Bersempena hari jumaat yang mulia ini, entry kali ni mak buyung nak share informative post la sikit *asyik2 entry berjalan2 jer, esok2 duk dalam pantang..rasakan lah bosan tak leh berjalan dah , padan muka mak buyung*
1) Amalan Pemakanan berkhasiat
Ibu2 mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :
a) Protein - membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.
b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.
a) Protein - membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.
b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.
c) Lemak
- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.
d) Vitamin
- menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.
e) Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut. *mak buyung tak suka makan sayuran hijau, jadi ganti dengan buah strawberi & brocolli yang lazat*
(picture credit to this web)
Selain daripada itu, ibu2 yang boyot di sarankan memakan kek secret recipe, donut big apple, aiskrim Baskin Robbin, almont donut choco stick, udon, sushi eh sudah2...jangan tipu ibu2 mengandung yang lain tak baik ekekkekek Sebenarnya, ibu2 mengandung di saran untuk makan buah kurma ketika mengandung dan bersalin.
Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” - sumber dari sini-
Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s.
2) Vitamin2 yang di sarankan
a) Folic acid
b) Obimin Di sarankan untuk ibu2 dari saat mula2 mengandung sampailah ke postpartum nanti. Folic acid bergna untuk perkembangan sel darah merah *nanti tak lah jadi macam Mahsuri, darah putih lagi banyak...eh, darah putih membuktikan kejujuran occay * . Kandungan folic acid yang mencukupi boleh mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub saraf contohnya spina bifida.
Obimin ni sebenarnya multivitamin dan terdiri daripada Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C; Calcium, Folic acid, Ferus dan Iodin *gi lah bukak balik buku sains zaman sekolah untuk check khasiat2 vitamin ni weh, takkan mak buyung nak tulis semua kat sini kot..dah jadi buku teks sains plak kang* In short, kalau makan obimin, lengkap lah vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh badan yang mongel sihat itu.
c) Fish oil supplement (DHA & EPA). Berdasarkan kajian oleh Archives of Disease in Childhood (Fetal and Neonatal Edition), diorang menyarankan fish oil supplements di berikan kepada ibu2 mengandung untuk meransang koordinasi tangan dan mata bagi bayi *nak suruh baby cepat pick-up la ni*. Tapi kena hati2 sebab ada 2 jenis fish oil supplements.
Fish oil supllement dari hati ikan *cth; cod liver oil* mengandungi kandungan retinol dari vitamin A dan harus di elakkan semasa mengandung. Manakala fish oils yang tidak berasaskan daripada hati ikan mengandungi banyak DHA (docosahexaenoic acid), iaitu asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi. Walaubagaimanapun,tak payahlah weh korang beria2 amik tiap2 hari *semata2 nak suruh anak jadi genius*.
(awal2 pregnant dulu rajinlah makan supplement, towards the end nih, makan folic acid jer)
## Paling penting sebenarnya amalkan pemakanan seimbang...tak perlu beria sangat amik vitamin2 ni dah. Lebihkan sayur dan buah2 *sibuk nasihat orang, sedangkan diri sendiri tak makan sayur *##
3) Surah Bacaan ketika Mengandung
- Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
- Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
- Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
- Surah Hujarat - Untuk memperbanyakan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
- Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepad maksiat
- Surah At Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
- Surah An Nahl - Untuk melahir anak yang berdisiplin
(picture credit to this web)
4) Doa-doa (seeloknya suami pun amalkan jugak doa2 nih)
a) Doa di baca setiap hari :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl : ayat 78)
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri (Surah Al-Anbiya : Ayat 87)
@Nota untuk ibu2 hamil yang lain@ : Mak buyung ada video amalan2 ibu mengandung & audio bacaan doa2 untuk ibu mengandung dari Ustazah Nor Bahyah, kalau nak, leh inform kat mak buyung...sharing is caring kan? *ibu2 tak hamil dan merancang nak hamil lagi pon leh gak kalau nak*.
@Nota untuk ibu2 hamil yang lain@ : Mak buyung ada video amalan2 ibu mengandung & audio bacaan doa2 untuk ibu mengandung dari Ustazah Nor Bahyah, kalau nak, leh inform kat mak buyung...sharing is caring kan? *ibu2 tak hamil dan merancang nak hamil lagi pon leh gak kalau nak*.
Pssssstttt: Mak buyung bukan nak tunjuk pandai *sibuk2 share info padahal orang tak mintak pon* , tapi entry ni lebih kepada ingatan untuk diri mak buyung sendiri berdasarkan tips2 yang mak buyung dapat dari ibu2 lain dan compilation thru my own readings. Senang nak refer untuk next baby ekekkekekek. Ada ibu2 lain nak tambah apa2 tips lagi?
7 words of wisdom & comments:
Wuih .. panjang nyer nasihat. Dengar tuh bakal2 ibu. I nih tunggu bakal jadi nenek ler baru I baca balik n3 nih yer ... Hih hi hi ...
Thanx YATIE.... sgt berguna bila info ni di share kan bersama... sama2 dapat manfaat....
Dulu2 nak mkn ubat punyalah payah..sekarang rasa best tak mkn ubat2 tu ucu??
US setuju dgn sume tu.bagus amalkan sume tu.US dulu pun mamam vitamin2 tu sume..lg 1 US amalkan mkn buah delima.tp minum jus buah delima pun ok since ssh nak dpt buah tu kan.sgt bagus untuk kita & baby.
*US jd windu sgt my preggy moments bila bc entry nih*
salam yatie chomeyl,
bagus.. complilation yg baik utk rujukan. :D
kakyong masa pregnant anak 1st selepas 6 bulan selalu minum air kelapa muda.. kata org utk kuatkan tulang baby.. memang anak 1st tu masa keluar, bdn dia mantap.. tak le lembik mcm Aliya (yg 3rd).. sbb masa Aliya, tiap kali tingin nak air kelapa muda, ayahnye selalu lupa nak beli, lupa nak cari kat kg sebelah.. huhuu, memang kuat rajuk masa tu sbb tak dpt kelapa muda.. hehehhh.
mama precious >> saje nk gb org letih bace :D
@e-da >> ur wel-chomeyl hik3x
angah >> skrg rilek je makan ubat, xde air pon dah leh telan *blagak x?*
US >> thanks 4 the tips..esok nak p cari jus delima tu la ;)
kakyong >> kat sini mano nk cari kelapa muda..uwaaa..tiba2 ada sket rasa ngidam nk mnm air kelapa huhuhuhu..patut aliya kuat majuk,jangkit dgn kak yong rupanya :p
Yatie chomey~ Memang betul suma tuh.Bnyakkan bc surah maryam,yusuf.. anak akan cantek rupe n akhlak..insyaallh. Selamat bersalin n menjadi ibu yer..:D
Post a Comment