CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 16 March 2011

Pengumuman Rasmi dari pihak Kedutaan Malaysia Di Jepun

Berikut ialah pengumuman rasmi dari pihak Kedutaan Malaysia di Jepun khusus untuk rakyat Malaysia di Jepun.

Assalamualaikum,

Untuk makluman, pada masa ini keadaan keselamatan masih terkawal di mana menurut Kerajaan Jepun, paras radiasi adalah pada tahap minimum yang tidak menjejaskan kesihatan. Semua pelajar diminta bertenang dan mengikuti perkembangan semasa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Jepun melalui laman web rasmi Kerajaan Jepun seperti Japan Atomic Energy Agency.

Pelajar juga diminta mengikut arahan Kerajaan tempatan masing-masing seperti tidak banyak
membuat aktiviti di luar rumah dan sebagainya. Sekiranya terdapat perkembangan terbaru berhubung perkara ini, saya akan maklumkan sewajarnya.

Siti Zaharah Omar
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia

Tuan/Puan,

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah menerima banyak pertanyaan berhubung perkembangan terkini mengenai insiden kerosakan loji kuasa nuklear di Fukushima. Berdasarkan laporan rasmi yang diterima daripada Kerajaan Jepun, paras kebocoron adalah masih di peringkat rendah yang tidak membahayakan kesihatan.

Pada masa ini, tuan/puan dinasihatkan untuk berada di tempat masing-masing dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Untuk rujukan rasmi perkembangan semasa berhubung perkara ini, Tuan/Puan bolehlah merujuk kepada Portal Kementerian Luar Negeri http://www.kln.gov.my/ , Portal Japan Atomic Energy Agency http://www.jaea.go.jp/english/ dan http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html.

Untuk rujukan bersama, berikut adalah laporan yang disediakan oleh Bahagian Politik Kedutaan Besar Malaysia kepada Wisma Putra berhubung insiden loji kuasa nuklear di Fukushima yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Luar Negeri dalam masa terdekat:

Laporan:

14 Mac 2011

  • Susulan letupan hydrogen di Reaktor No.3 Di Fukushima No.1 Power Plant Kementerian Luar Negeri Jepun telah memberi pada jam 5.00 pm, 14 Mac 2011. Antara perkara-perkara yang telah dimaklumkan adalah:

Ø Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi, 14 Mac 2011 (waktu tempatan) di reaktor no.3 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Letupan berlaku akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen akibat tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut. Tahap air rendah berlaku apabila bekalan elektrik bagi pam air ke dalam reaktor terputus akibat gempa bumi pada 11 Mac 2011;

Ø Containment vessel yang merupakan core reaktor paling penting tidak terjejas. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor.;

Ø Radiasi yang diukur sebelum dan selepas letupan di dalam stesen janakuasa tersebut tidak menunjukkan perbezaan ketara dan makin menurun. Data tahap radiasi yang diukur adalah seperti berikut:

² 11.37 a.m. 50 micro siervet per hour

² 11.44 a.m. 20 micro siervet per hour

Ø Arah angin juga telah banyak membantu kerana membawa debu daripada letupan tersebut yang mungkin mempunyai bahan radioaktif ke arah Lautan Pasifik dan bukan ke kawasan di mana penduduk adalah padat

Ø Kementerian Luar Negeri Jepun menasihatkan penduduk yang tidak terlibat dalam kawasan perpindahan iaitu dalam linkungan 20km radius supaya meneruskan kehidupan harian seperti biasa dan terus bertenang. Hanya terdapat kemungkinan catuan elektrik yang dijangka akan menjejaskan serba sedikit keselesaan hidup penduduk setempat.

Ø Maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 boleh didapati di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html.

Ø Kementerian Luar Negeri Jepun sekali lagi menekankan insiden di Fukushima adalah tidak boleh disamakan dengan insiden di Chernobyl .


15 Mac 2011

Susulan letupan hidrogen di reaktor no 2 di stesen janakuasa nuclear Fukushima No. 1 pada awal 15 Mac 2011, Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengadakan satu sesi taklimat pada jam 5.00 pm. Antara perkara-perkara yang dimaklumkan adalah:

  • Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 6.01 pagi (waktu tempatan), 15 Mac 2011 di reaktor no.2 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Punca letupan berlaku adalah sama seperti reaktor no.1 dan reaktor no.3 iaitu akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen kerana tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut.

  • Memandangkan tahap radiasi yang meningkat berikutan letupan reaktor no.2, TEPCO berpendapat kemungkinan terdapat kerosakan pada containment vessel reaktor no.3 iaitu di suppression pool. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor..

  • Lanjutan itu, TEPCO telah mengarahkan 750 orang pekerja di stesen janakuasa Fukushima No.1 untuk meninggalkan tapak manakala 50 orang pekerja terus berada di stesen bagi meneruskan kerja-kerja “cooling down”. Sebagai langkah berjaga-jaga, Kerajaan Jepun juga telah mengarahkan penduduk yang tinggal antara 20km radius ke 30km radius untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

  • Di samping itu, reaktor no.4 Fukushima No.1 yang tidak berfungsi semasa kejadian gempa bumi pada 11 Mac 2011 telah dilaporkan mengalami kebakaran di bangunan reaktor. Dilaporkan juga terdapat bahan radioaktif yang dilepaskan semasa kebakaran walaupun bacaannya masih belum dapat ditentukan. Punca kebakaran juga masih belum disahkan.

