CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 24 March 2011

10A untuk SPM - Tahniah Asyo!

Semalam keputusan SPM telah di umumkan. Adik I yang no-7 iaitu Mohd Rasul ataupun lebih mesra dipanggil "Asyo" di kalangan family members pun tergolong dalam salah seorang calon pelajar yang menduduki SPM tahun 2010.

Malam kelmarin I tidur tak berapa lena sebab duk berdebar-debar around tunggu result Asyo. Pagi ni pulak asyik duk tengok jam dan asyik tunggu adik beradik yang lain online YM untuk tanya result Asyo. Bila jam dah pukul 11:30 pg waktu Jepun (10:30pg waktu Malaysia); takde sorang pun adik beradik yang online; I pun nekad nak call diorang tapi hampeh tak de siapa jawab phone. Last2 dapat call adik no-4; Pein. Kena tunggu lagi 1 hour sebab Pein pun baru nak call Asyo.


Dalam duk menunggu tu, resah gelisah rasa hati I ni. Serba kerja nak buat pun tak menjadi. Akhirnya, Pein pun online YM dan bagitahu result Asyo. Tu pun dengan gediknya sebelum bagitahu kat I dia sengaja bagi I berdebar-debar. Buat2 borak pasal benda2 lain lah, buat2 tak tahu la. Gedik! *tumbuk kang baru tahu*
tumbuk.


Alhamdulillah, Asyo dapat 10 straight A's ~ 10A. tepuktangan

Bila Pein bagitahu result Asyo tu, serta merta I teringat kat arwah Ma. Kalau arwah Ma masih ada, dia tentu bangga dan gembira sangat2. Terus menitik air mata I sebab rasa rindu membuak-buak pada arwah Ma dan juga sebab terharu dengan kejayaan cemerlang Asyo tu.



Yang sebenarnya, I dah boleh agak Asyo akan dapat 10A sebab dia memang selalu pegang rekod bersih straight A's untuk exam2 sebelum ni. Masa UPSR pun dia dapat 5A, masa PMR pun dia dapat 9A; so jauh di sudut hati I memang dah terdetik yang dia akan score straight A's jugak untuk SPM dan mengekalkan track record dia sebelum2 ni tu.



Lepas dapat tahu result Asyo dari Pein, I decided to give Asyo a call. Asyo macam biasa lah cool je, bila I tanya pasal result dia.

Me: Gano result?
Asyo: Aaaa, A belako.

Cenggitu je jawapan dia. Isk kalau I lah dapat 10 A kan; confirm lah jawab phone call dengan nada yang berlagak dan riak yang menggunung. Eceh, sebab tu lah I tak dapat 10 A masa SPM dulu; kalau tak mesti riak habis
gatai huhuhuuh *mode insaf*.

Yang Asyo ni walaupun bertalu-talu orang duk ucap tahniah kat wall FB dia; jawapan dia tetap sama : "Alhamdulillah, ni rezeki dari Allah"...owh adikku,
love sejuk perut arwah Ma mengandungkan dan membesarkan mu dengan penuh kasih sayang.


Bila I offer hadiah kat dia pun, dia cakap tak kisah nak bagi apa pun takpe. Tapi sebab I malas nak fikir hadiah apa yang sesuai untuk bagi kat dia, I suruh je dia fikir sendiri nak hadiah apa. Mula2 dia cakap nak PSP, tapi malam tadi masa chat dengan dia tiba2 dia request laptop pulak.



Knowing Asyo, dia memang bukan jenis yang suka mintak2 sebelum ni. Kalau dia nak apa2 pun, dia pendam je. If orang bagi dia terima lah dengan gembira, kalau tak dapat dia duk diam2 je tak komplen pun. In fact masa dia request nak laptop or PSP tu pun dia cakap; "kalau boleh bagi lah; kalau tokleh takpo". Zuhud nya lah budak ni.



Tapi budak-budak sekarang ni memang hebat2 betul kan. Seramai 9,239 orang calon sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil. Persaingan nak merebut tempat untuk pengajian luar negara lepas SPM pun mesti sengit;
penatharap2 ada lah rezeki Asyo jugak nak sambung degree kat oversea. If tak dapat oversea pun takpe lah, janji dapat masuk U dan insya Allah dapat lah study engineering jugak macam yang dia nak.


Kadang-kadang bila angin malas menyerbu dalam diri, I pernah jugak rasa nak give-up in my study sebab tak larat dah rasa. gigil Tapi hubby selalu ingatkan yang I kena jadi role model untuk adik2 so that they will be inspired to further their studies to higher education level. So, bila Asyo dapat result hebat macam ni setelah 2 tahun 9 bulan pemergian arwah Ma I rasa malu dengan diri sendiri sebab jiwa I tak cukup kuat dan diri sendiri tak cukup termotivasi in my study semenjak pemergian Ma.


