CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 25 March 2011

How much should I..? ~ Handbag mahal VS derma!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAgKANK7E8W2QF2Ivhs8OlNd6-IgC-jHr7utZ7A3DRbbRKwbJ1z7BnvQ6VkHbPhBxdz8YMBgUFbzvJUFmRxXXJJhI4PtJp1m5NzfqgL-Ua3q0d2uGBoTxf-SaUQp7wxYL4D3vJnTw0BaU/s1600/assalamualaikum1.jpg

Salam hari Jumaat buat semua, penghulu segala hari. Sempena hari Jumaat ni, I nak kongsi sedikit ilmu yang I dapat dari e-mail untuk kita sama2 ambil iktibarnya.

========================================================================

Di ceritakan oleh Wahb b. Munabbih :

Suatu hari seorang ulama bertanyakan beberapa soalan pada seorang yang lebih banyak ilmu nya dari beliau,

(1) "Seberapa besar bangunan yang patut saya bina?'

Jawapannya : “Cukup untuk melindungi mu dari panas dan hujan.”


(2) “Sebanyak mana makanan yang patut saya makan?”

Jawapannya: “ "Lebih dari apa yang membuat kamu lapar dan kurang dari apa yang membuat kamu kenyang


(3) “Setakat mana patut saya ketawa?”

Jawapannya: “Cukup sekadar yang terlihat jelas di wajahmu tapi tidaklah sampai terdengar suaramu tertawa mengekek2.”


(5) “Sebanyak mana yang harus saya menangis?”

Jawapannya: “Jangan pernah lelah untuk menangis kerana takut kepada Allah.”


(6) “Sebanyak mana kah harus aku menyembunyikan perbuatan baik ku ?"

Jawapannya: “Sehingga orang terfikir yang kamu tidak pernah melakukan apa2 kebaikan”


(7) “Seberapa banyak harus aku menunjukkan kebaikan tu di depan orang ramai?”

Jawapannya: “Cukup sekadar menunjukkan teladan yang baik tapi tidak lah sampai membuatkan orang2 berbicara tentang kamu.”


Wahb berkata. “Semua perkara ada dua hujung dan satu titik tengah. Jika anda ambil salah satu hujungnya, yang lain akan condong, tetapi jika anda mengambil tengah, kedua-dua hujungnya akan tetap seimbang. Stick to the balanced middle in all affairs.”

Abû Nu’aym, Hilyatu Al-Awliyâ` 4:45. - #Source: http://www.sayingsofthesalaf.net/


===============================================================================

Jelas bahawa setiap apa yang kita buat di dalam dunia ni, jangan berlebih-lebih. Bersifat wasatiah dengan bijaksana itulah yang terbaik. Kadang-kadang fitrah kita sebagai manusia ni memang macam tu, nak melebih-lebih, nak orang nampak kita hebat sedangkan itu bukan apa yang di tuntut oleh agama dan bukan juga apa yang Nabi Muhammad ajarkan kepada kita.


Membaca cerita ni juga buat I teringat pada entry di blog Wardina tentang ridiculous trend of buying over-pricey handbag. Dalam entry tu Wardina stated LV sebagai contoh.

LV ke Gucci or whatever other "branded-I'm-so-class if I carry it attitude" it drives me nuts. NO, NO no because I see women buying fake ones just to be seen wearing it. Itu satu dan orang yang menghabiskan puluhan ribu untuk BEG TANGAN!

IT JUST DOESN'T MAKE SENSE!!! AT ALL!!. Who's brainwashing our minds??. WHY I ask?. A bag is a bag lah!. Purpose nak angkat barang kan, in my case nak "campak barang kat dalam".

Orang miskin tak cukup makan, anak yatim ramai, beli bag mahal?. Who's producing this crazy overpriced bags?. Jawablah sendiri, kalau Muslims tak pe lah jugak alahai.

# Bacaan lanjut untuk entry tu boleh rujuk kat entry BAGASI(klik SINI).


I bukan nak cakap orang lain, tetapi ini peringatan untuk diri I sendiri jugak. Dalam hati teringin sangat-sangat nak pakai beg LV jugak, padahal duit nan ado pun. Lepas tu pulak, handbag "Jurulatih" yang I ada sekarang ni pun bukannnya guna tiap-tiap hari. It's not that I have to attend function ke apa pun kan. Setiap hari gi kampus I bawak bagpack je, sumbat segala mak nenek dalam tu.


In a way, Wardina's post has wake me up from my 'conscious dream'. I should have give more instead of spending more. Kalau ada antara kawan2 yang tengah baca ni dan ada perasan yang sama macm I rasa ni; think about how much yang kita dah derma dan how much have we spent on things yang tak berapa perlu?.


Memang bag satu keperluan tapi over-pricey bag cuma lah semata-mata satu kemahuan. Kalau dah ada satu branded bag idaman hati, cukuplah bersyukur dengan apa yang ada tu dan boleh lah salurkan duit untuk beli bag seterusnya itu ke orang-orang yang lebih memerlukan. Tak salah nak beli bag tu kalau kita mampu, tapi alangkah moleknya juga kalau derma dan sedekah jariah yang kita lakukan setaraf dengan harga designer's handbag kita tu. Lagipun handbag lama2 rosak jugak, tapi sedekah jariah yang ikhlas itu Insya Allah boleh membantu kita di akhirat kelak; kan kan kan?


Bila Jiji & I lancarkan Projek Amal On'na Noko for Japan, harapan kami cuma satu. Untuk sama-sama membantu mereka2 yang memerlukan. Tapi ada pulak yang skeptikal dan soal selidik macam lah kami ni nak selewengkan dan gunakan duit hasil kutipan tu untuk kami.

