CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 8 March 2011

Saya mahu BANNED GAMBAR TAK SENONOH dari blog MUSLIMAH

Mengikut statistik yang di keluarkan oleh IWS (Internet world stats), di anggarkan sebanyak 39% rakyat Malaysia menggunakan internet sepanjang tahun 2010. Statistik terbaru ini di kemaskini kali terakhir pada 30 Jun 2010. Dari statistik itu memang jelas penggunaan internet begitu meluas di Malaysia. Oleh kerana itulah, trend blogging dan istilah blog ataupun blogger memang begitu meluas dan memberansangkan di kalangan rakyat Malaysia.




Dalam ramai2 blogger sekarang ini, kita sedia maklum yang ia turut terdiri dari kalangan muslimah. Bila saya nyatakan muslimah, secara am nya istilah itu merujuk kepada : "wanita Islam". Dengan alasan mahu memenuhi tuntutan mem-blog, setiap artikel yang di tulis biasanya turut di iringi dengan gambar2 tuan punya blog sebagai penghias suasana dan pelengkap cerita.


Malangnya, secara sedar atau tidak, KITA (*ya, saya tulis "KITA" kerana saya sendiri juga ialah tergolong dalam golongan muslimah*); gambar2 yang di muatnaik ke dalam blog kita itu kurang sopan dan kurang sesuai untuk di lihat oleh beribu2 pengguna internet yang lain.


Ada beberapa kategori GAMBAR TAK SENONOH mengikut definisi peribadi saya; iaitu :-

(1) Saya mahu BANNED GAMBAR TIDAK MENUTUP AURAT dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
♀ Kita sedia maklum tentang tuntutan menutup aurat sebagai wanita Muslim. Tetapi apa yang saya perhatikan sekarang ini, kerana terpesona dengan kegairahan meletakkan gambar di blog, kita terlepas pandang atau buat2 terlupa dengan tuntutan tersebut.

♀ Sedih rasa hati apabila melihat ada di kalangan rakan2 muslimah yang memakai tudung di luar rumah, tetapi tetap memuat naik gambar dalam keadaan tidak memakai tudung dengan alasan gambar itu di ambil di rumah. Memang lah kita tidak di wajibkan menutup aurat di rumah sendiri, tapi cuba bayangkan bila gambar kita tidak menutup aurat itu di muat naik ke blog, bukankah yang halal itu telah bertukar menjadi haram?

♀ Tidak kira di mana sekali pun gambar2 itu di ambil, hukumnya tetap haram bilamana aurat kita itu terlihat oleh lelaki ajnabi.

http://3.bp.blogspot.com/_P5xcoNkNv-k/TSqT_gH8gJI/AAAAAAAADgs/76UCti2ZmIA/s1600/wearitrightcampaign.jpg
+- sumber: bududanbelacan -+


(2) Saya mahu BANNED GAMBAR BEAUTY SHOT dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
♀ "BEAUTY SHOT" ialah terma yang di guna pakai dalam dunia modeling yang membawa maksud --> gambar headshot iaitu dari bahu ke atas, dimana fokus utama ialah pada wajah, solekan dan juga aksesori.

♀ Saya mahu banned gambar yang begitu besar dan memfokuskan kepada wajah muslimah yang turut di hiasi dengan solekan dan aksesori semata-mata. Bukan kerana saya dengki melihat kecantikan muslimah lain, sebaliknya saya tidak mahu rakan2 muslimah yang sama2 ber-blog mengundang fitnah.

♀ Memetik sumber dari iluvislam:
Wajah wanita muslim bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat. Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya. Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat. Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
♀ Jelas di situ betapa BEAUTY SHOT boleh mengundang fitnah. Kalau BEAUTY SHOT yang di muat naik di blog itu, cantik - berkemungkinan besar ada lelaki yang akan lalai tatkala memandang gambar tersebut. Sebaliknya pula, kalau BEAUTY SHOT yang di muat naik di blog itu kurang cantik - berkemungkinan besar ada mulut2 celupar yang akan mengeji dan mengutuk gambar tersebut.