  • Sebelum sesi taklimat, TYT Yukio Edano, Chief Cabinet of Secretary of Japan telah membuat sidang akhbar pada jam 4.00 pm dan menyatakan bahawa bacaan radiasi semakin berkurangan pada petang 15 Mac 2011. Mr. Edano juga telah memberikan status terkini reaktor berkaitan seperti berikut:

o Status semua 4 unit reaktor di stesen janakuasa nuklear Fukushima No.2 adalah dalam tahap “cooled down”.

o Tahap air dalam reaktor no.1, no.2 dan no.3 stesen janakuasa nuklear masih rendah dan kerja-kerja mengepam air ke dalam reaktor berkenaan bagi tujuan “cooling down” masih diteruskan. Manakala kebakaran di reaktor no.4 telah dipadamkan dan kerja-kerja mengepam air telah dimulakan.

  • Bagi daerah Tokyo, Tokyo Metropolitan Government (TMG) telah mengumumkan bacaan radiasi yang sangat rendah telah dapat dikesan berikutan letupan hidrogen reaktor no.2 . Data yang direkodkan antara 1700hrs, 14 Mac 2011 dan 0900hrs, 15 Mac 2011 adalah seperti berikut:

Maksimum 0.147 micro siervet per hour

Minimum 0.030 micro siervet per hour

Purata 0.045 micro siervet per hour

Ini dibandingkan dengan bacaan radiasi normal iaitu antara 0.08-0.09 micro siervet per hour.

  • Arah angin pada pagi 15 Mac 2011 yang menghala ke bawah membuatkan asap letupan tersebut yang membawa bahan radioaktif ke arah kawasan Kanto termasuk Tokyo . Walau bagaimanapun, arah angin dijangka akan berubah malam ini dan ramalan cuaca sejuk untuk dua hari berikutnya dijangka akan membantu mengawal asap bahan radioaktif daripada terus merebak.
  • Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengeluarkan nasihat-nasihat berikut kepada semua Perwakilan Diplomatik Asing di Jepun:
    • Menasihatkan warganegara masing-masing untuk bertenang dan terus mengikut nasihat kerajaan tempatan (prefecture) masing-masing. Kerajaan tempatan akan membuat pengumuman sekiranya mereka akan mengambil sebarang langkah bagi mengawal situasi ini. Buat masa ini, arahan evakuasi adalah hanya bagi penduduk yang bermastautin di dalam linkungan 20 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima. Bagi penduduk yang bermastautin di dalam lingkungan 20-30 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima, pihak berkuasa Jepun telah menasihatkan agar penduduk di kawasan ini tidak meninggalkan kediaman masing-masing. Nasihat ini adalah sebagai tindakan berjaga-jaga dan bukan atas sebab keselamatan yang mendesak
    • Menasihatkan warganegara masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di alamat berkenaan:

http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html.

Kedutaan berharap Tuan/puan dapat mengikuti secara rapat perkembangan terkini status semasa berhubung perkara ini melalui laporan-laporan yang akan dikeluarkan di Portal rasmi Kementerian Luar Negeri dari masa ke masa.

Sekian, untuk makluman dan perhatian bersama.

Siti Zaharah Omar

Penasihat Pendidikan & Latihan

Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA

Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo




Laman web rasmi Kerajaan Jepun seperti Japan Atomic Energy Agency(english).


Siaran lansung berita dari NHK News dalam English boleh di ikuti di USTREAM - klik SINI

Sementara itu, untuk bacaan lanjut tentang
Q&A on the Nuclear Power Stations, boleh merujuk di Science Media Center (SMC) of Japan. --> klik SINI.

Radioactive matter carried by the wind can lead to people being exposed to radiation, but the further the distance the radioactive matter has to travel, the lower the radioactivity, so those living in Tokyo have nothing to worry about.

8 words of wisdom & comments:

Unknown said...

terbaik la..

biar orang mesia tahu juga yang insyaAllah, tak sampai radioaktifnya.. mak mentua kak mas sampai tak boleh tidur risaukan kami..

Eliss said...

semoga semuanya selamat2.angin lalu...kirimkan lah, radioatif tu pergi jauh2 ...

SnNaznin Adnan said...

amah nk bace y page atomic energy tu..tp xpaham...huhuhuhu..bahase jepun je sume...maknenye mmg lansung tak sampai la ke m'sia....

isabelle said...

fuh..membimbangkan betul

zara zaman said...

tima kasih yg kerana berkongsi maklumat... akhbar2 punyer maklumat byk yg negetif je.

Gieyana said...

gd infor..moga uols semua sekeluarga kt sn selamat k..

yatie chomeyl said...

kak mas >> tu la, harap2nya gitu lah

eliss >> amin :)

amah >> insya Allah x smp msia

yatie chomeyl said...

isabelle >> cuma doa je lah yg kita mampu buat skrg ni

zara >> sama2 kasih. terima kasih sudi baca kat sini ;)

gieyana >> insya Allah, amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...