CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 14 March 2011

Keadaan rakyat Malaysia di kawasan gempa bumi di Jepun

Hari ni masuk hari ke-3 selepas gempa bumi yang berlaku pada 11 Mac tempohari di perairan Iwate sehingga perairan Ibaraki mengakibatkan tsunami. Walaupun dah masuk hari ketiga, tapi Jabatan Meteorologi Jepun meramalkan 70% kemungkinan berlakunya gempa susulan bermagnitud 7 dan ke atas dalam masa 3 hari dan menasihatkan supaya lebih berhati-hati terhadap gempa susulan dan tsunami.

Disebabkan gempa susulan bermagnitud 7 ke atas yang akan berlaku dalam masa 3 hari tersebut, kawasan-kawasan berhampiran berkemungkinan mengalami gegaran kuat pada peringkat 6 (mengikut skala gempa bumi Jepun). Amaran gempa susulan ini juga berkemungkinan disusuli oleh amaran tsunami. Estimating from the occurrence of aftershock so far, the possibility of aftershocks with magnitude of 7 or higher is 70% until 10 a.m., 16 March, followed by 50% until 10 a.m., 19 March.*sumber: HERE*


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/197467_1923532773089_1385204625_32371052_4550466_n.jpg
*sumber gambar: Ikatan Persaudaraan Islam Jepun- IPIJ*


Bila tengok berita kat TV dan baca berita di akhbar, nampak macam sangat teruk keadaan yang di lalui. Selain menunjukkan visual2 yang dasyat *tentunya sebagai pelaris berita*; berita2 di Malaysia juga turut menyiarkan berita2 tidak penting berkait gempa bumi dan tsunami yang melanda itu.

KOSMO! AHAD

Kosmo Ahad 13 Mac 2011 di halaman 3, menyiarkan berita Ratu Pornografi Jepun, Maria Ozawa terselamat daripada malapetaka gempa bumi dan Tsunami itu. Ape dah tak de berita lain sangat ke sampai berita macam ni yang di pilih untuk di cetak?.


BERITA HARIAN

Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Lebih mengaibkan, lakaran kartun ini telah disiarkan di CNN iReport milik CNN. Tak pasal2 memburukan nama Malaysia di mata dunia. Memang permohonan maaf telah di buat, tetapi situasi nya tetap tidak berubah. Banyak hati yang sudah terluka, banyak jiwa yang sudah terguris dengan perbuatan itu. Ibaratnya kamu sengaja melempar najis di ruang tamu rumah orang, lepas tu dengan senang2 minta maaf. Apa kamu fikir maaf kamu itu boleh di cuci seperti kaedah menyucikan najis berat?.



Memandangkan akhbar2 di Malaysia tampak kurang sumber dah untuk menulis cerita2 yang penting dan terbaru di akhbar mereka, saya rasa terpanggil untuk memberikan maklumat terbaru tentang keadaan semasa rakyat Malaysia. Kredit penuh buat Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) yang merupakan sebuah persatuan mahasiswa muslim Malaysia di Jepun untuk gambar2 dan perkembangan terbaru rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa.


(1) Gambar dari rumah sahabat-sahabat kita di Morioka, Iwate. - Lokasi gambar; Bilik 201, Ueda Matsu No Mi, Morioka, Iwate, Jepun pukul 12:24 tghari;13 March 2011, Ahad - sumber: Amir Kreatif


+- Dapur yang berselerak. Keadaan rumah seorang sahabat di Morioka, Iwate.
Microwave yang jatuh terhempas, dan memang dah tak boleh digunakan. Walaupun bnyk harta benda rosak..tapi alhamdulillah sahabat2 kita selamat -+


Tidaklah seteruk yang diberitakan di dalam beberapa akhbar Malaysia. Mungkin yang digambarkan di dalam surat khabar Malaysia itu adalah rumah-rumah dan bangunan yang berada di kawasan pesisir pantai. Untuk makluman keluarga di Malaysia. Pelajar kita di Iwate semuanya bertumpu dan belajar di Bandar utama Iwate iaitu Morioka yang terletak di bahagian tengah Iwate dan jauh dari kawasan pesisir pantai. Harap keluarga di Malaysia tidak panik dan bertenang..teruskan berdoa untuk keselamatan pelajar Malaysia dan seluruh rakyat jepun.


