CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 28 June 2012

Baby SN Jr likes to eat DURIAN



Almost all expectant mothers experience food cravings during pregnancy i.e. the sudden urge for a particular (and particularly unusual) dish. Masa mengandungkan Abg SN dulu, I suka sangat makan udon i.e Jap-food. Kalau boleh hari2 nak makan mee/laksa Jepun ni. 

As for this pregnancy with baby SN Jr; if last month that little human inside my tummy requested for Onde-Onde; but as for this month..that little fella asked for DURIAN!

Where the hell in Fukuoka would you find a fresh Durian, rite?. Well, apparently it is sold at a supermarket nearby to my house. So I asked hubby to buy it for me even-though it is a bit pricey *compared to the one in Malaysia*. It was sold for 1580 = RM 63 sebijik!.

+- nampak sungguh menggiurkan -+

Mengikutkan permintaan mak buyong, hubby pun belikanlah sebijik. tapi malangnya putik weh. Nampak je macam masak tapi rupanya tak!. Sadis betul, adus dah la mahal. 

Lepas tu, 2-3 minggu jugaklah mak buyong tahan mengidam kat durian ni sebab hubby suruh sabar sampai balik Malaysia nanti baru boleh makan. Tapi yang sebenarnya memang tak menahan weh. Lepas tu jadi semakin tak boleh tahan bila tengok rancangan JJCM TV3 tu, episod yang tayang diorang pergi makan macam2 jenis durian. Adoyaiii masa tu memang meloncat-loncat air liur dalam mulut gigil so mak buyong mengadu domba kat FB. 

Then ada sorang kawan kat sini yang kesian kat mak buyong terus offer nak bagi lempuk durian sikit. Pucuk di cita ulam mendatang, terus mak buyong dengan muka tak tahu malu cakap NAK eheh. Maka dari lempuk durian pemberian kawan tu, dapatlah mak buyong buat pengat durian 2x. 

+- makan pengat durian dengan pulut. masak seperiuk, then I bedal makan sorang2, lansung tak offer kat hubby & SN -+


Then, ada pulak kawan yang bagitahu ada durian yang dah siap kupas dan buang biji di jual kat Kedai Asia : Azhar. Di sebabkan kedai ni agak jauh dari rumah, kitorang pergi hari Ahad je lah tapi tutup pulak masa kitorang pergi tu. Maka terpaksalah mak buyong dengan muka tak malunya mintak tolong hubby Kak Ida i.e. A/Azli tolong belikan sebab rumah dia agak dekat dengan kedai tu. Nasib baik lah diorang ber2 kesiankan mak buyong dan sudi untuk tolong belikan siap dengan penghantaran terus ke rumah mak buyong lagi.


Satu bekas 400gm berharga 750 円 = RM30. Dalam satu bekas tu, mungkin ada dalam 6 ulas lah kot. Beli 2 bekas, perghhhhhhhhhhhhhhh nikmatnya memang tak boleh nak di nyatakan dalam bentuk perkataan.

 
+- durian import dari Thailand yang dah siap kupas dan dibuang biji -+ 

Kali ini bukan mak buyong sorang yang mengidam, dengan bapak budak sekali tak menahan. Sebaik sahaja durian tu sampai kat tangan, terus dia tanya "pulut ada lagi tak?". Bila I cakap dah habis, dengan muka tak mandi, laju2 incik hubby gosok gigi --> capai kunci motor --> ambik helmet --> pergi supermarket beli pulut gatai waakakakaka. 

Tak sabar2 dah padahal sebelum tu dia yang beria suruh I sabar, tunggu balik Malaysia nanti baru makan durian cettt pooodaaaah jelir . Dengan bersemangatnya juga hubby tanak sendiri pulut tu eheh.






+- Pulut durian kelantanese style : durian + pulut + santan + gula -+

2 hari berturut-turut hubby & I makan pulut durian sampai satu rumah berbau perfume durian. Try jugak suap kat SN tapi dia tak suka..isk3x,rugi anak weh..hilang satu nikmat dunia. Cuba tengok mommy & daddy laju je makan, pukul 6 pagi lagi kitorang ber2 dah bertenggek kat meja makan dan menyuap durian itu laju ke mulut kami..burrpppppp Alhamdulillah *sendawa pun bau durian, nasib baik makan masa weekend. Kalau tak, pengsan budak2 kat lab tu gatai hahaha*

Psssstt : masa makan durian ni tak peduli dah banyak mana kalori yang di ambil, janji dapat makan apa yang mengidam. *bacaan lanjut tentang durian & kehamilan, klik SINI*

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

25 words of wisdom & comments:

-Sara- said...

sedapnya pulot duriann!! :)

Fazlinil Irma said...

nanti adik SN boleh geng dgn acik irma. suka durian. smpaikan pegi JJ, boleh dpt durian 5 peket RM30 sbb slalu sgt beli. suka. suka. :))

Sidratul Muntaha said...

boleh geng dgn dak ara
ko thu tie..
aku time pregnantkan ara..
24jam craving durian
sudahnya mmg la kerap mkn
then kaur je budak pmpuan tu
mmg gile durian
hohoohh..

pstt: kat malaysia tgh musim durian kampung
lemak berkrim,kuning,ujung ade butir buntil...
yum yum yum...

