CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday, 23 March 2011

Siri ke-4 hobi chomeyl : Membaca novel dan GA novel Twenties Girl

Kalau sebelum ni anda telah dibawa menjengah Siri hobi Chomeyl : Mengejar Artis (*_^) , Siri ke-2 hobi Chomeyl : Akademi Fantasiot Fantasia dan siri ke-3 hobi Chomeyl : Penyampai radio virtual; kali ini segmen siri ke-4 hobi chomeyl akan membawa anda menyelami dunia Yatie Chomeyl selaku ulat buku pulak.


Sejak kecil, memang my parents dah pupuk sikap suka membaca dalam diri kami adik beradik. Setiap kali birthday, hadiah yang di terima ialah buku cerita. Secara tak lansung, memang dari kecil minat suka membaca bahan bacaan santai telah di pupuk dalam diri.



Bila memasuki alam remaja pula, sifat suka membaca itu di salurkan ke majalah hiburan seperti Mangga, URTV, HAI, Media Hiburan dan sebagainya. Buku-buku teks sekolah agak kurang menarik untuk di belek dan di baca kalau nak dibandingkan dengan majalah-majalah hiburan itu eheh.



Bila dah masuk universiti, gigihlah pulak membaca novel-novel cinta yang meruntun jiwa. Terus perasan diri sendiri sebagai watak heroin dalam novel tu. Walaupun tak puas hati sebab kalau dalam novel, mesti hero hensem + hidung mancung akan jatuh cinta dengan perempuan jual mahal yang cantik + hidung mancung + tinggi lampai + lemah lembut + sombong.

Sanggup tak makan dan tak tidur semata-mata nak cepat-cepat habiskan baca novel tu. Walaupun dah tahu jugak ending nya mesti cinta akan bersatu, tetap lah jugak baca sambil feeling-feleing sampai air mata meleleh-leleh. Bila dah start baca novel, memang fokus 100% kat novel tu lah.



Minat membaca novel turut membawa kepada minat terhadap penulis novel. Setakat ni I dah berkesempatan untuk berjumpa dengan dua novelis terkenal iaitu Norhayati Berahim dan Habiburrahman El-Shirazy. Kisah bertemu Habiburrahman pernah I ceritakan di dalam entry ini -->
bertemu novelis pujaan hatiku --> Habiburrahman El Shirazy dan juga dalam entry Larut dalam "Bumi Cinta". Kak Norhayati Berahim yang baik hati, pemurah dan peramah itu pulak I sempat temui sewaktu pulang ke Malaysia Jun-July tahun lepas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZqv1TIYDumtLEGRvKawJbkoVf8kLCxhLdcJXZU8bQr37FQhrIQ-5yxPxgvPwCOQWMwgEy0zAmABPlbJ9FWsQmBiGfk-jmXNbBwlwPw8FYuXCYFosPYrkCYEdndXGNk4gqxrl8UAf_P0PF/s1600/DSC_0892-1.jpg
+- Habiburrahman El Shirazy tu yang pakai songkok dan blazer hitam kat hujung tu -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinJyN-MUhBBTyO_T29YKGdKSKjhGTeeLpQY7wiKfi3FclbAYJnkIf2djxFoO1CCVUk2UZ0h7jU98781eQDRRXpxhE3PvfYopJHh1FniVW7bcAhTh-ljWU8PRfWmDG8kVxSLiunzGwDSP8t/s1600/DSC_0418.jpg
=- MIL & I with my blogger friend merangkap penulis terkenal : kak norhayati berahim -=


Semakin menginjak dewasa *tak mengaku tua*, genre untuk novel yang di baca tidak lagi tertumpu semata-mata kepada kisah cinta sahaja. Novel hasil adaptasi dari kisah benar biasanya memang seronok untuk di baca kerana ia memberi inspirasi dan ia juga bersifat lebih realistik. Antara novel dari adaptasi kisah benar yang pernah I baca ialah :-

(1) Diving Bell and Butterfly by Jean-Dominique-Bauby.
  • which is a translation of the French memoir: Le scaphandre et le papillon by journalist Jean-Dominique-Bauby.
  • It describes what his life is like after suffering a massive stroke that left him with a condition called locked-in-syndrome. It also details what his life was like before the stroke.
  • novel ini juga telah di angkat ke layar perak dan telah banyak memenangi anugerah 2 seperti Sutradara Terbaik (Cannes Film Festival, Golden Globe Award); Aktor Terbaik (César Awards, France), Adaptasi Naskah Terbaik (Writers Guild Award) dan Filem Asing Terbaik (Golden Globe Award).


