CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 15 March 2011

Terlajak perahu boleh di undur, tapi kalau terlajak siarkan kartun?

Jepun, 15 mac 2011 - Penyiaran karikatur Ultraman yang bertempiaran lari di kejar ombak tsunami yang di siarkan oleh akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24 oleh Kartunis Zoy menimbulkan rasa tidak senang yang bukan sedikit kepada masyarakat di Malaysia. Walaupun permohonan maaf telah di buat, tindakan itu tetap di lihat sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan dan memalukan seluruh warga Malaysia secara amnya dan memalukan akhbar nasional itu secara khususnya.



Apa yang editor akhbar dan pelukis kartun itu tidak sedar ialah impak yang besar yang timbul akibat penyiaran kartun tersebut. Memang senang melafazkan maaf, tetapi memberi maaf itu bukan sesuatu yang mudah. Barangkali mereka tidak sangka yang penyiaran kartun tersebut akan sampai ke pengetahuan orang-orang Jepun.


Akhbar2 di negara Jepun hari ini menyiarkan headline di akhbar mereka berkenaan kartun tersebut.
(1) 「津波」漫画で謝罪文掲載 マレーシア紙に非難殺到 - rujuk: SINI
(2) Malaysian newspaper apologizes over tsunami cartoon - rujuk: SINI
(3) 津波の漫画めぐり謝罪=マレーシア紙 - rujuk: SINI


Samada sengaja atau tidak, tindakan akhbar itu telah memburukkan nama Malaysia di mata Jepun dan juga di mata dunia. Tindakan itu juga telah menimbulkan rasa gusar di kalangan pelajar Malaysia di Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bekerja di Jepun.


Beberapa rakyat Malaysia yang menetap di Jepun waktu ini menyatakan kekesalan dan melahirkan kerisauan akibat penyiaran berita tersebut di Yahoo Japan dan juga di dada-dada akhbar Jepun.

Berikut ialah petikan beberapa luahan hati rakyat Malaysia di Jepun berhubung perkara ini :-
(1) "kepada yang tak faham, ini berita pasal apology dari berita harian kepada jepun atas isu lukisan tak berakal kelmarin. Dah sampai berita kat jepun. Aku tak jamin isu ni boleh berlalu camtu je, kalau ade sensei2 dan kawan2 aku baca confirm kena perli punya lah..mcm kita jugak la kan org jepun ni ade jugak yang tak boleh berfikir rasional, so kalau Malaysia kena kutuk pasni aku takleh nak marah. tahniah dan terima kasih :)" - Ain, Fukuoka


(2) "uwaa...berita psl kartun tu dh keluar kat media jepun. memang serious damage, yang tak akan hilang dengan hanya meminta maaf di akhbar. Ia telah (dan akan) menyakiti perasaan ramai org di seluruh dunia, dan itu, akan menjadi `hutang` di akhirat kelak. now, how do `they` feel about that?" - Oja, Tokyo

(3) "alaa..malunye saya nanti nak pergi keja..mesti semua orang nanti tanya saya pasal issue tu..dah la saya sorang2 je org malaysia yang kerja kat situ..aaa..tak nak pergi keja" - Shahirah, Tokai

(4) "hari ni pun sensei tak tegur saya seperti kebiasaan, entah2 dia dah baca berita ni" - Norliyati, Kyushu
*sensei = pensyarah

Lihatlah kesan kartun itu terhadap mental, emosi dan nama baik rakyat Malaysia di Jepun. Inilah sebabnya kenapa orang tua menasihatkan fikir dulu sebelum bertindak. Akibat tidak meletakkan pertimbangan sewajarnya dalam sesuatu perkara, maka timbul lah pelbahai jenis kerosakan yang tidak di ingini. Situasi yang berlaku ini bolehlah di ibaratkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Walau bagaimanapun, kemuliaan hati dan sifat rasional orang orang Jepun dalam menangani berita ini memang patut di beri pujian menggunung. Seorang teman yang membaca komen2 yang di berikan di ruangan 津波の漫画めぐり謝罪=マレーシア紙 merumuskan bahawa memang ada di antara orang Jepun yang marah (mestilah sakit hati kan), tapi sebahagian besar tidak menganggap kartun itu satu hal yg serius kerana :-

1) Jepun dah penah kena "bashing" lebih teruk dan kata2 menyakitkan hati daripada negara2 jiran mereka waktu bencana alam sblm2 ni dan negara2 tu tidak pernah minta maaf sampai sekarang. Contohnya: dulu2 negara2 jiran mereka penah siarkan kartun peta jepun dengan tulisan bermaksud "jepun tenggelam" (tajuk filem sebenarnya), juga kata2 mcm "jepun adalah BENTENG kpd kami drpd tsunami". Teruk kan?. Jadi mereka menganggap isu ini kecil sahaja.