Maka, bukankah lebih elok kalau kita selaku muslimah tidak meletakkan gambar yang terlalu besar memfokuskan pada keindahan wajah sehingga membuatkan lelaki terpesona tatkala melihat wajah itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp8AD0DJk_RcfN9c1bVYJcn2YLHexN6yY_EW9ZN0pdWOrIcIltLM0UsGlUPONMQ-VQjNnKandFJ0dwxn1kVK5H5y8NzQbYEDlG7Tfa2PSwSoayE07IWBGXWShw1tBSA_SbwWNiYkwl4fM/s1600/DSC_0049.JPG
+- gambar dari jauh pun tetap kelihatan menarik juga kan? -+


(3) Saya mahu BANNED GAMBAR POUT MOUTH SHOT dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
♀ Apa itu "pout mouth shot"?. Secara mudahnya, ia bermaksud gambar2 memuncungkan mulut dengan harapan konon2 akan terlihat mempunyai bibir seksi ala Angelina Jolie.

http://media.onsugar.com/files/2011/01/03/3/1336/13360451/7f/1.jpeghttp://f.hatena.ne.jp/images/fotolife/e/extinx0109y/20080609/20080609001530.jpg
+- antara gambar kiri dan kanan, yang mana lebih seksi di mata anda? -+
sumber: google

♀ Trend bergambar memuncungkan mulut ini saya rasakan lebih berleluasa di kalangan anak dara yang muda remaja, barangkali akan terlihat lebih comel dengan pose sebegitu . Maaf saya tidak pasti sebab musabab yang sebenar kenapa mereka memilih unuk bergambar begitu, kerana saya sudah lama meninggalkan alam muda remaja *penulis akhirnya menyedari hakikat yang diri nya sudah memasuki usia matang*.

♀ Saya mahu banned gambar2 memuncungkan mulut dari blog muslimah tidak kira yang bujang atau pun sudah bersuami; bukan kerana saya dengki kerana tidak pandai untuk pose sebegitu; sebaliknya saya merasakan gambar2 sebegitu boleh membuatkan orang yang melihat berasa menyampah.
Memang kita tak boleh nak pastikan semua orang akan suka dengan gambar kita, tapi kan lebih manis jika sekurang-kurangnya gambar kita itu tidak mengundang kebencian pada mata-mata yang melihat.


(4) Saya mahu BANNED GAMBAR MEMAKAI LEGGING dari blog2 MUSLIMAH di Malaysia
Leggings ialah sejenis pakaian ketat yang menutupi kaki, yang boleh di pakai baik oleh lelaki mahupun wanita.

Leggings menjadi salah satu trend berpakaian yang semakin mendapat tempat di hati wanita termasuklah di kalangan muslimah yang bertudung. Biasanya pemakaian legging di padankan dengan blouse labuh separas peha untuk tampak bergaya.

♀ Kalau di selidik mengikut hukum dengan lebih mendalam, pemakaian legging ini ibarat seperti tidak memakai apa2 untuk menutupi bahagian kaki kerana bentuk badan dan kaki kita jelas kelihatan. Situasi inilah yang di katakan; "berpakaian tetapi hakikatnya telanjang".

♀ Saya mahu banned gambar2 memakai legging dari blog muslimah tidak kira yang bujang atau pun sudah bersuami;bukan kerana saya dengki saya tidak di benarkan oleh suami untuk memakainya di khalayak ramai *rujuk entry:I am not that "Jangok" = Stylo - anymore*. Sebaliknya saya mahu banned gambar2 memakai legging dari blog muslimah kerana pada pandangan mata saya, ianya tidak sesuai dengan muslimah, dan dalam masa yang sama tidak lah begitu menarik dari segi fashion.