Padahal kat dalam entry Projek Amal On'na Noko for Japan tu kami dah bagi pilihan:-

(1) Kalau nak membeli sambil menderma, boleh tempah karikatur On'na Noko for Japan. Setiap pembelian tu 80% akan di derma ke tabung gempa dan 20% ialah untuk cover kos penghasilan. Bila korang beli tu juga, bukan setakat menderma tapi korang tolong pulak promote kat blog korang melalui karikatur On'na Noko for Japan yang di letak di sidebar blog korang tu.

(2) Bagi yang tidak berminat untuk membeli On'na Noko for Japan itu, anda juga boleh terus menderma untuk rakan Malaysia yang terjejas gempa bumi di Jepun dan masyarakat yang memerlukan bantuan untuk wilayah Sendai dan sekitarnya. Bantuan dana dapat dikirimkan ke:

Maybank Islamic : 162263191402
Cimb Islamic : 12120002359203
Nama : Shazwan Abd Shukor
No. Tel : 012-2161649
Email : euphorbia_tirucalli@yahoo.com.my
Alumni of International Muslim Students (AIMS)

Kalau tak nak derma takpe lah, tapi tak perlu pandang serong pada orang2 yang berusaha untuk mengumpulkan derma pulak. Kalau nak derma tapi tak mampu nak derma, I sangat-sangat berterima kasih kalau korang sudi nak tolong promote sama2 kat blog korang pun, itu pun dah di kira sangat-sangat membantu jugak. Follower beribu-ribu, iklan advertorial bersusun-susun, takkan lah tak leh nak copy paste entry Projek Amal On'na Noko for Japan itu untuk sama-sama mengajak orang menderma, ye tak?


Hasil kutipan derma dari Projek Amal On'na Noko for Japan itu akan I salurkan ke tabung Fukuoka Mosque-Kyushu Islamic Association. Baru-baru ini Kyushu Islamic Associations telah pun menghantar bantuan (Rice, Baby Milk , Water , Baby nappy according to their request) kepada mangsa gempa di Sendai melalui Sendai Mosque .

Kyushu Islamic Associations juga akan membantu keluarga mangsa gempa yang kini memulakan kehiduapn baru di Fukuoka. 3 keluarga ini datang dari Sendai kerana kediaman mereka telah musnah sama sekali. 7 keluarga akan menyusul dan mereka memerlukan bantuan wang dan makanan untuk memulakan hidup baru.


Insya Allah hari Ahad (27 Mac 2011) ni, Fukuoka Mosque akan melancarkan kempen memungut derma di sekitar bandar2 besar di Fukuoka ni. Harap-harap sejumlah kecil hasil kutipan derma dari Projek Amal On'na Noko for Japan untuk minggu ni bolehlah I salurkan ke dalam tabung tersebut, Insya Allah.


Pssssttt: ingat ye kawan2, sebelum beli handbag mahal2 untuk kemahuan diri kita di dunia yang sementara ini, timbang2kan lah berapa banyak sedekah jariah untuk bekalan kita di dunia yang kekal itu nanti. *Ini peringatan untuk diri I sendiri*.


Jom derma untuk mangsa gempa di Jepun --> Projek Amal On'na Noko for Japan


Perkongsian info tentang gempa di Jepun di blog Yatie Chomeyl :-

11 words of wisdom & comments:

Unknown said...

berpada2 la ye bila berbalanja..sume tu pinjaman semata :) huda suka ulang2 ayat tu..sbb jd motivasi utk diri sendiri :)

Cool said...

aku tak tau laa kenapa mata aku berair je baca pasal jepun.. terlalu taksub dengar cerita gaban kot zaman-zaman kecik... heh.


Kita ni .. hidup kena sekali kena musnah.. baru laa kita tahu langit tinggi rendah..

Aleyn said...

I ni jenis tak pandang barang branded...alhamdulillah...siap cakap kat hubby...'beruntung tau abang dapat Aleyn...the very low mentenance'...heheh...

Anyway...murni hati Yatie organize the charity project...banyak pahala tu....semoga project Yatie mendapat sambutan...Amin

munira said...

yatie..yang ai kompius tu, bila beli beg mahal banyak-banyak kalau guna tak pe..ini banyak jugak yang dok tersimpan dalam lemari kaca :)

goo goo for ON"NA NOKO FOR JAPAN!
tersentuh hati bila u organized dis charity!
will get the badge later!

mazni_azis said...

ada berapa beg "jurulatih"..hehehe...teruskan usaha murni..angah nk beli jgk..nanti nk srh adik bankin..

transformed housewife said...

nanti Knur promote jugok pasal ni kat blog knur. Kot2la ado ore tok perasae lg hal ni.

atoyissan said...

babe i setuju sgt2..

syayassir said...

hmm,
belum pernah lagi beli henbeg berjenama mahal..
sebab, tu lah.. takat nak letak barang je pun...

yatie chomeyl said...

Huda >> yup, peringatan utk diri akak jugak yg boros neh eheh

jiji >> meh aku lap air mata mu itu ceeewah :)

aleyn >> wah mmg beruntung lah ur hubby ;)

yatie chomeyl said...

munira >> tu la, almari tu yg nk pakai henbeg2 tu kot kui3x, thanks sudi promote & sudi support :)

angah >> ada 1 je pun, ken aderma dulu banyak2 duit br leh beli beg jurulatih seterusnya ;) thanks dh promote kat blog angah jugak

yatie chomeyl said...

k/nur >> tenkiu sis ;)

atoyis >> kita serupaaaaa eheh

sya >> untung hubby sya, dpt isteri mcm sya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...