2) Orang Jepun rasional menilai bahawa dalam sesebuah negara memang ada macam2 jenis orang, macam2 cara berfikir, yang bijak tak bijak, yang selalu fikir perasaan org dan lain lain. Jadi mereka menganggap pelukis ni adalah antara orang yang kurang ilmu/tak bijak/keanak-anakan.

3) Ramai orang Jepun yg memberi komen dan mengatakan mereka sangat hargai Malaysia sebagai rakan baik jepun, jadi mereka tak rasa kartun tu menggambarkan adanya "rasa benci" atau "permusuhan" oleh Malaysia. Mungkin ramai yg penah ada kawan dgn rakyat Malaysia yang telah menunjukkan imej yg baik2 kpd mereka.

4) Mengagumkan juga bila ramai yang berTERIMA KASIH kepada rakyat Malaysia yang meletakkan komen minta maaf kepada mereka (Walaupun bukan salah kita pon kan..huhu), sbb mereka sendiri tiada masa nak condemned pelukis kartun tu. Malahan, mereka menerima dengan hati terbuka permohonan maaf dari BH itu.

5) Orang2 Jepun juga meninggalkan komen yang menyatakan mereka teruja kartun tu guna "ultraman", dan merasakan intention pelukis kartun itu sebenarnya nak menggambarkan yang ultraman yang hebat itu pon tak dapat nak mengatasi musibah kali ni. Paling tersentuh apabila ada orang jepun yang meninggalkan komen berkata "terima kasih kerana umpamakan kami seperti ultraman. kami tidak akan kalah seperti ultraman yang tidak pernah kalah,dan akan bangkit semula seperti ultraman selalu buat"


Jelas terlihat kebesaran jiwa dan mentaliti yang sangat mengagumkan oleh majoriti dari rakyat Jepun yang rasional. Betapa mulianya mereka memaafkan orang yang bersalah, dan betapa terbukanya mereka menerima kekurangan dalam diri orang lain. Ternyata banyak yang kita boleh belajar dari budaya orang2 Jepun yang terlihat jelas mengikut ciri-ciri yang di sarankan oleh Islam. Semoga hidayah Allah sampai kepada orang-orang berhati mulia dan berjiwa besar seperti mereka - mereka ini.


=== berita oleh: Yatie Chomeyl ====

Psssssttt : agak-agak ada ke wartawan yang sudi siarkan berita yang saya tulis ini di dalam akhbar mereka?

20 words of wisdom & comments:

@e_da said...

kesannya apabila tak memikirkan sesuatu impak selepas gambar tu dibuat kan.. kesian rakyat malaysia di jepun terpaksa pulak menerima akibat dr org lain... nak berkarya ada twmpatnya.. kena sensitif sket kan..

Suhana Shahril said...
This comment has been removed by the author.
Suhana Shahril said...

Confirm, alasan yg diberi adalah SENI...mcm pelakon/penyanyi berlakon/menyanyi x pakai baju lah kan @ mcm isu Juara Lagu yg ada lambang kristian kat lantai pentas.Macam tulah alasannya nnti. Kadang2 terfikir jgk,adakah alasan SENI yg diberi sampai tiada batasan atau pegangan pada landasan agama dan perikemanusiaan?

3740Journal said...

pelukis dan editor tu memang tak fikir dulu ke before nak publish. dahla kat paper. teruk betul. i pun sbg org mesia malu dgn benda2 macam ni.

Ummi Shira (AshAnas) said...

hm, dah terantuk baru nak tergadah... permohonan maaf bukan boleh hilangkan kartun tu dr fikiran pun...

necchan said...

ayoyo..glemer sudah :p

td i cuba baca satu2 komen yg ada kt bawah artikel tu tau yatie, wpon tak semua.
mmg ada yg marah (mestilah sakit hati kan), tp sebahagian besar tak anggap kartun tu satu hal yg serius.
1) mereka dh penah kena "bashing" lbh teruk n kata2 menyakitkan hati drpd negara2 jiran mereka waktu bencana alam sblm2 ni dan negara2 tuh tak pernah minta maaf smpi skrg
e.g dulu2 negara jiran2 mereka penah siarkan kartun peta jepun dgn tulisan bermaksud "jepun tenggelam" (tajuk filem sebenarnya), juga kata2 mcm "jepun adalah BENTENG kpd kami drpd tsunami".
teruk kan?
no wonder lah mereka rs benda ni kecik je.

2) mereka rasional menilai bhw dlm sesebuah negara mmg ada mcm2 org, mcm2 cara fikir, yg bijak tak bijak, yg selalu fikir perasaan org dll. so mereka assume yg lukis ni adalah org yg kurang ilmu/tak bijak/keanak-anakan dll.