Terima kasih Asyo sebab menyedarkan Kak Ti yang pesanan dan azimat arwah Ma untuk kita berjaya dalam study tetap terus 'hidup' walaupun arwah Ma telah meninggalkan kita.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKU8NMox0KtPQDkCw_-rig0ME0tMK3G1lknbW0bOl6abtVB81RG2QKVeun_vXglZvwEjPwLhkpEyAs118JKKjfdZbh2z7QAgX0Lb84bL3G4JX3kR28s969qmp7qqAKzRdaUFcp1a92dhQ/s1600/edited+pics3.jpg
+- sama2 posing gedik2 dengan Asyo -+


Tahniah sekali lagi adik ku yang tersayang, Kak Ti bangga ada adik yang bukan sahaja bijak tapi jugak zuhud macam Asyo. Lebiuuuuuu so much ♥.


Pssssssttt: Kelantan mencatat keputusan terbaik SPM 2010 dalam tempoh tujuh tahun dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19. Hebakkk2 ore Qelate kito!.

Jom derma untuk mangsa gempa di Jepun --> Projek Amal On'na Noko for Japan

Jom join GA: Novel Twenties Girl -->
GA: Novel Twenties Girl

21 words of wisdom & comments:

cik osh said...

ore dop tau bakpo tapi ore pun a bit sebak baco entri ni woghih. maybe coz my ma not feeling well rite now. ermmm..

apo2 pun tahniah sgt2 utk adik woghih dan woghih jugop. woghih memang kakak yg baik... :)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

tahniah untuk asyo, yatie orang-orang kelantan yang mencatat kejayaan ini ramai yang bersekolah agamakan? Sebab mereka ni disamping belajar sentiasa buat solat hajat, ingat ALLAH. Sebab itu mereka berjaya macam Nik Madiah (tak berapa sure nama dia) yang dapat 21A dulu. Sebab dia berusaha dan ingat ALLAH..

Mama Hanim said...

tahniah utk asyo n yatie sekeluarga.. hebat tu..
tupe banggo utk ore Kelate kito.

dehe@farhan said...

wah..kim salam tahniah ko adik kak.ti..tringat plop skoloh dlu..haha
dia smngt sbb kak.ti kt jepun n arwah ma kak.ti tu..maybe..tahniah skali lg..

Ummi Salsabila said...

Tahniah kpd Asyo.i pun bangga kalo dpt adik hebat cenggini.:)

Fid said...

tahniah
korang ni mmg genetik bijak2 laaaaa

isabelle said...

i dah tak berapa tau sistem spm skrg.ntah berapa subjectts leh amik...ntah camna grading nye

munira said...

tahniah yatie!
memang bangga dapat adik-adik yang berjaya kan..pahtu lagi bangga bila adik-adik kata dapat inspirasi dari kejayaan kakak :)
*memang bangga habis kan!*

errr my adik yg kate gitu hehehehehehe

Unknown said...

tahniah utk adik Tie.. hebat2 belako adik-beradik Tie..

Ummi Shira (AshAnas) said...

congrats! adik shira pun br dpt result. rezeki dia 2A je... lps ni smbung study kt kelantan insya'Allah...

gmbr animated tu shira guna photoscape-AniGif pastu guna khidmat photobucket utk masukkan dlm blog...

@e_da said...

tahniah buat asyo... tahniah jugak buat yatie.. sekurang2nya jadi ma dan kakak yg berjaya pengganti arwah ma....

ousna90 said...

Tahniah untuk Asyo..
KAK TI,,kem salam kat Asyo..hi hi

transformed housewife said...

kito pakat duitla nok beli laptop utk Asyo.

ida ahmad said...

tahniah.. terrornya adikmu..

PeNgEmiS dUniA said...

nape name adik cm org jepun gak (-_-)
congrat to ur bro too :)

yatie chomeyl said...

woghih >> ma woghih sakit ko smeoga ma woghih cpt sembuh deh

Kak NB >> yup btol tu kak, usaha + doa + tawakkal = insya Allah berjaya :)

mama hanim >> hidup qelate! takbir! :D

yatie chomeyl said...

Paan >> metsi Paan buleh 10 A jugop jame SPm dulu ni deh

US >> tu la, kakak nya tumpang bangga je la..SPM kakaknya x dasyat mcm adik ;)

ahkak fid >> genetik pun slh sau faktor kebijakan jugak eh?

yatie chomeyl said...

isabelle >> me too, cuma yg I tahu, adik I mik 10..lepas tu di adpt semua A; tu je lah eheh

munira >> serius bangga if adik2 ckp gitu kat kakak dia :)

k/yong >> dop la k/yong, dop la hebat2 belako..biasa2 je :)

yatie chomeyl said...

Shira >> adik shira smbung bljr katne nanti?

@eda >> Alhamdulillah, rezeki dia kan..berkat usaha dia :)

ousna >> insya Allah, nti akak kem salam eheh

yatie chomeyl said...

k/nur >> buleh2, takdop hal

ida >> terror = pengganas? tidakkkkkk ekekekekeke

pengemis dunia >> nama dia yg btul Rasul, tp nama kat femili asyo..bunyi mcm jepun eh? kui3x

e.l.i.z.@ said...

ya allahhhh teror nyo adik badik dioooo!!! tgk kak dio la..belajar pah ko jepung..mesti asyo dpt g oversea gok pahniii..bestnyooo..
doh la baik, x mitok gapo pun..untung sapo jd bini dio (yakkk pah situ pulok)

sejuk hati ma..alfatihah utk ma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...