(2) The Diary of a Young Girl by Anne Frank
  • The Diary of a Young Girl is a book of the writings from the Dutch language diary kept by Anne Frank while she was in hiding for two years with her family during the Nazi occupation of the Netherlands.
  • The family was apprehended in 1944 and Anne Frank ultimately died of typhus in the Bergen-Belsen concentration camp.
  • After the war, the diary was retrieved by Anne's father, Otto Frank, the only known survivor of the family. The diary has now been published in more than 60 different languages.
  • masa baca buku ni, I siap imagine kesengsaraan dan ketakutan yang di alami oleh Anne sewaktu dalam persembunyian itu.
  • Novel ni pun telah di filemkan jugak.

3) Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, dan Edensor by Andrea Hinata
  • ketiga tiga novel karya Andrea Hinata ini ialah berdasarkan kisah benar dia sendiri.
  • Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi juga telah di angkat ke layar perak, siap ada OST sendiri nyanyian Nidji tu.
  • Dalam novel ini Andrea mengeksplorasi hubungan persahabatan dan persaudaraan antara Ikal dan Arai. Dia bercerita tentang jerit perih dalam perjuangan menuntut ilmu kerana masalah kewangan yang menghimpit.
  • Novel2 ini memang benar2 luar biasa dalam menaikkan semangat anak muda supaya lebih menghargai kesenangan dan kemudahan yang kita ada dalam menimba ilmu ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

4) Like a flowing river by Paulo Coelho
  • This is a collection of reflections from Paulo Coelho.
  • In this riveting collection of thoughts and stories, he offers his personal reflections on a wide range of subjects from archery and music to elegance, traveling and the nature of good and evil.
  • Paulo shows us how life has lessons for us in the greatest, smallest and most unusual of experiences.
  • Sewaktu membaca buku ini, memang I rasa macam dah banyak mengabaikan hal-hal kecil yang selama ini membahagiakan hidup I. Bila baca buku ni, terus rasa macam nak hargai semua orang di sekeliling I.


Sejak kebelakangan ini pulak, kegilaan membaca buku di salurkan ke novel chic-lit pula. Novel chic-lit yang paling menarik hati tentulah dari hasil karya Sophie Kinsella; tak kisahlah dari dia punya
Shopaholics Series mahupun dari koleksi Stand Alone Novels beliau.


Buat masa ini, I dah ada 9 buku karya Sophie Kinsella iaitu Confessions of a Shopaholics, Shopaholics Takes Manhattan, Shopaholics & Sister, Shopaholic & Baby, Shopaholics Ties The Knot, Remember Me?, Twenties Girl, The Undomestic Goddess, dan Can You Keep A Secret?.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS3p4QtKyNG4ARBmoSJESoNGUTD8yQqjx_GR8JjUL1uMBedX0xtpSfZdHXEtR-4uJwvrQEg3elUuokP-c_mFbzO9QaTosZI12L73UQHcy1aoPmu4NjzEMpEIGd8_QmN9rXStriPVBF-C8/s1600/DSC_0105.JPG
+- koleksi novel karya Sophie Kinsella milik Yatie Chomeyl -+


Few weeks ago pulak I dah order dua lagi novel karya Sophie Kinsella iaitu Mini Shopaholics dan Sleeping Arrangement.
Memandangkan kat Fukuoka ni susah sikit nak cari novel English di jual kat kedai buku, adalah lebih senang kalau order je novel tu kat Amazon dan tunggu sahaja novel2 itu di hantar terus ke depan pintu rumah.


Biasalah bila beli buku kat internet ni, kadang-kadang akan berlaku kesilapan dan salah faham sewaktu proses penghantaran. Baru-baru ini ada sedikit salah faham telah timbul sewaktu proses penghantaran buku2 yang I pesan tu, maka I dapat satu buku extra yang sama dengan buku yang I dah tempah tu.


Untuk menghargai usaha korang yang sudi baca I membebel panjang2 dalam entry ni pasal novel2 yang I pernah baca, I nak bagi hadiah novel bertajuk Twenties Girl hasil karya Sophie Kinsella tu khas untuk follower blog Yatie Chomeyl ini yang bertuah.

Apa yang korang perlu buat untuk menang novel tu ialah dengan meninggalkan komen kat entry ini dengan menulis: "Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana ......................." (bubuhlah berapa patah perkataan pun sesedap rasa).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuaL7a_jz8tCCuF5rxPIlwJpUraMQ56eXGUdW0KaR6aTQrylMDOHx2XMegkqBafYvCMo9e-ABU6hncM60FFCfIyAlMatbtJy9sADRWsZWjhQXVOOu2Ba9OtQCSFdaQQKkKrk-S0mSOC7I/s400/Twenties-Girl.jpg
Lara has always had an overactive imagination. Now she wonders if she is losing her mind. Normal twenty-something girls just don’t get visited by ghosts! But inexplicably, the spirit of Lara’s great aunt Sadie – in the form of a bold, demanding Charleston-dancing girl – has appeared to make one last request: Lara must track down a missing necklace Sadie simply can’t rest without.