Izan Ishak said...

salam yatie...

komfem baby SN jr dah kuar nanti suka sangat makan durian. ikut experience sendirilah ni sbb dulu masa mengandungkan si kembar mmg suka giler makan durian. skrg ni pun sama... makanya... sume anak2 ku suka makan durian kecuali naufal saje. katanya durian tu busuk...alahai anak...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hari tue ai ada ckp kat ITO ada juai derian sebiji sen yen rite??? p nak beli dah lincin....keciwa sungguh hati ai...nmpk blk mkn derian blk pulau la nnt ngeee

transformed housewife said...

maso ngandung hr tu, dey jugokla knur make sikit durie. HAfizah memey suko duire. Tini geng ABe Ariff, tok berehi pahtu tokleh bau pun.

Unknown said...

dear,
kalau jpy1580 consider murah la.. jangan convert duit malaysia..mmg jadi mahal..i biasanya kalau jpy1580=rm15.80.. durian kat malaysia ni pun payah woo nak dapat sebiji rega tu..tapi too bad lah durian muda kan..

so 1 pack jpy750 tu kira murah la..sbb rm7.50..kualiti macam mana tu tayah le compare dengan kat malaysia kan..redho je lah..hehe..

oh boleh dak tetiba i pun terliur nak makan pulut durian..huhu..

nieda said...

kt mesia tgh musim durian, sampai x laku nk jual. Nasib baik dpt juga u mkn durian. Bila blk mesia?

Teratak Hami said...

Nasib baik zaman akak duk jepun belum ada blog. Pengsan tiap2 hari baca org m'sia asyik cerita durian jek.

Almiraz said...

Kena betul2 value durian kat sana kan Yatie..mahal gile....haa...kalau ada durian lagi tu, makanla ngan nasi panas, ikan goreng cicah sambal belacan ngan durian..sedapnya!

love live good life said...

cehh..saje je mak buyong berselindung disebalik title baby sn junior likes to eat durian :)

Ezna Khalili said...

cara makan kelantanese durian pun sama la dengan belah suami kat kedah. Sebijik makan macam ni....

Nadiah Sidek said...

sini pun nasib baik ada jual durian frozen. kalau tak alamatnya 4 tahun la tak makan durian. heh.

Affieza said...

kul 6pagi dh mkn durian...ini mmg penggemar durian tegarlah...hehe

CIK NANA said...

Jangan makan banyak ye Yatie.
Nana mmg suka durian, and hari tue suh hubby beli and Na makan banyak sangat.
Then kena muscle cramp yg mc 4 hr tue.
doc said, i overdose durian. heheh.
boleh makan, tp jgn byk sgt.
i makan dalam 2 -3 biji...
T_T

yatie chomeyl said...

Sara : mmg sedap..nom nom nom eheh

Fazlinil Irma : JJ kat msia ke Irma?

yatie chomeyl said...

Sidratul Muntaha : wah dasyat gak tu 24jam craving durian, nasib baik duk msia senang nak cari

Izan : ooo gitu ye? ok, nti tgk Baby SN Jr ni camne besar2 esok hehe

yatie chomeyl said...

Lady Ayu : bestnya u olls leh balik makan durian fresh kat Msia

Kak Nur : rugi Tini & Abe Arif, hile nikmat dunio hahaha

yatie chomeyl said...

Rai : mmg la klu beli brg kat sini kira nilai duit kat sini, tp sbb mentah tu yg terus convert ke nilai RM msia tu hahahaha

nieda : tu lah kan, dulu masa kitorg blk musim durian..sebakul RM10 je..makan smp buntal hahaha

yatie chomeyl said...

Teratak Hami : tu la pasal, org duk pung pang sana sini..tu yg mak yong terliur

Almiraz : oh, org kelantan x biasa makan durian cenggitu. kalau nk mkn dgn nasi, kena buat tempoyak dulu kot

yatie chomeyl said...

FIZA : hahah haruslah salahkan baby dlm perut wpon sbnrnya mommy yg over kui3x

Ezna : ooo ingatkan Kelantan je mkn gitu sbb kawan I org Penang x makan cenggitu

yatie chomeyl said...

Nadiah : terseksa kan kalau 4 tahun xmakan durian huhuhuhu

Affieza : memang lah, tak menahan bau semerbak satu rumah..tu yg kul 6 pg dah makan durian tu hahaha

yatie chomeyl said...

Cik Nana : ooo kat sini mmg I xmkn byk la, sbb mahal and nak dpt pun susah. makan just untuk hilangkan craving je la hehe

Asmara said...

haritu dpt makan 3 ulas je. tak sabar nak tunggu stok durian isnin ni. hehe..

Fazlinil Irma said...

yup jusco wangsa maju.

silap.. baru beli kemarin, rm10 5 peket. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...