3)ramai yg kata mereka sgt hargai Msia sbg rakan baik jepun, so mrk tak rasa kartun tu menggambarkan adanya "rasa benci" atau "permusuhan" oleh msia.
mgkn ramai yg penah ada kawan dgn msian yg berikan imej yg baik2 kpd mereka.

but yg paling kagum tu ramai yg berTERIMA KASIH kpd rakyat Msian yg bubuh komen minta maaf kpd mereka (Wpon bukan salah kita pon kan..huhu), sbb mereka sendiri takde masa nak condemned pelukis kartun tu.lagipun BH dh minta maaf jd mereka terima :)

betapa besarnya jiwa mereka ni kan? mentaliti yg sgt mengagumkan.
ternyata byk lagi hal tntg japanese yg kita boleh belajar. nak2 mereka tu majoritinya bukan islam tp sgt terserlah ruh islam mereka (except bab akidah sajalah )

-yg bertambah malu dgn kebesaran jiwa mereka-

necchan said...
This comment has been removed by the author.
necchan said...

tambah sket lg

5) mereka teruja kartun tu guna "ultraman", n rasa mmg intention pelukis kartun tuh mmg nk gambarkan yg ultraman yg power tu pon tak dapat nak mengatasi musibah kali ni.means , mmg bencana yg hebat lah.
ada yg rasa kartun tu "comel" sbb guna ultraman.
baru mereka tau yg imej Jepun di Msia adalah ultraman ^^
plg tersentuh tuh ada yg kata "terima kasih kerana umpamakan kami spt ultraman. kami tidak akan kalah seperti ultraman yg tidak pernah kalah,dan akan bangkit semula seperti ultraman selalu buat"

besarnya jiwa mereka membuat diri bertambah malu.......huhu.

-oja-

Sidratul Muntaha said...

tie..
ko dah tgk video rosmah jendol bgi komen pasla earthquake kat sana?!
lagi mcm palat.
bencik aku tgk.
dia slhkan jepun sbb tak amalkan green tech.
kepala lutut dia.
abis yg kat gebeng tu?!
klu rakyat jepun thu lagi bengkek.

Mama Hanim said...

mula2 tgk kartun tu mmg teringat kt yatie.. terfikir apa tanggapan org jepun terhadap rakyat malaysia denun.
(Gambar) Kartun Tsunami Kontroversi Berita Minggu

transformed housewife said...

mulo2 pelakon tu guno lawok bodo ni, pah tu kartunis. hok terbaru, bini PM pulok hok dok ngabe mugo lain. Ore2 Msia ni nok kato tok belajar, rasonyo ramai doh masuk U. huhhuhu tok keno nok kato.

Umie said...

selalu org cakap "mulut xde insurans" kan?? utk kes nie rasanya "tangan xde insurans" tu..hehe..

papepun, semoga kite yg berada di bumi jepun nie terus berada di dalam lindunganNYA..ameen..;-)

Oyis said...

aduhai... komen rosmah rasanya lebih teruk drpd gmbr kartun tu la yatie huhuhu... lg la teruk persepsi org jepun ni kat kita...

"... She also stated that the catastrophe should serve as a lesson for Japan and other countries, saying the disaster was a result of countries not taking climate change concerns into account..."

WTF? jgn la sbb mulut dia ni sorg Allah balik kan ke negara kita plak bencana nya, nauzubillah min zalik....

read more here http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/38806-green-rosmah-hit-by-twitter-tsunami

Ummi Salsabila said...

Ya Allah..kenapa pandai2 melawak dan mengata kesilapan orang lain jer..musibah Allah yg tentukan.Allah yg Maha berkuasa dalam setiap sesuatu.kat mn2 pun DIA boleh turunkan musibah.

suka sgt dgn semangat dan jiwa baik org jepun.terharu :)

Nadiah Sidek said...

malu rasanya nak mengaku rakyat malaysia..huhu..

Min Aina Ila Aina said...

Kerana mulut badan binasa,orang Melayu dulu-dulu dah cukup bijak mencipta peribahasa ni.

Orang Melayu juga pemaaf, buktinya Jepun yang pernah menjajah dengan zalim tidak didendami. Ataupun Melayu mudah lupa?

yatie chomeyl said...

@eda >> tu la akibatnyakalau x berfikir panjang

suhana >> seni la sangat kan huhuhu

azza >> agaknya ghairah nak lariskan akhbar je kot, tu yg x fikir consequences tu

yatie chomeyl said...

shira >> yup, ni bukan setakat terantuk..ni dah jatuh terusngkur dah ni

oja >> tenkiu. noted and dah update dalam entry )

ayu >> dah tgk dan dah bersedia dgn jpn nak counter attack jugak dah :D

yatie chomeyl said...

mama hanim >> nsb baik org jepun ni jiwa diorg besar, diorg x kisah sgt

k/nur >> tok tahu la, sibo tok keno ore msia hok x ceridik tu

umie >> insya Allah, Amin

yatie chomeyl said...

oyis >> tu la ore tuo kato tunjuk pandai tp sbnrnyo bodo kepaaa ngeeeeee

US >> kan..diorg ttp bersemnagat walau apa pun jadi

nadiah >> kitorg kat sini laaagi malu

aina >> melayu x lupa..tp kalau jumpa org2 tua kat jepun ni..diorg tak henti2 minta maaf utk kesalahan negara diorg menjajah tanah melayu dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...