(2) Gambar di refugee camp


+- kiri: refugee camp di Katahira junior high school refugee camp -+

+- kanan : pelajar Malaysia di refugee camp di Sendai -+

=- Breakfast, lunch n dinner for 3 days. Onigiri (nasi kepal) + nori (seawed) -=

=- gambar dari Syahril Ghani "Mar 13 | Morning news - Katahira junior high school refugee camp." -=

=- "Mlm ke-3 di 片平丁小学校 (Katahira junior high school refugee camp). Harap2 mlm nih tak sesejuk mlm2 sblmnye"- Mohd Afizul -=


(3) Bekalan makanan di kedai



+- gambar kiri: Keadaan di Sendai "Mereka beratur, menunggu giliran membayar; tiada kecurian; tiada cekik darah, bahkan diskaun & hadiah pula diberi | Teringat peristiwa kemalangan jalan raya; kita mengambil syiling & beras; membiarkan yang cedera begitu shj | Patik merasakan rendah diri" oleh Nazirul Hafiz *sama-sama kita muhasabah* -+

+- gambar kanan : Keadaan di Senyu. Kedai dibuka kul 1 (13 Mac 2011). Harga brg tak naik, malah ada certain kedai siap bagi hadiah pisang. Trharu disitu. oleh Mohd Afizul -+




(4) Kehidupan dan aktiviti seharian

Macam yang pernah saya cakap sebelum ni, keadaan di Fukuoka adalah stabil dan kehidupan berjalan macam biasa. Malahan, di kawasan yang terlibat dengan gegaran dan gempa pun; telah memulakan hari kerja seperti biasa kerana disaster management negara Jepun adalah sangat2 baik. Ini petikan status yang saya petik dari FB beberapa sahabat :-
(1) seorang sahabat di Tsukuba --> "
Aku puji dgn sikap orang Jepun. Hari ni boleh lg dtg keje. kemas bilik sambil memberikan senyuman yg ikhlas".-Mazni Azis, Tsukuba
(2) seorang shabat di Yokohama --> "
suamiku on the way balik rumah naik basikal. Alhamdulillah hari ni half day saja". --> Murni, Yokohama

+- "De-entoshi line is super jam packed more than usual!! I was lucky enough to get a seat while hundreds in my coach are battling for a foot hold. Power cut brought so many train lines to halt and other lines operating at only 50-70% capability. Yet, still so many japanese are flocking to go to work. Salute!!"-sumber: Hadyan Hassandi -+

=- Yokohama station. Estimated 3000 ppl are lining up to board Keikyu line as it is the only means to go towards kawasaki, shinagawa after all JR lines are suspended. Police are instructing n guiding the passengers as well as answering their queries. sumber: Hadyan Hassandi -=

+- Repair work has begun in tokai. Sumber: Hadyan Hassandi -+


Apa yang saya perhatikan, akhbar kita memperbesarkan berita yang tidak penting dan berita yang sepatutnya di beri tumpuan, tidak di pedulikan. Kalau anda rasa muak dengan berita2 yang rendah kualitinya, adalah lebih elok kalau merujuk kepada sumber berita yang lebih sahih dari Kyodo news dan NHK news. Manakala untuk mendapatkan update terkini tentang gempa di Jepun dan keadaan rakyat Malaysia di Jepun; sila lah rujuk melalui:

http://www.msajonline.net/

http://www.facebook.com/MSAJ.fb

http://www.facebook.com/pages/AMIR/142048332519370

http://www.facebook.com/ipijteknologi


Memetik sedikit perkembangan terbaru dari
AMIR :-

(1)[Kemaskini 13:11 14 Mac 2011] --> harap org di Kantou dapat bersedia dgn
1. air minum,makanan untuk tempoh seminggu
2. air kegunaan harian (wuduk etc)
3. HP / komputer di charge
4. gunakan radio (news) kalau boleh dapatkan
5. hati-hati di jalan raya (trafic light mungkin tak berfungsi)
6. stay safe at home
7. hati-hati mengguna lilin (ketika mlm)
8. read quran a lot


(2) [Kemaskini 12:51 14 Mac 2011 ]
by
Nurul Shahirah Nasir --> "petrol n kerosene around Hadano mostly sold out..if ada pun kena queue up pnjg gile"

