah lps 9 bulan :p

yatie chomeyl said...

nanak >> rasa pelik kalau x pakai kan?

oyis >> hint terang benderang namo nyo tu oyis kui3x

yatie chomeyl said...

fifiey >> tu la, surprise sesekali cenggi best jugak :)

k/nur >> meme saye, ti pun sbb jam lo ni xleh bekki doh sbbtu solah beli hok baru ni

Unknown said...

tahniah. bertuah Tie..

yatie chomeyl said...

k/yong : Alhamdulillah, rezeki dari Allah :)

mazni_azis said...

Bestnyer dpt 2 jam sekaligus...Teringat zaman matrik dulu...ucu mmg byk jam..pakai jam sama kaler dgn baju...hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...