CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 22 May 2009

Adab Menyambut Kelahiran

Sempena nak menyambut kelahiran baby SN yang bakal tiba dalam masa terdekat ni, mak buyung nak share sedikit adab2 menyambut kelahiran untuk rujukan incik hubby dan mak buyung sendiri. Harap2 tips ini pon berguna juga untuk ibu2 & bapa2 lain yang bakal menyambut kelahiran anak.

Banyak cara dilakukan oleh ibu bapa dalam menyambut kelahiran si buah hati. Cara apapun boleh dilakukan, namun sebaiknya, kita sebagai umat Islam menyambut datangnya anugerah dari Allah SWT ini dengan cara-cara yang disyariatkan oleh Islam.

1) Bagi bayi yang baru dilahirkan, Sunnah untuk :-

- Di azankan di telinga kanan.
- Di iqamahkan di telinga kiri.
Menurut hadis, ada jin tertentu yang bernama Ummu Shibyan (US), dia suka mengikuti kelahiran bayi. Oleh itu, azan tadi berguna agar gangguan US tidak menimbulkan kesan apapun. Selain itu, ia juga bertujuan agar kalimat tauhid menjadi ilmu pertama yang didengar oleh bayi. Memang azan memiliki keistimewaan tersendiri, yakni bila dibacakan, akan membuat syaitan bertempiaran lari.


2) Kemudiannya sunnah juga :-

- Dibacakan Ayat kursi (Surah Al-Baqarah - ayat 255)

- Dibacakan Ayat Inna Rabbakumullah (Surah Al-A'raf - ayat 54)

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ


- Dibacakan Surah Al-Ikhlas di telinga kanan.

- Dibacakan Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas

- Dibacakan Doa:

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ ، وَرَبُّ الْأَرْضِ ، وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيم


- Dilanjutkan dengan bacaan doa Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya' 87)

فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيكُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

- Juga Dibacakan Surah Al-Qadr (inna anzalna..) *Dalam kitab Al-Bajuri (Hasyiah Fathul Qorib), Insya Allah telah disebutkan: Dengan dibacakan QS. Al-Qadr ini, bayi tadi Insya Allah tak akan berzina seumur hidupnya.*


Bacaan-bacaan di atas bukanlah wajib bahkan tidak dibaca sama sekali juga tidak berdosa. Cuma sayang 1000x sayang *wah..macam lagu Iklim pulak huhuhu*, sebab kesempatan untuk membacakan itu (konteks disunnahkannya) hanyalah sekali seumur hidup, iaitu saat melahirkan si bayi.


Ada juga tips dari ibu bapa Sayyidah Maryam yang berdoa saat kelahiran beliau (Surah Ali-Imran, ayat 36)

فَلَمَّا وَضَعَتۡہَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّى وَضَعۡتُہَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰ‌ۖ وَإِنِّى سَمَّيۡتُہَا مَرۡيَمَ وَإِنِّىٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ 



3) Tips yang lain adalah :-

(a) Melakukan Tahnik atau membelah mulut

Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan- perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya.

http://alumnikias.files.wordpress.com/2008/05/umnajibah.jpg
(photo credit: alumnikias)


(b) - Ber-aqiqah (memotong kambing)

Daging disedekahkan dalam keadaan matang dan sebahagiannya boleh dimakan sendiri. Diusahakan agar tulang belulang kambing tidak sampai pecah, iaitu pemotongan tepat di sendi nya. Hal ini dengan harapan agar fizikal si bayi nantinya kuat. Masakannya lebih dimaniskan, dengan harapan akhlaknya nanti pun juga manis, disamping memang kesukaan Rasulullah adalah masakan manis dan madu.

(c) - Pemberian nama, dan diusahakan sebaik mungkin.

Rasulullah SAW bersabda, "nanti pada saat qiamat, kamu akan dipanggil sesuai nama kamu dan bapamu, karena itu perelokkanlah namamu".

(d) - Pencukuran rambut dilakukan setelah pemotongan kambing, sebagaimana pada haji, tahallul dilakukan setelah qurban.

(e) - Memberi Ucapan Tahniah.

Sebaiknya berikan ucapan tahniah untuk keluarga yang baru melahirkan ini. Suka hati lah dalam bahasa apa pun tapi kalau nak ucapan standard dalam bahasa arab nya :

Barakallahu laka fil mauhubi laka wasyakartal wahiba wabalagha asyaddahu waruziqat birrahu

Mudah2an Allah melimpahkan berkah, dan Anda makin mensyukuri Zat Pemberinya. Semoga si anak ini mencapai kedewasaannya dan dikurniai kebaikan.

New Baby Myspace Comments


(f) Menerima ucapan tahniah

Dan yang diberi ucapan tahniah i.e ibubapa bayi tu menjawabnya dengan terima kasih atau kalau nak jawapan standard dalam bahasa arabnya adalah :

Barakallahu laka wabaraka alaika "atau" ajzalallahu tsawabaka

Semoga kalian juga diberkahi Allah atau Semoga Allah memberimu balasan pahala yang besar.

(g) Berkhatan

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)






Pssssstttt: Semoga perkongsian mak buyung kali ini bermanfaat bagi kita dalam menyambut kelahiran si buah hati, yang merupakan amanat dari Allah SWT kepada kita semua.

سموڬ ڤركوڠسين مق بويوڠ كالي اين برمنفعة باڬي كيت دالم مڽمبوت كلاهيرن سي بواه هاتي، يڠ مروڤاكن امانت دري الله سبحان وتعالى كڤد كيت سموا.
*muahhahha..baca jawi sekali sekala*


8 words of wisdom & comments:

Puteri Satu said...

tie....dah tak lama lagi ye... klu sendiri peknen rasa lama... bila orang lain peknen...aik..jap je dah due.... semoga dipermudahkan segalanya ye...

nurulzia said...

it's a gud info..mana yatie nak cari kambing kat jepun tu?heheheeh...
mesti dah berdebar sgt2 ni kan..

yatie chomeyl said...

kak pu3 >> aah tunggu masa jer nih...thanks utk doa nya :)

nurul >> tggu blk msi ala baru wat aqiqah kot :)

kliza said...

nnt kami nk bg ucapn kat korang bhs arab 2 la.. so, yatie kna jwb dlm arab gak yea.. kihkih.. nk p pektis jap nie.. bye

Unknown said...

salam..

kaki dah bengkak ker? dah sampai ke makbonda nyer... semoga dipermudahkan segala urusan...

yatie chomeyl said...

k.liza >> alamak, nk kene hafal jwpn gak la nih hik3x

k.yong >> x bengkak pon lagi :)

mazni_azis said...

bagus info2 nih...along dh bersalin malam tadi..dapat baby boy 3.65kg.

yatie chomeyl said...

angah >> kem slm dgn along erk..besar gak baby dia huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...