Lara’s got enough problems of her own. Her start-up company is floundering, her best friend and business partner has run off to Goa, and she’s just been dumped by the love of her life.

But as Lara spends time with Sadie, life becomes more glamorous and their treasure hunt turns into something intriguing and romantic. Could Sadie’s ghost be the answer to Lara’s problems and can two girls from different times end up learning something special from each other?

Jangan lupa juga untuk mention ID follower dan juga tinggalkan e-mail address sekali kat komen korang tu. Senang kan?.

Tak perlu buat entry kat blog, yang penting :-
(1) anda ialah follower blog Yatie Chomeyl
(2) link http://yatiechomeyl.blogspot.com/ ada kat dalam bloglist anda

(3) tinggalkan komen di entry ini dengan menulis "Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana ......................." (tak kisah berapa patah perkataan pun takpe).
(4) tinggalkan juga ID follower dan e-mail anda

- GA ini akan berlansung sehingga 22 April 2011. Anda boleh tinggalkan seberapa banyak kali komen yang anda suka. -


Psssssssssssttt: mula2 duk syok cerita pasal hobi, tiba2 gatal tangan buat GA pulak kui3x. Harap2 ada lah yang gatal tangan untuk sudi join GA ni.

17 words of wisdom & comments:

Nuruljannah BadrulHisham said...

Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana dengan adanya novel ini dapat lah saya memupupuk sikap suka membaca dalam diri saya dan kemudian dapatlah saya berkongsi hobi dengan kak tie di kemudian hari..

transformed housewife said...

nok pinje buku2 Sophie Kinsella tu nanti. Knur dulu dok baco dr library kat Hamilton jah. Loni bilo balik Msia, raso mahal jah nok beli novel2 Chick Lit.

Unknown said...

nak join... :D


"Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana .......................
1- kakyong belum pernah ade koleksi buku/novel Sophie KInsella...
2- jeles tengok koleksi Tie yang merimbun (merujuk penulis Sophie Kinsella, cepat la balik Mesia, nak pinjam!!)
3 - dah lama tak ada tambahan koleksi novel bahasa Inggeris
4 - kakyong pun nak sama merasai nikmat menghayati tulisan Sophie KInsella ni..



ID follower: kakyong dan e-mail : kakyong72@gmail.com

link Tie ade di kakyong.com, Tengok kat bahgn footer.. kena sabor sikit sbb bloglist tu animated.. ;)

Wanie Nasir said...

Nak join kak tie

" Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana SAYA TAK PERNAH LAGI MEMILIKI NOVEL SOPHIE KINSELLA DAN BERASA SANGAT CURIOUS UNTUK MEMBACA HASIL PENULISANNYA MEMANDANGKAN KAK YATIE CHOMEYL SENDIRI SANGGUP MENGUMPUL KOLEKSI NOVEL BELIAU DAN YANG PALING UTAMA ADALAH BOLEHLAH SAYA MEMBACA NOVEL INI NANTI SEMASA SAYA MENGHABISKAN PANTANG SAYA :P

id follower : wanie_nasir
email : wanie_nasir@yahoo.com

Cute MuM said...

Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana seumur hidup saya tak pernah ada novel bahasa inggeris.. kalo saya dapat, bolehlah saya kuasakan lagi bahasa inggeris sebab dah lama tak speaking nie.. tapi kalo baca pahamlah.. Lagi satu boleh refresh kosa kata bahasa inggeris nie supaya senang nak ajar Dania nanti..

Id Follower : Cute Mum
email : nuruluyunmazlan@yahoo.com

Sidratul Muntaha said...

"Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana.......................
1.novel chicklit aku ade 2 ker 3 ketul jer!boleh buat tambahan chicklit novel.
2.citer ni dah tgk kat HBO (Confessions of a Shopaholics) tapi kalau baca novel lagi bagus mcm Cecelia Ahern's PS I Love You.(wayang citer lain,novel citer lain)

tu jerlah...
huuhuh

Rinah said...

Dah baca *-*
Best jalan cerita dia!

Min Aina Ila Aina said...

Saya patut menang novel twenties girl itu kerana...

Mula-mula dengar tajuknya saya rasa macam tak best je. Bila tengok deretan novel Sophie Kinsella milik YC rasa tertanya-tanya, ok ke novel-novel tu? Bila tau ada GA juga yang hadiahnya novel itu, saya rasa teruja.