(3)[Kemaskini 12:51 14 Mac 2011]
by
Mohd Fais -->"Supermarket kehabisan beras, telur dan lain-lain. Mujur masih ada spaghetti, mungkin akan makan spaghetti selama seminggu ini di kala bencana. Beli banyak-banyak"

(4) [Kemaskini 11:49 14 Mac 2011]
by
Razuan Md Radzi --> "Dimaklumkan bekalan makanan di iwate semakin berkurangan tetapi pihak embassy sudah dalam perjalanan ke sana untuk mengagihkan makanan dan kemungkinan akan sampai lagi 2 jam..doakan pihak embassy tiba dengan selamat"

(5)[Kemaskini 02:35 14 mac 2011] --> Berkenaan gangguan bekalan elektrik esok, bilangan tren yang beroperasi akan dikurangkan. Stesyen keretapi dijangka sesak pada waktu-waktu puncak. Bekalan air juga mungkin terputus di kawasan tertentu,sila ambil langkah berjaga-jaga.

Terkini: Untuk menyemak Senarai Rakyat Malaysia (Pelajar dan Pekerja) Yang Mengesahkan Diri Masing-Masing Selamat, KLIK DI SINI.


Besarlah harapan saya agar sebarang perkembangan terbaru dirujuk dengan sumber yang sahih. Jangan lah semata-mata mengejar trafik ke website, anda mengada-adakan cerita yang bukan2 dan memperkecilkan cerita yang sepatutnya. Rujuk lah terlebih dahulu dari sumber yang sahih dan boleh di percayai. Kadang2 berita yang kecil diperbesarkan sehingga menimbulkan kegusaran di hati keluarga dan sanak saudara mangsa; terutamanya di kalangan ibu bapa yang bergantung informasi kepada akhbar semata-mata kerana mereka kurang berpengetahuan tentang pengunaan FB, twitter dan sebagainya. Jadi kalau ada ibubapa rakyat Malaysia yang ingin maklumat lanjut tentang anak mereka, teruslah merujuk kepada FB AMIR.


Besar juga harapan saya agar rakyat Malaysia yang PRIHATIN dan BERHATI MULIA mengadakan solat hajat dan terus mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Jepun dan juga orang Islam di sini. Doakanlah juga semoga dengan bencana ini, akan terbuka hidayah di hati orang2 Jepun untuk memeluk Islam. Insya Allah, amin.



Psssssttt :
Lepas ni, kawan2 tak perlu susah payah beli akhbar dah. Berita2 yang di siarkan semakin tiada kredibiliti, ketinggalan zaman dan kurang bersikap prihatin.

29 words of wisdom & comments:

umi nuha said...

I love you for the sake of muslimhood..terima kasih kerana menyampaikan apa yg dirasai

Fid said...

harian kosmo mmg hapak laaa

ai doakan semuanya selamat...

Reflisia said...

harap semuanya kembali baik..

Unknown said...

yatie, nicela psstt tu.. kak mas setuju!

Eliss said...

lebih baca baca blog yati dari baca banyak cerita sampah didada2 akhbar..

firahadifa said...

suke aku ngan sikap org jepun nie , tak mudah melatah . gempa bumi teruk , esoknya da pi keje , da repair jalan . patutla negara nie maju tho byk kali bencana alam timpa diorang .

firahadifa said...

suke aku ngan sikap org jepun nie , tak mudah melatah . gempa bumi teruk , esoknya da pi keje , da repair jalan . patutla negara nie maju tho byk kali bencana alam timpa diorang .

Hanz Jamaludin said...

updated & telus tulisan yatie..keep us posted & take care.

Ummi Salsabila said...

Tabah n kuat org jepun.kembali spt biasa walaupun baru berapa hari dilanda musibah.salute!!

Take care dear..

atoyissan said...

hopefully semuanya selamat..berita kosmo dan iklan ultraman tu mmg tak masuk akal langsung..

Unknown said...

betul tu kak..semoga selamat2 di sana..take care yer!