Pendapat peribadi saya yang juga meminati dunia fesyen ini, harem pants adalah lebih stylo berbanding legging pants maupun skinny jeans. Kalau dah teringin nak pakai jugak, sila lah pakai legging tersebut di hadapan suami anda sendiri sahaja.

http://pics.livejournal.com/pigsylove/pic/0004s8rphttp://static.letsbuyit.com/filer/images/uk/products/original/182/43/harem-pants-18243049.jpeg
+- Kiri: legging pants, kanan: harem pants. Yang mana satu pilihan anda? -+
sumber: google


Artikel ini di tulis sempena menyambut Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini. Saya mahu kita selaku muslimah mengubah sedikit sebanyak pandangan dunia terhadap kita. Janganlah wanita di nilai semata-mata pada kecantikan, liuk lintuk tubuh dan kehebatannya bergaya sahaja. Bukankah lebih manis kalau kita sebagai wanita di hargai dan di pandang tinggi kerana ketinggian peribadi, kesopanan tingkah laku, akhlak yang terpuji dan juga kejayaan kita di dalam pekerjaan mahupun pelajaran.


Artikel ini di tulis kerana saya yakin dan pasti bahawa wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kerana menyedari diri saya dan diri kawan2 blog sekalian istimewalah, saya mahu meneruskan hasrat untuk BANNED atau dalam bahasa melayunya, mengharamkan gambar2 seperti yang saya sebutkan di dalam artikel ini untuk di muat naik ke dalam mana-mana blog wanita yang mengakui dirinya Islam.


Artikel ini ditulis bukan kerana saya perasan bagus mahupun perasan alim sebaliknya, artikel ini mahu saya jadikan sebagai ingatan-sempadan-rujukan buat diri saya sendiri dan juga sebagai teguran untuk rakan-rakan blog saya yang sangat saya kasihi. Saya sedar saya juga masih tidak sempurna dalam hal ini, kerana itu saya banyak menggunakan kata ganti nama "KITA" seaktu menulis artikel ini, dengan tujuan untuk menujukan artikel ini kepada diri saya sendiri juga.


Artikel ini ditulis kerana saya cuma mahu berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menggunakan medium tulisan sebagai salah satu cara berhemah untuk menegur. Saya percaya wanita Islam akan lebih di hormati sekiranya kita tidak melakukan perkara-perkara seperti yang saya sebutkan di dalam artikel ini kerana diri kita begitu berharga!.

Artikel ini juga ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack


Oleh itu, besarlah harapan saya agar2 rakan blogger saya yang beriman dan bertaqwa ini bersikap lebih selektif dalam memilih gambar untuk di maut naik di blog. Jangan kerana terlalu taksub dengan keinginan untuk update blog, kita terlupa tentang yang mana haq dan yang mana batil.


Pssssstttt: kalau lepas ini saya juga melakukan hal yang sama di blog saya, tolong jangan terus BANNED saya; tolong ingatkan saya dulu. Lepas tu kalau saya degil juga, tolong report kat suami saya. Lepas tu kalau saya degil lagi, tolong ketuk kepala saya laju-laju...jelir hohoho.

25 words of wisdom & comments:

AA said...

setuju dgn kak yatie...mari sama2 mengajak semua muslimah utk menjaga aurat di alam maya

syayassir said...

hehe...
memang kan?
kadang 'kita' tak perasan gambar2 yang kita uploadkan dalam blog kita.. upload sesedap rasa sedangkan nilai2 haram halal disebaliknya kita tak ambil kira...

errr, mula la terasa nak gi cek balik entry2 yang lama kut ada gambar2 yang di banned... :D

Affieza said...

Good entry kak, boleh di jadikan rujukan para blogger muslimah..

transformed housewife said...

NIce one sis! I've click ur HB for today.

NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...

saya sungguh sungguh sungguh super duper sukaaaa dng entry akak ini hehe, menjadi peringatan kepada diri saya ini lalu saya mahu kongsi link entry ini dng kawan2 saya lah hehe

pic akak dng baby SN tuh mmg awesome lah hehe

Ummi Hanie said...

bagus sgt entry ni kak yatie...nice2 sharing indeed . dan mmg xsangke entri utk mng iPad...alamak kalahlah sy mcm ni...hihi ;p

p.s: i adore the harem pants..tp xpernah beli2 lagi coz rase mcm mahal sikit..tp azam nk beli pasni..caiyok2 ;p

Asma said...

Entri yg sangat menarik..kadang2 kita terlalu terikut2 fesyen yg takde ciri2 muslimah pon..very good reminder 4 bloggers..

Ummi Salsabila said...

Baguslah dan bernilai entry ni... Smg memberi mnfaat kpd semua.;)

Unknown said...

Komen utk point no 3 - yang belah kanan tu bukannya seksi, tapi seksa! ehehehe.

Good article, though. Terima kasih kerana ingatkan saya dan semua muslimah :)

Zaila Mohamad said...

entry yang bagus ni..sama2 kita perbetulkan niat kita dalam berblogging kan..moga dapat manfaat bersama-sama;)

Eliss said...

semoga sama2 lah kita berubah kearah yang lebih baik..amin..
good luck!

Hanis MY said...

entri yg superb kellas la seme tu betul i likeee kalu ore ado tersasul g bubuh gambar hak daley list banned tu tlg tegur deh! timo kasih share....

Eray Majid said...

yatie, nice one....thanks for sharing. same2 kite ingat mengingatkan...memang betul, kadang macam-macam fitnah boleh timbul if tak jaga aurat di alam maya nie

Unknown said...

nice lah..

sharing is caring kan..

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

Baguih dok ada.. Hehehe..best entry ni.. Selaku saudara sesama Islam kan, kena saling mengingat..semoga saya pon beringat selalu..

yatie chomeyl said...

atiqah >> jom kita sama2 :)

sya >> tu la, yatie pun tgh check2 balik ni kot2 di banned oleh diri sendiri ekeke

afieza >> insya Allah, harap2nya gitulah

yatie chomeyl said...

k.nur >> thanks sis

aien >> mari lah sama2 kongsi link ini :)

Ummi Hanie >> ekekeke, tak sure lg menang ke tak..if tak menang pon..leh buat peringatan utk semua kan :)

yatie chomeyl said...

Asma >> yup, fesyen boleh membuatkan kita ter'hanyut'

US >> insya Allah, harap2 gitu lah

zety zin >> seksa erk? ekekekeke

yatie chomeyl said...

Asma >> yup, fesyen boleh membuatkan kita ter'hanyut'

US >> insya Allah, harap2 gitu lah

zety zin >> seksa erk? ekekekeke

yatie chomeyl said...

Asma >> yup, fesyen boleh membuatkan kita ter'hanyut'

US >> insya Allah, harap2 gitu lah

zety zin >> seksa erk? ekekekeke

yatie chomeyl said...

zaila >> btol2, niat u keno betul dulu..baru lah molek kito nanti jadi nyo

eliss >> insya Allah, amin

Hanis MY >> ore pong deh, samo2 lah kito tegur menegur deh :)

yatie chomeyl said...

eray >> yup, fitnah tu leh dtg dgn mcm2 cara kan

k/mas >> arigatou ne

halimatun saadiah >> tu la, saya tulis pun utk ingatkan diri sendiri jugak nih

nur said...

entry yang bagus amat ni.. sokong..

JOM KE: ALL IN ONE
good luck

CatlinaFly said...

agree except on beauty shot of muslimah face..camne yeh..sebab sy memang amik gmbr pengantin huhuhu pastu display as portfolio utk menarik client2 lain..huhu

Bee said...

perkongsian yg sangat bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...