Jadi, untuk membuang persepsi saya yang pertama tentang novel itu dan penulisnya, maka saya perlu memiliki dan membacanya;-) Dan tak mustahil saya pula akan buat koleksi novel Sophie Kinsella macam YC nanti, sebab saya memang dah ada banyak koleksi novel BM.

Coffee Mama said...

Alamak!terlepas nak join...I pun memang peminat setia novel2 sophie kinsella! Tapi, I baru ada 5 jer..huhuhu..

Coffee Mama said...

Saya patut menang novel twenties girl itu kerana...

- Saya memang peminat setia Sophie Kinsella dan buku2nya, especially Shopaholic series!
- Memang sesuai bagi dekat orang macam saya sebab saya mesti akan baca buku itu ulang2 sampai 3-4 kali, memang tak rugi wooo..
- Bolehlah menambah koleksi novel Sophie Kinsella saya, setakat ini saya cuma ada: Shopaholic Takes Manhattan, Confession of a Shopaholic, Shopaholic and Sisters, Shopaholic and Baby and Can You Keep A Secret

Id Follower : Coffee Mama
email : coffeewithmama@gmail.com

atoyissan said...

"Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana ......................."

...saya teringin nk baca novel balik macam zaman bujang2 dulu sebab bila saya baca novel saya akan berangan jadi watak utama dan bila sampai part ending rasa tak mau keluar ke alam nyata..part2 berangan ni bagilah dekat saya..sedangkan baca komik doremon pon saya blh berangan jadi watak nobita apertah lagi kalau nk berangan jadi heroin dlm novel..no hal punyalah - ikhlas dari seorang kaki berangan :p (teringat pulak lagu angan2 raja ema)

atoyissan said...

Id Follower: atoyis
email: atoyissan@gmail.com

alohamolly said...

Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana saya tak pernah lagi baca novel yang teramat dipopularkan ini; jadi peluang untuk memenanginya akan merupakan satu kejadian yang teramat dinantikan!

(1) Memang follower blog Yatie Chomeyl
(2) Dah pun add http://yatiechomeyl.blogspot.com dalam bloglist I
(3) see yang above
(4) ID follower (alohamolly) dan e-mail (alohamolly[at] gmail dot com)

Wish me luck gals hehe :)

Liz said...

"Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana saya memang suka sgt baca novel kerya Sophie Kinsella. Novel dia yg pertama saya beli ialah Can You Keep A Secret. Kemudian, saya beli The Undomestic Goddess. Saya jatuh cinta dengan cara penulisan dia yg penuh humour. Walaupun menggunakan percintaan sebagai main theme, kita agak tergelak dan tersenyum bila baca novel dia. Mmg dah lama sgt simpan hasrat nak beli Twenties Girl dan Remember Me tapi tak terbeli.

Paling penting, saya nak Twenties Girl sebab I'm normal twenty-something girls!

Id Follower : Liz Rohaizat
email: estli82@yahoo.com

Please.. please... let me win this GA!

Eliss said...

Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana dah lama sangat dah tak baca novel. Yang penting ianya free sebab sepanjang hidup ni rasanya dictionary ajer buku yang me beli yang ada tulisan omputeh.ok, tipu..hahahaha

email : elissmie@gmail.com
id: elissmie

AA said...

"Saya patut menang novel Twenties Girl itu kerana sebagai graduan sastera dalam Bahasa Inggeris, saya memiliki kefahaman dan kepakaran dalam menghayati dan menginterpretasi sesebuah karya sastera seperti ini. Dengan ini, saya lebih menghargai dan menghayati hasil karya hebat penulis kegemaran seantero dunia tanpa perlu ketemu dengan penulis tersebut. Di sebalik keseronokan dalam membaca sesebuah novel, sebagai graduan sastera, saya dididik menghayati latar penulis sebelum seseorang penulis menghasilkan sesebuah karya. Saya diberi pendedahan isu2 yang dibangkitkan dalam karya mengaitkannya dengan realiti supaya saya lebih sedar dan faham situasi semasa yang berlaku di sekitar saya jauh dari pandangan mata tak tercapai dek akal dan minda.Dengan itu, saya lebih kritikal dalam menghadapi sebarang bentuk penulisan, penceritaan atau bahan tontonan supaya tidak menerimanya bulat2, tetapi penuh kritis dan skeptis.Novel ini berhak menjadi milik saya, menambah koleksi bahan kajian saya di masa hadapan. InsyaAllah."

id: atiqah
email: sstr_izah@yahoo.com

Waniwisy said...

ala..dah terlepas la..sedih..T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...