Zaila Mohamad said...

insya Allah Yati, kami semua sentiasa mendoakan keselamatan Yati & keluarga & semua rakyat Malaysia di sana

memang kecewa dengan sesetangah rakyat Malaysia yang buta hati buta mata..bukan nak ambil iktibar dr kejadian tapi boleh lagi mempersendakan kejadian ini..akhbar & TV pon takleh nak percaya dah..*apa nak jadilah dengan 1Malaysia ni*

syayassir said...

hari2 menunggu update dari yatie..
hmm, nak baca surat khabar sini pun dah naik menyampah start dari hari berlakunya bencana.. (waktu tu follow berita terkini dari BH, banyak keluar tajuk tentang ekonomi... sabar je leee..)

rasa malu dengan bangsa kita...

isabelle said...

murahan betul la paper msia nih.citer yg ntahapahapa. nak2 yg maria ozawa tu.buduh punya headline

transformed housewife said...

knur pun ada tulis pasal yg main Copy & Paste je pasal apa yg berlaku kat Jepun ni. Yes....we'll never stop praying for everybody in Japan.

Hamizah said...

org2 kita mmg xprihatin dgn kesusahan org lain..
oyatlah brita dr sana bulih kita tau jg..

Ahmad Afif said...

Jzkk kepada owner blog atas perkongisian.. bagi yang tidak mempunyai facebook. Anda boleh follow update terkini di http://amirnet.org/jishin/

Asmara said...

Salam, terima kasih Yatie chomel yg memberi info dengan teliti. Kami nampaknya mmg lebih percayakan berita dari tv jepun berbanding media yg lain. :)

AKUOKU said...

salam yatie...
bagaimana dengan letupan makmal nuklear tu? semoga yatie sekeluarga dan rakan2 semua selamat di sana...

ddfirdaus said...

Yatie, bile dengar cerita sedih ni, terus teringat kawan2 kat jepun..dan automatically ingat yatie juga sebagai kawan blog..cite dlm akhbar n youtube mmg tunjuk yg dasyat2 je tapi i lebih percaya cakap2 kwn2 jepun di fb yg rata2 selamat.. Org jepun bukan jenis yang bersungut dan complain manjang. Then kerana dah lama tak online pkai laptop, tak sempat jenguk blog yatie. Today baru baca.. Our planned trip to tokyo this april juga postponed to year end..sedih2 mengenang kwn2 di sana..

Tace care yatie n family. Thanks for the sharing..

Coffee Mama said...

Haih..totally agree! Berita2 yg tak relevan jer manjang..That's why I seldom reads newspaper in Msia! Baca blog lagi bagus..haih..

Unknown said...

Solute to yatie..krn telus dan ikhlas sharing info di Jepun..klu ku baca dlm Metro..x de yg besh..semua cite kerosakan teruk aje..wat org panik..keep it up yatie..^_^

yatie chomeyl said...

umi nuha >> i cumamenyampaikan apa yg dlm lubuk hati i, itu saja :)

ahkak fid >> tenkiu. insya Allah

reflisia >> insya Allah, amin

yatie chomeyl said...

k/mas >> nice eh? ekekeke

eliss >> hehhe, btol3x, baco lah blog ini :)

apid >> btol tu, rilek je diorg mcm xde apa2 jadi

yatie chomeyl said...

Hanz >> will do, thanks dear :)

US >> yup, mmg diorg patut di puji

atoyis >> sengal nama nya berita tu

yatie chomeyl said...

Huda >> insya Allah, harap2nya gitu lah

zaila >> terimo kasih, doa sokmo ko ore deh

sya >> apa2 hal sy update gdn kadar segera, insya Allah

yatie chomeyl said...

isabelle >> yup, mcm dh xde berita lain nak tulis

k/nur >> nok naik trafik jah, jadi gak copy paste pung takpo lah kot bg diorg

k/hamizah >> insya Allah kalu ado gapo2, yatie kongsi berito sini

yatie chomeyl said...

Ahmad Afif >> sama2 :)

asmara >> btol tu kak, media msia ni kena fikir byk kali baru leh cayo

AKU OKU >> insya Allah takde apap2 yg perlu di bimbangkan

yatie chomeyl said...

dbalkis >> i c, takpe postponed. nti dh cool down semua, leh dtg tokyo lagi ;)

coffee mama >> berita tak leh di anggap berita pun masuk paper kan?

k/miela >> insya Allah, thanks kak iela :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...