Walaupun dah duduk sini 3tahun lebih, tapi jarang2 benar I tengok dan baca berita2 Jepun ini. Bila ada berita2 besar baru ambil tahu. Tapi minggu lepas rasa tertarik pula bila membaca petikan berita ini tentang Fukuoka City Mayor.
Minggu lepas, Fukuoka City Mayor iaitu Soichiro
Takashima mengumumkan yang dia tak akan mengambil gaji bulan July atas rasa bertanggungjawab terhadap masalah drunk driving and other crimes committed
by Fukuoka City staff recently. Korang bayangkan eh, bukan dia pun yang buat salah dan bukan ada siapa2 yang suruh, tapi Mayor sendiri yang sukarela berbuat demikian atas rasa tanggungjawab sebab staff dia yang buat salah.
Bacaan lanjut boleh baca di SINI --> Soichiro
Takashima, Fukuoka City Mayor, announced on June 19, that he will not
receive his salary for the month of July. He’s doing this to take
partial responsibility for the drunk driving and other crimes committed
by Fukuoka City staff recently. The three Deputy Mayors will take a 30%
salary cut for the same month. These are all self-appointed punishment.
Source: http://www.nishinippon.co.jp/nnp/item/308423
Bila baca berita ini, teringat pulak kat MB negeri tanah tumpah kelahiran I. Semenjak dulu lagi, Tuan Guru Nik Aziz memang hidup serba sederhana despite his status as MB :-
1.
Rumah kediaman dan pakaiannya jelas tidak berubah, malah beliau
menjadikan kediaman rasminya untuk kegunaan rakyat yang memerlukan ,
seperti rakyat yang dilanda bah.
2. Keengganan jiwanya
untuk menjadi Menteri Besar sehingga terpaksa dipujuk dan akhirnya
beliau menerima dengan penuh tanggungjawab dan menganggap jawatan itu
sebagai "kesengsaraan di dunia dan penyesalan di akhirat"
dan seringkali pula mengingatkan rakyat supaya "tolong sebut kepada
saya, di manakah yang tidak sesuai dengan Islam selama saya memimpin
Kelantan ?"
3. Memotong elaun Menteri Besar baginya sehingga 40% untuk Tabung Serambi Mekah, dan 5% untuk "derma kepada partinya".
4. Menghapuskan peruntukan kepada menteri Besar bagi elaun berbuka puasa dan sambutan hari raya.
5.
Meneruskan kegiatan kuliah subuh dan kuliah mingguan yang menjadi
amalannya sebelum menjadi Menteri Besar. Ikuti kuliah Jumaat bersama TGNA di Kelantan TV.
Terbaru pulak, ramai yang mengagumi kepimpinan baru yang menerajui Mesir iaitu Dr Mursi. Walaupun ada yang skeptical menyatakan ini cuma permulaan, tetapi bukankah "kejayaan yang besar itu bermula dari langkah yang kecil?".
Semoga lebih ramai pemipin yang bertindak mendahulukan kepentingan rakyat berbading kepentingan mereka sendiri. Pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang baik, Insya Allah.
Pssssttt : Ini bukan entry politik, sebarang komen berbau negatif akan di tapis.
~ Thanks for reading this (^-*) ~